6.8.12

Cerita Datuk Lee Chong Wei & aku...pun boleh ke?

Aik, macam pelik je pagi isnin masih ada kat rumah. Selalunya pagi-pagi isnin camni aku dah terpacak kat square untuk Perbarisan Rejimental. Heee... syoknya cuti. Cuti lagi sempena Nuzul Quran. Tapi pukul 9 nanti aku dah kena bertolak ke Bentong dah. Cayok cayok...4 hari je lagi. Lepas tu takyah ulang alik pi Bentong lagi dah. Weeee..suka! :D

Kita sedih dengan kekalahan DLCW tapi DLCW lagi sedih tau...
hangpa bukan tau pun!

Aik, tetiba plak kuar gambar DLCW. Takpelah, bukan pernah pun sebelum ni aku letak gambar Chong Wei kesukaan ramai ni dalam blog aku. Semalam masa tengok game ni, berdebar kemain. Sebenarnya bukan nak tengok sangat tapi sebab cik abam aku yang suruh tengok dan text dia apa keputusan set 1, set 2 dan set 3 sebab semalam dia kena kerja. Jadi, sebagai seorang isteri yang tak suka membantah...aku tengok jelah walaupun sebenarnya kalau tang sukan ni..kurang tengok tv bukan kurang minat ye.

Aku tak heran sangat tang kalah tu. Sebab dah tau, malaun Lin Dan tu mesti menang (menang ego/sombong/bongkak..ye kan?) Ish, tak suka dia. Tapi lepas tamat perlawanan tu terus rasa sebak bila tengok keadaan DLCW. Nampak sangat dia kecewa. Kita semua kecewa tak dapat emas tapi dia lagi lagi kecewa tak dapat bagi kita emas. Rasa macam aku plak nak nangis tengok muka dia... 

Ini adalah salah satu komen dari pengulas sukan ESPN mengenai perlawanan antara Dato Lee Chong Wei & Lin Dan.

"DLCW is sucha great guy while Lin Dan is a bit arrogant..."

Jadi anda rasa siapakah juara sebenarnya? Mungkin skill hebat akan memenangi medal emas, tetapi sikap akan memenangi hati orang ramai. - PESONA MEDIA




Anda yang baca, anda jawablah sendiri.... XD

12 comments:

  1. kalau lin dan tak wujud, sudah pasti chong wei akan menang segala kejuaraan badminton yang dipertandingkan pada ketika ini. :-)

    ReplyDelete
  2. ya betoi...tapi tetap tak suka Lin Dan dan Lin Dan dan Lin Dan..haha, biol dah.

    ReplyDelete
  3. Pada saya dlm olimpik kali ni hanya Chong Wei dan Azizul Hasni saja yg membanggakan kita semua. Tentang yg lain tu setakat ngabihkan boreh je.

    Azizul terutamanya berjanji akan terus menunaikan ibadat puasa ketika sedang bertanding. Bagi saya dia tidak pernah gagal dlm konteks sebagai seorang Islam walaupun kalah digelanggang.

    Chong Wei satu2nya prospek terbaik utk kita memburu emas buat kali pertama. Tapi dia tewas secara bermaruah.

    Sebenarnya dlm sukan, kita memerlukan seorang atlit yg berwarna warni macam Lin Dan. Dia nampak macam angkuh serta biadap tapi itu semua merupakan serangan psikologi utk mengganggu rentak lawan.

    Dan dia membuktikan kehebatannya dengan mempertahankan pingat emas yg dimenangi sebelum ini, sesuatu yg tidak pernah dilakukan oleh pemain badminton lain.

    Di luar gelanggang, Chong Wei dan Lin Dan sebenarnya rakan baik. Itu mungkin ramai yang tak tahu.

    Sekian. Kembali ke seri pentas.

    ReplyDelete
  4. bangga jugak dgn seluruh rakyat malaysia yg tak henti2 support beliau..penuh status kt fb sume bg positive vibe kt dia..cuma ada la sorang dua penyangak negara yg hentam DLCW..

    ReplyDelete
  5. kan..

    lagi sedih tgk dia sedih...!! Y___Y

    ReplyDelete
  6. besa la...nama pun lawan...hihi

    ReplyDelete
  7. KL tak cuti la..tak best.

    akak tak tengok pun..tau result kat Fb.

    ReplyDelete
  8. Pemenang mesti akn sombong utk menyerlahkn kemenangan

    ReplyDelete
  9. DLCW mmg terbaik.bukan senang lelaki nk menanges,akk,lama rara x dtg sini.rindu akk.

    ReplyDelete
  10. takper next game boleh cuba lgi..tanpa chong wei takderla nampak hebatnya lin dan..ok la tu..tp yana suka lindan..sbb muka dia macho..hehehe..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D