2.9.12

Misteri: Kelakuan jiran yang meragukan akhirnya terbongkar!!

Merujuk kepada perkara tajuk di atas, adalah saya ingin menghebohkan beberapa kelakuan pelik yang telah mendatangkan pertanyaan secara bertubi-tubi didalam hati lalu membuatkan saya berasa sangat konfius yang teramat terhadap jiran sebelah sejak 4 bulan yang lalu.

Ehhh dah macam buat aduan bertulis lah pulak. Huhu. 

Lagi 3 bulan lebih kurang cukup la 3 tahun aku berjiran dengan jiran aku ni. Jiran aku ni @bukan nama sebenar dia, Tini. Aku panggil kak tini padahal aku rasa dia macam muda je dari aku. Tapi disebabkan anak dia dah 2 masa tu dan yang sulung pun dah tadika, jadi aku rasa elok aku panggil kak jelah. Main taram je. Huhu

Walopun berjiran tapi kami ni tak pernah lagi bertandang ke rumah memasing walopun kalau ikut kuasa kuda aku ni takdak hal la nak panjat tembok dinding yang lebih kurang paras ketiak aku tu. Bersembang sekali sekali je tu pun kalo bertembong kat porch memasing. Eh, bersembang riuh rendah pun tak pernah jugaklah. 

Lebih kepada bertegur Hai!,Ehh lama tak nampak pi mana?,Baru balik keja ke?,Ehh keja ke hari ni? asyik keja je, tak ambik cuti ke? Selain tegur-tegur camtu, ada jugak berbalas bekas. Kalo aku bagi laksa, mggu depan dia bagi mee. Sweet kan hidup berjiran? Saya sayang jiran saya. Tapi kan!!

Sabtu lepas, raya ke 7. Aku tengah sedap-sedap tidoq sampai ada orang panggil aku dah masuk kali kesepuluh baru aku tersedar macam ada orang panggil nama aku je tapi suara budak! Suara budak tu macam familiar sangat dengan telinga aku ni. Nyaring je aku dengar acik nizaaa! acik niza! ooo acik nizaaaa. Eh, panggil nama aku ke tu? Kacau betoi nak tidoq pun tak senang. Tengok jam dah pukul 9. Alamak!! malulah nak keluaq rumah dengan muka bangun tidoq nih. Kejap lain pulak dia panggil kak nizaaa oooo kak niza! Kami nak bagi agaq-agaq niii acik nizaaa! Ehh, budak ni..memainkan pulak dia.

Rupanya jiran aku bagi agar-agar pandan tapi mana maknya? Mak ada dalam rumah, mak suruh kakak bagi kat acik niza. Owhh..oke. Cakap kat mak terima kasih naa. 

Pelik! Selalunya kak tini yang selalu bagi sendiri kat aku, tak pernah suruh anak dia. Sebelum ni (bulan 6) pun aku ada bertembung dengan dia tapi masa tu dia berdiri kat sebelah kereta je, tak berganjak dari situ. Tak datang pun kat tembok sempadan rumah aku dengan dia. Hairan. Dia tegur aku tanya mana aku pergi sebab dah lama tak nampak kat rumah. Aku cakap aku tengah kursus kat Bentong.

Lepas dari hari tu, tiap kali dia ternampak aku dia tak jadi keluar rumah. Dia tunggu aku masuk rumah dulu baru dia keluar sidai baju ke apa. Kalau terserempak pun dia kan lindung diri dia kat tempat-tempat yang aku tak boleh nampak perut dia. 

Kalau koranglah kan, korang rasa pelik tak dengan pe'el dia tu? Tapi aku dah syak sesuatu la sejak bulan 5 lagi sebab aku terserempak masa kami balik kerja dan baru sama-sama sampai rumah. Aku perasan uniform dia pakai tu lain. Oke, kak tini tu jururawat. Tapi aku buat selamber derkkkk jelah.

Sampailah ke petang kemarin, aku baru sampai rumah balik dari rumah kenduri dengan mertua aku. Kebetulan kak tini masa tu tengah kunci pintu rumah. Suami dengan anak-anak dia dah tunggu dalam kereta. Masa tu pulak abah(mertua) park kereta kat luar gate. Jadi ambik masa sikitlah aku nak jalan sampai ke pintu rumah tu. Masa aku jalan lalu kat tembok tu aku jenguk kepala sebab dah nampak kak tini kan, tapi masa tu dia macam ala-ala menyorok sikit la kat ampaian dia tu. Terus aku tegur dia nak pi mana kak? sambil mata aku TERtengok kat perut dia. Dia jawab nak balik kampung sambil senyum dan muka macam sedikit terkejut. Lepas tu aku terus buka pintu masuk rumah.

Masuk je rumah tengok suami aku dok baring depan tv. Terus aku cakap kat dia yg, yg! patutlah kak tini asyik mengelak je bila jumpa dengan kita. Kak tini mengandung lagi! Mungkin dia malu dengan kita kot, sebab tu dia asyik mengelak ja.

Mungkin dia malu dengan aku kot sebab mengandung lagi anak yang ke4 sebab anak dia yang ke3 tu baru setahun lebih kurang.

Pada aku kan, buat apalah nak malu kalau mengandung lagi. Nak buat macam mana kan.Kadang-kadang kalau pun kita rancang tapi kalau dah nak lekat jugak nak buat macam mana. Buat apa la nak menyorok nak mengelak sampai macam tu. Takut saya mintak ke apa kak? hehe

Aku lagi rasa malu kot sebab sampai sekarang belum ada anak. Pergi kenduri semalam pun ada orang cakap: apa ni, lama dah kawen tak dapat adik lagi. Anak sedara makcik yang kawen bulan 5 baru ni, dok tak larat dah.. buat kerja sat pun penat dah, ada isi dah la tu!

