31.1.12

Di kala dan tatkala Hujan...




Sejuk je malam ni. Kat luar masih hujan, renyai2. Tadi dalam perjalanan balik rumah hujan lebat sangat. Dok ingat nak terus pi McD..tekak dok terliuq prosperity burger je. Tapi tak jadi pi, sebab hujan lebat sangat. Konpem sangkut nak balik satgi, jem! Apa ingat kulim tak jem ke...Hehe

Terus balik rumah je. Dah sampai depan rumah takleh nak masuk pulak, hujan lebat. Cemana nak keluar buka pintu pagar nih? Kalau guna payung pun macam sama je basah dia. Renyah plak nak buka tutup payung time hujan mencurah2 tu. Sabar. Tunggu je dalam keta. Agak dah tak berapa lebat..terus keluar gopoh2 buka gate. Hampehh!! kuyup jugak!! Nampak macam tak lebat dah.

Tak pasal2 nak kena tukar uniform lain plak esok. Kalau ikutkan jadual, esok last pakai uniform tu. Lusa baru tukar yang baru. Heh! Jadual sendiri buat pun nak kecoh. Kedekut sabun nak basuhh! Haha.

Tapi apalah sangat semua tu kalau nak dibandingkan dengan keenakkan lempeng panas cicah kuah gulai ikan time hujan2 gini. Nyaman kamek ghasa tok!

Last2 lempeng jugak yang aku buat untuk makan malam ni. Gulai ikan tu cik abam pi beli kat gerai nasi lemak depan taman nuu. Nyum3...Jom kita. ;D Eh, korang makan apa?





#Cikgu Ma, minum A kopi dak? Ahahaha...
Janganbagitaukatorangwey!!

30.1.12

Nak jugak update...




Seboknya hari ni, ada masa sat2 ja buka blog siang tadi. Mana yang sempat dan entri yang ringkas je aku komen. Hari ni balik kerja lewat. Ini pun pukul 10 setengah tadi baru sampai rumah. Sebabnya tadi ada perjumpaan dan perbincangan dengan dotdotdot pasal kerja. 




Petang tadi balik keja pi tumpang kejap kat rumah (kuarters) kawan, tumpang mandi dan solat maghrib. Nak balik Kulim tak baloi rasanya sebab perjumpaan pukul 8setengah malam. Tak sanggup nak ulang alik Penang-Kulim sampai 4 kali satu hari. Boleh lembek.


[kantoi] xtvt mengorek cagu :P

Sampai rumah tengok cik abam takda pulak, kuar pi mancing udang. Esok dia tak kerja, ntah pukul berapa nak balik rumah ni. Siap entry ni aku nak terus tido dah. Maaf la tak sempat nak balas kunjungan korang. Terima kasih kepada yang singgah dan komen kat entry lepas. Sangat aku hargai. Nanti aku pi blog hangpa dehh.


sebelum balik... nak jugak!!

Gud malam. babai#

29.1.12

Warna dan Naluri




Abohhhhhh! raliknya depa tengok AJL sampai tinggal blog tunggag langgang. Ish3, duniawi semua tu...laghaa. Tau dak? ehehe..

Aku pun tengah tengok gop. Tapi takda la sampai tak berkelip mata langsung tengok tv tu. Sempat lagi tau pi dapoq masak agar-agar santan gula melaka. Untuk santapan esok hari. Nyum nyum.

Oke, sekarang ni nak tunjuk kat korang makna setiap warna yang menjadi pilihan atau mengikut citarasa korang. Setiap warna ni sebenarnya mempunyai pengaruh kepada jiwa dan perspektif kita. 
Kuning - Ceria, tahan lasak, suka berkawan, suka popular, enjoy.

Hijau - Tenang, pemurah, berperikemanusiaan, kreatif, ambil berat, byk idea, pengasih, penyayang.

Coklat - Matang, sihat, berdikari, tenang.

Merah - Kemegahan, pantas, kurang sabar, bersemangat.

Hitam - Ego, keyakinan diri, mudah hiba, iltizam yg tinggi, komited, serius, tak pandai melawak.

Putih - Optimistik, suci, kedamaian, tak suka bergaduh, kurang kreatif, kdg2 membosankan, bersangka baik.

Biru Muda - Sensitif, beretika, romantik, suka menolong, mudah berkorban, kerjasama.

Perak/Emas - Kejayaan, positif, ceria, gigih.

Pink - Penyayang, bersungguh2, naluri seks yg tinggi, ekstrim apabila fokus kpd sesuatu, sihat.

Oren - Suka kebebasan, aktif, agresif, sihat.

Tepat ke tak, tak pastilah sebab itu hanya kajian yang dilakukan oleh pakar warna je.




#Agak2 aku suka warna apa??

28.1.12

My Husband My Prince



Suamiku.....
Kau adalah putera hatiku.
Jejaka tampan yang terbaik kumiliki.
Pahlawan rupawan yang Allah kirimkan untukku.
Menjadi pendorong untuk semuanya 
tanpa mengecewakanku.
Aku ingin mencintaimu seperti
engkau mencintaiku.
Aku ingin menjadi penghalau kerisauanmu.
Aku ingin menjadi penjaga kehormatanmu.
Aku bahagia dengan membahagiakanmu.
Semoga Allah mengizinkan aku...


Tetiba malam ni jiwang kemain kan. Rasanya belum pernah aku keluarkan entri dengan ayat yang kalau cik abam aku baca ni.... boleh leleh ayaq ketuban dia sebab terharu sangatsss! kan? Tapi apakan daya wahai suamiku,  sayam belum mampu nak mengorek ayat camni keluaq dari palotak ni. Tak retiii!! Huhuhu

Ini pun hanya sinopsis dari buku terbaru yang aku tengah baca sekarang ni. Tajuk buku tu macam tajuk kat atas la 'My husband My prince' by Ifa Avianty. Tagline dia..petua tepat mencintai suami. Tudiaaa, pasni kalau tak cinta lagi taktau la. Ni pun cinta dah penuh limpah2 dah, lepas habis baca ni konpom sampai terjeluak. Hehe.





Nampak macam menarik tak? sapa yang berminat boleh pi beli. Harga rm15.90. Murah kan? Tapi aku tak beli pun, aku pinjam kat library tempat kerja aku je. Banyak buku baru sampai kat library, jadi aku terus pi pulangkan buku lama dan pinjam yang baru. Banyak buku2 best. Tapi baca satu2 dulu, kalau pinjam banyak2 nanti bohong ja, tak baca pun. Itu jenis aku la. Hehe



9 anggota wanita ATM tamat tugas di Lubnan





KAWKABA 27 Jan. – Seramai sembilan anggota wanita Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kumpulan pertama akan berlepas pulang ke tanah air pada Sabtu (28 Jan 2012) setelah berkhidmat selama enam bulan di bawah Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan sebagai kumpulan pertama Malaysian Company 7 (Malcoy 7)  mulai 21 Julai 2011.  

Pada sesi taklimat ringkas, Timbalan Komander, Lt Kol Zainal Shukri Mohamed Zain mengucapkan selamat kembali ke tanah air dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kerana memberikan komitmen dan kerjasama sepenuhnya kepada pentadbiran MALCOY 7 sepanjang berkhidmat di sini (Lubnan).

Sementara itu, beliau juga mengucapkan turut mengalu-alukan kedatangan kumpulan kedua anggota wanita ATM yang telah sampai di sini pada 25 Jan lalu.

