31.3.12

Rasa Bertuah


Teringin sangat nak update blog walaupun keadaan dan kesihatan tak berapa nak bagus. Tapi taktau nak kata, samada demam ke tak. Bila petang je, badan rasa tak sedap, tak larat. Lain2 sakit sampingan dia macam... sakit tekak, batuk (hatni yang paling tak suka nak berus gigi waktu pagi, banyak kahak + geli = loya), gatai2 hidong (tonyoh sampai meghah2), bersin kerap-kerap (tapi memang puaihh bersin), badan sat panas sat dak. Dari balik keja semalam. Bangun pagi tadi oke pulak... tapi tak sempat jugak nak blogwalking ke blog kawan-kawan sebab sebok dok mengemas rumah, basuh baju yang bertimbun dan masak. Tapi hari ni masak sup tau.. sup soto. Kalau tak sihat camni, suka makan sup. :)

Petik satu hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya. (H.R. Bukhari dan Muslim) 

Alhamdulillah :)

Jadi, hari ni banyak habiskan masa dengan membaca. Dah lama pinjam buku "Setengah Berisi, Setengah Kosong" ni kat library tapi baca dak jugak. Tak sempat. Harini dapat baca 13 bab dari 63 bab dalam buku ni. Dapat jugak manfaat darinya. :)

#BE bertambah lagi satu di penghujung Mac. Anggap hadiah di bulan kelahiran juga sebagai rezeki. Terima kasih pada kawan-kawan yang berkunjung ke sini :) Juga kepada saudara Fakur atas keikhlasannya mendoakan saya dalam entri lepas, Terima kasih :)

30.3.12

Ada SMS di sebalik MISSED CALL!




Sekadar nak bekongsi cerita...Minggu lepas ada sorang kawan lama telefon, lelaki. Agak hairan jugaklah sebab dah lama 'hilang' setahun lebih kurang, tup2 tengok ada satu missed call takdan nak jawab. Tengok no dengan nama tu aku tahulah dia tapi malas nak return call, rasa kalau kawan2 yang celang celop muncul ni rasanya bukanlah ada hal penting sangat pun kan. Lepas sejam masuk pulak sms bertubi-tubi tanya khabar, tanya pasal anak, tanya pasal laki keja apa kat mana, tanya pasal kawan-kawan yang lain dan macam-macam lagi pertanyaan dia. Gayanya macam baru jumpa jalan keluar lepas sesat dalam hutan... itu contoh. Aku jawab ala kadar je, sebab tengah sebok.

Ingat dah abih la setakat hari tu, esoknya sms lagi. Kebetulan masa tu aku lapang sikit, aku pun layan la. Rasa tak kekok sangat sebab dari dulu dia memang panggil aku kakak! Aku pun tanya kehidupan dia dengan family semua. Aku tanya soalan simple je tapi dia cerita semua...pasal rumahtanga, dah bercerai apa semua. Sebagai kawan, mestilah aku terkejut bila dengar perkahwinan yang tak sampai 3,4 tahun tu dah roboh. Tapi, aku cuma boleh bagi nasihat dan kata-kata semangat jelah. Tapi aku tengok cara dia dok sms tu, macam tak sedih, tak kisah langsung pun. Baru lagi kot! awal bulan 3 baru ni je! 

Aku tak cerita pun kat suami pasal kawan tu sms. Esoknya, dia sms lagi... bila aku baca sms tu baru aku tahu kenapa tiba2 je contact aku. Tapi malangnya aku takleh nak reply sms dia sebab aku belum sempat lagi nak pi bayar bil telefon, dah kena potong. Hari tu 3x dia sms tanya soalan yang sama...aku biar jelah, nak buat cemana bukan taknak balas pun. Malamnya, terus keluar pi bayar bil dengan suami. Aku pun mulalah cerita kat suami dari AtoZ. Pastu suami aku cakap..."balas kat dia bagitahu tak boleh!' Rupanya 2, 3 hari dok sms aku tu cuma nak pinjam duit!  RM 200... banyak kot. Yang terkilannya, lepas aku reply sms panjang lebar susun ayat cantik2 takmo dia rasa kecik hati sebab aku nak bagitahu kat dia tak boleh nak bagi pinjam duit apa semua...dia cuma balas 'K' saja! Lepas tu senyap terus!!

Nampak sangat contact aku semata-mata harapkan duit je. Tak ikhlas la tanya pasal khabar dan kehidupan aku tu. Kot la nak cakap... "k, kalau tak boleh takpalah akak" pon cukup dah bagi aku. Tak dak budi bahasa langsung.

