25.10.12

Cium montot e_e"

Kalau ikutkan, esok baru mula cuti tapi disebabkan insiden tercium montot kereta orang pagi kemarin aku ambik cuti harini. Cadangnya nak settle pasal insiden cium montot tu tapi pihak sana senyapppp je, jadi aku pun buat senyap jugak la.

Dah 2, 3 hari aku tak sihat sebenarnya demam, batuk, sakit tekak dan selsema teruk. Pagi kemarin aku pergi keja lambat dari biasa, pukul 7.30 pagi baru keluar dari rumah. Sebelum keluar rumah aku telan dulu sebijik ubat selsema sebagai bekalan untuk mengurangkan selsema yang teruk tu. Suara pun hampir hilang, serak-serak gharau dah bunyi.

Lepas setengah jam drive aku sampai kat jambatan Penang, mujur tak jem. Masa tu aku dah rasa nak 'layan' je kepala. Lali semacam ja. Rasa mengantuk sangat. Mungkin kesan ubat selsema. Sampai kat jalan atas Sungai Nibong, jalan jem pulak. Panjang benor pulak tu. Tapi sebab kepala aku dah semacam jadi aku tak heran sangat dengan jem tu semua. Aku ikut je slow2. Tiba-tiba aku rasa macam terlanggar sesuatu. Tak kuat, slow je langgar. Rupanya dah terlanggar belakang kereta orang. Nissan sentra gold dah tercium nissan sentra grey. Kereta sama jenis pulak tu. 

Aku nampak sorang lelaki keluar dari sentra tu, cina. Aku pun keluar slow2 sambil buat muka kerut2. Ya Allah, mujur la tak teruk mana. Takda kemek, keluar cat ke apa. Memang takdak apa2 kesan langsung kat bumper kereta dia. Yelah, sebab aku cuma langgar dia slow2 je pun. Yang aku ingat masa tu, aku jalan sambil tekan break sebab tengah jem kan, jadi jalan slow2 pastu aku rasa macam aku terlelap masa aku terlanggar tu. Huii..bahayanya! 

Aku tanya dia macam mana? Takda apa yang rosak pun, kira settle la kan. Tapi dia tunjuk kat atas bumper dia macam ada tercalar sikit. Padahal aku langgar bawah, apasal plak ada calar kat atas bumper tu. Aku agak itu calar lama punya. Takdak kena mengena langsung dengan yang aku langgar tu. Mula2 aku nak je bagi dia RM50 kira tu malas nak panjang cerita la, lagipun jenis ca ya nun alif ni jenis payah nak berkira. Lepas tu dia nak claim kat aku sampai RM250 pulak. Ambik kesempatan lah pulak. Terus aku cakap, pi bengkel sama2 la senang cerita. Aku bagi no phone aku kat dia, dia bagi no phone dia. Aku cakap hari ni nak jumpa dia. Sebab aku nak bawa suami aku sekali pi tengok kereta dia tu. 

Memang la salah aku sebab terlanggar dia. Tapi kesan aku langgar dia tu langsung takda. Kalau orang tengok pun, macam tak kena langgar pun kereta dia tapi kereta aku yang terkeluar cat sikit kat atas no plat tu. Tapi aku tak kisah  pasal kereta aku, asal kan kereta dia takada apa2. Aku tunggu je dia call, tapi sampai sekarang aku tak terima call dari dia. Mungkin dia pun rasa, kereta dia takdak apa2 jadi buat apa nak jumpa kan. Tapi kalau esok ke lusa dia call, aku akan pi jumpa dia jugak kat Penang sebab aku dah janji nak jumpa tapi aku rasa aku tak mungkin bayar dia sebab...nak bayar buat apa, memang tak rosak langsung.

Kawan-kawan ofis (lelaki), boss, suami pun cakap yang sama..dah tak rosak buat apa nak bayar pulak? Kan?

13 comments:

  1. bayar dengan penumbuk. akak okey ke? nk sy pgil bang long sy x? haaaa ahahah

    ReplyDelete
  2. salam..macam roadbully jer...Selamat Hari Raya Aidiladha.

    ReplyDelete
  3. nak buli sbb akak perempuan kan. ishhh! btw, be careful next time kak. :)

    selamat hari raya aidiladha kak! :)

    ReplyDelete
  4. sila lempang kak....hehe

    salam aidiladha ^_^

    ReplyDelete
  5. nak amik kesempatan la tu

    ReplyDelete
  6. cina ni klu bab2 duit memang diorang pandai pusing. dah ada alasan nak pow orang, so diorg takkan lepaskan peluang tu... tapi harap2 awak tak jadi mangsa la ye

    ReplyDelete
  7. Salam Aidiladha dari akak dan keluarga...

    ReplyDelete
  8. as salam niza,

    salam aidil adha, akak doa mintak dia busy n terus lupa pasal kete tu..sabo eh niza..take care

    ReplyDelete
  9. paling takot kalau nk main ciom2 muntot ni..gerun ngat..lagi2 bila tau muntot yg hampir nk terciom tu muntot2 mahal..euwww..heheh

    ReplyDelete
  10. Hihihihihi.....tak baik mamat nak claim tinggi..2..

    ReplyDelete
  11. memang biadabs tu kak kaum cha tu..saye pon pnah je sondol kete cha honda city.bumper die tkeluar la tp lepas tekan balik terus jadi cm perfect gile.calar smue takde kot..kete saye yg viva tu pon takde pape,ni kn honda..tp die claim mcm nk ganti bumper..bengang betol..sy soh pegi balai kalo xpuas ati..takot plak..da terang2 takde pape,settle cmtu je la kn..dorang ni slagi tak dpt untung xleh kn.kalo dorang yg buat pandai pulak mengampu nk soh settle cara baik..poorah..

    eh slamat blogging kmbali kak..slamat ari raye

    ReplyDelete
  12. elehhhh. bagi betis nak peha.
    dandan je tuh kak


    cepat sembuh kak

    ReplyDelete
  13. Niza,
    Eh macam kes akak jer, terlelap sikit jer, tercium montot kereta depan. melayang RM2K sebab keta akak yg teruk, bumper depan sampai kemek dan kereta orang tu tadak apa pun, cuma cat calar sket dan dia klim suruh cat tu je. Memang senang citer tapi kita berhati-hati juga, jangan drive kalau sleepy...bahaya dik..sayang nyawa..hihi.

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D