27.8.12

Serius! Rasa nak makan lemang, ketupat, kuih raya lagiiiii..


Kes petang tadi! Biasa la, kalau dok rumah bila petang je perut mula rasa nak makan macam-macam. Macam-macam yang memang jenis takdak punya kat rumah sendiri, jenis yang nak kena pi cari kat kedai, jenis yang nak kena buat muka tak malu pi makan kat rumah orang. Haa! tu jenis-jenis aku bila teringin nak makan macam-macam. Korang ada ke camtu? Hehe.

Padahal petang tadi tu aku baru je pekena sepinggan nasi tapi perut ni dia nak jugak makan benda lain. Yang memang takdak dah kot time camni KETUPAT, LEMANG, KUIH RAYA. Mana nak cari? Kalau lemang tu pi ronda-ronda mungkin jumpa kot, rasanya ada lagi kot orang bakar lemang kat tepi jalan kan. Tapi ketupat tu mana nak cari? takkan nak hello mak suruh balut daun palas lagi kot! Uih, kesian mak.

Jadi, terpaksa la lupakan kehendak perut aku yang mengada-ngada sangat tu.

Kebetulan petang tadi aku masuk bilik belakang nak simpan baju-baju lama yang tak berapa nak pakai dah tu kt dalam almari. Ternampak satu beg ATM atas katil. Ting! (idea sudah marii) Baru aku teringat pasal beg Raya ATM yang bos bagi aku sehari sebelum cuti raya minggu lepas. Dalam beg raya tu ada 2, 3 jenis kuih raya dan biskut, ada nasi impit, kuah sate, sambal bilis, rendang daging, nasi beriani, tuala dan kain pelikat.

Beg tu sebenarnya di khaskan kepada anggota-anggota ATM yang kena bekerja time raya. Contoh yang kat kawasan operasi, kerani bertugas, pegawai bertugas, operator bertugas, pengawal bertugas dan macam-macam tugas lain lah yang kena pada hari raya pertama. Kesian kan diorang? Nasib badan. Nasib laaaa dah 10 tahun perkhidmatan aku tak pernah kena lagi duty time raya. Hehe! Dah kena nanti baru tahu kot cemana rasa sambut malam raya kat tempat kerja. :|

Tapi aku tiap-tiap tahun dapat, bos bagi! Untung kan dapat kerja sepejabat dengan second bos besar. Hehe! Tapi, tahun ni last aku dapat beg tu sebab bulan depan dah kena tukar ke cawangan lain. ;( Tapi aku jugak yang mintak tukar. Saja, untuk cari pengalaman kerja lain pulak. Hampir 9 tahun aku keja dekat pejabat bos tu. Cukup-cukup lah buat kerja senang tu kan. ekeke!

Nasi impit dengan nasi beriani tu je nak kena masak. Yang makanan rangsum macam kuah sate, sambal bilis,
 rendang nak kena panaskan je..baru sedap makan. Nyum3.

Kain pelikat suami aku tak pernah beli, memang pakai yang dapat free tiap-tiap tahun je. Huhu. Betul. Tuala pun sama, melambak yang tak guna lagi pun ada towel ATM ni. :D

Tak dapat makan lemang ketupat pun takpalah. Asal dapat nasi impit dengan rendang daging ni pun dah cukup. Alhamdulillah.

10 comments:

  1. bestnye dapat barang2 tu..hehe..sonok nengok kak niza ni epy je selalu, mood raya pon mencanak-cnak lagi kan..cm saya raya first mcm x rasa apa2 pon..haru.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. raya mestilah kena sambut dengan hepi kan :)

      Delete
  2. kalau nak lemang sedap..datang beli kat kulim ni...sepanjang th ada..area sg ular..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sg Ular? Oke, mekasih kak. Ada masa nanti ajak suami pi. Saya taktau tempat tu.

      Delete
  3. eh kakak apsal same je pattern kuih raya tu?macam adik aku punya je?ada beg, nasi goreng kampung ready made huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada nasi goreng kampung laa..
      itu nasi beriani bangg!

      Delete
  4. rebus ja la nasi impit kak..pastu buat la rendang ka, kuah kacang ka..senang ja pun...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu..dah ada yng segera. lagi senang..hehe

      Delete
  5. Nak ikan keli pun kena ke sungai ular.. Lawat laman ini = http://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com/2012/09/penternak-keli-utara-berhati-hati.html
    Penternak keli berjaya dan banyak memberi tunjuk ajar pada orang terutama orang-orang sungai ular..

    ReplyDelete
  6. Selalu jumpa orang ini masa ternak ikan dulu http://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com/2012/09/penternak-keli-utara-berhati-hati.html sekarang tak pernah nampak tetapi bila terlihat link ini terkejut betul.. Dulu dia ada buat deal dengan kita orang.. Dia berjaya, ada beberapa lori sendiri dan bermula dari bawah.. banyak beri didikan dan tunjuk ajar pada orang-orang dan kawan-kawan tetipa jumpa ini... hah.. betul ke ni?

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D