Dah dok jauh, contact pun celang celop. Bukan taknak bagi pinjam tapi bayangkanlah aku last jumpa dia pun tahun 2006 dulu je. Dah la mintak kat aku, bini orang hoi! Jumpa suami aku pun tak pernah. Kawan-kawan lelaki yang lain dah takda ke nak bagi pinjam??


#Asri, kawan kita masa belajar kat PPW dulu.

29.3.12

Ada yang nak buah zuriat?




Kalau tak bagitahu nama buah ni, agak-agak kenal ke tak dengan buah ni? Ingat tadi nak buat entry teka teki dulu tapi macam tak syok plak. Ini namanya buah zuriat, datang dari Mekah sana. Seminggu lepas kan mama baru balik dari buat umrah. Aku kirim la buah ni. Khasiat buah ni antaranya adalah cara untuk mendapatkan zuriat. Tapi aku taklah terlalu mengharapkan sangat... sebab ini cuma salah satu ikhtiar saja selebihnya biar Allah yang tentukan.

Banyak mama beli, ada la 10 bijik. 4 biji aku dah bagi kat kawan-kawan yang seangkatan dengan aku (takda anak), ni ada lagi 6 bijik. Niat aku sekarang nak bagilah buah ni kat kawan-kawan blogger yang senasib ataupun nak bagi pada sedara ke..pon boleh. Percuma je. Tak kena bayar pun. Benda dah ada, banyak plak jadi eloklah kita berbagi kan.

Tergerak hati nak buat entri ni sebab setiap kali aku check keyword mesti ada perkataan 'zuriat'....doa la, cara la, petua la nak dapatkan zuriat. Simpati plak rasa. Jadi kepada sapa-sapa yang nak try minum air buah zuriat ni, bolehlah e-mel kan kat aku di kplniza@gmail.com dan bagi alamat serta no telefon. Nanti aku post je.

Kalau nak tau cara-cara nak proses air dia tu, korang google je.. macam2 cara akan keluar sebab susah bebenolah nak buka kulit dia ni, keras sangat. Tapi kalau nak ikut cara abam Ben Ashaari pun boleh jugak! :)

Ucapan terima kasih kepada Nuffnang


Alhamdulillah. Rezeki terus sambung menyambung nampaknya. Selepas hampir 3 minggu dua BE melekat kat blog aku dah pun menamatkan perkhidmatannya semalam...terima kasih `Celcom I love Music & Great Eastern: Life Assurance' dan jugak Nuffnang! 3 minggu paling lama melekat selama aku berblog. Tapi 2 hari sebelum tamatnya BE yang lama tu, sambung pulak dengan BE baru dari `Honda Hybrid Launch' yang dah 2 hari tertepek kat blog aku ni. Lawa betoi keta kala hijo tu, kala meghah pun hado...itam takdo! eh, pi la tengok. Tu dok gedik2 kat bawah ni ja. Klik banyak-banyak pun takpa. Ehehee. Apapun, mekacih! mekacih! mekacih Nuffnang. ilebiu poreber!!

#Tajuk tak agak-agak. :P

28.3.12

Koleksi konon nya!







Korang hado?? Eleh, baru ada 3lai dah sibuk canang koleksi. Eheheh.

Penah makan Donat Pisang? meh try


Chef Fiq
donutpisang.blogspot.com
Kalau donut pisang yang betul aku pun belum penah makan lagi. Eh, tapi ada ke jual donut pisang?? Macam tak pernah nampak je. Huu. Tapi kalau donut pisang macam kat atas tu aku pernah la... bukan pernah makan atau beli sebab dia tak jual donut yang dimaksudkan tu tapi aku pernah berkunjung ke situ. Pernah? Eh, selalu la...pengunjung setia kot! 

Try la pegi... best sangat! Orangnya emcem bak Eron Ajis. Kenal Eron Ajis? Takyah pikir sangat la sebab dia pelakon yang tak wujud. Kalau Aaron Aziz kot ya!! Amboi, kemain jeling peminat-peminat aaron aziz sekelian... ingat aku kata kat pelakon kecintaam depa la tu. Huh! 

