3.12.12

Ujian Yang Terpaksa Ku Tempuhi



Dalam dok sebok-sebok baca buku sikit-sikit lebih kurang untuk hari peristiwa yang bakal berlangsung pada 4 hingga 7 Dis 12 kat JRP, Kuala Lumpur sempat lagi aku menyambil dok belek-belek, tacap-tacap blog ni bagi nampak segar mata memandang. Kembali pengepink! Tapi tak pink terokkk sangat. Sedang-sedang saja. Sedap betul mata aku memandang. Angkat bakoi. Bagi nampak semangat nak belog kembali macam dulu. 

Antara 2 perkara ni, lagi penting kot aku pi tangkap buku dari dok belek blog. Bukan perkara main-main lagi dah pasal baca buku ni. Nak cekau banyak markah pun harap kat Ujian Bertulis saja la. 40peratus! Harap-harap sisa pelajaran yang belajaq masa kursus 3 bulan lepas masih melekat dalam kepala otak. Mesti cardas punya time menjawab. Itu kalau masih melekat la, kalau melekang habih dah semua..haa? camna? Harapan toyol kiri kanan depan belakang aku je lah. Haha. Itupun kalau pengawas terlepas pandang time kepala aku berpusing kiri kanan laaa...Haha. InsyaAllah, akan aku jawab atas kemampuan sendiri. Periuk nasi aku tu sampai pencen, InsyaAllah.

20peratus untuk UKA. Hmmm..ni satu masalah jugak bagi aku. Tapi rasa-rasa InsyaAllah boleh kot. Apa tidak, dah 2 hari aku training lari 2.4km dalam masa 15minit kat Empangan Tasik Mengkuang. Sampai sakit-sakit segala sendi. Ingat saja-saja ka aku pi jogging 2 hari berturut-turut kat situ. Semuanya untuk UKA pagi selasa esok. Keh3.

20peratus untuk Ujian Kawad. Ceh, malu la kalo asekar dah 10tahun lebih tak reti kawad. Baik hang berenti  asekar 15tahun ja niza. Hehe. Yang ni pun aku harap sisa pelajaran kawad masa kursus dulu masih melekat dalam kepala otak. Jika tidak kaluuuuu..berteraboq la depa pakat masuk longkang habih sebab tak ingat nak bagi hukuman 'berhenti atau ke belakang pusing semasa cepat jalan' atas kaki mana..kiri atau kanan? Haa., kena check balik! check balik!

Panel temuduga akhir? Aigoooo. yang ni buat aku ketaq lutut sebenarnya. Nak hadap antara boss-boss tertinggi dalam 3 cabang perkhidmatan Darat, Laut, Udara. Harap-harap depa tanya aku yang nice-nice saja. Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tammin bil khoir.....

Doakan saya naa :)

32 comments:

  1. semoga semuanya dipermudahkan ALLAH...

    ReplyDelete
  2. Niza,
    semoga segala-galanya dipermudahkan Allah..

    ReplyDelete
  3. Good luck yep.
    「letak tangan di dahi」

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan ye kak..

    amin..

    akak,eka suka yang ni..simple je... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih eka. Ha`a akk pun suka simple.

      Delete
  5. semoga di permudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  6. good luck...asekar ke?x tau pun....bangga ni ada kawan alam maya askar lady...

    ReplyDelete
  7. join angkatan mana ni? moga2 berjaya yea... demi agama, bangsa n negara. bukan senang seorang isteri mau pigi join ni... =)

    ReplyDelete
  8. wow pink ni..mata sy pon sodap memandang ni kak..kann..sy pon da smgt skrg nk kembali berblog..hehhe..

    doa yg last tu sy suka..mmg rasa cm tenang lepas baca..gudlak kak..

    nk tnye lau dah lulus ujian akak naik pangkat jd apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah selamat dah. hehe
      Insyaallah, sarjan la kita lepas ni.

      Delete
  9. ahahahaah..sekali baca tajuk igt kak niza dilanda dugaan ap ke haa..

    gud luck akak..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..tajuk mengena.
      Terima kasih dina :)

      Delete
  10. as salam

    haah, elok baca doa tu banyak2..
    in shaa Allah akak doakan yang best buat niza
    good n luck:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Alhamdulillah, semua dah selamat.

      Delete
  11. Semoga berjya..dan kami semua doakan yang terbaik untuk anda!!!!!!

    ReplyDelete
  12. Terima kasih semua yang mendoakan sy.
    Alhamdulillah, sy lulus!

    ReplyDelete
  13. goodluck kak oi!

    eh, dah habis ni kan?

    amacam?..semua okey?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semua OKEY. hehe

      Delete
  14. gud luck nohh! everything will be ok! puii..speaking kejap..hehe

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D