24.9.12

NuffnangX. Saya sudah, anda?

Semalam buka Nuffnang, saja nak tengok BE ada lagi ke tak sebab sekarang ni kan dah jarang buka blog apatah lagi nak update sekerap mungkin, macam dulu. Alhamdulillah, rezeki dari Nuffnang masih kencang nampaknya. Aku sendiri macam tak percaya bila BE tu belum lagi berhenti dapat sejak bulan Mac lagi sampailah sekarang BE silih berganti, masih galak menari-nari kat blog aku. Alhamdulillah, terima kasih bebanyak Nuffnang. Dan cadangnya hujung bulan ni nak cashout la. Tapi amount tu takda la banyak mana, cukup-cukup sudahhh. eh, cukup-cukup makan je.

Laa, panjang lebar plak cerita pasal BE. Sebenarnya nak cerita pasal NuffnangX ni haa. Aku tak pasti la samada korang semua dah lama sign up dengan NuffnangX - Social Blog Stalking tu ke tak tapi aku baru perasan kewujudan dia semalam masa buka Nuffnang. Masa nak log out Nuff tu macam terperasan ada notification kat hujung tu so aku pun klik la. Aku ni plak jenis takleh nampak apa, semua aku nak tekan semua aku nak tau semua aku nak try semua aku nak ada semua aku nak dulu!! Orang len kemudian.. Hehe.


Mula-mula tu macam pening jugak dengan NuffX ni tapi bila lama sikit macam dah boleh paham sikit-sikit la fungsi atau misi atau matlamat NuffX ni. Apa yang kepalatak aku ni paham, macam ni la lebih kurang:

  • Boleh follow mana-mana blog yang kita suka, boleh search url blog yang kita nak follow tu. Taip nama pun leh kuar dah kot. Contoh: Niza Romli. Muehehe
  • Bila kita update blog, entri baru tu otometik masuk dalam NuffX tu. Wahh, ajaib. Takyah susahsusah dah copy paste url macam nak ping kat facebook tu. Buat genyahh.
  • Ada button conversation, boleh sembang-sembang. 
  • Boleh follow blogger dari seluruh dunia untuk tambah kenalan.
  • Lebih kurang macam Google+, boleh komen-komen kat entry blog yang kita follow.


Apapun, sebelum tu kena Claim Blog dulu. Tujuan dia untuk mengesahkan yang kita ni pemilik tepat blog tu. Lepas tu kena add code NuffX letak dalam blog kita. 

Yang syioknya, ada aplikasi NuffnangX ni untuk pengguna iPhone dan Android. Lebih syiok, apabila apps tu boleh dimuat turun secara percuma.

Dengan NuffnangX kita boleh dapat duit jugak. Sangat menarik! Cemana cara? Terjah sini http://thesearch.nuffnangx.com.

Apalagi? Jom kawan dengan kita. Kita ada NuffnangX dah, meh follow meh.

12 comments:

  1. Td dpt email psl ni..ada dpt reward. Tapi kurang faham camne.

    ReplyDelete
  2. nyampah betul ngan Nuff ni..sampai la satu haram BE pon x pernah dpt

    ReplyDelete
  3. Acap kali buka nuffnang tp x perasanlah pulak...nak gi bukalah ni,thanks share:)

    ReplyDelete
  4. pening pala tgk nuffnangX.hehehe

    ReplyDelete
  5. waaa akak kena belajar dengan niza ni pasal nufnangx..selama ni akak blogging jer dan tak pernah cek apa2 pun...hmm kena aktif le lepas ni...

    ReplyDelete
  6. tak tertgk.......sebb x semangat nak tgk BE...hiihih

    ReplyDelete
  7. akak tak reti uwaaaaaaaa..lama nye nanges

    ReplyDelete
  8. follow my blog..i'll follow u back...hehehe
    http://hakaluka.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. waii..menarik ni..senang nak ping..

    ReplyDelete
  10. ooo, lama juga nampak NuffnangX tu tp malas nak gi tengok apa ada di situ. Menarik juga ya!

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D