Berita ini diterima melalui email yang dikirimkan oleh Pegawai Waren 1 Badri Mustapa (PIO MALCOY 7, Lubnan)

*******************


#Idaaaa!! selamat kembali ke tanahair dan kembali bekerja seperti biasa. Tugas lama yang ditinggalkan di sini dulu harus diteruskan semula. Hak3..siap mung!

27.1.12

Blog Cabuk!




CABUK kalau ikut yang aku google kat Kamus Bahasa Melayu tadi bermaksud buruk dan tidak berguna lagi. Atau sangat sinonim dengan  buruk, tua, lama, lapuk, usang, lusuh, kondem dan rosak.

Contoh ayat yang boleh disuaipadankan dengan perkataan cabuk lebih kurang camni laa;

~ kasut yang sudah cabuk itu telah dibuang.
~ aku hanyalah seorang pegawai cabuk jaa!
~ aku naik kereta cabuk saja, lainlah hang!
~ aku ada blog cabuk! hang ada??

Haa..gitu contoh ayat yang sangat mantapss! kan?? Atau; 

Abdol mempunyai sebijik blog yang cabuk!!

Sebenarnya nak bagitahu tentang kewujudan blog cabuk tu je. Hehe. Memang cabuk, hat tu aku buleh bagi gerenti cukup bulan ni ja. Di ulang semula, bulan ni saja. [ehehe, ada berapa hari je lagi nak abih bulan ni ;P] Tapi cabuk2 pun blog dia best. Entri memang santai. Memang seronoklah lepak kat cabuk tu. Hehehe. Jom pi sergah dia beramai-ramai!
klik gambar otometik sampai sana!



#Ahaha! Abdol jangan marah no!!

Sejarah jangan di biarkan berulang




Salam jumaat. Ada 2, 3 perkara yang buat aku agak panas dalam hati sejak 2, 3 hari ni. Terus terang, aku susah nak 'buka mulut' nak marah2 orang. Cukup lah orang tu sendiri sedar dan tahu cara 'berbahasa' yang betul dengan orang lain.

Nak kata aku ni berat mulut pun ya jugak. Tapi ada juga tegur secara berkias. Tapi susah la pulak depa nak paham kalau berkias2 gitu. Nak tegur terang2, jenis cepat ambik hati pastu takmo kawan, pulak! Dan aku terlebih sangat menjaga hati orang sedangkan hati sendiri??

Pernah terjadi dulu di zaman gadis remaja. Tercetus satu perbalahan yang amat dasyat saya kira dalam hidup saya. Eh, pehal tetiba aku ber'saya plak ni...laju je taip! ehehe.. 

Oke sambung...Perbalahan dengan kawan2 sebilik. Bilik yang ada banyak bilik, panjang biliknya. Akibat lama sangat memendam sesuatu yang sebelumnya aku buat taktau je kat hangpa. Tapi hangpa terus pijak lumat2 tudung aku. Dan bila darah dah masuk sampai ke lubang hidung...apa yang ada dekat dengan aku masa tu habis aku baling, aku tolak, aku hempas!!! 

Dan segala maknek dalam dada, aku keluarkan dengan muka dan mata yang merah menyala. Dah macam kena rasuk hantu. Sampai budak2 laki dari bilik belakang berlari2 keluar pegi panjat pagar nak tahu apa jadi...bising2 riuh kat bilik pompuan. Busy body jugak budak2 laki nih! Haha.. sejarah betoi! 

Semuanya gara2 tak tahu menghormati, tak pandai berbahasa dan terlebih dalam berbahasa. Aku jenis simple. Orang hormat cara aku, aku berlebih2 akan hormat cara orang. Aku hormat cara orang, orang kena la hormat cara aku jugak. Masing2 punya cara punya pendirian kan, asal tak melebihi batas sudah la. Apa yang susah sangat nak hormat cara orang ni?? Tak paham!!




#Dulu suka karok lagu [sejarah mungkin berulang = newboyz] penuh perasaang bawak lagu tu, terasa kejiwangannya!

26.1.12

Tak betul nih!





Dah lama aku perasan benda ni tak betul. Dari dulu lagi, dari tahun lepas. Dari mula2 bubuh sampai la. Ihhh, banyak la pulak 'dari' ni ye. Dari mana pulak perkataan ni mai? :P

Dah lama jugak nak buang dia, nak adjust. Tapi takda masa nak belek2. Bila dah ada masa nak belek2, taktau pulak cemana nak buang dia. Dok cari pusat dia tak jumpa. Dulu bubuh cemana pun aku tak ingat dah. Haih, masalah!

Boleh je kalau tak buang. Tapi bila tak buang rasa tertipu pulak. Diri sendiri tertipu, orang yang datang pun tertipu jugak. Macam tak besh je bila sekali klik terus keluar puluh2 jumlah dia. Aku tak suka main kotor. Dosa kot. 

Korang boleh tolong aku? Tolong bagitau kat mana letaknya benda nih dalam template. Nak buang yang lama dan nak gantikan yang baru.





Cemana nak edit HTML. Aku memang tak reti nak edit menatam ni. Bukan apa, aku perasan 2,3 bulan lepas. Lepas sorang klik like pastu tengok jumlah like terus jadi puluh2 [ribu] :P 

Bila dah lama2 aku rasa benda ni macam tak berfungsi dengan baik. Benda ni mendatangkan riak pada aku sebab dengan jumlah like yang berpuluh2 tu aku jadi 'ratu perasan ya amats!' Padahal entry mengarut je pun, bukan best sangat. Mustahil orang nak like kan? 

Bila dah timbul riak tu mestilah dosa kan? Jadi...sapa bulih tulun ai nih??? 




Karut lahh!




Selalu je jadi camni. Bila cuti, blog pun cuti gak. Bila blog cuti, tak ramai pengunjung. Dah tak update mana nak mai pengunjung pulak kan. Hubungan dengan kawan blogger pun agak rengang. Rasa terpinggir..sendiri rasa padahal orang lain tak pun!

Sebenarnya nak update entry baru tapi idea takmo mari pulak. Banyak masa terbuang dengan hanya dok kelipok2 depan laptop je. Tapi hasil takdak.

Kalau aku, nak update tu biarlah entry yang dapat memberi manfaat pada korang semua. Kalau tak bermanfaat sangat pun cukuplah sekadar dapat menghiburkan hati korang. Takmolah entry yang mengarut2.. yang entah apa2 ntah punya cerita. Tapi nampaknya belum berjaya menghasilkan entry terbaik hingga ke hari ini. 




Entry mengarut? Contohnya macam entry ni la :P

25.1.12

Info: Waktu berjimak menurut Islam



Assalamualaikum. Lamanya tak memanjakan diri dekat blog ni. Biasa lah, kalau cuti memang takda masa nak ketuk2 entry. Letih memanjang selepas beraktiviti sakan dengan family di kampung. 

Bila dah abih cuti, tuntutan kerja di pejabat pulak membataskan jari-jari ni nak update tapi atas kecekapan mencuri masa yang aku ada, maka terhasillah entry 'alang2 dah terbaca apakata kita share je' ni. Bukan copy paste tau..Ahaha! takmo ngaku tuh!

Share apa tu baca jelah. Sesuai untuk suami isteri yang merancang untuk menambah cahayamata. Moh baca!



Malam Isnin: Anak yang dilahirkan berpegang teguh pada kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagianNYa.

