29.2.12

Stress!


Belum pernah lagi aku rasa sepenat, se'pening dan stresss sampai tahap ni. Cuba mengimbas kembali...dulu, sesibuk mana pun masih ada ruang untuk rehat, makan, minum dan toilet. Tapi sekarang, dah tak ada ruang tu. Kalau keadaan terdesak, kaki terpaksa di lajukan langkahnya. Aku sendiri pun pelik. Sampaikan ada masanya, kepala aku tetiba je rasa seakan berpusing tapi sekejap saja. Dan aku perasan seminggu dua ni, uniform yang aku pakai agak longgar..dulu ketat sikit. Lemak di lengan dah tak nampak. Itu berita baik yang sangat mengejutkan!!

Perasaan pun dah berubah sekarang, kalau dulu senang nak bangun awal pagi dan keluar pegi keja. Tapi sekarang tiap kali nak bangun, termenung dulu... kelip pok kelip pok mata, beratnya rasa nak bangun. Malas. Rasa tak seronok nak pegi kerja. Sungguh. Rasa susah hati. Meluat, benci semua bersarang dalam hati. Meluat dan benci yang dicipta sendiri oleh pihak takbolehnaksebut! Ahh..malas nak membebel panjang. Keadaan takkan berubah pun. 

alolo..sian, basah kuyup dia. Dah la air sejuk kemain.
Untuk redakan semua rasa yang bersarang tu, aku pi main air kat sinki pantry bila ada masa terluang sikit tadi (tupun sbb ada meeting) tetiba teringat menatam comey ni yang dah kusam, masam dan berdaki yang digantung pada kunci pintu opis. Hilang stress aku seketika bila mandikan dia... seronok! Sabunkan dia dengan cecair tesco hand wash! Itu lebih bagus dari guna sunlight kan?? 

Harap2 lepas ni dia lebih sihat dan ceria. Sebelum ni masam tak bermaya je macam aku. Ehh, dah macam orang gila plak aku nih!!


#Anggap si comey ni sebagai terapi stress.

29 Februari


Hari ni semua orang bercakap pasal 29 Februari. Ada apa dengan 29 Februari? Nak tau jugak ka? Jom baca hasil dari ketekunan aku mengcopy dari Tuan Wiki! 


29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Mengikut takrif, tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Hanya terdapatnya tarikh ini kira-kira setiap empat tahun dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki, seperti 1992, 1996, 2004 kecuali tahun-tahun abad.

Tahun abad, iaitu tahun yang berakhir dengan dua angka sifar (1800, 1900, 2000, dll), bukan tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa baki. Mengikut ISO 8601, tahun-tahun yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki kini merupakan tahun lompat, walaupun terdapat cadangan bertentangan yang meluas. Ini bermaksud bahawa tahun 2000 adalah tahun lompat, termasuk 2400 dan 2800, akan tetapi 1800 dan 1900 bukannya tahun lompat, termasuk 2100, 2200 dan 2300.

Oleh sebab itu, hari lompat tidak semestinya jatuh pada hari Ahad. Sebagai contoh, sekiranya 29 Februari jatuh pada hari Ahad, anda boleh menjangka bahawa ia juga akan jatuh pada hari Ahad sekali lagi selepas 28 tahun. Akan tetapi sekiranya adanya tahun abad dalam tempoh 28 tahun tersebut, pola ini akan diganggu.

Kalendar Gregori mengulang diri setiap 400 tahun, dan terdapatnya 97 hari lompat dalam tempoh tersebut. Oleh sebab 400 mempunyai baki apabila dibahagikan dengan 97, hari lompat tidak boleh jatuh pada hari yang sama dengan sama rata.

Hari lompat jatuh 13 kali pada hari Ahad dalam tempoh 400 tahun kini, dan oleh sebab itu, terdapat hari lompat pada hari Ahad setiap 30.8 tahun. Sebaliknya, hari lompat jatuh pada hari Isnin 15 kali dan merupakan kira-kira sekali setiap 26.7 tahun.

#Aku masih blur!

28.2.12

Bab Kasih Sayang


Inilah manusia yang diletakkan dalam hatinya oleh Tuhan keinginan supaya sentiasa berkongsi. Perkongsian menunjukkan pengorbanan dan kerelaan untuk memberi. Semakin banyak memberi, semakin kita tidak akan merasakan kekurangan. Pengorbanan yang paling besar adalah harga diri sendiri demi meningkatkan harga diri orang lain. Di sinilah keindahan berkongsi dan memberi, berbanding dengan sekadar menerima. [Penulis: Parlindungan Marpaung]





Sambungan dari entry 'berkongsi'... :)

Berkongsi


Pada suatu hari, sepasang suami isteri yang sudah lanjut usianya mengunjungi pejabat pusat bagi mengingati kembali kenangan suka duka semasa mereka aktif bekerja dahulu. Kesempatan bernostalgia ini dimanfaatkan oleh mereka dengan menikmati sup ekor yang terkenal di kantin yang terletak dalam pejabat pusat berkenaan. Kebetulan pada masa itu juga masa makan tengahri, jadi ramailah pegawai2 yang makan di kantin itu.

Suami isteri ini mula berbaris bagi memesan sup ekor mereka. Mereka memesan satu mangkuk sup, sepinggan nasi dan dua gelas teh ais serta satu piring dan mangkuk kosong. Semua yang memerhatikan gelagat pasangan suami isteri ini berasa hairan. Mengapa mereka hanya membeli satu pesanan sup dan nasi sahaja? Malah beberapa orang pekerja sedih melihat kedaifan kedua orang tua itu kerana hanya mampu makan tengahari  di kantin sahaja, itu pun hanya membeli makanan bagi seorang sahaja. Si suami mula membahagikan nasi dan sup ekor itu kepada dua bahagian. satu bahagian untuk dirinya dan satu lagi diserahkan kepada isterinya. Kemudian mereka pun makan. Namun, yang makan hanyalah si suami, manakala si isteri hanya tersenyum menunggu dan melihat suaminya menjamu selera.

Seorang pekerja tiba2 berdiri dan berjalan menuju ke meja mereka. Dengan rasa sedih, pekerja itu mempelawa mahu membelanja pasangan berkenaan semangkuk sup lagi. Dia terharu melihat pasangan suami isteri yang difikirkannya hanya mampu membeli satu hidang sup ekor dan nasi sahaja, sedangkan dia sendiri hidup dalam keadaan yang cukup. Namun, pelawaan itu ditolak dengan lembut dengan m'gunakan bahasa isyarat, sambil keduanya tersenyum mesra.

Si suami kembali menyambung menikmati makanannya, sementara isterinya hanya memandang sambil tersenyum sehinggalah sup ekornya sendiri menajdi sejuk. Selepas beberapa lama, pekerja tadi datang semula ke meja pasangan berkenaan, kerana gelisah melihat gelagat mereka berdua. Si isteri masih lagi tidak makan, hanya menunggu suaminya m'habiskan makanan. Betapa besarnya cinta isteri kepada suami sehingga rela berkorban menunggu suami selesai makan.

Pekerja tadi sudah tidak dapat lagi menahan rasa hairannya, lalu bertanya, "Makcik, saya tengok dari tadi, makcik tidak makan tetapi hanya menunggu dan melihat pakcik makan. Boleh saya tahu, mengapa makcik tidak makan dan apa yang makcik tunggu?" Dengan tersenyum, si isteri menjawab, "Makcik tunggu gigi palsu, yang sedang dipakai oleh pakcik tu!"




kihkihkih!