Yang pasti, pemilik bukan.blog.lucah tu sangat tak sombong tau, senang berkawan. Setiap komen - komengan pasti akan dibalas dengan kata-kata yang manis dan mesra...haa gitu! Apa lagi eh ayat yang biasa orang guna untuk bodek? Ahh, cukup dah tu. Bodek banyak-banyak bukan dapat pun makan donut pisang tu. Terliur gak aku. Eh, jom lah berkenalan dengan ENCIK FIKHRI.

27.3.12

Private and Confidential




Lama dah tak membebel kosong kat blog ni kan...terasa plak nak buat macam tu. Tapi hari ni sebenarnya, hati takdak syok. Agak runsing dari balik keja tadi sampai sekarang. Kepala masih serabut dengan satu 'hal' yang tak setel lagi kat opis tadi. Mujur puasa harini, dapatlah kawal perasaan. Cuba berlagak tenang, setenang yang boleh. Tapi masalah tak jugak selesai. Diam, termenung pandang je 'fail' atas meja. Takda hati dah nak buat keja. Jiwa kosong. Tunggu bos balik, bila bos langkah je kaki keluar opis aku pun terus angkat beg jugak. Drive slowly je balik tadi. Jiwa kacau. Fikiran melayang. 6suku masih 'merayap' atas jambatan p.pinang. Jammed, biasaaaa makanan aku tiap petang. Padahal dah lewat nak sampai rumah. Terlupa pasal puasa. Terlupa pasal bekal suami untuk keja malam nanti. Astaghfirullahalazim, sampai macam tu sekali layan perasaan. Sampai rumah ngam pukul 7. 

Lupakan sekejap 'hal' tadi. Terus capai periuk, masak nasi. Ada setengah jam je untuk masak. Lepas maghrib suami dah nak pi keja. Sempat ke? Tak kisah pasal diri sendiri, kurma dah cukup untuk berbuka. Yang penting bekal suami. Alhamdulillah, sempat la jugak siapkan ayam masak tiram dengan udang goreng kunyit. Kecekapan tu penting untuk saat-saat tak terduga. Sebagai isteri, kena paham bila suami tak suka makan kat cafe/kantin/luar. Malah harus aku bersyukur, walaupun tak sesedap mana masakan aku tapi ia tetap menjadi pilihan suami setiap masa. Alhamdulillah.

Lepas solat maghrib, gosok baju keja untuk esok. Kemudian, on laptop buka blog. Klik new post nak taip entri ni! terkejut sekejap bila tengok layout blogspot dah berubah. Bertambah pening kepala aku. Tapiiii lantak lah, janji aku dah jumpa tempat new post nih. Terus taip ayat pertama kat atas hinggalah sampai SINI! Eh, apa yang aku mengarut nih??

Kan dah cakap kat ayat pertama tu, hanya bebelan kosong. Jiwa aku tengah sarat dengan keresahan. Suami takda malam ni, takda tempat aku nak luahkan rasa resah di hati aku sekarang ni. Jadi, aku luah jelah kat sini. Tapi maaf, nak cerita detail tak boleh.

Apa yang boleh aku rumuskan dari entri mengarut dan kosong ni....oke, bagi sikit la klu 'menyesal la berurusan dengan firefly'!!

Jom pakat tutup aurat



gambar dari google
Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:

‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’

Sebenarnya beliau silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:
Suaminya.
Ayahnya.
Saudara lelakinya.
Anak lelakinya.
Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?Itu baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang yang perlu ‘bertanggungjawab’, belum termasuk orang-orang lain yang ‘terlibat’. Di bawah ini saya senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat kerana dosa seorang wanita:

Sahabat
Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat.Sahabat yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. Telah dinyatakan bahawa kita perlu membuat teguran dalam peringkat:
Tegur dengan tangan jika terdaya.
Tegur dengan mulut jika terdaya.
Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman. Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?

Orang yang melihat
Sesiapa sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.

Jurufoto
Jurufoto yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan seumpamanya.

Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya.
Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. Tengok saja penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat.

Penjual/ penyebar
Orang yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adalah haram untuk dijual dan disebarkan.

Pembeli/ pembaca
Orang yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing.

Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka.Inilah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat.

Tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol, mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditanggung disebabkan sikap sombong seorang wanita yang tidak menutup aurat.

Nauzubillah…Setelah membaca, mari kita renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang telah kita kumpulkan? Beristighfar dan bertaubatlah sebelum terlambat. Sebarkan artikel ini, semoga kita semua mendapat manfaat. InsyaAllah.