Malam Selasa: Mulut anak berbau harum sekaligus melembutkan hati orang, bersih lidahnya dari mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

Malam Khamis: Anak akan menjadi bijaksana di kalangan orang bijaksana atau alim di kalangan orang alim.

Malam Jumaat: Anak akan menjadi seorang pemidato yang petah dan berwibawa.

Hari Jumaat selepas Asar: Anak akan menjadi seorang yang terkenal dan alim.

Ketika matahari berada di tengah langit: Anak tidak dihampiri syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih. Allah SWT juga rezekikan padanya keselamatan agama dan dunia.


Bagus kan info ni. Hari ni baru hari rabu dan malam rabu takda dalam senarai ni jadi bersabar jelah tunggu hingga malam esok ye. Ehh?! hehehe.


Sumber: Mingguan Wanita

23.1.12

Aircond di Kampung Betong







Bersiaran secara langsung dari Kampung Betong, SIKney, Kedah. Nyaman betul udara pagi di kampung ni. Dah pukul 9 tapi masih sejuk. Rasa macam dekat cameron je. Malam takyah cerita la, selimut harus tebal. Feeling macam tidur dalam bilik hotel yang aircond dia sejuk macam dok cucuk2 tulang betis!

Kalau  selimut tak tebal, pasti tidur takkan nyenyak! Sepanjang malam, tidur korang akan dihimpit dengan rasa mengantuk sangat2 tapi takleh lena, gelisah, resah dan stress. Dah, cemana nak tidur kalau sejuk tu dok cucuk2 korang..

Awas! Ini amaran. (Hehe)

Boleh beringat dah dari sekarang, kalau nak mai ke SIKney kena bawak selimut tebal atau stokin tebal, Tak caya tanya Cikgu Ma. Cikgu Ma mesti tak tipu punya...kan? kan?





#macamlaorangteringinsangatnakmaikampungbetongnikan?

22.1.12

Istimewa





Nasi lemak tapi nasi lemaknya takda pulak dalam ni...huh!



Bangun pukul 5 pagi untuk siapkan sarapan istimewa ni (bagi aku) untuk mak yang pertama kali datang bermalam di rumah selepas 2 tahun aku menghuni di rumah ini, rumah suami. Sangat berbesar hati. Haruslah layanan istimewa untuk emak tersayang kan... Noryahazamnah Mat Isa!

Oh, cik abam hari ni bertuah sangat dapat bawak bekal nasi lemak pi kerja pagi tadi. Selalunya roti bakar je... deng!! Mana larat nak masak nasi lemak hari2 untuk bekal, tak baloi 2 orang makan. Cukuplah sekadar tapau nasi lemak di tepi jalan. Setakat request nasi goreng kita boleh berbincang lagi yanggg!




#kihkihkih

19.1.12

nak pencen!



Sangat tak sabar nak tunggu pukul 5petang, hari jumaat esok.... Petang jumaat maksudnya, habis kerja terus boleh balik rumah!! Dan minggu ni cuti panjang campur cuti raya cina...4 hari kot!

Dari situ pun dah jelas bagi yang 'cepat tangkap'... kebosanan kerja tahap tertinggi!  Sedang berlegar dalam otak dan meresap ke seluruh urat saraf aku. 

Sabar....sabar.... ada 11 tahun je lagi nak pencen.





Haaa! 11 tahun je lagi????
*pengsan berturut2

2012, sudah 35 tahun




19 Januari, setiap tahun aku takkan pernah lupa untuk sampaikan ucapan sempena tarikh ni cuma rasanya ini entry yang pertama untuk aku ucapkan,

Selamat Hari Lahir buat kakak yang tersayang, Fiza Romli! Ibu kepada budak grrrrrrr ni! Semoga panjang umur, murah rezeki dan hidup bahagia sampai ke syurga bersama suami dan anak-anak.



#setiap kali aku wish dia melalui sms, mesti dia akan balas camni..."Weh, dah tua aku sampai tarikh lahir sendiri pun tak ingat!" (Mujur sedar sendiri :P)

17.1.12

Lagu cinta Ally untuk Farah Lee




Tadi masa balik kerja, dengar Hot.fm yang lebih hangat daripada biasa tu. Tapi hari2 dengaq pun dok tera tu jugak. Huhu. Kalau ada Gomo.fm dah lama letak jawatan pendengar setia Hot.fm. deng!!

Tengah2 tu ada diorang selit intebiu Ally Iskandar sekejap. Katanya Ally tengah cuci kereta sebab nak balik Ganu dan sekarang mungkin dalam perjalanan dah. Kan jumaat ni Ally dah nak nikah dengan Farah Lee. Sweet je rasa hubungan pasangan secocok ni kan, sebab depa mencabar diri depa untuk tidak bercinta. iihhh... gumana depa tahan perasaan tu ha? 

Aku yang dok baca kat blog2 hiburan, kat surat kabaq cerita pasal depa ni pun aku dah rasa 'berdebar' apatah lagi depa berdua yang nak nikah tu kan? Huhu... dah lebih kuah dari sudu pulak.

Tadi Ally dedikasikan lagu Penghujung Cintaku kat bakal isteri dia. Wehhh, romantik gila lagu tu kan? Herrrr...dah la, takmo cakap banyak2....ketaq lutut pulak kekgi. :P




Pulun dak aku tampal lirik ni? heheh... Baca lirik saja tak best.. meh tengok video dia dalam ni, baru la feel mari. babai.



Ada apa cari bini orang??




Matahari dah naik baru boleh buka blog. Tu pun buka slow2...shhhhhh! bos ada. 

Dah lama tak intai Nuffnang, tadi tergerak nak jenguk dia, kot2 ada 'apa-apa' kan. Tapi...yeay! hampassss je tinggal. Hanya padamu Nuff ku menaruh harap. Pehh! Malas nak cakap lelebih dah...

Klik key word...kot2 ada entry yang boleh memberi manfaat untuk rujukan kepada pembaca. Tapi bila sekali buka ternampak ni!!




Wehh, cari niza mana tu? Cari aku ke? Nak buat gaponyo denge bini ore tu? Ayoo! macam bahaya je keyword ni...menyeramkan bulu telinga aku!



takkanpakwelamacarikot#

16.1.12

Lukisan 3D, Teluk Cempedak








Sebelum tu nak tanya dulu, nampak cantik tak lukisan ni? Lukisan 3D. Tapi kalau tengok real, lagi cantik taudak? Macam pemandangan betul. Tenang je mata yang melihatnya. Pehh!

Aku beli lukisan ni masa pi kat Teluk Cempedak bulan lepas. Nak tau harga dia berapa ja? 10rm ja pun! Sebab cantik sangat, sanggup aku usung gambar tu sambil jalan keliling Teluk Cempedak tu. Weh!! tetiba teringat pulak time dok bercinta dengan cik abam kat tepi pantai tu...romantiknya ghasa! Rindu pulak dah kat Kuantan. Best sangat!!

Minggu lepas pi tempah frame. Frame untuk lukisan ni takda saiz, jadi kena tempah. Mahal kemain bingkai dia...sampai 48rm! Tak padan dengan harga lukisan tu. Tapi sebab nak gantung cantik2 kat ruang makan tu, setuju jelah. Walaupun nampak cokia je bingkai tu. Tapi aku suka bingkai kayu camtu. Sesuai la dengan warna perabot yang ada dalam rumah aku... semua kayu warna hitam dan coklat.