27.2.12

Pemanggang Ajaib


Semalam kan aku buat ayam roasted tapi tak bakar guna microwave, aku bakar guna pemanggang. Pemanggang ajaib nama dia. Memudahkan segala kerja2 membakar... macam ikan bakar. Eh, ikan bakar tu nama dia... memudahkan kita bakar ayam, bakar daging, bakar ikan, udang, kerang dan segala2nyalah yang kita rasa nak bakar. 

Ni ayam roasted untuk nasi ayam semalam. Ini lah pemanggangnya. Sapa ada pemanggang ni? Kalau tak ada elok jugak kalau beli, harga dia cuma RM 129 ja. Keluaran Sayarikat Menang Glassware. Boleh tengok katalog dia kat SINI. (Page 193-204)



26.2.12

Ketaq2 nak makan: Resepi Nasi Ayam Roasted ku!


Jam 7 setengah pagi tadi aku ambik Bihun Soto sebagai sarapan pagi. Aku kan peminat sup! Tu pun soto yang kemarin punya, aku masak masa kat kampung. Bawak balik sikit untuk cik abam tapi dia tak makan pun, jadinya habuan aku la untuk sarapan pagi. Cuma panaskan kuah dan tuang terus bihun ke dalam periuk dan potong cabai sekali. Sedapppp. 

Tapi aku bukan nak bagi resepi soto tapi resepi nasi ayam. Sebab tetiba ja rasa nak makan nasi ayam yang mai secara mendadak...ketaq2 dah nak makan. Lagipun, hari ni aku cuma makan soto tu je, tengahari tak makan apa pun. Maunya tak lapaq ketaq2. Memandangkan semua bahan cukup jadi aku masak sendiri jelah, lagipun sat je nak masak nasi ayam ni. Ini nasi ayam cara aku tau. Oke, jom mulakan.



Bahan untuk perap ayam (roasted)
Ayam 4,5 ketul
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu kicap manis
lada sulah
serbuk lada hitam
sedikit garam
- gaul semua ni dan perap sekejap. Lepas tu bakar ayam dalam microwave. Tapi aku bakar atas api je guna pemanggang. Bakar guna pemanggang ni kejap je masak ayam tu, 15 minit lebih kurang. (Nanti aku tunjuk dalam next entry)

Untuk Sup:
Didihkan air kemudian masukkan 3, 4 ketul ayam. Kemudian campak pulak sup bunjut dan bawang besar/merah yang dihiris nipis. Masukkan garam secukupnya. 

Untuk Nasi:
- Basuh beras seperti biasa dan masukkan kuah sup yang baru siap masak. 
- Masukkan sup bunjut. Masukkan sikit pewarna kuning. (kalau nak nasi kuning)
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris nipis. Kemudian, tuang separuh ke dalam periuk nasi dan selebihnya ke dalam periuk sup.
- Masak nasi dalam rice cooker seperti biasa.

Oke, siap! Hiaslah dengan daun salad, timun dan tomato. Tu je nasi ayam cara aku. Aku tak sediakan sos cili sebab aku lebih suka letak kuah ayam roasted tu dengan sup je. Pedas pun rasa sebab aku tabur serbuk lada hitam atas ayam tu banyak2. Suami aku pulak lebih suka makan dengan cili potong yang dicampur dengan sos ikan. 

Selamat mencuba :)

Err...rasa bersalah pulak!!


Sambil bermalas-malasan, paksa jugak diri ni buka blog. Aduhh, selalu time cuti takdak apa nak buat ni lah masanya nak up entry banyak2. Tapi gagal nampaknya apabila malas mengambil tempat dihati. Wahhhahaha...

Oke, sebenarnya aku terpanggil untuk buat entry yang bertajuk seperti di atas tu sebab rasanya aku macam dah menipu pulak walaupun niat sebenarnya tak macam tu. Jadi aku perlu perbetulkan semula semuanya supaya tidak berlaku lagi sebarang salah faham, juga nak membetulkan kembali kenyataan aku tu ye.

Ianya pasal entry semalam Tak tahan, dah rindu sangat!! Mula2, aku suka-suka je balas komen Cikgu Ma camni... 


Tapi rupanya ramai dah salah anggap dan percaya bulat2 komen aku tu. Haihhh, aku ni kadang suka melawak tapi cara melawak tu tak kena tempatnya pulak! 

Sebenarnya, gambar yang dukong Amni tu memang aku pun! Ya, memang tak syak lagi. Jadi aku nak mintak maaflah kepada Cikgu Ma, Elih, Kak Tiha dan Yana. Rasanya lepas ni takda sapa2 dah kot nak tengok muka  sebenar aku ni....ekeke kan Fikhri?

Sila abaikan muka monyok Amni dan tumpukan pada muka aku! Haha
Nah, ni muka aku betul2 punya seketul aku tepek. Sila cam elok2.... kot2 nanti terselisih bahu tak kenal pulak. Lagi2 Cikgu Ma tu satu daerah ja kita ni... mana tau kot2 terserempak kat pekan SIKney. Jangan tak perasan pulak muka ni noh! Hehe

#Banyaknya 'hutang' aku dengan korang! Hutang komen. Sat-satgi aku pi komen k. 

25.2.12

Tak tahan, dah rindu sangat!!



Hari ni ada karnival 1 mindef kat Padang Kota kan?? Tapi aku tak menghadirkan diri pun masa pelancaran pagi tadi. Mujur tak berjanji dengan sapa-sapa...hehe. Tapi, aku akan pegi kejap lagi... tengah tunggu cik abam balik keja nih. 

Sebaliknya awal-awal pagi tadi aku dah pecut balik kampung. Sebab cik abam aku kan keja, mesti boring dok rumah sorang jadi aku pun balik kampung je. Lagi pun dah lama tak jumpa buah hati yang menggeramkan aku tu, Amni. Berjejeh-jejeh air liur rindukan dia. ???? Geram dok terbayangkan betis macam paha ayam tu. ekeke.




Nampak tak betis, lengan Amni tu..berketak2 kan..geram aku! Bagus Amni ni, tak banyak kerenah dia.. nangis bila lapar je. Kalau mak dia nak masak, baringkan je dia depan tv... dia tengok je tv tu. Tapi sekarang dah boleh meniarap. Tak boleh la nak biar lagi dah.

Okelah, nak kuar dating pulak ni. Esok baru aku singgah blog korang ye. :)

24.2.12

Suatu Masa Dulu



Mood rajin aku ni kadang-kadang tak boleh nak ramal sangat kedatangan dia tu. Biasanya, kalau dah penat-penat balik keja... keja aku yang seterusnya adalah kuak lentang mengadap tv. Nak dijadikan cerita, balik je dari kerja semalam tetiba rasa nak kemas barang2 dalam almari yang menempatkan segala buku-buku lama, album lama dan dokumen2 penting.

Siap dengan bakul sampah kat sebelah, apa yang tak penting aku konyok2 masuk bakul. Kemudian ternampak album lama.. album masa zaman gadis sunti dulu, gambar masa sekolah. Wahhh, terbeliak bijik mata bila tengok balik gambar2 tu... sungguh ayu dan hitam!! Haha... kecik2 dulu kulit aku gelap gelemat weh.

Dan sampai la kat satu album ni, masa tu baru abih form6 dan aku terus pi keja kat Tadika Baitul Mukmin, Wangsa Melawati tahun 2000/2001 camtu lah. Kenangan manis sangat sebab 'aku' yang dulu dah tak sama dengan 'aku' sekarang....hehe. Susah la nak cakap.... layan jelah gambar yang ditangkap atas gambar jugak ni. Maaf atas kualiti gambar yang tak berapa memuaskan tu. 




