11.11.12

Taip sampai krem

Jam di henfon dah 1.30am. Tapi mata belum mau pejam, malah rasa bosan betul nak tidur. Eh! Camtu pun boleh? Hmmm.. Rasa lambat sangat nak siang.

Guling kiri tengok tv, cerita best kt tv2 tapi tak minat nak layan. Guling kanan tengok cik abam, kemain nyenyak lagi dia tidur. Sian, letih gamaknya.

Mana taknya, balik dari kenduri kawen terus aku baring sebab dah tak tertahan dengan sakit kepala yang berdenyut hebat macam kena inject sengat tebuan. Belasah tidur sampai ke senja. Lepas maghrib sambung tidur lagi sebab sisa sisa denyut masih ada. Bila bangun rasa macam ketoi batu besar bergolek golek dalam kepala. Gila.

Setakat panadol, actifast tu bolayan la. Tak main. Kena ponstan sebijik dua baru ok sikit. Tapi jarang aku ambil ponstan takut memudaratkan. Aku lebih suka basahkan sikit belakang kepala/tengkok dan dahi dengan air kemudian sapu minyak angin cap ikan emas. Perghh! Memula sapu memang pedih gila, rasa mencucuk cucuk kulit tapi lepas 2,3minit boleh rasa kepala berangin gila. Sedap dan nyaman! Haa, lepas tu 2,3 jam baru tersedar dari tidur.

Laki bini dua dua kepala cap ayam. Tak kena gaya sikit je migrain. Naik keta panas tak cukup aircond, migrain. Tapi camtu la aku laki bini buat kalau migrain serang. Ubat ubat ni kepala tak layan. Kena air campur minyak ikan emas, baru la buku bertemu ruas.

Kemain gigih aku taip guna henpon sekarang. Camni la keadaan bila laptop dah kena masuk bilik bedah. Masa ada tak jaga molep molep. Bila takdak mula meroyan. Itu lain kali cerita. Jari sudah krem!

Published with Blogger-droid v2.0.9

9 comments:

  1. Sama dgn lh..dya pn mata keras Ni..payah nk zzzz. 1time lyn blog smpi pagi Ni..bca story mory blog..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Mari kita lebamkan mata takyah tidoq.

      Delete
  2. ponstan tu mmg kuat...akak pun tak berani nk makan sellau bila breast pain masa pms...
    kalau sapu minyak yu yee cap limau pun ok jugak..

    ReplyDelete
  3. as salam

    ooo..adakah ini iklan minyak angin cap ikan emas?..akk suke minyak geliga..lepas guna rasa kepala bergeliga ja..haha..take care niza:)

    ReplyDelete
  4. mkn actifast je brani. minyak ikan emas tk pnah plak jumpe.. huhu

    ReplyDelete
  5. Kena makan ubat tido Pulak ni

    ReplyDelete
  6. akak kalau penat confirm x lelap mata nak tido..ntah pesen apa ntah..nak kata ada laki,xde...ni kat opis tgh terkuap2 ngantuk....

    ReplyDelete
  7. Tgh blogwaking pakai phone ni....
    Sama kita..

    ReplyDelete
  8. dasat arrr bleh taip pakai hp..hp saya kecik..memamng x dapek lerr nak menaip..juling mata...

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D