21.7.12

Dayang Senandung

Assalamualaikum. Selamat berpuasa! 

Alhamdulillah, bersyukur sangat dapat balik rumah minggu ni sambut puasa pertama dengan suami dan family tercinta. Rasa bahagia sangat. (Padahal tiap2 minggu pun balik rumah wehhh..hehe)

Takda apa yang nak di khabarkan sangat pun cuma.. kali ni balik rumah langsung tak keluar rumah dek kerana aku dah jadi dayang senandung. Tahu dayang senandung? Dayang senandung mestilah hitam kan? Ya... sebab tulah tak keluar rumah. Malu!!

Tengoklah sendiri...gambar fokus kat muka je.

Hasil berkawad pagi petang...hari pertama dengan kedua rasa muka macam terbakar..panas dan pedih. Dah lupa nak bawa bedak sejuk. Kalau tak..malam2 boleh tepek kat muka bagi cool gitu.

Proses pengelupasan masa sendiri...memang aku dah tak cuci muka dengan  apa2 facial sejak hari pertama  berkawad sampai ke hari ni...basah dengan air je. Kawasan hidung dah sopak sebab kulit dah mengelupas dengan mata yang sembab teruk.  Hudohhh!

Ada 8 hari lagi untuk habiskan sesi kawad. Cemana entah nak berkawad di bulan puasa ni... :|

9 comments:

  1. alamak.....payah ne...sabar ye kak...hehehe

    ReplyDelete
  2. bagi masa seminggu je eca...memang clear balik la muka...sempat lagi clear sblm raya nih..hehe

    ReplyDelete
  3. mmg teruk jugak. tapi niza mesti dah biasa dan tau cara nak pulih semula kan..

    salam ramadhan niza!

    ReplyDelete
  4. posa pon kena berkawad ka ?

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan niza, takpe niza kuat semangat... :)

    ReplyDelete
  6. waaa...sensetip na kulit kak...saya setakat ni alhamdulillah, kalo berjemur ka main kat pantai x penah menggelupas..tapi sun burn tu biasa la...

    salam ramadhan kak...raya nanti mai la umah =)

    ReplyDelete
  7. macam bersalin kulit la pulak....

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D