Ini antara gambar yanga ada. Masa ni ada sukan kat Tadika Baitul Mukmin cawangan Subang. Antara anak-anak yang masih segar dalam ingatan aku Shamsul. Budak ni manja sangat dengan aku. Dia suka duduk atas riba aku kemudian usap2 pipi aku, kadang2 dia geram gamaknya dia tamparnyaa pipi aku! Tapi tak kuat la...slow je..Hehe.

Ada satu petang, ibu dia datang tadika dan tanya yang mana satu aku. Sebab shamsul selalu balik rumah je akan cerita kat ibu dia pasal cikgu niza...cikgu niza baik buu, ajuk ibu si shamsul ni masa cerita balik kat aku. Sekarang si Shamsul ni dah tingkatan 2/3 lebih kurang. Teringin rasa nak jumpa dia.. rindu ;( Kat manalah dia sekarang ni...

Masa aku keja kat Mindef last tahun 2009, aku tengok tadika ni dah takda. Dah jadi rumah orang dah. Mungkin pindah ke tempat lain kot. Tak tahulah sebab dah tak contact lagi dengan diorang kat tadika tu.

Kenangan sangat!

23.2.12

Karnival 1 MinDef


Assalamualaikum. Ada sikit pengumuman kepada penduduk setempat sekitar Pulau Pinang untuk hadir ke Karnival 1 MinDef yang akan diadakan pada:

Tarikh: 25 Feb 2012 (9pagi - 10mlm)
         26 Feb 2012 (9pagi - 6ptg) 

Tempat: Padang Kota Lama, Pulau Pinang

Dijemput kepada semua orang ramai untuk hadir bagi sama-sama memeriahkan lagi Majlis Pelancaran Karnival 1 MinDef yang akan diadakan pada 25 Feb, Sabtu ini jam 1000pagi. Majlis akan disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi.

Persembahan menarik sepanjang karnival berlangsung adalah seperti:
  • Persembahan Anjing Perang oleh Markas Tentera Darat.
  • Persembahan War Dance oleh Pegawai Kadet UPNM
  • Konsert oleh Badan Kesenian Tentera Darat
  • Kawad Senyap oleh Markas Tentera Laut
  • Drum line dan Brass Band oleh Markas Tentera Udara
  • Lintas Lalu Jet Pejuang oleh Markas Tentera Udara
  • Persembahan gimik semasa pelancaran 'TTS Tentera Darat'

Selain itu, ada juga pameran dari agensi kerajaan yang lain yang sama turut serta seperti Bomba, PDRM, Penjara, Kastam, APMM, LHDN, Pertahanan Awam, Kementerian Pelancongan, SPR dan lain-lain.

Pengunjung juga boleh menderma darah, pemeriksaan kesihatan seperti BMI, Tekanan Darah, Kolestrol dan juga pemeriksaan gigi secara percuma.

Orang luar selain Penang pun boleh hadir jugop.



#Mana-mana blogger yang nak datang nanti bagitahu la..boleh kita jumpa kat sana. Tapi baju aku time tu bercorak coreng2 sikit la. Tengok je kat nametag 'NIZA' tu aku lerrr...hehe..peace no war!

22.2.12

Masa untuk "Main Prem ki Deewani Hoon"


Mujur harini aku terbaca sokabaq...itupun mujur oke! Makna kata dah lama la aku tak baca sokabar tu. Hehe...tapi tak baca sangat pun, selak2 ja tengok intisari rancangan dengan teka silangkata. Itu je kegemaran aku.

Tertengok kat intisari rancangan tu ada citer hindustan best malam ni. Lama kot tak layan hindustan.  Paling aku suka citer hindustan citer ni je "Main Prem ki Deewani Hoon".  

Oke malam ni takmo kecek banyak. Dok standby dah depan tv2 ni nak tengok Kareena dengan Hrithik menyanyi, menari, bercinta dan lalala.




#Suka lagu nih!

Perasaan bila dengar kawan.....

mengandung!

Cemburu tapi takla sampai nak dengki2 bagai. Sedih, aku jugak ketinggalan. Malu, taktau nak tunjuk reaksi yang macam mana.

Ada satu komen dari entri INI. Komen yang sangat menarik perhatian aku.



Haa..kan??

Dan tahniah la pada kawan2 aku yang baru mengandung.... Amoi, Bunga Sakuraz, Ana, Kak Ana  dan opismet aku, Fauzi...bukan dia tapi bini dia laa. Hehe.

Tapi tak apa...ada dua orang lagi geng dengan aku. Geng tiga serangkai....pulun joms! haha 

#sekarang mood ceria :D

21.2.12

Dah kenapa pulak??


Aku dah buang fibox. Buat sementara ni takda tempat dah nak shout2 ye. Semuanya gara2 gatal tangan tukar nama kat fibox tu. 

Semalam aku pi blog sapa ntah...dah lupa. Tapi aku dah biasa bergurau2 dengan blogger tu, konon nak berguraulah...aku tukar la nama kat situ kejap buh 'Datin's' kejap aku tukar 'Timah' la. Tapi semalam aku tukar nama ni "K.Niza comey...tak gitu??" Alih2 terus takleh alih dah! Eh? terus hang aku punya fibox tu tak jalan2. Mungkin sebab panjang sangat kot. Entah la...

Aku try pi blog yang ada fibox... semua sama, aku takleh shout apa pun. Sedihnyaaa.


fibox prettywritefibox azzaazmanfibox elinfibox senget
Dua tiga kali aku buang pastu setting balik kat akaun fibox tu tetap takmo..degil noh! Tapi takpalah..dah pedap pun. Try register cbox tapi mcm banyak songeh plak..aihh tak reti aku nak setting dia, pening palo den. 

Apakah aku sudah di blekliskan oleh fibox??? Hishhh...gatal sangat tangan ni. kepok3..tampaq dia!

20.2.12

Maafkan Semua Orang Sebelum Tidur


Sikap pemaaf diserasikan dengan hidup berkasih sayang. Jadi "maafkanlah semua orang sebelum tidur"Itu antara adab-adab tidur yang diamalkan oleh Rasululllah s.a.w.

Tidur adalah waktu rehat bagi manusia. Tidur juga adalah 'mati' yang sementara. Sebelum kita menutup mata dan merehatkan badan setelah seharian melakukan pelbagai kerja dan aktiviti, disarankan kita bermuhasabah diri dan memaafkan sesiapa sahaja yang mungkin ada kesalahan dengan kita.

Mengapa?

Kerana hari esoknya belum tentu lagi kita masih hidup, maka biarlah kita pergi tanpa ada sangkut paut dengan sesiapa pun. 

#Aku maafkan kamu!

19.2.12

Tak suka mengadu

Mata aku kalau menangis sikit pun dah bengkak, lagilah sakan bengkaknya bila nangis lama. Dan disebabkan kejadian 'termenangis' tu mata aku bengkak dan merah. Tengah tacing gila kot masa tu. 

Balik je cik abam ke rumah tadi, dia perasan pulak ada yang tak kena kat mata aku ni. Dia syak aku menangis tapi aku tak mengaku. Tapi dia pulun jugak tanya... dan aku jenis tak reti nak kona ayat atau pusing cerita bila dia tanya apa2. Kalau boleh, dan seboleh2nya aku takmau cerita pasal yang buruk2 kat dia. Sebab kesannya nanti aku pulak yang rasa serba salah.

