12.8.12

Pertama kali masak untuk Ramadhan tahun ni

Alhamdulillah, seronok rasa bila dapat masak untuk berbuka puasa. Pertama kali aku masuk dapur untuk Ramadhan tahun ni. Almaklumlah sebelum ni takda kat rumah, tiap kali balik weekend pun tak masak jugak sebabnya kesuntukan masa dan barang dapur kering/basah memang cik abam aku tak beli pun. Berbuka kat kedai je, sahur pun kat kedai. Suami aku pulak tiap kali nak berbuka dia beli kat bazar je sepanjang aku takda kat rumah. Sian suami aku...kurus sudahhh. Hehe.

Jadi, semalam cik abam ajak pi Tesco borong barang dapur yang dah habis. Penuh dah peti ais aku. Kalau dah penuh tu maknanya kenalah masak. Untuk hari ni aku masak menu simple je yang memang aku dah lama terlioq nak masak sendiri...tomyam campur dengan paprik. Makan kat kedai tak sama dengan yang aku masak sendiri. Rasa yang masak sendiri ni lagi sedap kot...? ehehe. Lidah/perut masing-masing kan, mana sama. :D

Tomyam Campur tapi takdak udang, sotong pun. Ayam je tapi sayur ada la campur2..hehe
Ayam paprik...cik abam yang nak makan sangat ni.
Telur pun nak masuk jugak? boleh la... kira telur pertama yang digoreng di bulan ramadhan..
Perasan tak gambar ni terbalik? lantak la malas nak adjust dah.. :P

Apa juadah berbuka korang hari ni? Mesti masak yang hebat-hebat kan... Setengah jam je lagi nak berbuka ni..tak sabar nak makan tomyam tu. Nampak macam sedap kan? ekeke

Selamat berbuka semua :)

13 comments:

  1. yummy2..sedapnye nmpk..msesti rasanya pon gempak...ecehh.
    bodek nmpk..bukan ape...teringin..hikhikhik nk skit,boleh? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. nmpk je sedap tapi rasa kureng..hehe

      Delete
  2. puasa tahun ni akak jarang masak..kalau masak pun setakat nasik dan bancuh air..tak larat nak masak.lagipun malas sangt.memang suami akak beli je,.entah kenapa bila masak sendiri memang tak makan sebab tak lalu nak telan..hehheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah..akk kan tengah sarat skrg...mana larat kan nak berdiri lama2 kat dapur tu nak masak...:)

      Delete
  3. akk kena masak ..
    x leh x masak .. sbb anak2 pemakan orang2nyeee ekkek
    lagipun duk ngan ummi dan ayah soo wajib lah masak
    sesekali layan makan diluar
    bulan puasa nie baru sekali makan luar ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi seronok kak bila apa yg kita masak habis dimakan...lagi seronok bila ramai2 camtu..macam sy ni berdua je.. kdg masak lebih sikit je tak abis dah..membazir je

      Delete
  4. amacam sedap tak? ke kurang garam kurang gula sume? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kureng la rasa dia min..kureng garam, kureng asam...takpe puasa lagipun kan.. :)

      Delete
  5. bagi saya menu wajib masa bukak posa mesti ada nasik. soq pulak tak kisah sangat, roti sekepin dengan teh o secawen dah ok.

    tak terlalu awai kot utk saya ucapkan selamat hari raya kpd anda & suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun mesti berbuka dengan nasi jgk..perut org melayu sejati. Tak cukup setakat mkn kuih2 je.

      Terima kasih, selamat hari raya juga untuk en fakur & family :)

      Delete
  6. mmmm dap...lama tak nampak niza....apa habaq :)

    ReplyDelete
  7. tomyam akak tak buat langsung time pose ni, akak & suami dua2 mudah sakit perut kalo mkn ada pedas. tomyam tak pedas tak power la pulak. kena la tunggu abis pose.

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D