8.8.12

Info: Untuk ibu hamil yang berpuasa

APAKAH SAYA PERLU MAKAN SAHUR JIKA SAYA BERPUASA SEMASA HAMIL? 

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
• nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
• bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
• dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang

Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.

APAKAH YANG PERLU SAYA MASUKKAN DAN ELAKKAN DALAM DIET SAYA SEMASA RAMADAN? 

Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
• Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
• Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
• Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.

Kredit: Senang Hamil Page


Semoga info ni berguna untuk ibu-ibu mengandung :)

8 comments:

  1. biasanya sahur akak makan memang banyak,.
    hehe...nasik,susu,sayur,buah,kurma,air ais..6 benda ni wajib ada setiap kali sahur.sebab tu lepas sahur je akak mula la mengantuk..
    hahahah...

    ReplyDelete
  2. thanks info, leh suh wife wat....:p

    ReplyDelete
  3. rara makan sahur nasi n nugget.susu anmum.hehehe.tu je.xde sape nk masakkan sayur tyme sahur =(

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah masa ngandungkan syaza tahun lepas wife phat puasa penuh

    ReplyDelete
  5. Ibu mengandung berpuasa dalam bulan puasa ..dapat puasa penuh ...heheheh

    ReplyDelete
  6. wife dh "pencen"...cukup lah 3

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D