Sama jugak dengan kat tempat kerja, kalau ada apa yang jadi ke, yang tak serius sangat aku takkan cerita kat dia.. lagi2 kalau pasal kawan2. Sebolehnya aku takmau cerita. Sebabnya kalau aku cerita nanti dia tak bagi dah aku kawan dan keluar dengan 'kawan2' yang buat aku menangis ke, buat sakit hati ke. Bila dah kena warning camtu, mestilah kita jadi serba salah kan?

Pasal kes tadi dia paksa aku cerita... jadi, kenalah aku cerita jugak. Sudahnya.. "Dah, takyah nak layan kawan camtu lagi kat fb". Legaa... mujur dia kata takyah layan je. Kalau dia kata jangan kawan, jangan jumpa...kan susah. Sebab tu aku tak suka nak mengadu kat suami pasal kawan2.

Kecuali hal yang biasa2 lah. Lagipun, memang kat dia jelah tempat aku selalu mengadu pun. Rasa lebih selamat mengadu kat suami dari mengadu kat kawan2. Lain pulak jadinya nanti. Ye dak??

Termenangis Kerana Mu Kawan. Kawan??



Sekarang ni dah malas nak berfacebook. Jemu. Kalau online pun kejap2 je. Kalau takda apa2 terus sign out. Sebab takut ada kawan2 yang ajak bersembang pulak. Bukan taknak bersembang dan bukan sombong tapi entahlah..malas sangat nak menyembang sekarang ni. Takda rasa la.... Ingat tau! Bukan sombong tapi malas sangat. Tunggu bila mood tu datang, aku sendiri akan pi tegur korang. 

Tengah2 baca post kawan2...tiba2 ada dua orang kawan ajak sembang kat chatbox. Yang sorang tu sedara... dah memang betul2 malas. Tak jawab nanti katanya sombong...jawab jelah. Tu pun dia taip sepuluh patah, aku jawab sepatah je. Nampak sangat la pulak..baik takyah jawab kan! Nak log out nanti katanya kuanjaqq pulak. haihh...layan pi lah. 

Lepas yang sorang tu senyap, muncul plak sorang lagi.. tapi yang ni macam menarik pulak nak sembang. Sebab kawan lama...kawan sekolah dulu. Lepas lama bersembang sampailah kat part ni:

Dia: Tipah dapat baby baru hang tak pi tengok dia ka?
Aku: Laa...taktau pun! Tipah dok mana?

Dia: Kg Langgok.
Aku: Oh ya ka? Aku taktau pun. Anak Fali pun aku tak pi tgk lagi.

Dia: Fali dpt anak dah ka? Laki pompuan?
Aku: Dahh. Awai bulan tak silap, dia sms aritu..pompuan.

Sampai la part ni yang aku rasa tersentap sangat.

Dia: Ermm...ya ka? Hang dapat anak apa pulak? Hehehe

Laju je aku taip "Amboiiii " je kat dia. Macam nak je aku kata kat dia " Sedapnya mulut hang!! " Tapi aku tak sampai hati nak kata macam tu kat dia, takut dia TERASA HATI dengan aku. Tapi dia tak terpikir ke perasaan aku sebelum nak kata kat macam tu?? 

Aku taktau kenapa, air mata aku laju je jatuh bila baca balik ayat dia tu. Rasa sedih sangat. Silap dengan gelak lagi kat hujung ayat. Aku tahu, mungkin niat dia nak bergurau je...tapi patut ke dia bergurau macam tu dengan aku?? Aku tak boleh terima pun!

Lepas tu aku lama diam...aku tak jawab dan balas apa2 lagi dah. Sebab aku rasa terluka sangat. Kemudian, mungkin dia rasa aku marah dan terasa kat dia kot..dia terus tulis..."Sabar jelah niza, nanti2 ada la rezeki tu". Kot nak mintak maaf pun takda, dan dia ubah ke topik lain... tapi aku takda mood dah nak sembang. Terus aku offline.

Sungguh, aku tak berani nak on fb buat masa ni. Aku takut dia masih online dan aku taktau cemana nak hadapi kalau dia tiba2 mintak maaf kat aku. Sebab aku masih marah. Dan aku tak reti nak berhadapan dengan kawan dlm situasi yg macam ni. Taktaulah nak cakap apa... adakah aku yang cepat sangat terasa??

Baru 30an pun!



Semakin hari rasa diri semakin tua. Dah tak kuat macam dulu lagi. Tak dapat bertahan lama macm dulu lagi. Dari awal pagi hingga ke petang dah 3x tidur. Percaya tak? 

Gara-gara mengemas rumah...Jangan ingat tak pernah mengemas rumah pulak sebelum ni!! Cumanya... kerja jadi banyak dan rumit bila terpaksa pindahkan set bilik tidur di bilik utama ke bilik tengah.  Dan  barang2 di bilik tengah dipindahkan ke bilik belakang. Dan barang2 di bilik belakang nak letak kat mana pulak?? Haa! yang tu perlukan kemahiran 5S (sisih,susun, sapu, seragam, sentiasa amalkan)

Yang 'sentiasa amalkan' tu rasa macam tak releven. Cukup sampai 'seragam' saja, untuk pastikan ia nampak kemas! Ehh, aku tak suka rumah berselerak dan tak teratur kalau susun barang. Sakit mata aku yang dok hadap segala isi dalam rumah ni hari2. Rumah kena kemas, balik keja baru tenang sikit nak berehat, ye dak?

Untuk satu hari setengah ni sanggup korbankan masa tak hadap blog semata2 nak kemas rumah, nak kosongkan bilik depan tu, sebab nak masukkan set bilik tidur yang baru. Excited! Kemain nak siapkan bilik tidur dengan suasana yang lebih romantik. Cewahhh. 

Oke, berbalik pada perenggan pertama. Taktau kenapa, sekarang ni cepat sangat terasa penatnya...angkat2 barang sikit, rasa letih pegi baring jap kat ruang tamu...baring2 terlelap. Agak2 dah hilang penat bangun pi sambung lagi sapu2 habuk, mop2 lantai pastu penat pi baring pulak kat ruang depan...terlelap lagi. Sejam lebih kurang tidur, bangun pi sambung lagi keja yang belum siap, penat tidur kejap. 

Rasa pelik sangat. Kalau dulu... aku boleh siapkan semua serentak takda rehat2. Dah siap semua...baru rehat. Tapi sekarang dah lain, badan makin lemah. Sebelum ni aku dok rasa muda remaja.. hot lagi. Ehh, tang Hot tetap hot lahh! (:P) Tapi bila dah jadi lagu tadi..sampai 3x tidoq baru sedaq diri dah semakin tak kuat..ceh! baru 30an kot!! Pi mana abih ntah stamina aku ni, aerobik sejam non stop bulih pulak. Konpius ceq!!


16.2.12

Erkk'... (sendawa)


Aku kenyam sudahhhh! Hehe.. Almaklonglah, siang tadi kan makan mee cawan je. Mai petang, kebuloq habaq hanggg. Sampai2 je rumah tadi, terus terpa pi dapoq dan ini je hasil dia. 

Hrmm...aku sudah, anda bagaimana?? :P



#Entri edisi kenyang+letih+ngantuk. Selamat malam semua (~.~")

Penah makan 'Mee Cawan' tak??



Haih, asyik cerita pasal 'makan' je. Tapi takpa, kali ni lain sikit. Lain sebab ianya free. Kalau free tu maksudnya murah rezeki kan? Alhamdulillah. 