[sumber dari Facebook]

26.3.12

Hari Kelahiran



Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah banyak-banyak sebab masih berpeluang melihat dunia hingga ke hari ni. Berpeluang lagi untuk merasai segala nikmat dari Allah dalam kehidupan ni. Dan semoga aku dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan dan hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat. Amin. 




Dah 31 aku tahun ni. Makin bertambah umoq makin aku suka. Makin aku rasa hot. Huh, dok tak abih-abih dengan hot dia je kan? Haha. Nak buat cemana, dah aku dok rasa camtu sokmo. Huhu. Bangga pun ada bila umoq dah makin bertambah aka tua ni. Aku rasa camtu tau.. pelik ke. Tak pun kan? Korang lak rasa cemana?

#Terima kasih kepada semua kawan-kawan blogger yang wish kat facebook. ;)

26 Mac 2012



Kalau sebelum ni aku selalu guna ayat ni..... 30, Masih hot kot!
Tapi mulai hari ni aku kena tukar jadi camni.... 31, Makin hot kan?

Maksudnya??

25.3.12

Salad Buah




Petang-petang gini sedap jugak kalau dapat bersalad buah kan. Asyik goreng pisang, cekodok, coq badak je.. apa kata sekali sekala buat salad buah untuk hidangan petang. Pun boleh kan? Nak sediakan pun tak susah mana, sekejap pulak tu. Kat opis kalau ada buat jamuan, selain laksa aku suka bawak salad buah ni. Sedap. 

Bahan-bahan semestinya hanyalah buah-buahan sahaja. Tapi salad yang aku buat tadi tu nampak tak menarik sangat sebab yang ada kat dalam peti ais cuma epal dengan anggur je. Kalau ada strawberi baru la menarik sikit ada merah-merah. Kemudian aku campur dengan kurma dan tabur kismis. Itupun dah cukup sedap. Laki aku sekali hadap je..boliou!!

Selain epal dan anggur, kalau nak sedap lagi mesti ada strawberi, kiwi, kurma dan kismis. Potong-potong dulu dan rendam dalam air garam lebih kurang 3, 4 minit. Tapi kurma dengan kismis tu takyah la rendam. Kemudian gaul je dengan mayonis dan tabur secubit garam. Kemudian gaul rata...boleh terus makan. Mudah kan? Apalagi jom try!

Pertandingan mewarna kanak-kanak Lubnan


Kawkaba, Lubnan: Seramai 23 orang kanak-kanak berumur antara 3 hingga 10 tahun terlibat dalam pertandingan mewarna sempena Hari Ibu anjuran Ahli Jawatankuasa Gereja St Elias, Kawkaba di sini pada 24 Mac 2012.

Selain mewarna, pertandingan berkenaan turut diserikan dengan tarian tradisional Malaysia serta menonton tayangan video berkaitan jasa dan pengorbanan seorang ibu.





#Comel kan budak-budak ni!



#Diterima melalui email yang dikirimkan oleh:
PW 1 Badri Mustapa
MALCOY 7, UNIFIL
Kem MALCON, Kawkaba, Lubnan

24.3.12

Sari berita penting!



Salam sayang malam buat semua. Semalam dan hari ni agak kebizian dengan aktiviti masak makan dan sembang rancak dengan family tercintam. Sungguh aku sangat gumbira pabila dapat bertemu dan dapat menjoyah di waktu petang sambil menyicah buah betik di bawah pohon pelam yang rendang dengan sepupu sepapat di kampung. Sehinggakan sanggup melupakan seketika blog yang juga kesayangam aku ini. Woahhhh! intro yang agak keterlaluam. Haha.

Oke. Serius. Malam ni takdak apa sangat nak cerita. Jadi nak tunjuk header baru kat atas nun. Sila dongakkan kepala memasing ya. Cantik dak? Lawa dak? Yang pasti ianya sangat menarikkkk pada pandangan akulah. Betoi? Betoi ka dakni? Huhu. Aku yang buat header tu jadi mestilah aku yang punya perasaan perasannnn je lebih tu kan? Haha!


Sebelum ni aku guna header ni tapi disebabkan aku ni jenih cepat cemuih jadi header tu akan sentiasa bertukaq tapi, tapi pasangan di sebelah tu takkan bertukaq. Tetap hat tu la sampai bila-bila pun tau. Cinta matiku wuuuuuuhuhu. Tapi header yang aku dah guna Insyaallah aku akan putar belitkan [???] balik bila-bila aku rasa nak pakai header tu nanti. Aku lebih suka letak header yang simple dan background tu haruslah gambaq laki bini yang kalau boleh takmo tayang muka sangatlah. Satgi orang cemuih plak tengok muka aku tu, kan? Huhu. 

