16.10.12

Saye ade copy paste tip nak dapatkan baby kembar. Haaa...Suke tak?


Tajuk mengada-ngada betul kan. Heh3. 

Serius! sekarang ni taktau nak update apa, kering terus idea. Tapi kalau nak update cerita-cerita biasa kat tempat kerja atau aktiviti hari-hari tu memang banyak la tapi sekarang ni rasa macam tak best je nak keluarkan entri yang macam tu. Rasa macam orang nak baca pun takdak selera je kan? 

Agaknyalahh. hehe. Oleh itu, daripada korang baca entri aku dok mengarut je lebih baik selit sikit tips ke fakta ke auta ke kan. Dapat la jugak ilmu sikit-sikit kan, orang kata..ada pekdah la jugak. Hehe

Bahan untuk entri aku kali ni pun sebenarnya dah lama ada dalam 'draf'. Setahun ada kot. Bila tengok-tengok tadi rupanya melambak draf yang aku tak keluarkan lagi tapi semuanya kena tapis dulu la. 

Faktor-faktor dan kebarangkalian mendapat anak kembar:

GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga kita terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar kita  juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat kita. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.

UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan ke atas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.

DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

#Aku ada gak dok berangan nak kembar. Tak salah kot berangan, manatau ada rezeki kan. Korang amacam?

16 comments:

  1. wah kak...saya suka tips ni...haha..memang berangan nak twin..kihkih...

    ReplyDelete
  2. pernah berangan nak anak kembar tapi tak dapat pun..hi..hi

    ReplyDelete
  3. Elih pun tengah planning, mana tau ada rezeki dapat kan..rezeki kan semuanya dr Allah :)

    Thanks info ni ye

    ReplyDelete
  4. Dya next year bru nk planing..bca entry akk mlm4 ni,mne thu leh dpt..iyer dak?rezeki.amin

    ReplyDelete
  5. uncle kembar tahu... serious!

    ReplyDelete
  6. dulu masa akak kecik2...org2 tua pesan jgn makan benda2 berkembar..mcm pisang kembar,telur kembar..takut dapat anak kembar nanti...hehe..sekarang ramai yg anak kembar,kan..comei...

    ReplyDelete
  7. CUKUP LA ANAK BUAH KEMBAR TUH..X SANGGUP RASANYA...HUHU..

    ReplyDelete
  8. Sy pun berangan nak anak kembar. Heeee~

    ReplyDelete
  9. akak nak twin tapi takut2 gak..yelah pregnant twin bkn mudah.

    ReplyDelete
  10. aku nk try nanti ni tips ang bagi ni

    ReplyDelete
  11. Tak nak anak kembar..susah nak jaga..
    Anak yang tak kembar ini mak dia dah jerit satu umah..hahaha

    ReplyDelete
  12. akak dulu pernah teringin nak anak kembar..tapi bila dah besalin kat maisara ni baru la rasa..mujur tak brsalin anak kembar..hahaha...

    ReplyDelete
  13. kandungan estrogen yang tinggi tu apa soya ke? nak jugak anak kembar...hehe

    ReplyDelete
  14. teringin gak nk twin...tp dh pencen dah huhu

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D