Pagi tadi aku dapat Mee Cawan. Bukan mee segera yang dalam cawan tu tapi mee goreng yang dicawankan. Faham tak? Biasanya kan..aku dengar kek cawan je dan tak sangka pulak mee cawan pun ada!

Tapi kan... aku pelik sikit dengan makanan ni. Kreatif betoi orang2 sekarang dari segi pembuatan makanan ni. Tapi....aih, banyak pulak tapinya ni. Tapi nampak macam terdesak tu sangat kuat. Mungkin terdesak sebab takda bekas kot. Tapi takpalah, aku suka sebab mee nya sedap sangat hingga menjilat cawan.

Nak tengok??








Cemana? boleh kot kalau nak buat bisnes kat tepi pagar sekolah!! kan? Haha. Itu kawan aku punya kerja, Anna. Kat sel dia ada meeting tadi....lebih2 mee tu dia bagi kat aku sikit. Gamaknya takda bekas nak bubuh...makanya cawan pun bollehh! Otometik jadi Mee Cawan. 

Apapun mekashih laa...kenyam sudahhhh! poket pun diam2 sudah kat dalam yaa...jimatt! Haha..siot.

15.2.12

Sangat Menggiurkan







Amacam? Terlioq dak??
Err...pernah dak makan asam boi macam ni??
Kalau tak pernah cuba lagi, baik pi try laa!!

Wordless Wednesday - Ouch!






Tak perasan langsung masa sarungkan stokin pagi tadi. Patut sejuk je 2 jari kaki tu. Sungguh mengasihankan!


# Kalau tolak kat bundle ni...terima tak???

14.2.12

Si dia



Pernah tak rasa tersisih bila si dia tak telefon dalam sehari? Mesti la rasa kan! Bukan rasa tersisih lagi dah, mungkin lebih dari tu...merajuk kot dan paling teruk mengamuk. Betoi kan?

Tapi takyahla fikir yang bukan2 sangat, adakalanya dia pun teringin jugak nak habiskan masa dengan kawan2...nak lepak sama2.

Walau sesibuk mana pun dia, percayalah... korang tetap ada dalam hati dia. Time dia nak tidur, mesti dia kenangkan korang dulu sambil2 tersenyum membayangkan cutenya korang. Heh.

Tak percaya? jom kita tanya sang lelaki ataupun cuba tanya dengan dia sendiri!

suka tengok crita Vanilla Coklat. Sweet kan?

Lepas geram sat nah!



Aku sukakan suasana kerja yang harmoni, aman damai dan ceria. Aku paling suka hidup saling memberi kerjasama dan bersikap tolak ansur disamping menggalas tugas dan tanggungjawab masing-masing. Aku pasti gembira, ceria dan suka kalau keadaannya seperti itu. Yeay, hiphip hurey!

Aku pasti kita semua suka suasana macam tu....kan??

Sejujurnya, aku tak suka menyusahkan orang lain melainkan aku berada dalam situasi yang sangat terdesak. Itu kalau aku! Tapi tidak bagi sesetengah orang..yang suka pentingkan diri sendiri atau lebih teruk lagi yang bersikap..."Lantak la, asal aku lepas"!! Walaupun kerja hang hanya siap separuh...dan buat pun asal boleh je pastu tinggal. Selebihnya? Orang yang dilantakkan tu jugak yang kena siapkan walaupun kerja sendiri tak menang tangan! Nak boleh buat apa?? Sabar jelah noks! Tapi takpalah, kita cuba bersikap profesional...lebih baik bertolak ansur. Kononnya redha.

Yang ni aku pasti kita semua tak suka dengan suasana yang macam tu...kan?? Kecuali orang2 yang terlibat lah.

Dan yang paling aku takleh sabar... bila kena hari terdesak kita, tak boleh pulak nak bertolak ansur!! dan boleh pulak membebel2. Padahal? Huh, malas cakap...bukan reti bahasa pun. Yang tu memang aku takleh sabar. Maaflah kawan, kalau dah terlebih2 kena sembur!! 


#Dan maaflah sebab sengaja sembur kat sini ;(

14 Februari - Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat




Amin...
Sebagai permulaan, mari sama-sama kita sedekahkan AL-Fatihah kepada Pahlawan Negara, Lt Dato' Adnan Saidi serta rakan-rakan seperjuangan beliau yang telah terkorban dalam pertempuran di Bukit Chandu pada 14 Feb 1942.



Rejimen Askar Melayu Diaraja (RAMD) telah memutuskan agar 14 Februari dijadikan sebagai Hari Memperingati Pertempuran Bukit Chandu dan Pembunuhan Pahlawan RAMD iaitu Lt Dato' Adnan Saidi. Sempena hari tersebut, semua pasukan RAMD akan mengadakan Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat secara serentak.


13.2.12

Penat ternganga



Hari ni aku macam robot lagi. Bezanya robot kalau penat tak pengsan tapi aku hampir nak pitam. Pagi2 takyah dah PT Abdol weh, tak payah susah berlari2 kat parade square, dalam opis dah cukup untuk basahkan ketiak walaupun aircond kat opis sejuk tahap Genting Highland. 

Bontot takdan kejap nak lekat kat kerusi. Berjalan kena laju2 macam latihan Jalan Laju 15km. Takdan nak tarik nafas...penat nak mapohhh!

Lunch tengahari pun tak sanggup nak keluar, tak mampu lagi dah. Asyik dok nampak surau je, tak sabar nak bersandar kat dinding surau yang sejuk tu... nak rehat, alang2 baring terus lahhh!

Bayangkanlah!!

Tapi tu cerita pagi tadi.... untuk petang ni aku jadi burung. Bebas berterbangan. Err...jap2, nak pilih burung apa ni nak jadi ni? Kalau jadi burung merak memanglah cantik tapi macam berat la sayap dia tu. Penat jugak nanti. 

Haa! jadi burung walit jelah.....walit gold!! bhahaha... 

12.2.12

Jom karoks kat blog aku..meh la!!



Oke, malam ni takyah pi karok kat luaq dah... sebab apa? sebab buang duit, buang minyak keta/moto, buang minyak wangi nak semboq kat celah2, buang masa ja dan banyak lagi jenis2 buang. Semua 'buang' yang disebut tu adalah antara sifat2 yang suka membaziaq! Tau apa dia tu membaziaq? pi gugel tengok....konpem tak jumpak. Kedah staii la..apa daa!! "Kedah Maju 2010" #Tetiba... kempen dah abih pun.

Oke, sebab apa aku kata takyah pi karoks kat luaq? Sebab kat blog aku pun boleh karok laa. Pi ambik mic memasing, pastu cucuk ja kat laptop angpa.... haa, tekan tang play tu teruih bulih nyanyi. Kan?? mudah sangat pun takmau. Free. Cuma bayaq duit karan dengan brokben memasing ja pon. Kui3

Eh, jom la karoks...lagu aku masa form3 dulu ni. Gila syok masa ni baqhanggg... kenangan mengusik jiwa sungguh aihhh.




Sebenarnya, ni entry untuk Zarul. Zarul Umbrella tu la. Sebab petang tadi aku follow blog dia..pastu abam Zarul follow aku balik...sangat friendly orangnya. Siap komeng2 lagi. Huhu..terharu aku, retis mai komen. 

Aku tau pasal kewujudan blog Zarul ni pun sebab ternampak entry Kak Tiha pasal Zarul follow blog dia, aku pun cepat2 la pi terjanggg!! eh? silap.... terjaHH! Hehe.. Nampak menarik aku pun follow la. Sweet kan main follow2 dengan ikhlas ni. 


