13.8.12

Baru nak mula dah macam-macam

Assalamualaikum. Hari ni adalah hari pertama aku masuk kerja selepas 2 bulan dok ulang alik ke Bentong. Mula-mula rasa malas nak masuk kerja sebab kepala ni dok pikir nak cuti dulu sampai lepas raya baru nak masuk kerja. Tuptup budak pejabat habaq, aku kena cuti raya peringkat kedua. Cuti peringkat kedua mula 20 - 26hb. Hancuss projek cuti raya aku. Sebabnya aku dah bincang dengan cik abam nak ikut cuti dia, sebab cik abam aku cuti dia tak tentu. Tapi bila depa kat opis dah pandai-pandai buat keputusan sendiri tanpa bertanya kepada aku yang senior ni terlebih dahulu, aku nak kata apa lagi dah. Urut dada, tahan nafas, hembus slow slow jelah.  Sabaq, bulan posa ni kan :| Itu dah satu hal.

Hal keduanya pulak. Aku dah plan nak masuk kerja pukul 9 hari ni. Maklumlah, senior kan dari budak-budak kat opis tu, tak lama lagi nak naik pangkat Sarjan dah. Huhu. InsyaAllah kalau ada rezeki. Nak buat besaq kepala la kononnya. Eh, taklah. Aku kan baru habis kursus, bagi la can masuk lewat sikit hari ni je pun. Siap bawak sijil kursus ni nak tunjuk kat CC yang anak buah dia ni tersenarai dalam top10 dari 82 orang penuntut kursus. Mesti la CC aku bangga kan, tak sia-sia dia didik dan bagi tunjuk ajar kat aku selama aku dibawah seliaan dia. :)

Tak abih lagi cerita kat atas tu. Pukul 8 tepat, tengah-tengah syok dok mekap sapu eye shadow sikit, tonyoh lekcu (gincu) sikit walopun aku sedaq muka aku masih ada lagi iras-iras Dayang Senandung tapi aku pedulik apa kan? Muka aku lagipun :P  tetiba ada SMS masuk.

Hang keja tak hari ni? 

Keja la..

Pasai apa tak masuk opis lagi? Kat opis takdak orang ni, Tikah dah cuti hari ni.

Haa..bagus lah. Lenkali tunggu pukoi semilan satgi baru mesej habaq kat aku.
Aku masuk pukoi 9, awat tak habaq awai-awai?

Mana aku tau, ingat Tikah dah sms hang.

Sapa pun takda call/sms aku bagitau apa2. 

Mana aku tau, ni keja hangpa dua..

Itu perang SMS antara aku dengan Fauzi, budak meja sebelah tapi job dia lain. Tapi bila aku takdak, dia la jadi mangsa ganti job aku. Mesej last sekali tu malas nak layan/reply dah. Hati sudah sakit. 

Kalo rumah aku macam rumah dia (dalam kem) takpa gak, sekejap je aku rempit sampai la kat opis. Ini bukan cerita main-main, takkan aku nak merempit dari Kulim ke Penang kot.

Antara rela dan redha terpaksa la si fauzi tu duduk kat meja aku jaga bos sementara tunggu aku sampai. Pukul 8.20 keluar rumah, jem pulak dari Seberang Jaya sampai ke jambatan akhirnya 9.30 aku selamat pun sampai ke Markas 2 Divisyen.

Yang aku hanginnya, budak-budak sekarang ni kan.. dah tak reti dah nak hormat orang lama/senior. Buat kepala sendiri je, macam dia pulak orang lama kat situ. Tapi bila pompuan dengan pompuan ni takleh tegur lebih satgi dia takmo cakap dengan kita, pastu pi bawak mulut bercerita kat orang lain yang kita ni macam tu la macam ni lah. Hai budak2!! Tapi takpalah lepas raya Insyaallah aku tak duduk dah kat pejabat tu. Sebelum pi kursus hari tu aku dah sampaikan niat aku nak bertukar cawangan kat Bos dengan CC. Bos takdak masalah sebab bulan depan dia dah nak kena transfer ke Mindef KL dah. Yang jadi masalahnya sekarang ni, CC aku susah sangat dia nak lepaskan aku dari opis tu. Terbaik sangat kot aku ni?? ekeke

ps: Yeay!! CC bagi aku cuti dari 19 - 31 Ogos. Merdeka!! 

26 comments:

  1. salam kenal...Oh..anggota ATM ni...:)
    saya rasa maybe hampir dlm semua bidang kerja, budaya hormati kpd yg senior tu dah makin kurang...ada yg masuk kerja jawatan tinggi sebab pelajaran, tapi kena lah igt, berhemah bila nak menegur org bawahan yg lebih tua dari kita(kadangkala pangkat ayah mak kita)..

    ps: best betul dpt cuti panjang tu! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dah lama kenal sebenarnya, mungkin dedi dah lupa saya kot..sbb lama gak tak berkunjung ke blog sana :D

      Delete
  2. waa panjangnya akak cuti....
    eka cuti smpi rabu jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..takpa, nanti cuti kawen ambik panjang2 tau...hehe

      Delete
  3. wah g bentong buat apa kak? rumah saya tu kat situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kursus kat Kem Bentong...umah Azza kat mana?

      Delete
  4. meriah raya ang tahun ni no..selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah apanya...aku tak beli apa lagi ni phat..baju raya pun tak jumpa cari lagi..selamat hari raya jugak.

      Delete
  5. Cewah..top 10 terbaik tu..congrats Niza!!
    Tabik utk bakal sarjan..

    ReplyDelete
  6. peh ...cuti sakan kan...hehe

    ReplyDelete
  7. hai :) follow you done , hit me back ! thanks :)

    ReplyDelete
  8. kak..jangan lupa mai umah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah..mai umah kak dulu nah? ekeke

      Delete
  9. nasib baik CC bgi cuti kak..kalau dak?!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bagi kaluuu...merajuk takmai kerja...kah3

      Delete
  10. Salam...
    panjangnya cuti..huhuhu...bestnya, kalu dapat cuti macam tu dunia ini ana yang punyaa!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, setakat 2 minggu tu dah biasa sgt, kalau boleh sebulan barulah boleh dunia ni ana yang punya....hehe..

      Delete
  11. takpa nanti hang dah pindah opis dah...say bye2 je kat depa..yg penting cuti raya tu..selamat hari raya niza :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoilah tu kak..selamat hari raya kak :)

      Delete
  12. Macam-macam hal yell
    Selamat bercuti dan selamat Hari Raya..

    ReplyDelete
  13. Selamat hari raya hanif :)

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D