Lepas ni kalau tension2 boleh pandang je lukisan tu. Tenang, aman damai je rasa.... :P



Tawaran Pemilihan Pegawai Kadet UPNM Dan Pegawai Kadet Graduan Bagi Tahun 2012



Pengumuman!! 

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan pemilihan Pegawai Kadet UPNM (dengan menggunakan keputusan percubaan SPM Tahun 2011) dan Pemilihan Pegawai Kadet Graduan bagi Tahun 2012. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Rasmi MinDef dan syarat-syarat kelayakan untuk:

- calon lepasan SPM klik di Sini 
- pengambilan Graduan klik Sini



"Pertahanan Negara, Tanggungjawab Bersama" 


Harapan bila bos balik dari bercuti!




Alhamdulillah, selesai sudah kerja-kerja yang tertangguh sepanjang minggu lepas. Maklum la bos cuti, kita pun apalagi semangat nak buat kerja terus down gila2 punya lah! Huh, sangat kesal dengan diri sendiri sebab tak dapat nak pupuk semangat tu (:P) Dan hari ni haruslah cover cepat2 semua kerja sebab esok bos dah masuk opis! 

Deng!! buruk rupanya perangai aku eh. Depan bos nampak sempurna je. Belakang dia macam hampehhangtaudak? Huhu.

Gumbiranya nak tunggu esok, harap2 ada la baby kanggaroo tu kan? Mesti comel dan kiut macam kening saya nih kan boss? Besar harapan saya. Harap tak terkuciwa! Sekiang, maceh.



Tazkirah pagi



‎"Sebagai manusia, perlu kita sedar bahawa kudrat kita terbatas. Mata kita ada batas untuk melihat, lalu kita guna teropong dan cermin mata. Telinga kita ada batas untuk mendengar, lalu kita guna telefon untuk mendengar suara yang jauh. Tenaga kita ada batas, kita gunakan alat-alat tertentu untuk mengangkat barangan yang berat. Demikianlah juga alam akhirat yang tidak dapat kita lihat dan rasai, lalu kita gunakan al-Quran sebagai alat bantu untuk kita lihat, dengar dan rasa alam akhirat."

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Medan Ilmu, 4 Febuari 2011.



15.1.12

Aku ada misai! So?




Macam biasa bila cuti hujung minggu aku dengan cik abam akan bersarapan di luaq. Tempat biasa kat gerai dalam kawasan taman.

Setiap kali pi sarapan kat gerai tu mesti terjumpa dengan seorang kawan lama cik abam aku, dia ni macam 'kureng' sikit selepas mak dia meninggal. Dulu dia seorang yang sangat bijak masa di sekolah dan belajar hingga ke U. Tapi lepas mak dia dah tak ada, dia jadi macam tu. Kesian pun ada bila tengok dia. Tapi kalau kita layan, kita yang sakit hati.

Sebab, setiap hujung minggu bila sarapan kat situ dia mesti ada dan bila dia jumpa dengan cik abam aku...soalan yang sama dia akan tanya. Setiap kali jumpa macam tu. Bila dah lama-lama, larat ke kita nak layan dia?

Tadi, masa aku tengah makan dia dok sembang dengan cik abam, aku buat taktau je terus makan. Cik abam pun macam nak taknak je jawab...sebab dia tengah baca surat khabar. Yang dia tu pulak terus dok sogok cik abam dengan macam2 soalan. Aku tengok cik abam muka dah lain, tapi orang tu tetap tak paham. 

Tetiba, dia tanya aku pulak... Kak Na kerja kat mana? Padahal minggu2 lepas dah tanya dan banyak kali aku bagitau dan lagi satu... Pehal tetiba je hari ni panggil aku "KAK NA" pulak?? Terkejut jugak aku sebab Kak Na tu nama timangan aku kat kampung, hanya adik2 dan sepupu aku je panggil camtu. Ke dia main hentam je panggil aku nama tu? Konpius sat!

Lepas je dia tanya.. Kak Na kerja kat mana tu, tak sempat lagi aku nak jawab dia terus cakap.. 'Eh, Kak Na ada misai?' Kuat oke dia cakap macam tu dengan nada terkejut dia... lebih kurang macam dia cakap sambil  tangan ke dada la. Kemudian, spontan je keluar dari mulut aku...'kuang ajaqnya!'. Terus cik abam aku tengok dia macam nak makan.

Lepas tu dia macam tersedar... terus dia minta maaf berulang kali kat cik abam kemudian dia kata menyesal cakap sebab bahasa dia tak elok. Aku kesian kat dia tapi tulah.... kalau kita layan. Kemudian tak lama lepas tu.... Wei, Badin! kepala hang ada uban? Tengok! kan baru je tadi dia mintak maaf, lepas tu pi tegur uban cik abam aku yang sehelai je tumbuh tu.....buleh dia dok perati rambut laki aku pulak! Lagi sekali dia minta maaf kemudian dia terus blahhhh...nasibbb! baru la aman sikit nak makan.

Pasal misai tu memang aku ada misai. Dan aku suka misai ni... hehe! Tapi tak la banyak atau lebat sangat...sikit2 je. Kalau orang tengok dari dekat baru nampak. Kebetulan masa dia tu tegur aku tadi dia berdiri kat sisi aku. Memang nampak la...tapi takkan kena tegur kuat sampai hampir semorang kat gerai tu pusing tengok aku kot? 



Hampehhhhbetoi#

14.1.12

10 Mitos dan Fakta Infertiliti





Mitos 1: Adakah Infertiliti adalah masalah kaum wanita saja?
Fakta Sebenar: Tidak betul. Yang sebenarnya, lelaki memberikan peranan yang besar terhadap ketidaksuburan. Kajian menunjukkan 40% dari masalah ketidaksuburan adalah berpunca dari kaum lelaki dan 50% lagi adalah wanita. 10% nya lagi tidak diketahui punca dan sebab.

Mitos 2: Hamil adalah sesuatu yang mudah?
Fakta Sebenar: Tidak begitu betul, Dikatakan 1 dalam 6 orang akan mengalami masalah sukar hamil pada satu titik masa dalam kehidupan mereka. Kajian juga mendapati dari kalangan mereka yang gagal hamil, cuma 50% sahaja yang cuba mendapatkan rawatan dari doktor jadi statistik sebenar mungkin lebih besar.

Mitos 3: Adakah dengan mengambil anak angkat, saya akan hamil?
Fakta Sebenar: Ini juga tidak betul. Mungkin anda kerap mendengar cerita tentang pasangan mengalami masalah infertiliti menjadi hamil sebaik sahaja mereka mangambil anak angkat, tapi ini disangkal oleh kajian yang menunjukkan tiada peningkatan kadar kehamilan berbanding dengan mereka yang tidak mengambil anak angkat. Ia terjadi kerana anda lebih mendengar berita gembira dari mereka yang mengambil anak angkat dan hamil dari yang sebaliknya.

Mitos 4: Mungkin anda dan pasangan tidak melakukannya (bersama) dengan cara yang tidak betul?
Fakta Sebenar: Infertilti adalah masalah perubatan dan bukan masalah hubungan kelamin.