Palagi weh, pi la jenguk tengok blog zarulumbrella.com...tanya2 habaq abam Zarul ka, Sihat ka dak, makan ka dakgi....nak mintak CD karok Ramalanku Benar Belaka pun ada...oke, yang pasal CD tu aku cakap muhong. Jangan dok pi tuntut tak tentu pasai plak satgi. 

Eh, hai! abam Zarul. Mekasih naa.. O..* (kenyit mata tuuu) Hahaha

Kenangan yang mengiurkan



Dulu kan, masa zaman dok sekolah2 kalau petang2 camni... kawan2 pakat bederum mai rumah. Bukan mai buat apa....bergosip sambil menyicah buah pelam, betik, jambu dengan garam belacan. Perghhh..sedap makan ghamai2 sambil berebut2 camtu.

Tapi kami pakat giliiaq-giliaq la... kalau hari ni rumah aku, esok umah Ta, lusa umah Linda, tulat umah Che Syam, tungging umah Pekjah (Faizah). Cukup 5 hari. Hari jumaat cuti, kedah kan cuti sekolah hari jumaat. Hari sabtu aktiviti sendiri berhad. Yang aku sebut tu semua kawan2 aku, satu kampung. Pekjah tu sepupu aku, kami sebaya. Unik kan panggilan tu...Haha, aku suka panggil pekjah kat dia.


Bila dok petang2 gini depan rumah sambil menyicah buah betik dengan ayaq asam sorang2... teringat pulak kat depa. Rindu suasana petang macam dulu.... yang pastinya, masa tak mungkin akan kembali seperti dulu. Kalaupun ada masa, suasana tu sudah tentu berbeza... kan??? Haih, mengelamun pulak dah...

Mari puji memuji



Sebelum tu kan, nak tanyalah...korang perasan cantik tak blog aku sekarang? Cantik kan? kan? kan? Okelah..aku je yang perasan... cantiknyalah hai blog ni! (buwekkk) Lagi2 tang header tu.... siap pancung kepala cik abam lagi tu. Haha..kejam sehh! Tapi takdak niat pon nak pancung kepala dia, dok adjust puas dah tapi takleh nak masuk gak kepala yayam aku tu. Kalau pendek sikit okelah.. ngam2 boleh masuk dalam header tu dengan kepala sayam sekali, kan? Hohoho

Dua hari aku dok adjust menatam ni. Jenis tak reti sama kan, ambik masa la jugak. Lagipun nak update punyalah malas ya amats jadi kesempatan tu aku tukar la template tu dan ejas sana ejas sini sikit. Manusia macam aku ni jenis cepat cemuih. Takleh tengok benda yang sama ja... mata cepat rabun dan rimas. Mujur dengan cik abam tak jadi lagu tu, kalau tidakkkkkk.... aih, mintak simpanggglah. Cinta mati nih! kih3


Template yang lama ni pun aku sayang jugak. Lama dok pakai dia...dari kaler coklat cadbury jadi kaler pink panther dan akhirnya sampai jadi merah ang2. Sangat berjasa. Mekasih...muah3.


#lelong, lelong...ada ke orang nak beli? harga kira cincai saja :P

10.2.12

Mangsa Rogol



Semalam dahla tido tak berteman, lepas tu di ulit mimpi cemas...orang pecah masuk rumah dan ceroboh pulak masuk bilik. Nampak bayang 2 orang jantan keparat..sorang pegang kepala sorang pegang kaki. Hampir2 kena ro... ro... rogol!! Nak sebut perkataan tu pun aku tak sanggup. Takut ya amats! 

Tapi dalam meronta2 tu aku menjerit... tapi macam susah je nak keluar suara tu, tersekat2. Yang pasti aku menjerit... Tolong! ustazz! Tolong ustazzzzz!! Tapi aku terjaga sebelum sempat aku di apa-apakan. Masih terkejut. Aku pandang disekeliling bilik. Alhamdulillah, syukur...cuma mimpi. Walaupun cuma mimpi, tapi saat2 cemas dan menakutkan tu macam real je.

Masa aku terjerit2 tu mungkin aku nak panggil pak imam yang dok sebelah rumah aku tu. Sebab suami aku kan takda semalam. Ya Allah, macam tulah agaknya perasaan cemas dan takut yang jadi pada mangsa2 rogol atau mungkin lebih dari itu yang diorang rasa. Kita tak rasa, kita takkan tahu cemana perasaan diorang. Takkan sama walupun kita cuba letakkan diri kita kat tempat diorang.

Korang pernah alami mimpi buruk? atau mimpi seram, mimpi menakutkan dan mencemaskan?? Jom kongsi... 




#Nak letak gambar mangsa rogol, try google...sekali keluar gambar2 mangsa rogol yang.... MasyaAllah, tak sanggup nak tengok...ngeri!! Kejam betul!!

9.2.12

Larangan Dalam Berjimak




Assalamualaikum. Untuk pasangan yang baru kahwin dan akan kahwin atau yang dah lama kahwin tapi tak ambik tau sangat dalam hal2 gini. Atau malas nak ambil tau. Yang depa tau cuma.....sila buh sendiri jawapan korang.... ehehe! hanya depa dan mereka saja yang tau. Eh, malam ni malam jumaat laa! oke, sajaje... takda kena mengena pun.

Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s"

[1] Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

[2] Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

[3] Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

[4] Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

[5] Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta.

[6] Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

[7] Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

[8] Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

[9] Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

[10] Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat.





Melampau la pulak!




Kisah kak siah dengan nasi lemak dia memang asyik jadi bahan je untuk entri aku. Asal ada apa2 je yang tak kena atau yang menarik pasal kak siah mesti ada entri khas punya.

Tapi tak sangka pulak, nama kak siah menjadi sebutan. Sampai ada yang menggugel sebab nak cari kak siah. Cuma macam tak elok la pulak cara orang cari kak siah tu... Ishh3 takkan kot!! Agak2 la kalau nak cari kak siah pun tapi taip la elok2 bahasa tu.. Tak baik tau!! Haih, bawak2 la bertobat pada sesapa yang cari kak siah tu.

Tapi aku rasa bukan kak siah jual nasi lemak tu dia cari. Kak siah tengah buat Umrah kot sekarang ni... dah lama tak meniaga. Ada la bulan lepas dia bagitahu aku, bulan 2 nak pi buat umrah. Agaknya dia cari kak siah lain ni, tapi hanya kerana sorang kak siah buat onar, habis kesemua kak siah yang lain. Boleh pakai dak ayat ni?

Tak caya cer tengok ni!! Yang bawah tu!!




Korang pikir apa? Macam2 tafsiran boleh buat ni. Main guli kah? Main lompat katak? Hrmm..mungkin main masak2!! kan??

Tu lagi satu.. apakehal la cari gam salotape kat blog aku nih? susah2 je. Pi jelah cari kat kedai nuu! Huh, tak paham betul. Takkan gam dgn salotape pun tak kenal... nak kena gugel jugak?? ish3



8.2.12

Dua rasa




Bersemangat bangun awal pagi semata2 nak siapkan sarapan nak bawak ke opis... roti bakar sapu planta tabur gula 3 keping dengan scramble egg untuk aku dan 3 keping roti bakar, scramble egg, dan 2 bijik telur separuh masak untuk sarapan cik abam bila dia bangun tido nanti.




