30.8.12

Hangit!

Jap, jap nak lap air mata. T__T

Malam ni camna entah boleh terlayan cerita hindustan my name is khan (camtu kot tajuk dia, lupa!) Jalan cerita yang.. sebenarnya aku tak reti sangat nak review cerita/drama/filem ni. Memang tak reti, aku reti tengok je. Hehe. Tapi cerita dia asyik bagi air mata aku berjejeh je keluar. Aku ni jenis kalo tengok orang menangis, aku pun akan menangis sama. Haa, memang camtu. Asal tengok orang menangis, aku pun beriya-iya gak menangis. Entah apa-apa. Suka tiru orang. Haha.

Aku rasa korang dah tengok cerita tu kan. Aku je pertama kali tengok, duduk depan tv sampai takmo bangun-bangun dah! Sampai hangit laa!! Apa yang hangit? Haa, ada la cerita lain di sebalik cerita Khan tadi.

Petang tadi suami aku tetiba je mintak buatkan Bingka Roti. Pelik eh ada tetiba ni kan sebab dah lama kot dia tak mintak suruh buat itu buat ini. Tapi untuk somi tercenta aku buatkan. Perut suami kena jaga, dia nak makan apa kita kena bagi. Meh nak suapkan pon boleh. Suami kita hak kita! iTudiaaa! Haha. Buleh melalut takpa dahh haa!

Senang je lagipun nak buat dia. Bagi 5 minit je untuk preparation dah boleh bakar terus. Eceh! ayat bongkak bongkak belaka, berlagak! Takpa, tunggu la tengok kesan dari sikap takburr tu.

Cakap banyak takmo, bukti-bukti sahih haruss ada. Ayat ni sapa punya entah. Sorii, TERtiruuu!kah3.

Kukuh ke tak bukti-bukti yang ada ni? :P

Haa! tengok. Tu yang penting nak tunjuk, Pemanggang Ajaib yang semakin terkenal di seantero kampung. Sampai dah masuk iklan dalam telebisen dah. Dan aku rasa semua dah tau kehebatan dan kekebalan Pemanggang AjaibAku bakar bingka roti tu dalam pemanggang tu je. Sekarang ni tengah femes kot orang buat kek chocholate moist dalam pemanggang ni tau. Aku pun teringin gak nak try nanti.

Tapi disebabkan keralitan aku tengok Khan tadi, aku sampai terlupa yang aku tengah bakar bingka roti tu atas dapor gas! Sepatutnya masak dalam 30min camtu je dengan api yang sangat perlahan tapi taktau la tadi, kuasa apa khan tu pakai sampai aku lupa terus pasal roti tu. Lepas sejam baru aku ingat, tu pun sebab haus nak pi teguk air dalam peti ais.

Kemain terloncat aku kat dapur, terketar-ketar buka pemanggang tapi.. bingka dah jadi? takkan bubur kot! jadi hitam legam la kat bawah tapi atas tu cute miut je, bolehlah makan lagi. Kalo tak, jenuh aku nak menjawab dengan laki aku. Haha. Sekarang dia takda kat rumah, dia kerja.

Sekarang ni semua benda nak kena ada bukti ke? Heh3


Atas: sebelum masak
Bawah: Terlebih masakkkk

Hangit dia tu memang hangit betul sampai melekat hitanghitang kat tangan tau. Tapi, mujurlah lapisan bawah je hangus, yang atas tu boleh makan lagi. Enak tu takyah cakap la. Kih3

12 comments:

  1. ala hangit manja-manja je tu, buat stok gegeli kala supper late nite..mesti cik abang awak suka bingka roti beraroma hangit sket kan...kehkehkeh! ok just joking!:)

    ReplyDelete
  2. Mmg nampak hangus tapi asalkan enak lah kan Niza :)

    ReplyDelete
  3. wah ang ada pemanggang ajaib tu

    ReplyDelete
  4. ahaa ala hangit sikit je tukak.. janji sodap..

    nak beli la pemanggang ajaib tu

    ReplyDelete
  5. suami kerja kan..sempat kot buat lagi. takde la kantoi niza asik layan khan tu..^__^

    ReplyDelete
  6. my name is khan tu mmg senang nk gugur air mata bila menonton..penuh pengisian..menunjukkan agama islam bukan untuk dimusuhi, lagi2 bila dibuktikan oleh seseorang yg x berapa sempurna mcm Rasvin itteww...eh tetiber pnjg pulak kn..

    sebenarnye nk tnye best ke guna pemanggang ajaib itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah nk tanye gk.best ke gune pmanggang ajaib?ajaib ngat ke?nk try bli gk kalo murah.murah ke?haha

      Delete
  7. kat umah ada satu pemnaggang ajaib ni..

    ReplyDelete
  8. nak beli jugak la..
    tengok orang ada,memamng nak beli..
    bila dah ada entah2 bertahun dok dalam kotak je..hahahahah

    ReplyDelete
  9. yang hangit tu laa yang payah nak cari..mesti sedapp giler :)

    ReplyDelete
  10. tak suka filem hindi...banyak sangat sedihnya...hehe

    ReplyDelete
  11. Salam kenal..bestnya bingka roti..:)

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D