13.10.12

#Art. Everyone is artist

Minat melukis tu dah lama wujud sejak sekolah rendah. Ingat lagi masa darjah 5, top5 dalam senarai untuk saringan akhir pertandingan melukis antara sekolah. Terkejut jugak masa tu, cemana cikgu boleh nampak keunikan lukisan comot aku sebagai salah satu yang terbaik. Hehe. 

Namun ternyata aku bukanlah yang terbaik. Langsung tidak. Tak terpilih pon untuk ke peringkat final. Ceh, dah macam apa ayat tu. Dah bunyi gaya-gaya final Piala Malaysia ATM vs Kelantan dah kan. Go!go!go! ATM meme dah juara! 

ehhh?
Hehehe. terover pulakdahh!

Aku memang minat melukis, bercita-cita sangat nak melukis cantik-cantik boleh gantung kat dinding dapur. Dapur jelah mampu, letak kat ruang depan kang buat malu je orang tengok. Yelah, lukisan pun comot. Tapi sampai sekarang tak pandai-pandai pun melukisnya, minat je lebih. Tapi minat tu tak selari dengan usaha. Kalau usaha lebih, pasti dah terer sangat sekarang. Minat tu kalau campur malas makanya memang tak reti sampai ke sudah lahh. Muekeke.

Oleh itu, masa aku tengah ushar-ushar keperluan alat tulis untuk pejabat, aku ternampak sekotak digital painting. Ada kotak kecik, kotak besar dan kotak lebih besar. Eh, ini tak boleh jadi nih. Aku pantang sikit jumpa benda-benda gini. Ini dah jadi kes wajib beli, wajib try this at home! Ingat nak beli yang besar terus harga lebih kurang RM30. Yang kotak sederhana besar tu RM18 je. Untuk permulaan baik beli yang kotak kecik je dulu, kata pun wajib try. RM6.80 je yang tu. Kalau best esok boleh pi beli lagi. 

Tapi yang tu kita tak kena lukis, cuma kena main paint je. Ternyata ianya sangat best walaupun aku hanya paint hello kitty je. Ceh, bebudak sangat. 

Nah tengok ni.


SEBELUM - comel kan botol cat dia.

SELEPAS - Tengok! Dah siap ada guide pun masih comot.
Tak pandai guna paint tu.

Paint comot-comot pun makan masa sejam setengah jugak ni. Punya susah mungkin sebab lukisan dia kecik kan. Tapi best. Nak beli lagi, beli yang lebih besar. Yang besar tu lukisan dia ada macam-macam jenis sesuai la dengan orang dewasa macam aku ni. Ni tak, hello kitty? 

Tadi dah jet2 laki, nampaknya dia setuju. Hah, apalagi main cat jelah minggu ni sementara tengah gian. Minggu depan kalau dah jemu, tengok la..lempaq ghata ceghok. Huhu. 

11 comments:

  1. kalau la nampak kat anak2 akak ni,mesti merenggek minta beli...

    ReplyDelete
  2. comelnya botol cat dia

    ReplyDelete
  3. Woww!! memang cantik..
    Botol pun menarik :D

    ReplyDelete
  4. kat mana nak beli ?? saya pun nak try la...walaupun bakat tu tiada..~hahah

    ReplyDelete
  5. ok la ni kak.....saya ni teringin gak nak lukis2...suka berangan gak nak jadi pelukis..tapi awat la keras sangat tangan ni...

    ReplyDelete
  6. awat depa semua puji kat botoi cat tu..awat nya..
    memang ada bakat ni,asah lagi bagi tajam :)

    ReplyDelete
  7. ok sgt tu !


    ranap keta adik ku !http://gilamodified.blogspot.com/2012/10/12-hours-to-go.html

    ReplyDelete
  8. Hobi baru ker...kikiki.
    Cantik2.

    ReplyDelete
  9. perlukan kesabaran nak main bnda ni..

    bagus at least dpt menguji keimanan gitewww..


    hye kak..rindu giler nk pumpang2 kt cni lg..

    ReplyDelete
  10. Niza,
    Good effort, teruskan saja...lama-lama cantik le tu...:)
    Akak pun baru beli kanvas, cuma tak sempat nak conteng je,
    banyak nau benda nak buat..huhu

    ReplyDelete
  11. kira ok la tu kan, gambar dah siap tgl warna je.klau kena lukis sendiri alamaknye jadi rupa camne la.

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D