Selepas 4 hari cuti..puas rasanya. Dan yang penting minggu ni keja 3 hari je kemudian cuti pulak. Yahooo! dalam kepala aku hanya ada cutiii je, ada masalah tak? Aku punya suka la kan. Heeee.

Buat keja pagi ni pun dengan bersemangat jugak apatah lagi bila bos pi Taiping hari ni... Yahooo lagi! bulih? Buat keja sambil makan roti bakar paling sedap...#perasan.

Tiba2 dapat sms dari seorang kenalan....  "Kak Siti Rajaha dah meninggal semalam...kanser payudara"

Tersentap! "Innalillahiwainnailaihirojiun" Tak terkunyah roti dalam mulut... antara percaya dengan tidak. Lama pikir... tiba2 air mata bergenang. Terkenang saat2 bersama dengan arwah masa duduk sebilik waktu bujang dulu. Selayaknya dia sebagai kakak aku sebab jarak umur yang jauh beza. Aku hormati dia tapi dalam bergurau mungkin ada yang aku tak sedar, samada dia terasa atau tidak.

Last aku berjumpa dengan arwah tahun 2006, dan tak jumpa lagi sampai sekarang. Satu persatu tingkah laku aku terhadap dia terbayang di depan mata... ada satu perkara yang aku masih kabur. Sedih ;(

Arwah yang aku kenal, sangat peramah dengan semua orang, sentiasa senyum dalam apa jua keadaan biarpun ada yang mempersendakan arwah dengan kekurangan serta kelemahannya tapi senyuman tetap terukir di bibir... begitulah seadanya arwah. Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin.



7.2.12

Bendang




Aktiviti memancing ikan darat di Kg Simpang Tiga Pasir, Merbok...umah mertua. Sangat best sambil menikmati keindahan dan keluasan bendang yang ada. Memancing dalam keadaan yang sangat tenang, di buai2 angin bayu, sejuk.....heeee! 

Dalam masa 1 jam dari pukul 6 hingga 7ptg.. dapat la 10 ekoq ngam2... sekor ikan haruan, sekor lagi ikan keli dan yang lain semua ikan puyu.










ikan puyu pertama...
Ikan haruan...
memancing disini...
di ban ni je..dpt 10ekor!!

Dan gambar2 ni semua aku snap hanya dgn menggunakan henpon samsung galaxy s2 aku je. Lawa dop?? Lawa ke idak pemandangan tuuuuu.... :P



5.2.12

Maulidur Rasul dan Bunga Rampai




Tak rugi balik kampung siang tadi, selepas dok teragak2 nak balik ke tak...balik ke tak..balik ke tak?? Dok pikir, tak balik kang boring plak dok rumah sorang2. Cik abam kena keja plak hari ni. 

Akhirnya, drive jugak balik kampung sorang2. Ingat balik semata2 nak berehat kat umah je sambil nak main2 cubit budak grrrr ni. Tapi mak ajak pi belarak pulak. Belarak ke dua buah rumah kenduri je. Hehe..Kenyam makan nasi minyak arini.

Pi rumah pertama, kenduri orang kawen. Rumah kedua, kenduri sempena Maulud Nabi. Merasa la jugak berselawat beramai2 masa kat rumah kenduri tadi. Dan dapat bunga rampai dan duit singgit. Teringat zaman sekolah dulu.. tiap kali tiba 12 Rabiul Awwal sebok la cikgu suruh anak2 murid hiris daun pandan dengan bunga kertas nak buat bunga rampai. 




Tak rugi balik kan..sekurang2nya dapat meraikan hari kelahiran Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW, Alhamdulillah.

Salam Maulidur Rasul
12 Rabiul Awwal 1433H


Salah bantal ke salah tidur?




Kenapa bila sakit leher je orang akan kata... tidur salah bantal la tu? Kenapa tak kata..salah tidur je. Tapi yang betulnya salah tidurlah kan? Entah tak paham jugak aku. Tapi itulah yang aku tengah rasa. Sebenarnya, minggu lepas dah kena... dah makin baik tapi semalam aku tertidur berlapikkan bantal tebal dan keras. 

Bila nak bangun je pagi tadi..Ya Allah, siksanya. Sakit. Nak mengadap blog pun tak boleh, tak selesa. Kepala terteleng2. Korang penah kena? Aku dah 2x, nak serik la kalau boleh...takmo kena dah!


Tapi sakit leher ni tak tentu jugak, kadang2 walaupun masa kita nak tidur, kepala kita dalam posisi yang betul dah tapi itu tak menjamin yang bila kita bangun pun dalam keadaan yang sama kan? Sebab posisi tidur kita boleh berubah tanpa kita sedar. Lagi2 yang tidur buaihh tu. 

Tapi ada caranya nak atasi masalah ni...boleh urut. Tapi bagi aku, urutan ni kena berturut2. Kalau sekali je tak jadi, sakitnya masih sama.

Apapun, lebih baik mencegah dari mengatasi kan? Untuk mencegah, elok biasakan tidur tanpa bantal. Sebab tidur tanpa menggunakan bantal akan membuatkan tulang leher kita menjadi lebih lurus.

Juga baik untuk melancarkan aliran darah dari jantung ke otak dan aliran saraf menjadi lebih baik sebab takda tekukan bantal di kepala.

Aku biasa tidur dengan bantal nipis dan lembut. Tak boleh tidur bantal keras2, bila bangun je kepala pun rasa macam keras dekung jugak.

Info tu aku dapat dari dalam buku, bukan aku reka2 tau.

Selamat malam ;)


4.2.12

Tanda2 nak angkat bendera merah!




Hati masih takdak syok. Tapi bukan pasal kes semalam. Yang tu dah surut, panas pun dah hilang sekejap. Panas tu akan bersambung minggu depan pulak sebab perangai buruk dia takkan hilang dengan begitu mudah.. dah sebati dengan hati dia. Ahhh... buat sakit lidah je cakap pasal tu. Aku sakit leher ni. Nak blogging pun payah.

Tengahari tadi aku tak masak sebab rasa macam kenyang je lagi makan roti canai pagi tadi. Dah petang2 gini baru la rasa lapar. Rasa nak makan benda masam2. Tapi jangan salah sangka... aku tak mengandung la.

Biasanya kalau waktu2 (period)  nak sampai, aku memang rasa nak makan benda2 masam. Gayanya macam orang mengandung kan? Tapi tak. Taktaulah kalau korang ada yang sama dengan aku... Selepas kawen je macam ni. Mula2 dulu cik abam ingat aku mengandung tapi lama2 dah biasa la dengan keadaan ni.

Aku akan makan benda2 yang masam tu banyak2... macam buah limau kasturi, asam boi 'sweet cured plum', air asam jawa, Tapi yang selalu ada pun asam boi jelah. Yang aku tahu asam boi tu tak elok kan makan bagi yang susah hamil. Betul tak? Tapi nak buat cemana... tiap kali nak period. Rasa macam mengidam je nak makan masam2. Terliur kemain lagi, kalau tak dapat tu rasa macam menjejeh2 air liur ni. Haih, pelik!

Tak lama lagi sampai la waktu2 dia ni...sebab sekarang pun dah mula rasa. Untuk petang ni aku masak spagetti. Sos prego tu aku campur dengan setengah tin tomato puree, sebijik tomato cincang, 2 camca sos tomato lagi dan sos cili. Bayangkan masam dia macam curah sos tomato je atas spagetti tu. 




Dua kali aku tambah. Mungkin sebab lapar jugak. Kalau mak aku tahu ni, menangis gembira dia sebab ingat aku mengandung kot. Hehe. Harap menjadi kenyataan la nanti.