Mitos 5: Ia mengambil masa untuk hamil jadi tunggu sahaja?
Fakta Sebenar: Pasangan haruslah cuba mendapatkan rawatan selepas setahun mencuba kerana 80% dikalangan mereka yang ingin hamil akan berjaya selepas setahun berkahwin. Selepas 2 tahun, 90% akan menjadi hamil memberikan angka 10% terhadap mereka yang bermasalah. Sekiranya anda mempunyai masalah senggugut yang teruk atau haid yang tidak teratur, jangan tunggu sehingga setahun kerana jelas anda mengalami masalah peranakan yang mungkin menjadi punca ketidaksuburan anda.

Mitos 6: Melakukan hubungan seks setiap hari akan meningkatkan peluang untuk hamil?
Fakta Sebenar: Salah lagi. Sperma yang sihat akan kekal hidup didalam rahim paling lama 5 hari dan telur pula cuma berupaya hidup kurang dari satu hari. Tempoh subur anda sebenarnya adalah kurang dari 7 hari sebulan. Sekiranya anda membuat hubungan seks di luar tempoh subur, peluang hamil adalah sangat kurang walaupun anda berhubungan setiap hari. Walaubagaimanapun sekiranya anda tidak kisah untuk bersama setiap hari teruskan sahaja kerana ia tidak akan mengurangkan kualiti sperma anda.

Mitos 7 : Infertiliti tidak berlaku kepada mereka yang pernah berjaya hamil dan melahirkan?
Fakta Sebenar: Ini juga tidak betul. Kajian menunjukkan ramai wanita yang gagal hamil kali kedua walaupun pernah melahirkan anak sebelumnya. Ia tidak kelihatan sebagai masalah yang kerap terjadi kerana tidak ramai yang tampil untuk mendapatkan rawatan berbanding dengan mereka yang sukar hamil kali pertama.

Mitos 8: Infertili tidak menjadi masalah sehinggalah melewati usia lewat 30an?
Fakta Sebenar: Sebenarnya kadar kesuburan menjunam dengan banyaknya selepas usia 30 tahun dengan kadar maksima pada usia 35. Terdapat kenaikan 22% pada usia 35% iaitu 2 kali ganda dari populasi yang biasa. Ini terjadi kerana kualiti telur menjadi kurang bermutu apabila usia mencecah 30 tahun.

Mitos 9: Ubat batuk boleh menolong meningkatkan kesuburan?
Fakta Sebenar: Ubat batuk telah lama digunakan untuk masalah infertiliti kerana ia dikatakan berupaya membaik pulih kualiti mukus serviks tetapi kajian telah mendapati tiada peningkatan kadar kehamilan apabila dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambil ubat batuk.

Mitos 10: Suami saya mungkin akan tinggalkan saya sekiranya saya gagal hamil?
Fakta Sebenar: Sukar mendapat anak mungkin boleh menjadi punca masalah rumah tangga tapi ramai pasangan yang berupaya mengatasi krisis tersebut dan hidup bahagia walaupun dengan ketiadaan anak.

Infertiliti = tidak subur (sumber)

Jawapannya....Jeng Jeng Jenggggg!!









Semua jawapan korang tu boleh terima jugak sebab huruf A ada, buih ada, niza romli ada, buah nyok pun ada tapi yang aku nak 'sarang burung' tu sebenarnya. Hehe

Kak Diana...!! Semestinya kalau kak diana teka ada je kena dengan jawapan dia. Huhu. Oleh itu, saya nak bagi anugerah kat kak diana iaitu Anugerah Mata Pisau!! Amacam bulih terima tak kak?? :P



babai.

Teka lagi bulih?




Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu! Seronok kemain aku kalau tiba weekend camni. Boleh lepaking kat blog sepanjang hari tanpa cemuih. Cuma dok tunggu idea tu ja takmo mai. Takpa takpa! Sebelum aku terjun pi dapoq, apakata kita main teka2. 

Ganjaran dia? Hurm...Haa! sapa teka tepat dia pandai! bulih?? Huhu



Ada satu benda dalam gambar ni. Nak bagitahu benda apa tu tak boleh la. Tapi korang kena cari. Macam tersembunyi tapi tak. Sapa teka betul, mata dia memang tajam macam mata pisau aku kat dapoq nuu. Huhu.

Selamat meneka ye. :P



13.1.12

Zip Rosak?? minyak pelincir kan ada!



Dah lama rasa tak bagi petua. Dok cerita pasal laki bini ja. Sesekali kena la sumbangkan sesuatu yang berguna jugak untuk pembaca semua kan? Ye dop ni??

Simple saja entri petua saya kali ini. Tengok sopan lagi, saya! Aku hilangkan kejap..Kejap je la. Hehe! Aku nak bagi petua untuk lancarkan semula perjalanan zip yang telah rosak. Wahh! hebat tak patut penggunaan ayat tu kan.  Huhu!

Oke, kalau zip yang rosak tak bermakna barang tersebut sama ada beg, kasut atau seluar dah tak boleh dipakai lagi. Ada cara paling mudah untuk membaikinya. Sapa dah tau? habaq mai. Tobat taktau lagi kan?

Cara dia mudah saja adalah dengan taburkan bedak di atasnya lalu gerak-gerakkan beberapa kali sehingga zip itu lancar semula. Semudah ABC betul?

Jadi, silalah buat sekarang kerana masa itu emas. Tak perlu tunggu lama2...benda yang baik lagi bagus macam ni elok dicepatkan untuk mengelakkan pembaziran.




*kalautakbolehjugakpikedaibeliyanglainjetauhuhu

Guna salotape pun bolleh!




Tetiba tajuk tu buat aku tergelak sorang2 sebab teringat dialog pelakon Normah Damanhuri dalam filem apa entah, tajuk filem tu aku lupa. Aku tak tengok lagi filem tu cuma tengok promo kat tv je. Korang tahu tak? Dialog dia bunyi macam ni lebih kurang..."Baru lagi eh?.... Nak tengok aje pun bolleh" (sambil buka butang baju) Hahahaha! kelakar gila stereng dialog tu aku rasa. Sebab aku tak rasa lucah pun. Macam lawak je. Tak tahulah pada pandangan korang kan.

Oke stop!!

Ingat lagi tak dengan entri teka2 kita dulu tu? Teka tabung. Sekarang tabung tu telah selamat dipecahkan oleh orang bukan aku sebelum cukup tempoh matangnya! Tapi orang tu bukan pecahkan tabung tu sebab nak mencuri ke apa ke... gila! setakat tabung besaq buah setoi tu takdanya orang nak curi. Tak baloi! Huhu

Opismet aku yang terpecahkan dia tanpa disengajakan. Mujur tak hancur. Boleh lagi aku bentukkan semula tabung tu dengan salotape. Tinggi sungguh semangat menabung aku kan? Phuii!

Silalah tengok usaha keras dekung aku menyalotapekan semula tabung tu. Huhu!


Walaupun harga dia cuma 2rm. Tapi kalau tak dikumpul dalam tempat macam tu tetap tak dapat nak beli semula kan? Tolong angguk bolle?




*macambestpulakgabungkanduaceritadalamsatuentri :P

Ketagihan dan tabiat yang hakiki




kau ilhamkuuu~~! phuii


Korang mesti kenal dan tahu apa fungsinya benda dalam gambar tu kan? Aku sangat ketagih akan benda tu dan sudah menjadi tabiat aku sejak 9 tahun lalu. Pelik molek pe'el dia ni deh? Huhu!

