11.10.12

9 bulan


Masih terngiang-ngiang di telinga apabila semalam Dr Fauzi berkata eh, awak ni dah mengandung 9 BULAN! Sejurus selepas beliau membuat pemeriksaan ke atas aku. Walaupun dalam pada itu aku masih dalam separa sedar dan susasana keliling pun macam samar-samar suram je tapi aku terus bersorak gembira. Gembira kerana apa yang aku harapkan akhirnya! Ya akhirnya menjadi kenyataan! 

Namun, tetiba aku rasa macam hairan pulak. Yelah, Dr Fauzi kata aku dah mengandung 9 bulan tapi kenapa perut aku tak muncit pun? Masih leper macam sedia ada je. Sekali lagi hairan itu datang menujah kotak fikiranku, Macam mana tiba-tiba boleh terus mengandung 9 bulan pulak! Eh takleh jadi ni, Dr Fauzi tu mesti tipu je. 

Tiba-tiba!

Alarm henpon bunyi pukul 4.30pagi! Terus potong mimpi indah aku tu. Tak dapat nak tau apa kesudahan mimpi tu tapi yang pastinya... aku tak mengandung pun. Arghhh. Stress. Dah banyak kali mimpi macam tu. Tapi nampaknya belum menjadi kenyataan lagi. Mungkin ada hikmahNYA disebalik mimpi-mimpi tu. Mudah-mudahan. Amin.



#Dr.Fauzi dalam mimpi tu, kawan opis lama aku. Konpius! Cemana dia boleh timboi jadi doktor pulak dalam mimpi tu. Keluar muka dia sebijik pulak tu. Huhu.

10 comments:

  1. insyaallah kak.ada rezeki untuk akak nanti ;)

    ReplyDelete
  2. hahaha..lawak plak..

    tak pa kak, insyallah pasni ada la rezeki kak timang anak ^_^

    ReplyDelete
  3. takpa insyallah ada tu rezeki...pernah kena tapi realiti...doktor siap bagi 100% comfirm..tak puas ati g second check tempat lain kata xda...bengang sgt tp tuhan tu adil...sebulan lepas tu, klinik tu tutup..org kata doktor tu kena dakwa sebab ada org buat aduan kat kementerian..

    ReplyDelete
  4. nanti dtg la rezeki tu . aminnn.. kena usaha la kan.

    ReplyDelete
  5. akan sampai rezeki tu pada masa yg sesuai..

    insyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  6. insyaallah rezeki tu akan sampai juga nanti..gud luck dear

    ReplyDelete
  7. sbb ternanti2 tu yg terbawa dlm mimpi kot.

    tapi yg tak menahan tu psl dr.fauzi..camne tu. ^__^

    ReplyDelete
  8. hehe..lucu lah niza ni, mudah mudahan kita bertiga bakal timang anak tahun depan...insha Allah :)

    ReplyDelete
  9. moga mimpi jd kenyataan..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D