Suasana Yang Negatif




Suasana memainkan peranan yang amat penting dalam melakukan kerja. Persekitaran di sekeliling tempat kerja akan mempengaruhi dan mencorak peribadi seseorang.

Suasana yang positif akan mendapat hidayah dan keredhaan Allah swt. Sebaliknya, suasana yang negatif akan menutup pintu keberkatan dan keredhaanNya. Lantaran itu, kita haruslah berusaha untuk mewujudkan suasana yang positif.

Suasana yang negatif boleh menyumbang kepada peribadi yang tak ceria dan kerana dipengaruhi oleh elemen2 yang membunuh perasaan ceria itu seperti sikap bos yang bangang terhadap pekerjanya serta tidak menunjukkan akhlak yang baik. Setiap manusia, Allah anugerahkan akal dan hati untuk menilai sesuatu. Haruslah gunakan akal itu sebaik2nya.

Dan sesungguhnya, suasana yang negatif itu mampu membunuh keceriaan dan melemahkan semangat seseorang. 



#Hati takdak syok ;(

3.2.12

Stress!



Setiap manusia hanya ada dua tangan dan 2 kaki sahaja. Betul? Yang menghairankan, kenapa manusia pun tak boleh faham kemampuan tulang empat kerat manusia lain sehingga dikerah tenaganya habis-habisan dan tak ubah seperti robot. 

Tapi kalau macam ni cara dan gayanya, robot pun boleh hang! Ada jugak orang bodoh bangang gitu!!




#Maaf, terlalu stress! 

2.2.12

Puasa Ganti




Nak cerita pasal makan lagi. Minggu ni aku taktau kenapa Kak Siah tak berniaga. Sakit ke dia? atau saja cuti rehat? Ntah! takdak pulak no telepon kak siah. Kalau ada, boleh tanya kabar dan boleh order online je lain kali kan. Takyah dah nak berhenti cari parking dan turun dari keta. Hanya benti kat tepi jalan, hulur duit je. Bulih? Kak siah mesti mau punya sebab nak jaga pelanggan tetap kan.

Tapi tak apalah, aku belum kebulur lagi kalau tak dapat makan nasi lemak kak siah. Selera sudah berubah nampaknya.. suka bihun goreng pulak. Hari2 bihun goreng, sampai rambut aku pun tumbuh macam bihun goreng gak. Tebal gitu. Eh, tak pasal2 macam rambut. Sangat tak senonoh.

Hari ni beli bihun goreng sampai 2 bungkus. Sebungkus harga dia singgit. Walaupun singgit tapi banyak. Boleh kenyang sampai pukul 12. Bungkusan yang pertama aku makan jam 8 tadi. Tapi disebabkan...ishh, sedaplah pulak bihun goreng nih.. buat kerja pun asyik terliur je kat bihun tu. Makanya jam 9 aku makan lagi bungkus yang kedua. Sampai sengkak pulak perut. Ish3...apalah teruk sgt nih!

Masa sekarang kan cepat je berlalu, raya pun dah nak dekat. Bila raya nak dekat, kenalah beringat selalu...mana puasa yang belum ganti lagi tu kan. Aku rasa.... start minggu depan nak puasa la. Kalau berterusan gini cara makan aku boleh demok dengan cepat. Nehi..nehi..nehi!! Bertindak.




1.2.12

Akibat makan lempeng sorang 2 keping yang kononnya bulih kenyang!!



Kisahnya pagi tadi, aku terlajak tidur. Patutnya 5 setengah dah bangun mandi. Tapi disebabkan subuh waktunya sekarang ni dah makin lewat jadi aku ambil keputusan pukul 6.10minit je baru nak bangun mandi. Tapi aku kalau dah terjaga kemudian tidor balik, memang kena letak je jam loceng atas dada. Kalau tak buat gitu makanya takkan sedar. Tapi aku terlupa yang aku dah 'off' kan jam loceng tu masa dia terjerit2 suruh aku bangun pukul 5setengah tu. Sampai ke sudah tak bunyi. Deng!!

Alarm henset pun aku on jugak tapi asal dia berdering je kat tepi bantal, pantas aku tekan snooze cepat2. Bising ahh! Snooze tu pulak aku set 3minit 3 kali. Dan akhirnya aku tertekan snooze yang ke3. Yang akhir sekali. Tekan kemudian teruskan tidur. Bukan sengaja tidur tapi langsung tak sedar sebab mengantuk ya amats! dengan setan dok beratur berjela2 kat mata. Padahal azan dari masjid depan rumah dah berkumandang pun tak dengar, setan tutup lube telingo aku keww? Kalau hari cuti, aku tak on alarm. Kira otometik bangun bila dengar azan dari masjid depan rumah. Memang kuat dan jelas kedengaran. Tapi pagi tadi TIDAK!! Ohmaiii!

Tahu aku sedar pukul berapa?? 7 setengah beb! Patutnya 7 setengah aku dah ada kat traffic light Bukit Gedung, Penang. Sikit lagi nak sampai tempat keja. Tapi pagi tadi 7 setengah aku baru dok gosok2 mata tengok jam!! Terus terkulat2 gelabah, panik. Tapi sepantas kilat idea mai. Terus SMS kat no fon opismet aku.. "Pozi, tolong buka opis...aku sakit kepala, tak larat nak bangun la! Lewat sikit aku masuk pagi ni k." Idea tu memang dah tersedia dalam palotak aku kot tiapkali terlewat bangun. Cumanya kalau pagi tadi sakit kepala, yang akan dtg mugkin sakit perut, sakit gigi, tayar keta aku tiba2 kurang angin la, aku dah otw ni tapi tertingal beg duit plak kat rumah...lesen, ic semua tak bawak ni, aku patah balik rumah sat! Yang pasti semuanya melalui SMS je. Haha! Lagi2 bila aku teringat yang bos aku out station pagi ni. Pi miting kat KL. Fuhhh, lega!!

Tapi korang nak tahu tak, sebab apa la mengantuk sangat tu??? Takkan pasal makan lempeng panas cicah kuah gulai ikan je?? Kononnya bulih kenyang la makan lempeng sorang 2 keping tu. Tapi tak sedar perut laki bini sama je malam2 nak nasi jugak baru bulih kenyam gitu.

Kejadian malam sebelum pagi:
Memang sedap ahh makan lempeng cicah kuah gulai sambil2 tengok Vanilla Coklat. Suka! betul2 jatuh cinta kat Amir tu...eh? Laki aku taktau kot! Haha. Tengok dengan cik abam. Nampaknya cik abam aku pun layan best je cerita tu..siap gelak2 lagi.

Tiba2 pukul 11.30 aku terdengar suara halus dihujung telinga........

"Yg, lapaq nasi dak??" Suara laki aku garau gitu pun boleh kata haluss? Ohmaii.

"Eh, pasaipa tanya sayang plak? Tak cakap pun lapaq nasik" aku jawab, padahal terasa nak nasi tu tapi takmo la cakap sebab dah lewat.

"Lapaq nasi ni..jom ahh keluaq makan!" - cik abam


"Jomlah, syg pun lapaq gak ni" - Aku

Aku rasa itu kot sebabnya. Sebab aku ni kalau makan lewat pastu balik terus tidur, esoknya memang berat la nak bangun pagi. Untuk tahun ni, aku tak aktif pulak memasak macam tahun lepas. Sekarang ni asyik tak larat je bila balik keja. Harap esok tak kot, sebab baru lepas makan prosperity begeeer.Tak serikk!!







Masa