19.10.12

Menjelang Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012


Semua sudah maklum ATM bakal berentap dengan Kelantan bagi menentukan siapa yang akan menjuarai Piala Malaysia 2012.  Dan semua pihak juga tahu, ini merupakan kali pertama buat ATM berjaya ke peringkat akhir selepas lebih 4 dekad. Tahniah ATM.

Sebagai anggota tetap dalam ATM, semestinya sokongan aku pada malam perlawanan nanti 1 00 peratus kepada ATM. Tidak berbelah bagi.

Dan korang semua juga perlu tahu, ini adalah kali pertama aku menulis tentang Piala Malaysia yang melibatkan bola sepak. Kerana apa aku menulis? Tentulah kerana sokongan yang tak berbelah bagi dan kecintaan aku yang mendalam kepada ATM yang juga merupakan periuk nasi aku selama sedekad ini.

Hari ini, seluruh kem tentera dalam Malaysia sibuk mengatur setiap anggotanya untuk dibawa menonton ke Stadium Shah Alam untuk memberi sokongan kepada team bola sepak ATM.

Eh, kenapa bunyi macam serious sangat entri aku ni? Skema semacam ja ayat. Buang tebiat dah ke? Kikikikih. Kata ATM, orang luar pun anggap ATM ni macam garang jadi entri pun kenalah serious. Haha.

Nak tergelak jugak aku dengan anak2 jati Kelantan yang berkhidmat dengan ATM ni, masing2 dalam dilema sekarang taktau nak sokong yang mana. Dua-dua penting katanya. Sapa menang pun tak kisah la kan. Janji bermain dengan baik. Pulun, pulun dah tapi kalau kalah..redha ajelah. Adat pertandingan gitu lah.

Apapun kepada Kelantan, Gomo Kelantan Gomo! Jangan tak gomo deh. Hehe.

Kepada ATM, Gempur ATM Gempur!!  Semoga juara milik kita! Amin.


To abam Marlo Alex James dan abam Bruno Martelotto, korang menjadi harapan warga ATM . Jadi, pastikan!


Ceeewah! Hehe
Published with Blogger-droid v2.0.9

10 comments:

  1. wah! betul2 semangat nih ...hehe

    ReplyDelete
  2. wahhh tu dia semangat atm kira....go atm go.

    ReplyDelete
  3. best lah anggota atm yg oghe kelate tu..sapa yg kalah pon x malu..sape yg menang pon boleh bersuka2 juga..huhu..

    *penyokong jati selangor darul ehsan*

    ReplyDelete
  4. as salam

    terbaik utk semua..akak tgk dari jauh jer..hehe :)

    ReplyDelete
  5. Gomo Kelate Gomo..sokongan tetap kat kelate..hehe

    ReplyDelete
  6. ATM pilihan hatiku ni.....

    ReplyDelete
  7. Peluang x dtg selalu... Usah dilepaskan

    ReplyDelete
  8. cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog nie,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

    ReplyDelete
  9. tiada rezki utk ATM kali ini

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D