1.12.12

Empangan Tasik Mengkuang


Dari semalam lagi teringin nak berjogging membuak-buak. Kebetulan suami pun free pagi tadi. Tapi terpaksa menggunakan kekerasan dan ugutan (jenis malas bersenam) untuk mengajak beliau jogging kat Empangan Tasik Mengkuang atau Mengkuang Dam kat Penanti yang mana tempat tu kalau pertama kali sampai perkataan Wow! mesti akan tubit dari mulut korang. Bagi aku kalo wow! tu boleh diterjemahkan macam perghhh! best siottt tempat ni! atau gila lawa tempat ni baq ang! atau kalau orang bandaq masuk hulu plak so emejinggg! Nice view beb! omaigad nyamannya itew asew! Agaknyalah kan? 

Mengkuang Dam tempat yang paling aku suka dan best untuk jogging atau riadah waktu petang dan tempat ni jugaklah tempat yang pertama suami aku bawak lepas kitaorang pindah masuk rumah dia kat Kulim lepas kawen dulu. Kiranya pengantin baru lagilah masa tu, terus pi jogging dulu. Haha. Lepas tu baru dia bawak aku mengenal jalan dan orentasi tempat shopping. Yang ada pun Giant dengan Tesco je. Tapi Giant tu ada pawagam siap. Takyah pi Seberang Jaya, Georgetown dah semata-mata nak tengok wayang. Segala jenis fast food pun ada laaa. Semuaaa ada! Cuma tuti futi je takdop. Tapi takdak pun takpa, mahal beda'ohh. Perabih duit aku ja nanti. Hak3. 

Okelah, mari kita lihat gambar-gambar tempat yang dimaksudkan itu. 

Baru sampai....10 minit je dari rumah.
Masa ni time lebih kurang jam 0715H.....
Pandangan dari atas... sebelah kiri tu jalan masuk
Jauhnya...camna nak lari ni?
Langkah pertama...
Jauh lagi nak sampai hujung sana....
Masa untuk berpatah balik...alamak! tak larat dah nak lari...jalan jelahhhh
Tenang... 
Muka takleh nampak...kepeluhan dan kepucatan. 

Amacam? ada rasa membuak-buak tak nak jogging sini? 

11 comments:

  1. Subhanallah. cantiknya. :)

    ReplyDelete
  2. serious cntek..baru semangt nk jogging klau mcm nih,,hehe

    ReplyDelete
  3. as salam

    nice capture, landscape views:)
    memang terbaekk la tempat ni..rasa nak pi skrg jugak:)

    ReplyDelete
  4. Ada gambar kaki langkah pertama...kikikiki.
    Semangat kena ada.......cantik tempat tu.
    2012 Tahunku Yang Kacak - Contest SEO-minta tolong klik Google +

    ReplyDelete
  5. kak..kt mana yg ada air terjun tu? kt cni jugak kan? hehe..air tejun buatan tu...

    ReplyDelete
  6. saya pi Mengkuang Dam baru 2 kali...

    ReplyDelete
  7. wa..mmg cantik la niza! semangat rasa nak jogging. akak dah bosan dok jogging kat tasik bangi yg comel tu. (mcm le kerap sgt!..hahaa)

    ReplyDelete
  8. hari tu dah cantik mcm gadis pingitan 'berkita-kitaan' alih-alih balik keasal 'beraku-akuan'. hahaha..jangan maghah naa.

    ok segan nak habag saya sebenarnya pernah nak pi mengkuang dam tu tapi entah lagu mana terpi sg lembu. cis.

    ReplyDelete
  9. yes! dah penah sampai sekali. cantik! tp xjoging pun..sebab mmg ayah bwk dtg nak tengok2 je hehe..so jalan je..

    ReplyDelete
  10. Jauhnya bejoging. Straight way plak tu. CiM klau bejoging msti nk cari taman tkpun pusing2 kwsn taman rumah ni. Jumpa jiran2 leh brhenti sembang jap. Hehehe. Klau mcm kt tasik mengkuang ni, naik beskal pusing2 msti syok

    ReplyDelete
  11. As salam..

    Saya pun kalau stress selalu pi sana..Tapi saya tak larat nak jogging..just jenjalan sambil sedut angin nyaman pas tu bagi ikan kat situ makan..oh tenangnya....

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D