3.10.12

Kawan yang kita suka

Sepanjang jalan balik ke rumah, kepala ni tak henti-henti memikirkan tentang 'kawan-kawan'. Dulu, aku pernah berjanji denagn diri aku sendiri yang aku takkan berkawan baik atau terlalu rapat dengan sesiapa pun di tempat kerja. 

Sebab? Pengalaman lalu banyak dah mengajar mana yang baik dan mana yang buruk. Tapi semua tu dah berlalu dan bagi aku kita harus ada sikap memaafkan dan juga memohon maaf kepada orang lain.

Namun sebagai manusia atau perempuan aku rasa kita sangat cenderung untuk memiliki seorang kawan atau lebih dan mungkin juga sebagai sahabat kalau boleh. Supaya kita tak berasa bersendirian sangat walaupun hanya berkawan semasa di tempat kerja sahaja.

Tadi aku disindir melalui sms hanya kerana aku melayan kerenah seorang kawan yang lain yang juga musuh (tak ngam) dia. Cara aku lain. Aku nak berkawan baik dengan semua orang, pompuan saja la. Tapi kalau kau ada masalah/hal dengan dia, jangan babitkan aku atau hasut aku supaya jangan berkawan/bercakap/layan dengan kawan yang sorang tu. Masalah korang, korang punya hal.

Itu aku sangat marah. Tapi aku tak balas sms tu, aku abaikan sms dia sebab kalau aku balas, aku akan balas dengan kata-kata yang mungkin akan buat dia terasa sebagaimana aku sangat terasa dengan sindiran dia. Aku anggap dia satu-satunya kawan baik aku yang aku rasa dia lebih tahu  atau faham sikap/perangai atau apa yang aku suka dengan yang aku tak suka. 

Aku rasa benci sangat dengan hal yang macam ni. Aku rasa tersepit. Aku kecewa lagi hanya kerana kawan.

14 comments:

  1. saya ada sepasang kawan yg kini sedang berbahagia dan melupakan saya...

    ReplyDelete
  2. kann..

    kite takde mslh nk kwn dgn musuh org selagi dia takde buat hal dgn kite..

    rilek kak..rilek.. hihi..

    ReplyDelete
  3. assalam niza..kawan memang macam2 ragam dan perangai...lain tempat kita pindah lain kawan yang kita dapat dan lain ragamnya..acik pun pernah mengalaminya..bila acik tak sama2 mengata dan mengutuk orang yang dia tak suka..acik pulak yang dikutuknya..pada acik itu bukan kawan yang baik..
    sabar ye niza..insyaallah nanti bila dah lama niza akan jumpa jugak kawan yang ikhlas..

    ReplyDelete
  4. Banyakkan bersabar k, kawan memang banyak ragam...lama-lama redah juga masalah tu..

    ReplyDelete
  5. macam2 ragam kawan ni..kawan akak yg paling baik dah meninggal..kami tak penah exposed lebih2 yg kami sangat akrab walopon berjauhan...kawan yg dekat lom tentu baik kan..btw be careful masa pilih kawan..byk kawan suka tikam belakang...tawakal pada Allah..kalau kita berniat nak jadi baik, insha Allah, akan dihantar orang yang baik-baik datang kat kita nanti..

    ReplyDelete
  6. pernah gak merasa...lelaki pun takda bezanya..aje je..caranya mudah..just balas je tp ayat terang bersopan dan jelas kata anda neutral..x belah mana2...just dgr je 2 belah pihak namun tak yah crta ke pihak sebelah..ckup kita tau..org2 mcm ni byk tp kita kena simpan gak kerna berkwn x perlu diskriminasi..just kwn sambil2 cucuk sikit nasihat2 dri tingkah laku baik ikhlas kita...insyallah org boleh berubah..berdasasrkan pengalaman

    ReplyDelete
  7. kadang-kadang seorang musuh yg kita benci lebih mengambil tempat di hati kita berbanding seorang sahabat yg kita kasihi.

    ReplyDelete
  8. ssh nk komen bab kawan ni..mcm2 perangai dok ada

    ReplyDelete
  9. Mcm bdk2 pulak kwn niza tu ya..
    Akak jd gini masa zaman sekolah menengah ada la. Malas nk layan.

    ReplyDelete
  10. mmg ada manusia mcm tu...abaikan ja..

    ReplyDelete
  11. kawan masa senang ramai...

    ReplyDelete
  12. Diam sambil tersenyum lagi baik daripada berkata-kata tak tentu hala...

    #lama xdtg blog mama hot

    ReplyDelete
  13. Aku oun sama...bila kita terllau rapat dengan seseorang ..sikit gaduh mesti kuat rajuk..hehehhe

    ReplyDelete
  14. akak punya style, berkawan biar seribu, berkasih dengan satu je...kawan yang kawan lain tak suka, tak semestinya kita pun ikut tak suka kan...selagi derang baik dengan akak, selagi itulah akak akan berkawan...:)

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D