23.10.12

Anak angkat

Baru-baru ni, ada sorang kawan tanya aku pasal anak angkat. Memula dia tanya nak ke tidak je. Lepas tu dia cadangkan pulak supaya aku ambik je baby yang bakal lahir 29hb nanti. Bila aku tanya anak sapa? Dia cakap kawan kakak dia. Orang susah, anak dah 2 dan tak mampu. Dan macam-macam lagi yang dia plan kan untuk aku pasal pengambilan anak angkat tu.

Senang-senang je kan dia bagi cadangan?

Masalahnya bagi aku, bukannya senang nak buat keputusan tergesa-gesa macam tu. Perkara macam ni, walaupun ya, kita yang nak bela tapi tak boleh la nak membelakangkan kedua-dua belah family kita. Kena berbincang dan persetujuan family pun penting. Lagipun aku rasa, masih awal untuk aku fikirkan pasal anak angkat. Bulan 12 nanti baru cukup 3 tahun kawen. Bagi aku, macam BARU lagi kawen. Ditambah dengan belum ada anak ni, rasa macam pasangan baru kawen je. Masih dalam mood honeymoon kot! 

Dia suruh aku bincang dengan suami tapi sampai ke hari ni aku tak buka mulut pasal hal tu depan suami sebab aku tahu suami aku memang taknak anak angkat. Lagipun, aku sendiri rasa berat nak ambil apatah lagi nak fikirkan hal-hal macam tu. Belum tiba masa yang sesuai untuk aku. Lagipun masih awal, boleh ikhtiar lagi cara lain.

Apapun, aku berterima kasih la dengan dia sebab agak prihatin dengan aku walaupun sebenarnya aku dengan dia bukanlah kenal rapat pun. Kenal pun gitu-gitu je tu pun sebab suami dia dulu pernah satu tempat kerja dengan aku. Berjumpa pun baru 2x dan bersembang pun hanya melalui facebook. 

Kalau korang, setuju atau tak? Apa pendapat semua pasal anak angkat ni??  

14 comments:

  1. as salam,

    kalau rasa mcm awal lagi, tak payah kut..tapi kalau rasa mcm nak baik discuss dgn hubby..

    ReplyDelete
  2. pernah juga terfikir nk amik anak angkat ( dok cari yg pompuan )supaya dpt berkawan dgn anak bongsu sy...tp risau gak apa akan jd pd masa hadapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 2,3 org officers saya ambik anak angkat kt Rumah Anak Yatim Kulim. Tapi depa cuma ambik/bawak balik rumah masa weekend ja, lepastu hntr balik ke rumah ank yatim sbb kebanyakkannya dah besar2 dan bersekolah.

      Delete
  3. Salam...Pasal anak angkat ni,satu perkara yang bukan mudah dari segi emosi dan mental.Perlu pikiaq dengan halus.Zaman sekarang ni,kita tidak boleh main angkat saja tanpa hitam putih.

    ReplyDelete
  4. Rasanya agak awal memandang usia perkahwinan baru 3 thn...tapi jika ada niat nak ambil anak angkat tu, perlu berbincang dgn suami n keluarga ke2 pihak. Sebaiknya ambil yg baru lahir...jgn ambil yg dah besar sbb susah nak didik.
    Kalau boleh ambil anak angkat yg ada talian persaudaraan, hal halal haram perlu dititikberatkan juga:)

    ReplyDelete
  5. mcm awal lagi..baru 3 tahun kan..

    ReplyDelete
  6. kalau akak rasa macam awal lagi,better tak payah kot kak.
    lagipun bukan senang nak buat keputusan kan..
    kena berbincang mintak pandangan keluarga dua2 pihak dulu...

    ReplyDelete
  7. mcm akak ni mmg dah lama kawin (tapi rasa mcm baru je..), maka adala pihak2 yg bising psl hal ni. Cadang takpe, tapi jgnla desak2 kan...

    akak dan suami sepakat, takmo amik anak angkat atas beberapa faktor. kami terima utk hidup berdua kalau mmg ditakdirkan takde zuriat.

    ReplyDelete
  8. 3 tahun biasa la tu kak...ikhtiar dulu kak...bukan nak tolak mentah2...tapi kita perlu fikir banyak hal....

    ReplyDelete
  9. salam...sy minat kl budak tu lelaki... blh email sy x? tomatosos88@gmail.com

    ReplyDelete
  10. salam...sy minat kl budak tu lelaki... blh email sy x? tomatosos88@gmail.com

    ReplyDelete
  11. hmm...kalau tak bersedia tak perlu dulu la kan,mcm urgent sgt lak..better ikhtiar..insyallah ado la rezeki tuh nanti...amin...

    ReplyDelete
  12. Entahlah ada pro dan kontranya..
    Terpulang pada awak mana yang terbaik...

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D