30.9.12

Petikan ayat: Dr Zubaidi Hj Ahmad


  • Seorang wanita yang diuji dengan kerenah suami bertanya pada saya. "Sampai bila saya mahu bersabar?" Bersabar bukan diukur dengan masa. Ada yang bersabar berbulan-bulan, ada yang bersabar bertahun-tahun. Sabar harus diukur dengan perubahan dan kejayaan. Bersabarlah sehingga berjaya dan ada perubahan. Setiap orang yang diuji dengan sakit dan masalah harus bersabar. Tidak rugi orang yang bersabar, di mata manusia dan di sisi Allah.

  • Seorang wanita bertanya kepada saya resepi untuk mengubati rasa kecewa kerana pengorbanannya selama ini tidak dihargai dan rakan sendiri menikam dari belakang. Saya menjawab "perbaikilah niat kita" kerana niat yang IKHLAS dan melakukan kebaikan tanpa mengharap balasan paksi kekuatan jiwa. Orang ikhlas tidak memperdulikan sama ada dia dibalas dgn pujian, penghinaan atau sindiran. Jangan putus asa dari melakukan kebaikan, kerana musuh kita mahu melihat kita berhenti melakukannya. Kita tidak perlu mengharapkan pengiktirafan mereka.


Selamat beramal :)

9 comments:

  1. orang yang sabar akan sentiasa ada duit. eh

    ReplyDelete
  2. kdg2 saya bleh sabaq pd hal besaq..tp sangat mudah melenting dgn bnda kecik..mcm mana tu kak?

    ReplyDelete
  3. Sabar...sabar...sabar...(smbl urut dada)

    =D

    ReplyDelete
  4. sabar separuh daripada iman..

    ReplyDelete
  5. Orang yang sabar nampak tenang je kannn..

    ReplyDelete
  6. manusia mudah utk BERSABAR, tetapi tidak mudah utk BERSYUKUR.

    orang yg IKHLAS akan berusaha menyembunyi kebaikan yg dilakukannya, sebagaimana ia berusaha menyembunyi keburukan yg dilakukannya.

    ReplyDelete
  7. Sangat mengesankan! Terima kasih kak kongsi dengan kami.


    Ikhlas tu macam seekor semut hitam yang berjalan atas batu hitam di waktu malam yang gelap gelita. Ia wujud tapi sangat sukar untk dilihat. ;)

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D