6.9.12

Kisah hati yang tersagat

Ada satu hari tu, aku pergi Tesco sengsorang. Setelah kepenatan tolak troli lepas shopping barang dapur yang kemain sakan lagi tu, tetiba pulak perut berbunyi. Itu menandakan aku sedang kelaparan. 

Kebetulan masa tu dah turun tingkat bawah nak menuju ke pintu keluar, disebabkan kemalasan nak patah balik pegi kat foodcourt dia kat tingkat atas, aku singgah jelah kat KFC nak take away. 

Aku berbaris di belakang seorang budak. eh, gadis kot. Dah besar budaknya. Perempuan. Dalam kegelisahan aku berbaris jugak sambil mata jeling-jeling kat luar kat pintu masuk KFC. Risau. Troli barang aku tinggal kat luar takda sapa tolong tengok kan. Kang ada yang bawak lari barang tu, tak ke naya. 

Lepas tunggu punya tungu. Eh, apahal lama sangat budak ni dok selok poket seluar ni. Kejap selongkar beg, Kejap selongkar purse. Laaa, rupanya duit tak cukup 2 kupang lagi nak bayar KFC. 

Yang cashier pompuan tu dok asyikkkk je sebut semuanya 17.20 tadi adik bagi 17hinggit je, tak cukup 2kupang lagi dik. Walopun dia nampak budak tu dah berpeluh-peluh selok poket, selok beg semua. Apa salahnya kalo cakap takpalah dik, 2kupang lagi tu akak belanja je. Kan? Pahala tu, tolong orang. Tak luak pun duit gaji tu kalau sedekah 2 kupang. 

Kesian tengok cashier tu dok berdrama dengan budak tu, aku pun sua lah kat dia 5kupang sebab aku pun takda 2kupang tu. Kemain cepat lagi budak tu ambik. Muka dah merah. Orang ramai ni tengah berbaris kelaparan nak makan KFC. Lain la kalo ada kawan boleh la mintak-mintak kan, ni sorang-sorang dia. Kalo aku pun malu. 

Lepas budak tu bayar, terus dia pusing kat aku cakap Terima kasih MAKCIK!! dan terus blahh dari situ sambil tunduk muka. Balance 3kupang tak bagi pun tapi memang takdak hal lah tu aku sedekah. 

Tapi yang tak tahannya dia panggil aku makcik??! Orang yang dok baris kat sebelah pun pusing tengok muka aku. Makcik tang mananya muka aku ni?? Gila hang dikk, aku ni hot lagi tau!! Panggil la kakak! grrrr.

ps: Jenis tak sedaq diri makin tua! >.<"

16 comments:

  1. Bahahha.. yg tak tahannya balance plak tak bagi.. Hahaha.. Urmm.. dah tua meh.. kena terima seadanya.. Kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. uit cepatnya komen. baca ke scan? kui3

      Delete
  2. makcik hot la tu kak..hehe

    ReplyDelete
  3. hahahaha makcik!! makcik pon oraittt dr opah gangnam style ;p

    ReplyDelete
  4. wakakakakakaka....!

    at least, pandai2 laa mengampu kan...

    isk..xyah jujur sgt dikkkk.. :p

    ReplyDelete
  5. hahahaha..apala budak ni,
    kak yang hot ni dia panggil macik..hahahahahahahaha

    ReplyDelete
  6. nasib ang la makcik hahahaha..

    ReplyDelete
  7. ngeeeee~ terlalu jujur laa adik tu...

    ReplyDelete
  8. geram gak tu niza..panggil makcik kalo dah baya2 emak dia okeyla.

    tapi maybe dia sgt gabra..sampai tersasul dan lupa baki duit.

    ReplyDelete
  9. niza muda lagi ape...akak ni haa dah pangkat mak nenek..huhu..
    sian budak tu apesei le staff kfc tu takde hati nurani :)

    ReplyDelete
  10. baik la makcik nih...hehe

    ReplyDelete
  11. Makcikkak kot... mmg hot, tp jgn hot sgt nt hangit...

    ReplyDelete
  12. haaa dia panggil niza makcik? tak patut!
    kalau akak kena gitu pun akak hangen..
    bukannya kita tak sedar diri, tapi budak-budak
    sekarang makin kurang manners nya, sampai nak
    address orang pun main suka suki mak bapak je.
    Akak pernah kena dengan seorang cashier,
    dia panggil akak makcik dan akak panggil dia makcik juga,
    merah kelat muka dia..haha

    ReplyDelete
  13. biase la tu kak.budak2 skang biadab tak hengat.haha..budak2 dtg beraye umh saye pon pnggil sy pakcik.br umo 23 kot!!dorang tu ade la baye2 form 2.terase tua ngat!haha

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D