27.8.12

Rumah Terbuka siri mengejut

Betul la orang kata, masa hari raya biskut raya tak laku sangat. Semua orang asyik sambar ketupat, lemang, nasi impit, laksa, bihun sup, soto dan apa lagi? Banyak la kecuali kuih raya. 

Tapi cuba tunggu tengok lepas raya, tercari-cari kuih raya. Terliur sangat nak makan. Korang mungkin tak la tapi itu yang selalu jadi kat aku. Kalau hari raya memang langsung tak sentuh kuih raya lagipun aku ni bukan penggemar segala jenis biskut ni. Makan tu makan jugak la tapi sikit-sikit sebab aku mudah muak dengan biskut ni..kek pun sama, agak kurang gemar.

Ini kuih Che Mat Gebu punya..pinjam gambaq sat naa!
Paling aku suka makan Kuih Kelapa ni. Memang sedap!!
Tapi tahun ni sebijik pun tak masuk mulut lagi, teringin sangat ni!
Sapa kat rumah dia..ada kuih ni??
Pos mai buleh?? agaga

Tahun ni lagilah, langsung tak sempat nak order kuih raya. Selalunya order kuih dengan kawan kat ofis. Bulan puasa sebok dengan kursus sampai tak ingat nak buat tempahan. 

Jumaat baru ni, aku ada buat Rumah Terbuka siri mengejut punya. Tak rancang pun nak buat sebenarnya. Asalnya Khamis malam tu kawan-kawan suami nak datang, jadi aku buatkan laksa. Tiba malam tu diorang tak jadi plak nak datang. Itu yang terus jadi Rumah Terbuka hari Jumaat tu. Hehe. 

Malam tu jugak aku SMS kawan-kawan kat Penang dengan semua family kat kampung paksa diorang datang rumah aku esoknya. Sebab kalau diorang tak datang sapa nak habiskan semua makanan tu kan. 

Lepas tu punya la buat kerja kelam kabut, malam tu jugak aku keluar pegi Giant dengan Tesco cari biskut raya. Yelah, dah nak buat rumah terbuka sempena raya kan mestilah kena ada kuih raya. Kat rumah aku memang tak standby langsung kuih raya. 

Menu haritu simple je. Aku cuma masak Laksa (5 bungkus dengan ikan 4kg), Spageti dan Salad Buah Campur. Salad buah paling laris la, kejap-kejap habis. Mujur aku beli anggur dengan apple banyak. Lagipun senang je nak buat.

Pintu rumah aku buka dari pukul 4 petang sampai 9 malam je. Dari petang sampai maghrib semua family dan kawan-kawan aku, memang khas time tu untuk diorang. Lepas maghrib sampai pukul 9 untuk kawan-kawan suami aku pulak. 

Tapi mata dengan badan aku boleh tahan sampai pukul 11 je, terus masuk bilik. Suami aku la yang layan kawan-kawan dia. Lagipun, kawan-kawan dia yang datang semua lelaki. Makanan semua aku dah siap hidang atas meja, cuma diorang perlu layan diri je ambik makanan tu. 

Sedar-sedar suami aku masuk bilik tengok jam dah pukul 3 pagi. Tudiaa! punya sakan kawan-kawan dia melepak kat rumah aku sampai ke pagi. Memang terbuka sungguh rumah terbuka aku kali ni!! Haha!

ps: Punya syok layan kengkawan dengan family sampai boleh lupa perkara wajib...bergamboss! Rugi betoi sekeping gambor pun takde raya kali ni. Huh!

19 comments:

  1. Tak best tak de gambar :P hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, tahu..tp nak buat cemana lupa...

      Delete
  2. sama la..
    terlupa nak berganbar.padahal sebelum raya tu dah siap beli camera untuk ambik gambar keluarga beraya..tapi tu la..tak sempat...sibuk makan..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan lebih penting dari segalanya..tu yang boleh lupa tu..huhu

      Delete
  3. nak gambar..! nak gambar..!

    sila buat semula open house.. keh3.. :p

    ReplyDelete
  4. laa, tak dak la gambak sedondon..akak duk ngidam nak bergambak sedondon dengan mr hubby n baby..hik3..tapi tak tercapai lagi..best nya laksa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun!! ;(
      Insyaallah, ada masa tu utk kita nnti kak ;)

      Delete
  5. rumah sy dh tinggal balang dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya blang pun takdak nih.. ;P

      Delete
  6. la..x bergambaq kak?? saya pun x...hehee

    x buat umah terbuka pun..tapi 4 hari berturut2 org mai umah...sakit pinggang dah angkat pinggan, cawan bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudiaa lah noh! punya ramai tetamu..tu yang mai ramai2 bukan apa, nak merisik sekali la tu..hihihi

      Delete
  7. Replies
    1. mujur pengsan dulu dari suami..ekeke

      Delete
  8. saya buat rumah yg tak terbuka pon cam nak pengsan apa lagi nk buat rumah terbuka jemput rerakan ramai cenggini..tp sonok la kan walaupon penat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat takyah cakap la..tapi tang nak mengemas tu yg malas sangat.

      Delete
  9. Normal...kalau kawan lelakini melepak sure berjam-jam punya. Aku pun tak tahu apa yang diborakkan..serius...
    Tahu-tahu jam dah pukul 3 atau 4am...hehehehe

    Promosi sikit……hehehe
    Dijemput sertai segmen saya ini:
    http://hanifidrus.blogspot.com/2012/08/hanifidrus-segmen-menerjah.html

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D