9.9.12

Tukar jadual masak pulak kitanya

Sekarang ni aku tengah mengantuk sangatsangat tapi takleh tidor, sebab? dah petang sangat. Satgi liat nak bangun. Lagi-lagi baru lepas makan nasi ni kan. Almakjah jelah, maghrib pun boleh jadi tak sedar. 

Sekarang ni kalau weekend dah jarang masak tengahari. Dah tukar jadual masak. Masak petang pulak, pukul 4 baru masak. Pukul 6 dah makan. Malam takyah makan dah. Diet - konon je. kang lapar selok periuk lagi. aku bukan buleh harap pun!

Sebab apa tukar jadual masak? Sebabnya kalo masak tengahari, laki aku bukan dia makan pun. Buat sejuk lauk je. Pagi-pagi wajib belasah roti telor 2 bijik, telor separuh masak 2 bijik, neskepe ais segelas. Maunya tak kenyang sampai tengahari. 

Kalau dia balik rumah tengahari, memang tak pernah dia makan nasi. Bila tanya - kenyang. Tanya - kenyang. Aku pun jenis kenyang lama jugak cuma ada masa-masa gedik dia je kejap-kejap nak makan. Kejap nak makan tu, kejap nak makan ni. Tapi tak selalu pun. 

ps: Harini masak gulai udang kawkaw! best lama betui tak bergulai. Malam ni nak berojak buah pulak. :)

7 comments:

  1. amboi.
    bergulai-gulai nampak nya kak?

    ReplyDelete
  2. kak, saya kt kg lagi...x p mana pun..tunggu posting tah bila x tau..

    amboi, tukaq jadual..tapi balun banyak jugak kan..kan..kan...hehehehehe

    ReplyDelete
  3. hah laki bila duk tanya kenyang tanya kenyang tu bahaya tu. tanya dia apasal kenyang?

    ReplyDelete
  4. wahh hebat masak ya..kalau dekat maunya akak gi dok tepi tingkap, minta semangkuk..kehkehkeh..

    ReplyDelete
  5. dap nyer udang..tp tadi akak li sotong..anak buah tk makan udang..rojak buah pun dapp..semua terliok :)

    ReplyDelete
  6. Sng jd org tak cpt lapar ni ya..akak ni cpt lapar, perut byk asid.

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D