Aku kan kalau kat rumah sambil2 tengok tv benda tulah yang menjadi pendamping aku di setiap masa lapang yang aku ada. Terutama di waktu santai, dah habis takda kerja sangat sambil baring-baring pun boleh jadi jugak! Percaya dengan tidak, sampaikan tengah mesin baju, air dah penuh pun aku biarkan je sebab terlalu asyik mencabut 'rumput' di bawah lengan. Hehe! Sayang sangat nak lepaskan walaupun nak jalan pi dapur tutup air paip tu bukannya makan masa yang lama pun..seminit pun takdan habis! Tapi?? Suka sangat 'ter'bazirkan air hanya kerananya.

Benda alah ni wajib di bawa bersama-sama terutama kalau pi bercuti dan balik kampung. Tidak boleh tidak mesti bawak! Kalau aku yang terlupa, cik abam yang tolong ingatkan pulak... Laki bini yang sehati dan sejiwang! 

Pasal cik abam tu, aku rasa silap sangat2...silap sebab ajar dia cabut rumput di bawah lengan secara manual masa mula2 kawen dulu. Biasa dia guna mesin rumput je akibatnya ketagihan tu berjangkit kat dia. Dan akhirnya aku menjadi tukang cabut rumput dia sampai sekarang dan untuk selamanya! Denggg!!


12.1.12

11 Wanita MALCOY 7 Terima Pingat Misi PBB UNIFIL



KAWKABA, LUBNAN: Perbarisan Penganugerahan Pingat PBB UNIFIL dilaksanakan keatas 11 orang anggota tentera wanita yang terdiri daripada 9 anggota Wanita Tentera Darat termasuk 2 orang pegawai, seorang anggota TLDM dan seorang anggota TUDM.  

Perbarisan ini diketuai oleh Kapten Masrina Jamaludin, Pegawai Perhubungan Raya merangkap Ketua Kontinjen Wanita MALCOY 7 di Dataran Kem MALCON, Kawkaba Lubnan pada 11 Januari 2012 jam 0500 petang waktu Malaysia (0900 pagi waktu Lubnan). Upacara penganugerahan pingat ini disempurnakan oleh Ketua Kontinjen Malaysia, Kolonel Badrul Hisham bin Muhammad dan diiringi oleh Komander MALCOY 7, Leftenan Kolonel Hassim bin Mat. 

Mencatat sejarah pada Misi UNIFIL Lubnan. Mereka adalah kumpulan wanita pertama yang telah memecah tradisi melaksana Misi UNIFIL selama 6 bulan berterusan. Ditugaskan bersama MALCOY 7 bermula 21 Julai 2011 dan akan menamatkan penugasan pada 26 Januari 2012. Sehubungan itu, kejayaan ini telah mendapat pengiktirafan daripada Force Commander UNIFIL, Mejar Jeneral Alberto Asarta Cuevas sekaligus melayakkan mereka menerima penganugerahan pingat PBB UNFIL. 

Mendapat perhatian Komander MALCOY 7, Leftenan Kolonel Hassim bin Mat yang mengetuai Misi UNIFIL berkaitan penglibatan anggota dan pegawai wanita bersama MALCOY 7. Beliau amat berbangga dengan tahap prestasi yang ditunjukkan oleh setiap daripada mereka semasa melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Penglibatan wanita dalam Misi UNIFIL bukan sahaja banyak membantu dalam segala aspek terutamanya berkaitan pentadbiran dan perhubungan luar malahan diterima baik sekaligus diiktiraf membuktikan keupayaan wanita dalam operasi global...... (Nak baca lanjut tunggu keluar kat surat khabar  :P)


Ketua Kontinjen Malaysia, Kolonel Badrul Hisham bin Muhammad sedang memakaikan Pingat PBB Unifil kepada Lans Koperal Aliza Ja'afar sambil disaksikan oleh Komander MALCOY 7, Leftenan Kolonel Hassim Mat di Kem MALCON, Kawkaba, Lubnan pada 11 Jan 2012.  
PENGHARGAAN...Tiga anggota pranita MALCOY 7, dari kanan Koperal (U) Adila Mohd Mustafa, Bintara Muda Komunikasi Mariana Omar @ Ingon dan Koperal Nor Hasmira Kamaruddin bergambar bersama pingat.
Koperal Noor Fadzlynn Mohd Noor (kanan), Koperal Norhadzlina Abd Jalil, Lans Koperal Aliza Ja'afar dan Koperal Nadia ak Leboy bergambar bersama sijil penghargaan yang diterima daripada UNIFIL.
Kpl Syuhaida Abang Sarbini (kanan) menerima sijil perhargaan pingat UNIFIL daripada Ketua Kontinjen Malaysia, Kol Badrul Hisham Muhammad.
Jeles aehhh tengok depa ni! :P

Press release dengan gambar2 ni aku terima melalui email baru je tadi dari PW 1 Badri yang bertugas di sana untuk publishkan kat blog ni. Thanks encik!

11.1.12

Oppss...terlanggar!





Pukul 3 tadi aku keluar dengan Iza, PA awam. Hajatnya nak pi pekena nasi ayam Periuk Besar, besar mana periuk tu aku pun tak tahu! sebab tak pernah makan lagi kat situ...Kui3. Sebelum tu Iza nak pi CIMB dulu. Aku tunggu je dalam keta. Jolok duit berapa juta entah, lama kemain. Lama tak lama sampai hujan turun lebat la jugak. 

Lepas pi bank tu teruslah nak pi makan nasi ayam periuk besar tu. Sambil2 keduanya, aku dengan si Iza dok perhatilah kat bangunan sebelah kiri nak tengok kedai nasi ayam tu, tapi tak nampak2. Masa tu aku drive slow je, lagipun jalan tu luas ada 3 lane. Aku dok tengah2..lane belah kiri ada motor. Belakang aku takda kereta. Belah kanan sekali ada van.

Masa tu jalan memang clear, kereta tak banyak! Takda apalah yang mengganggu pandangan aku. Aku pun sibuk jugak la nak cari kedai tu, dulu ada je. Takkan dah pindah kot! Tak lama tu aku pandang depan...tengok2 ada cone!! Dekat sangat dah...takdan nak elak lalu kedebuMM!! Terseret cone tu ke depan. Ada lubang kat tengah2 jalan. Siap depa tanam pokok lagi kat lubang tu. :P

Kepala hangguk betul! Letak cone kaler putih, putih pun takdalah putih melepak. Dah lusuh kelabu... sama kaler je cone tu dengan tar. Lenkali letak le kaler oren berjahang tu. Sekurang2nya orang perasan jugak ada cone tu dari jauh. Ni aku nampak jalan tu clear je..tak perasan langsung pun ada cone.

Bukan cone yang 3segi tu...yang besar punya tu. Yang orang buat untuk penghadang jalan tu. Tapi salah aku jugak sebab aku tak tengok depan masa tu sebok dok tengok2 kedai nasi ayam. Dari jauh aku tak nampak apa2 pun kat tengah jalan tu. Si Iza pun tak perasan ada cone tu. Mujur tak jadi apa2 kat kitaorg. Dahla aku bawak bini orang yang tengah mengandung. Kalau la jadi apa2 kat dia tadi, jenuh nak menjawab dengan laki dia. 

Dan mujur jugak takda kereta lain kat belakang, kalau ada memang teruk rasanya aku kena hentam dari belakang sebab aku terpaksa break mengejut masa ternampak cone tu. Tapi nak tergelak pun ada....bayangkan aku dok lane tengah2...tiba2 berhenti mengejut. Tak pasal2 pi langgar menatam tu!! Takda kerja ke ha?? 

