15.8.12

Mak, ceq nak makan sambai petai!


nama saya PETAI...enak dan rangup gitu.
Cer gigit kalo tak caya!

Mak aihh, sedapnya tengok petai ni. Petai ni kan, kalau makan dengan nasi panas-panas pastu goreng ikan gelama masin pastu cicah petai tu dengan cabai penyek...mmmmm memang sedap lah. Biasalah kan, aku anak orang kampung. Bagi yang memang tak makan petai tu, memang takleh nak giiii la orang kata kan. 

Petang ni nak balik kampung, berbuka dengan mak ayah. Sepanjang bulan puasa ni, baru sekali je aku berbuka dengan mak ayah itupun masa minggu kedua berpuasa. Dengan mentua dah dua kali, jadi petang ni nak balik berbuka dengan mak ayah pulak. Adil la kan, sorang 2x dapat. Takyah gaduh2 dah depa. Huhu.

Tadi call mak bagitau nak balik, mak tanya nak makan apa? Aku pun cakap la teringin sangat nak makan sambal petai bilis...dah lama tak makan. Mujur petai tu ada. Takdak kaluuu meleleh la ayaq lioq nih! 

Tadi kan, tengah gugel2 gambar petai, sekali keluar macam2 gambar yang di masak dengan petai. Nasi goreng petai ada, sambal petai sotong ada, goreng petai campur kacang panjang ada, telor goreng petai pun ada dan yang tak pernah aku terpikir langsung pun nak masak guna petai ni...Sup Petai! Aduhhh, cemana rasa entah. Aku ni memang suka makan petai tapi kalau sampai nak buat sup tu, memang tak lalu nak telan. Tapi lain orang lain cara dia, lain jugak selera dia kan. Apa nak dikesahkan sangat, kita yang buat dia kan. Ikut tekak kita la nak makan cara macam mana pun. Ye dak?

ps: Dah pukoi 3, boleh balik umah dahhh...ayuh, tutup kedai! (opis)

15 comments:

  1. opah eka selalu masak gulai lemak putih petai..pehh sedap.
    mak pulak gulai lemak kuning udang petai..pehh jugakkk

    hihihi

    ReplyDelete
  2. aku baru minggu lepas mak aku buatkan ..sodap wei habaq ang

    ReplyDelete
  3. tengok tekak x masak pn meleleh air liuq..!

    ReplyDelete
  4. x sesuai sambal petai di makan dengan ketupat...hehe

    ReplyDelete
  5. ibu suka wat sambal petai ikan bilis, tapi petai2 tu sume sy asingkan..sy ambil ikan bilis saja..petai sume letak tepi..hehe

    ReplyDelete
  6. petai ngan udang la baru terangkat..tp niza makan tak udang? bilis pun masyukk.. :)

    ReplyDelete
  7. perhh.. air liur ceq.. mengalir mcm sungai dah

    ReplyDelete
  8. Perghhh tetiba je tekak ni rasa nk mkn sambal petai...huhuhuhu

    ReplyDelete
  9. Bagilah kat saye sikit petai tu, terliurlah.
    nesimpletiny.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. bestnya niza..dah beso pnjg, dah kawin pun mak masih tanya nak mkn apa..

    ReplyDelete
  11. suka petai sambal udang...

    ReplyDelete
  12. feveretttt. tapi kalo sup petai mcm loya je....hewhew

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!!
    Selamat bercuti dan jika pulangke kampug hati-hati di jalanraya
    Blog aku pun cuti gak ….hehhheeh
    Tapi entri tetap ada sepanjang hari..
    Cuma tak ler blogwalking …hahahahah
    Selamat Hari Raya

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D