17.12.12

Blog bukan hanya untuk bercerita saja, nak berleter pun bolehhh..

Tak paham betul aku... errrrrrrr.

Kan dah susah pulak rasanya nak berbahasa bila hati tengah membuak-buak nak melepaskan rasa marah kat blog. Tapi dah umum kat semua takmau guna aku dah, maka dengan itu saya kena la marah dengan sopan. Saya? rasa pelik sangat. Hehe

Ok takpa.

Berbalik kita kepada perkara tajuk. Bila pikir-pikir balik, bagus jugak ada blog senang nak melepasss. Melepasss tu maksudnya nak berleter, nak marah, nak tulis apa yang tak puas hati dan macam-macam pon boleh asalkan dekat blog kita. Jangan kat blog orang. Itu memang cari pasal dan buat orang marah balik kat kita. Muehehe. 

Kan? blog kita ibarat rumah kita laa. Boleh buat apa kita suka tapi kena ingat jugak, mentang-mentang dok rumah sendiri sesuka hati je nak marah-marah. Tak boleh tu. Tapi untuk sekali sekala tu boleh je kot.

Sebenarnya, awal-awal tadi memang nak buat entry marah-marah sebab tak puas hati dengan cara dealer/stokis yang jual barang secara online ni tapi bila mukadimah dah terlebih panjang maka tak jadi pulak nak marah, dah surut dah pun. Hehe.


Lagi baik kot dari dok pi beletiaq tak ketahuan hala kat facebook tu. Betoi dak? *Peace \v/

14 comments:

  1. nasib baik marah dah surut..kalau x pnjng lg ler entry nih..kihkih..sabor k..

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan.
    Huhu jgn marah2.. tp slalunya klu tulis blog, mrh akn cpt ilang.. dh lupa pun nk tulis marah tu kat blog.

    ReplyDelete
  3. sabar..sabar tapi sekali sekala layan je marah tu..hi..hi

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya tulisan dlm blog boleh meredakan rasa kemarahan dan keresahan yg kita alami...seperti melepaskan stress yg kita alami!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn akak teratai diatas..kalau boleh retweet cmnak retweet je komen kt atas ni..#ehh

      Delete
  5. saya pun selalu berleter kat blog...hahaha

    ReplyDelete
  6. tak pastila boleh legakan kemarahan ...trpulang pada cara masing2 kot...sabor jela..

    ReplyDelete
  7. niza
    setuju sangat, blog kita..boleh tulis apa saja
    nak marah, suka, berletiak ka pa..sumer boleh kan
    akak release stress dengan menulis di blog..

    ReplyDelete
  8. moral of the story :: Jgn beli barang online :-)

    ReplyDelete
  9. Bagusnya..baru tulis intro nak marah, terus tak jd marah. hehe..
    Kira dah terluah apa dirasa..tu yg jd cool ya.

    ReplyDelete
  10. bagus niza, tahan sabar
    memang kalau ikut hati
    banyak nak story kat blog
    tentang marah2 ni tapi
    buang masa aihh..
    lagi2 kt fb jgn
    suka hati nak lepas
    sana sini..
    dr muhaya kata, akan
    nampak jiwa berkeladak..

    ReplyDelete
  11. tips yang bagus nih..nak hilangkan rasa marah..hehe

    ReplyDelete
  12. lepas geram kat fb ..jd la kot

    ReplyDelete
  13. http://adnan1622.stiforpmy.com/

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D