Aku tak berhenti  dan turun tengok pun. Reverse sikit kemudian masuk gear terus jalan. Hilang selera. terus balik opis. Haha! Tapi sampai2  je, turun tengok bahagian depan takda apa2...takde kemek2.. oke, lega! tengok kat tepi...Uwaa!! dia keluaq jugak sikit!!!



Mula2 nak rahsiakan je dari suami aku. Tapi bila dah sopak camtu... cemana nak rahsianya?? Kena jugaklah bagitahu dia. Bila aku call bagitau kat dia... tahu dia cakap apa?? "Hurm, biaq pi lah, toksah perbaik. Loqlaq sangat bawak keta!!"

Laa...pulak?? Yangggggg......



Sudah jemu dengan nasi lemak Kak Siah!





Selamat pagi. Mulakan pagi korang dengan bersarapan ye sebelum buat kerja. Untuk mengelakkan perut korang 'bising' nanti. Jom mangan!






Hari ni bawak bekal sendiri dari rumah. Mee sanggoi! eh, tapi pasai pa mee sanggoi aku putus2. Tengok orang goreng kat pasar malam elok je pun rupa dia. Biasalah kalau dah first time kan goreng mee sanggoi. Belum mahir.Kuikuikui..

Eh, dah cemuih la makan nasi lemak kak siah hari2. Cuti seminggu makan nasi lemak dia. Minggu depan baru start balik. Hehe... Terteleng-teleng kepala kak siah bila tengok kereta aku laju je lalu depan gerai dia tadi. Mesti terpikir hairan kan aku tak beli nasi lemak dia...Hehe.



10.1.12

Tak dapat buah, air pun boleh









Itu adalah air rebusan buah zuriat. Korang pernah dengar kan pasal buah zuriat yang dari Mekah tu. Fungsi atau khasiat buah zuriat tu adalah antara cara untuk dapatkan zuriat... dengan izin Allah swt jugalah. Aku dah lama tunggu buah tu tapi tak dapat2. 

Semalam sorang pegawai aku bagi air buah zuriat ni. Air ni dia sendiri rebus. Tak sempat nak minum habis. Dah memang nak jadi rezeki dia suami isteri agaknya... lepas 3 bulan minum air buah zuriat ni, rabu lepas isteri dia disahkan pregnant 6 minggu. 4 tahun depa tunggu berita gembira tu. Syukur.. aku tumpang gembira untuk dia dan isteri. ;)

Selain air buah zuriat tu, dia ada bagi aku jadam arab dan air tasik dayang bunting? err...aku ambik je. Terima kasih banyak2 ye tuan. Saya terima je...ambik berkat. Mana tau dengan izin Allah.. berhasil. Mudah-mudahan.




9.1.12

Tugas Tambahan Saya








Jenis Tugas:  Siram Pokok!!
Lokasi       :  Rumah bossssss!
Mulai         :  9 - 16 Jan 2012

Dear bos, balik dari bercuti nanti jangan lupa pulak bayar gaji untuk tugas tambahan saya tu. Ada `batman' bagi dia cuti jugak... dahtu saya pulak yang kena buat. Berlengas ketiak, cayaq mekap tau. Haih!!

Dan balik nanti saya nak baby kanggaroo hat tino sekor, takmboh hat jate. Oke?



Sincerely,

PA
Jab Kuli


8.1.12

‎8 Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki




Assalamualaikum. Berlanjutan dari entry tadi yang bertajuk bapak punya pemalas!! maka terhasillah entry copy paste ni pulak (masih malas) Hehe! Walaupun copy paste tapi sangatlah berguna kepada sahabat2 wanita sekalian terutama yang nak terus kawen je yakni 'bercinta selepas kawen'. Yelah, sebab diorang tak bercinta dulu sebelum kawen. Mana la sempat nak tunjuk sikap2 tu kan? Bulih paham dakni ayat belit2 tu? Hehe!

Yang tengah couple takyah buat..tak sesswai oke! Nanti dikata lelaki yang awak tu gediks pulak....ha kan?


[1] Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. 

[2] Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. 

[3] Menghargai
Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

[4] Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

[5] Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

[6] Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. 

[7] Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. 

[8] Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. 

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna… by Jannati Baiti



Bapak punya pemalas!!























































Cari apa tu? Takda entry la. Tak baca tajuk ke?? Hehehe... maap! maapkan ambe! Saja suka2 nak gurau senda... bolle gitu? :P

Laghi i i i i i i i i iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! hihihi

7.1.12

Bisul di bontot!





Assalamualaikum,

Dah lama tak kena bisul. Tapi bila sekali kena, memang tak selesa di buatnya. Lagi2 bila bisul tu tumbuh kat punggung. Adoi...punya seksa nak duduk. Nak duduk harus berlapikkan bantal. Special punya!

Tok-tok dulu selalu pesan, jangan duduk atas bantal nanti tumbuh bisul. Relevan tak? Tapi masa kecik2 dulu memang percaya bulat2. Bila dah besar sikit baru paham. Ugutan semata sebab bantal kan tempat letak kepala je jadi tak elok la letak punggung. Haih!

Bila malam kan bisul tu berdenyut2 sakit tau. Seperti yang jadi kat aku sekarang. Jadi, aku nak bagi beberapa petua untuk meredakan atau mengecutkan bisul tu. Caranya adalah dengan: 

[1] Tampalkan ubi keledek yang telah ditumbuk pada bisul.
[2] Asahkan kulit mempelam pada pasu dan sapukan pada bisul.
[3] Tampalkan bawang merah yang telah ditumbuk.
[4] Jika bisul diperingkat serius tampalkan bunga rumput.

Untuk mencegah dari ditumbuhi bisul pulak, cuba banyakkan makan makanan yang dapat membersihkan darah seperti karot, tomato, sayuran hijau, buah-buahan dan makanan yang mengandungi vitamin C.

Mekasih, babai :)


6.1.12

Belanja, upah, suapan atau rasuah?




Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:-

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)."

Menawar/Memberi Rasuah adalah salah satu daripada kesalahan rasuah. Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.




Pada pendapat korang, adakah KFC itu boleh di definasikan sebagai suapan? Aku was-was sebab ada seseorang (non muslim) minta tolong dari aku untuk pastikan 'surat justifikasi bla..bla...' dia ditandatangani oleh bos! Dan aku dah bagi penerangan kat dia macam ni..."saya boleh cop dan bawak masuk surat ni kat bos tapi...saya tak jamin samada bos setuju atau tak nak sign surat justifikasi ni!"

Kemudian dia kata.. "takpa, u just bawak masuk ini surat bagi bos saja. I bawak KFC untuk u." Dan aku sesungguhnya sangat marah masa tu dan berkeras tak mahu dan menolak untuk menerima KFC tu. Dan aku sekali lagi terangkan kat dia.... "Memang tugas saya untuk bagi apa saja yang perlu untuk tandatangan bos tapi saya tak ada jaminan untuk pastikan bos sign surat tu! Kalau perlu u sendiri la bawak surat ni jumpa bos kat dalam. Lagi mudah. Saya mintak maaf lah saya takmau KFC tu"

Lepas  tu dia kata... "No..no! Ini saya belanja bagi u." Degil. Aku suruh dia letak kat pantry je. 

Pasal surat tu aku hanya masukkan saja dalam tray (in) kat bilik bos dan aku tak cakap atau terangkan apa2pun. Pada aku, kalau bos sign..okelah, kalau tak sign aku takleh buat apa. Dan tadi masa bawak keluar folder tandatangan aku tengok surat tu bos sign saja. Tak tanya apa pun kat aku pasal surat tu. 