Amboiinyaaa makcik!! takpalah, saya redha. 

Nii baru je tadi, tengah dok menaip entry ni ada orang chat kat facebook massenger: 
haii, bila nak dapat baby. 
entah! Sempat gak balas sebab soalan panas tu.
Tak pandai kaaa..hehe (Ayat kuangjaqq! boleh gelak2 lagi)

Geram, marah dan sikit terasa. Terus tak balas dah. Buang masa layan orang yang tak reti nak fikir guna kepala otak sendiri, yang tak reti nak fikir perasaan orang. 

Ok, balik kepada cerita kak tini. Aku kalau orang dah mengelak camtu mungkin aku pun akan mengelak jugak dari terserempak dengan dia. Sebab aku dah tahu dia malu, dia segan sebab apa kan. Aku pulak jenis bila orang dah segan dengan aku, aku jadi lebih segan lagi dari dia. Huhu. Terbalik. Sebab aku jenis tak reti nak bersembang. Takkan aku nak tanya eh, kak tini mengandung pulak? bila mengandung? Takkan camtu kot kan. tak patut sangat.

Kalau korang camna? Apa korang nak buat? Apa korang nak cakap kalau dia macam dah mengelak dengan kita camtu. Tapi sekarang aku rasa kak tini dah tau yang aku tau dia mengandung lagi. Mustahil aku tak nampak kot sebab perut dia dah besar.

Eh, baru perasan tajuk tu agak menggemparkan kan? Erk! selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 

12 comments:

  1. haah agak menggemparkanlah tajuknya...nape lah dia nak sorok2 gitu kn..mmg nasib kita serupa lah..akak pun penah kena camtu..mana2 sedara terdekat yg pegnen semua tarik2 baju nak sorok...ada yg takut akak marah lah maybe sbb takut akak terasa kot..takkanlah kita nak marahkan rezki orang..pening deknon..tp kalo org hina dina diri ini memang nak marah lah sbb kita kan manusia..ada perasaan..kita doalah sama2 moga impian kita tercapai nanti nak jadi seorang ibu .... insya Allah :)

    ReplyDelete
  2. teringin pulak ghasonya ambo nak berjiran ngan korang berdua. ha ha ha...

    ReplyDelete
  3. hehehe...saya ingt apa la td..masa anak2 kak tini panggil kak niza nk bagi agaq2 tu sy dh pikir dah yg kak tini mungkin sakit tak leh bangun..tp kenapa leh buat agaq2 pulak kn..pastu sy pikir jugak msti kak tini nk apa2 kan kak niza dgn bagi agaq2 tu..hehe..upenye nk nyorokkn perot..

    ReplyDelete
  4. eh..nak duduk sblh rumah kak niza la...hari2 hntr lauk semangkuk eh.hehehehe
    tajuk gmpk ingt penuh misteri je.hehehehe.
    xpe xpe,nnti adalah rezeki kak niza.....kot2x 3 sekali,tunjuk kt smua yg bertanya tu ye kak....jgn lupa amalkan kurma..kot2x melekat nnti eh

    ReplyDelete
  5. Akak tak penah pulok ada yg pregnnt tapi nyorok2 dari akak.

    Lps ni niza buat biasa je dgn jiran tu. paling2 pun tanya dh brapa bln.

    ReplyDelete
  6. jemput mai raya rumah.!!!!!!ada berann?

    ReplyDelete
  7. kalau akak cakap je gini kat kak tini tu...
    "untung nya kak tini...
    ramai anak...
    mesti seronok je .."
    lepas tu mintak la petua apa2...
    mungkin itu buat dia hilang la sikit rasa malu tu...

    ReplyDelete
  8. la,awatnya nak ngelak..kalau dah ter tu takpela kan..rezeki Allah swt beri..


    takpa la kak..saba yer..mana tahu ada rzki lpas ni

    ReplyDelete
  9. tajuk mmg dah cukup gempak nie.. hehehhe

    alamak... dia malu ke?

    hmmm.... tu kan rezeki Allah bg... kenapa perlu malu dan sorok..lagipun benda yg halal kan...

    (zmn skang ada je.. yg pregnant sbb terlanjur.. buat muka slumber je tanpa rasa segan silu, siap bangga lagi...) --->> kisah benar nie..

    terbalik pulak dah huhuhu~


    ReplyDelete
  10. kalau dia malu tak yah tegoq la..biarkan ja..
    cuma kalau ada orang tanya niza, bila nak dapat baby, niza boleh jawab gini...
    "Haaa tu laa pasal...tolong doakan saya ya, mana tahu doa tu dimakbulkan Allah supaya saya dapat baby cepat.."

    Akak dengar Datuk Hj Fadzillah Kamsah punya motivasi pagi, saranannya supaya kita jawab gitu. Sama juga kalau orang tanya akak, bila nak kahwin, akak jawab tolong doakan saya supaya jodoh cepat sampai...dulu rasa sedih juga bila orang sibuk dok tanya gitu, sekarang akak jawab selamba dan im happy with it!:)

    ReplyDelete
  11. segan ngn akak kot.kalo akak tego die,msti die da tak sorok2 pasni.ce sergah sket die kalo nmpk kt pintu.

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D