31.8.12

Cabai atau cili lagi sedap?

Dua minggu dapat cuti raya tapi dok rumah saja je, besarkan perut kembangkan pipi. Kalo boleh dah dapat cuti panjang ni nak je pegi honeymoon kat mana-mana tapi suami kerja. Jadi, dok je dalam rumah buat kerja rumah. 

Boring.

Dalam dok boring-boring ni rasa tak sabar pulak nak masuk kerja. Tak sabar jugak nak kerja kat ofis baru. Tak sabar pulak nak keluar lunch kat food court baru kat Bukit Gedung tu. Terliur nasi campur akak montel tu. Rindu nak gether-gether dengan my friends Anna, Syidah, Ida, Tikah, Endgie, Jewelyn dan eh ramai lagi lah, jenuh nak sebut semua. 3 bulan jugak kot tinggalkan diorang, mestilah rindu bila dah lama tak jumpa.

Dah habis pasal tu. Baca yang bawah pulak.

pokok cili saya.. membesarlah dengan cepat dan sihat ya!

Ehh tak syokk la nak sebut cili, biasa orang kedah sebut cabaiiii. Haa! sebut cabai baru la terasa kepedasan cabai tu. Hiks. 

2 hari lepas balik tidur kat rumah mak di kampung. Masa nak balik mak bagi 3 anak pokok cabai besar. Mak kata balik rumah tanam pokok ni drpd dok saja je.. huhu, terasa ceqqq!

Minggu lepas masa aku buat rumah terbuka mak ada tanya, kenapa aku tak tanam serai ke cabai ke kunyit ke letak dalam pasu.

Eh mak ni tak patut sangat tanya gitu. Macam mak tak kenal je dengan anak pompuan mak yang sorang ni kalau nak dibandingkan dengan kak fiza, dari dulu-dulu zaman gadis sunti tak pernah tanam pokok bunga walo sekuntum pun depan rumah mak apatah lagi rumah sendiri? 

Kuikuikui!

Disebabkan mak dah bagi, aku pun tanam jugak la. Pasu pun tak ada, tak beli. Jadinya letak tanah dalam tupperware yang dah tembuihh dan tanam pokok cabai tu. Pertama kali ni aku bercucuk tanam. Ewah, macam laa dah banyak tanam. 

Tapi bila dah tanam pokok cabai tu, rasa syok pulak dan aku pun dah jadi macam orang lain je, tak jadi macam aku sebelum ni. Contohnya, bila bangun pagi dengan muka sememeh tak basuh tu bukak pintu jenguk kepala sikit kat luar semata-mata nak tengok pokok cabai samada dia segar atau bugar ke tak. Tak bugar juga kaluu, kasi siram sama dia jugaa. Lepas tu tengahari pi jenguk, petang jenguk, maghrib pun jenguk tauu!

Perghh, sakan jugak penangan tanam pokok cabai ni kan. Seronok! Terus si bini cakap kat si laki, yg esok kita pi beli benih sayur sawi nak?  Dibalasnya: Boleh yg, nanti badin panggil kawan suh bawak bedozer tolak tanah depan rumah kita, macam2 sayur boleh tanam yg.

Tediaaa jawapan. Sakit hati punya. Sebab dia tahu aku ni jenis yang macam mana? Jenis hangat-hangat tahi ayam. 

Hurm, itu macam juga kaluu, kena letak taik kambing la buat baja. Hehehe!


ps: Cabai atau cili lagi sedap...sebut?? :D

13 comments:

  1. cili + cabai = cibai...kih3..gurau2 saja kak niza...nnti bila dh boleh harvest, hulur2 la yer..hehe

    ReplyDelete
  2. wah...hilangkan bosan pa..! hhuuhu..cili pedas..tapi cabai lg pedas..haha!

    ReplyDelete
  3. dua2 pedas :) terbaiikkkkk ~

    ReplyDelete
  4. akak sebut cabai jugak sebab mak org semanggol..cili tu time nak eksen sebut jugak lah..kui3 :D

    ReplyDelete
  5. la...seropa la kita kak...jenis malas dan tak reti tanam pa..tanam yogey penah la masa buat experimen darjah 5 dulu...kihkih....tak tau la dapat tok laki suka tengok kita menanam, kena pencen jd ciokgu, kerja tukang kebun plak la gamaknya...

    ReplyDelete
  6. umah kita ade pokok mangga lps ni next projek doyan kotttt....gile ahhh
    *air liur meleleh

    ReplyDelete
  7. Tanam apa saja kalau dah ditanam sendiri pasti sedap Niza :) hehe try lah bercucuk tanam

    ReplyDelete
  8. Cabai la lebih sedap disebut dan dimakan.Serbuk cabai juga boleh di buat senjata pertahankan diri.Saya pun nak tanam cabai lah.hehe.

    ReplyDelete
  9. Pernah tanam pokok cili tapi tak menjadi sebab susah nak menjaganya kan?
    Cili!!!!!

    ReplyDelete
  10. sy x tahan pedas dan suka cabai atau cili

    ReplyDelete
  11. salam kemerdekaan kak
    ada hasil bole jual annti.hehe


    cili kot

    ReplyDelete
  12. ikot orang la.kalo sy nk poyo2 ngn orang utara,cakap la cabai.tp cili lg sounds pedas kot.haha.

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D