Tapi tak tahulah, ke aku yang dah terlebih mendefinasikan maksud rasuah tu.. Sebab dia berharap sangat kat aku  agar bos sign surat tu. Aku macam was-was dengan status KFC tu. Ke dia betul2 ikhlas nak belanja. Agaknya betul dia belanja kot kan? Eh...boleh makan ke tak ni??? Dah sejuk gedi ayam tu!  lapar la pulak!! (Hihihi)



5.1.12

Rumah




Bila dah ada kerja tetap dan di sediakan dengan kemudahan pinjaman perumahan sangatlah rugi kalau tak beli sebuah rumah. Biarlah rumah yang dibeli tak sebesar dan semahal mana pun, asal ada rumah dan mengikut kemampuan kita sudah cukup.

Alhamdulillah, tahun 2005 aku beli rumah atas nama sendiri. Buat pertama kali aku rasa bangga ada rumah sendiri. Tapi Ada kawan yang cemburu dengan apa yang aku ada. Ada rumah, kereta/motorsikal ketika masih bujang. Biarpun diorang tahu kereta tu bukan hasil titik peluh aku. Terima kasih ayah :)

Tapi kenapa nak cemburu sedangkan diorang pun mampu. Kenapa tak beli je? Jawapan.. nak buat loan pastu nak beli tanah kemudian baru nak buat rumah atas tanah tu. Jimat katanya! dan rumah pun boleh buat besar lagi daripada beli dengan syarikat perumahan tu.

Sudahnya sampai sekarang tak menjadi! Takda hasil. Servis dah sampai kat tengah2 tapi rumah sendiri belum ada. Bukan tak boleh nak buat macam yang diorang kata tu tapi kalau berhajat tu biarlah betul2. Ini tak, bercakap sekadar untuk meninggi diri sebab irihati dengan orang lain!  

Kalaulah dari dulu lagi sama-sama beli, sekurang-kurangnya bila dah pencen nanti takdalah kena tunggu lama sangat nak bayar balik pinjaman rumah tu. Rugi masa.

So, sekarang sapa yang rugi?



Fakta Ringkas mengenai Zat Besi dan Period








Anda kehilangan 15-20 mg zat besi semasa period bulanan anda. Wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak memerlukan lebih banyak zat besi setiap hari. Makanan yang kaya dengan zat besi termasuklah daging merah, epal, pisang, terung dan sayur-sayuran berdaun. Semasa anda period, anda mungkin memerlukan diet tambahan yang kaya dengan zat besi serta tablet zat besi. Ini mungkin berlaku terutamanya apabila anda tidak memakan daging merah.(Sumber)


Sekian, info untuk hari ini. :D

Naik Hantu





Bosan!! Asyik dengar arahan dan bebelan yang sama. Sampai nak tersembur tahi telinga mendengarnya setiap hari. Biol! Ingat budak pra sekolah ke?? Suka-suka hati nak tindas orang bawah!

Kesudahannya hanya bersabar. Kalau lah 'boleh' naik hantu... dah lama kot kejadian tu berlaku.

Jaga-jaga! Tengah ulser...  pon boleh naik hantu jugak!!




4.1.12

Gila tak?
















Tengah boring dan sangat boring. Chat kat fibox sendiri. Tapi malang... takdak pulak orang nak layan aku~! :P


p/s: Eh, awat smiley kat fibox aku tak keluaq kepala kuning tu?? salah tang setting ni kot. >.<!

Molot sapa ntah ni!






Wordless Wednesday = Ulser!! 

ni bukan aku punya mulut, Google punya mulut...pinjam sat!! Tapi mulut
aku jadi camni. Jahanam!! 




3.1.12

Bila isteri ditinggalkan suami...



Assalamualaikum. Tajuk nak menarik pembaca je kan?? Hehe..mesti!! 

Masuk malam ni dah 2 malam suami aku keja malam. Tapi esok last dia keja malam. Tak sabar nak tunggu khamis. Khamis suami aku tak keja dah...boleh teman aku kat rumah. 

3 malam suami aku keja, 3 malam tu jugak aku akan rasa takut, risau, gelisah, nak nangis..semua ada. Aku bukan takut benda bukan2, hantu ke apa ke...err..hantu pun aku takut jugakkkk!! Tapi yang paling menakutkan aku adalah ORANG. Takut orang ceroboh masuk rumah!!

Tahun lepas pernah masuk Metro, kes rogol. Kat taman aku la tapi aku taktau pulak lorong mana. Jenis tak bercampur sangat dengan orang jadi taktau cerita dan taktau sapa. Cuma terbaca kat surat khabar je. Kes dia kena tinggal dengan suami la sebab suami dia keja shift malam, baru kawen. Duduk berdua je dengan suami kat rumah tu. Cemana ntah orang pecah masuk rumah dia dan kena rogol. Eeee..takut aku dengan kes camtu.

Setiap hari sebelum pi kerja pukul 7.45ptg, suami aku akan kunci siap2 semua pintu dan tutup rapat2 semua tingkap. Kecuali pintu yang dia nak keluar la... Buka siap2 lampu depan dengan belakang. Pastu dia pesan suruh terus masuk bilik, kunci pintu bilik..tengok tv dalam bilik je. Dalam bilik tu pulak, dia dah letak golok..golok oke bukan pisau! Pemedih mata, lagi satu apa benda tu cota eh nama dia. 

Sapa tak sayang bini kan...lagi2 bila bini dia asyik dok ajak sms je sepanjang malam sampai la si bini tu tertidur. Mana dengan nak buat keja, nak kena layan sms bini yang penakut lagi kan.. Haha. Kesian kat cik abam aku. Tapi betul...aku penakut betul kalau dia takda kat rumah ni. Paling risau bila jiran aku pun takda kat rumah. Kalau jiran tu ada lega la sikit kan...kalau apa2 boleh panggil dia. Zaman sekarang, bukan boleh harap sangat... kena sentiasa berjaga2. Bahaya!!


Something To Share




Berkelulusan dalam bidang Kewartawanan..namun tidak berhasrat utk meneruskan kerjaya yg pernah diceburi satu ketika dulu (penulis majalah)..tapi dah namanya rezeki masih dekat situ, jadi saya teruskan juga menulis dan sememangnya saya suka dengan apa yang saya buat. Berapa lama lagi? saya tak pasti..yang pasti saya suka menulis dekat blog ni, tanpa sebarang protokol dan tanpa sebarang kekangan..juga tiada sebarang paksaan~!



something to share..


Nak tahu sapa punya tu? Jom kenal dengan blogger Sue Baharom. Yang juga sepupu, rakan sek rendah dan sekampung dengan aku. Silalah beramai2 pi jengok blog dia k. babai.


Tuhan dan Manusia




"Orang yang putus hubungan dengan Tuhan seperti wau yang putus tali. Walaupun wau yang putus tali mungkin nampak hebat, ke kiri, ke kanan dan terbang tinggi ditiup angin namun itu tidak lama, ia akan jatuh. Berbanding dengan wau yang bertali, ia terkawal dengan tali yang mengikatnya. Begitu juga bandingan manusia yang putus hubungan dengan Tuhan dengan manusia yang terikat dengan Tuhan."






Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Medan Ilmu, 12 Febuari 2010.