22.9.12

Puding pisang berkastard..yami yami!

Petang je mesti lapar. Itu biasa. Kalau kat ofis, asal petang je mesti beli goreng pisang, takpun cekodok, takpun goreng cempedak atau cucur udang letak penuh atas meja. Itu pun biasa. Tapi bila kat rumah, memang tak biasa langsung nak keluar rumah petang-petang cari makan bila 'laparkan' sesuatu. Kalau terliur jugak, dapur ada. Apa tekak nak, mesti jadi punya. 

Bab makan, memang takdak kompromi! heh3

Takkan tak terliur kot!

Oleh itu, pada petang tadi telah tersiapnya satu makanan yang amat dasyat sedapnya! Puding Pisang Berkastard. Nak cuba? Nanti dulu,  nak cerita dulu satgi baru boleh bagi resepinya.

Ini kali kedua aku buat puding pisang ni. Kali pertama buat, dah lupa! Sebab memang takdak dalam blog ni.  Buku resepi aku memang melambak. Puas belek-belek tadi, baru terjumpa resepi ni. Senang je pun nak buatnya. 10x kelip mata je. Percayalah. Muehehe.

Bahan: 
Pisang Berangan (pisang berangan je paling sedap untuk buat puding ni)
Butter
1 tin susu cair*
2 biji kuning telur*
1/2 cawan air*
4 sudu penuh gula*

Yang bertanda * untuk buat sos kastard

Cara: Satukan semua bahan * sos dalam periuk. Kacau hingga sebati dulu, baru panaskan atas api hingga pekat. Sejukkan.

Masukkan sedikit butter dalam kuali dan goreng pisang dalam butter yang dipanaskan. Balikkan bila dah masak. Pisang ni masak sekejap je dah cukup, kalau biar lama nanti lembik. Hidang dan angkat dalam pinggan. Tuang sos. Nak sedap lagi tabur kismis. Siap.

Makan hingga kering pinggan! 

16 comments:

  1. terbayang puding yg biasa tu..

    rupanya pisang togel ja..

    sedap..!

    ReplyDelete
  2. pisang berangan mmg cedap..dpt imagine kesedapan puding ni :)

    ReplyDelete
  3. sedapnyer. bleh cuba kat bilik nie. simple and nice. tengok pic pun dah terliur

    ReplyDelete
  4. amboi makan tak berhengat...licin!

    ReplyDelete
  5. Sedapnye...boleh cuba resepi ni..cara2 nk buat pun mudah jer tu..Thx for sharing...^^

    ReplyDelete
  6. Oh sedapnya ni...maaf tapi mmg terliur haha :D

    ReplyDelete
  7. kak....saya x makan puding pisang..jd xterliuq..hehe

    ReplyDelete
  8. waaaa nampak sedap kak... hehehehe

    ReplyDelete
  9. whoaaa !!
    yummy yummy !
    :)
    laparrrrrr ..

    ReplyDelete
  10. peh kalau dah zoom dekat gitu siapa tak terliur.

    ReplyDelete
  11. GIVEAWAY TERBARU ! nak LOMO CAMERA ? IPAD ? CANON CAMERA ? join sini ^_^ cepat !

    http://musyuxmusyux95.blogspot.com/2012/09/misc-giveaway-by-fatin-fitrah-dan-aina.html

    ReplyDelete
  12. Tengok pun dah tahu teramat dahsyat enaknya!!!

    ReplyDelete
  13. yer..tengok pun dah boleh agak kesedapannya ketakterhinggaan keterliurannya..keharusana kebuatan lah kehujung kemingguan ini..sorry akak berfoya-foya dengan bahasa!:)

    ReplyDelete
  14. menarik je...boleh cuba buat ni..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D