10.12.12

Kau tak mungkin sama dengan aku

Orang selalu tanya, tak teringin posting tempat lain ke, Sabah Sarawak ke? Dan selalu jawapan aku takmau! Dan orang-orang itu akan kata lagi, rugilah, awal-awal dah dok dekat kampung. Patutnya, duduk la jauh-jauh dulu dah dekat nak pencen nanti baru balik dok kampung. Banyak pengalaman semasa berkhidmat.

Ya! memang betul kata orang-orang itu tapi aku lain dan aku ada sebab-sebab sendiri. Mungkin bagi setengah orang tak setuju tapi takpa, jangan stress. Kan dah kata, aku punya sebab sendiri. Ngeh3.

Sebabnya; 

Aku jenis yang memang takleh duduk jauh dengan mak ayah. Ni masa bujang laa. Bayangkan masa aku kerja kat KL dulu..sebelum tiket bas naik harga, seminggu sekali aku balik kampung. Selepas tiket bas naik harga, 2 minggu sekali pun aku sanggup. Janji balik! Duit gaji aku habis bagi kat tokey bas ja. Tak caya? Call mak aku sekarang. Sampai kena marah dengan mak sebab kerap sangat balik sebab aku buat KL tu dekat macam Penang-Kedah. Muehehe. 

Masa dok Penang pulak sebelum ada kereta, aku merempit naik Yamaha Lagenda tiap-tiap minggu balik Sik. Kesedihan ayah aku tengok anak dia sampai rumah basah-basah kuyup sebab aku jenis tak reti nak berhenti tepi jalan pakai baju hujan kalau hujan turun. Aku jenis yang basah pun basah la...dah memang nak balik rumah pun. Bila singgah kat pasar malam nak beli buah tangan bawak balik rumah, orang tengok ja..apsal budak ni kuyup?? Dah?? tiba kat kampung tak hujan la pulaknya.

Aku jenis yang bila rindu kat mak ayah pagi tu, pagi tu jugak aku boleh pecut balik kampung dan tak payah risau pun kalau esoknya kerja sebab malam tu jugak aku boleh pederaihhhh balik rumah. Atau, kalau malas nak balik malam tu jugak, sesudah subuh pun boleh balik dan pukul 8 dah terpacak depan pintu ofis. Nampak situ?

Kalau dari segi pengalaman kerja, pengalaman merantau di tempat orang memang aku tak ada. Kalau ada pun sekejap je masa bujang dulu, itu pun aku dah macam hilang arah. Badan makin hari makin kurus, makan tetap makan tapi itulah, hati tak senang. Makan macam mana pun, kalau asyik susah hati memanjang memang kurus kering la. Buat apa merantau kat tempat orang kalau hati tak senang, kerja kompom ke laut. Aku dah pernah lalui.

Tapi aku tak perlu rungsing pasal pengalaman tu, bagi aku kerja kat mana-mana pun asal kita buat kerja betul, ada rasa tanggungjawab kat kerja tu, tetap cemerlang untuk prestasi tahunan kita. 

Dulu aku pikir, mungkin lepas kawen aku berubah kot. Salah. Aku tetap macam dulu walaupun dah berkahwin. Sekarang lagilah, ada keluarga sendiri dan keluarga suami. Nak balik raya pun senang, tak perlu nak berbajet sangat. Dua-dua rumah dekat. Janji aku bahagia, suka dengan keadaan sekarang. Lebih banyak masa aku boleh luangkan dengan mak ayah dan mertua. Sebab aku betul-betul sayangkan diorang dan aku tak boleh jauh pun dari diorang. Walaupun baru 3minggu tak balik kampung yang dekat ceh sangat tu tapi bila rindu tu sampai, air mata tetap jatuh jugak. 

Itu aku.

11 comments:

  1. as salam

    mmg seronok duk dekat dgn family..kawan2 bukanlah boleh harap sangat..just kawan buat seronok2 je..time susah family gak yg tolong... :)

    ReplyDelete
  2. salam,
    Niza ni mesti manja dengan mak ayah kan..
    akak start kuar rumah sejak usia 13 tahun..then on and off.
    masa lebih banyak di asrama dan di tempat kerja.
    beruntunglah masih ada mak bapa...

    ReplyDelete
  3. Niza...ikut selera masing2 la kan..ada yg suka merantau...tgk tempat dan budaya org...

    ReplyDelete
  4. kalau ada rezeji,
    saya pun lebih berhatap posting berhampiran mak abah :(

    ReplyDelete
  5. senang kata anak mak abah la ni kan?
    tapi bagus duduk kat semenanjung ni, sakit lelah orang tua tu kita boleh pegi jengah tengok kan? :) sape lagi tempat dorang bergantung

    ReplyDelete
  6. mmg seronok sbnrnya dok dekat2 family. meriah je hidup.

    akak jenis suka merantau, masa lps upsr siap doa mintak dpt asrama jauh. Dapatla asrama kat N9 (kg kat Johor). Sejak tu terus merantau, walau kawin dgn org Johor jugak.

    Tapi skrg bila mak ayah dah tua, rasa nak duduk dekat sikit. sng jenguk.

    ReplyDelete
  7. Ada pro dan kontra...terpulang bagaimana melihatnya...bagus gak bila ada yg tersyg berdekatan kita.

    ReplyDelete
  8. As salam niza..

    Hmm memang susah nak explain kat org yang tak faham..Bagi saya..kita kena ada "empati"..baru kita faham apa yang org rasa..anyway..biar je lah apa org kata..kan..?(org sik ye?abah saya asal org sik)

    ReplyDelete
  9. "aku adalah seperti apa yang aku fikirkan"

    its ur word and thats true!!

    ReplyDelete
  10. akak pulak tak boleh balik kampung selalu.hahah..sebab dah biasa dari bujang dulu balik kampung setahun sekali ja..heheheh..sampaikan dah kawen ni bila suami kata jom balik kampung..
    akak jawab "eh!!bulan lepas kan dah balik..'
    heheh..teruk kan?/

    ReplyDelete
  11. buruk buruk darah daging juga yg bantu.air dicincg takkan putus

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D