30.11.12

Rantaian cerita terburuk!

Hai!

Sekarang ni dapat tabiat baru dalam hidup. Dah hampir 2 minggu berlangsungnya tabiat tersebut. Tabiat yang paling tak suka la jugak sebab selalu tak sempat tengok habis Putera Rayyan. Sebab kita suka drama tu. Suka tengok gigi lawa Nad Zainal. Suka tengok Kamal Adli macho tu. Tapi mujur la Miss Ripley, cerita korea kat 8tv tu mula awal, 8.30. Owhh, Miss Ripley tu takleh missed! Rasa macam nak telefon kat penerbit je suruh tayang 2 jam ke, lama sikit. Tapi takleh gak. Sebab tabiat sekarang ni, jenis takdan sampai pukul 10, mata asyik nak peeeejam je sampai rapat. Terus takleh tengok Putera Rayyan langsung dah. APTB!

Cerita lain.

Kita sekarang rasa rindu sangat dekat blog. Tapi kita macam abaikan dia. Bukan kita berniat nak abaikan dia sebenarnya, tapi kita kerja. Kerja kita pulak tak macam dulu. Dulu duduukkkk je sampai jam 5. Sekarang berdiri dan berjalan je. Balik kerja je kita terus nak masak, basuh baju, lipat baju. Lepas tu kita letih. Jadi kita rest je memalam layan tv. Dah sekarang ni, boleh layan tv sampai pukul 10 je. Selalu mata kita boleh buka sampai jam 1. Entah la, mungkin musim kot!

Cerita lain.

Sekarang idea kita nak merapu tengah mencurah-curah nak menulis tapi......................................................
Bila kita baca balik entri ni, entah kenapa...kita sendiri rasa menyampah betoii!

Kbai.

12 comments:

  1. as salam

    seb baik akak tak rasa nyampah ni..
    sian mesti banyak keje ni, badan letih.

    ReplyDelete
  2. akak baca tak nyampah pun hihihi

    ReplyDelete
  3. Agak lain mcm entri niza kali ni..sbb ber 'kita'. ^__^

    ReplyDelete
  4. hahahahhaha....terasa tekanannya. apasal aku stress baca entri ni??? weh, jangan lupa jengok kebun.

    ReplyDelete
  5. hi niza..amboi bestnya jadual niza boleh zz kol 10.30..
    akak baru sampai rumah tu...

    ReplyDelete
  6. assalam niza..acik pun sama..kalau nak setiap malam nak tengok adam hawa tu puas jugak menongkat mata

    ReplyDelete
  7. klu da penat mmg mcm tu kan?

    ReplyDelete
  8. klu rasa strees p cuti2 dulu

    show lagi..http://www.gilamodified.com/2012/12/the-library-opening-ceremony-autoshow.html

    ReplyDelete
  9. saya nampak akak selalu online kt gugel plus..selalu menghijau jer..hehe

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D