Sekian, itu jelah sari berita penting. #Kahkahkah. Sori pada kawan-kawan semua, mana yang belum sempat aku bw dan komen tu. Insyaallah akan di qada pada hari-hari berikutnya..nahh? :P



#Dah siap tido kan laki, jadi bini bolehlah siapkan homework untuk hari nih!! Keh3

23.3.12

Apa ku rasa



Dah lama rasanya bersabar, hampir 3 tahun. Apa yang dijanjikan seperti mula-mula dulu sampai sekarang masih belum ditunaikan, takda perbincangan mahupun sebab ataupun alasan yang diberikan. Bila aku bercakap dan meluahkan apa yang aku tak puas hati, hanya seperti mencurah air ke daun keladi.  Buat aku seolah-olah takdak perasaan, takda keinginan dan takda kebebasan untuk memilih. Sampai bila aku nak bertahan macam ni je? sampai bila? Dengan keadaan sekarang yang semakin huru hara, sangat membebankan jiwa. Stress!!!!

Dulu aku seorang yang turut perintah. Tapi sekarang, semua dah berubah bila dah sampai ke tahap yang aku rasa 'sabar dengan tak sabar sama je, tetap tak berubah'. Bila dah camtu, hati sakit jiwa sakit, otak pun sakit!! Aku mula memberontak. Tunjuk sikap keras kepala, sengaja buat kepala batu, bebal, tak terima teguran juga tak menurut perintah.. kalau turut pun, sengaja melambat-lambatkan.. sebab hati dah cukup-cukup sakit.

Aku tahu semua yang aku buat tu tak bagus untuk prestasi diri sendiri tapi apa lagi yang boleh aku buat untuk tarik perhatian? dah 3 tahun aku tunggu, aku sabar. Rakan lain dah hampir ke puncak, tapi aku masih mendaki.

Sehinggalah aku terpikir, mungkin dengan 'buat perangai' diorang akan mula bagi perhatian. Itu je yang aku harapkan.

Published with Blogger-droid v2.0.2

22.3.12

Dukacita ya amat's




Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pengjoinan aku dalam kontest mata duitan LIMA RIBU tu tidak diterima oleh pihak penganjur. Maknakata aku TIDAK LAYAK. Huhu! Berlari-lari sambil tutup muka masuk jamban, menangis konon. Huwaaaaa! peras tonggeng-tonggeng. Jadiiilah tobat dah kot. Haha.

Jangan dok mai tuntut kat aku cendoi pulut ka, abc ka, laici kang ka... apatah lagi duit. Limakupang pun takdak. Sekian, terima kasihan kat aku wehh! 

Apapun, ucapan tahniah kepada 100 blogger yang terpilih. Eh, Elih pun ada lah dalam senarai tu. Nanti nak slotoq dengan elih la =B


#Kahkahkah

21.3.12

Drama gelabah bewak pagi tadi



Tadi masa balik kerja, aku memandu dalam keadaan 'mata kecik' dan hampir tersengguk. Sangat bahaya. Memang dah tak tahan sangat mengantuk tadi. Tapi Alhamdulillah, takda apa-apa..selamat sampai ke rumah.

Semuanya gara-gara tido lambat dan bangun pulak awal sangat pagi tadi. Tido pukul 1 pagi, kemudian bangun 4 setengah pagi. Maunya tak tersengguk kat stereng kan. Mujur bos balik awal hari ni, sempat la aku mengelak dari jem kat jambatan penang tu....4.45pm tayar dah golek dah. Haha. Mekasih bos sebab balik awal...amalkan hari-hari ye bos! Kahkahkah.

Kemarin aku cuti dan semalam kami laki bini tido kat rumah MIL kat Sg Petani. Lepas tu awal2 pagi tadi pukul 4.30 dah bangun sebab nak balik ke Kulim, lagipun aku dengan cik abam keja hari ni. Sepanjang perjalanan balik pagi tadi, aku tak tido sebab nak temankan cik abam aku tu takut dia mengantuk. Pagi-pagi buta pun rancak dok bersembang laki bini dalam kereta, siap gurau-gurau lagi. Nak hilangkan mengantuk..kononnya lah. Padahal, mata ni...dok pulun je pun jegil luas-luas.

Sampai depan pintu pagar dekat2 pukul 6 dah. Macam biasa, aku keluar dulu nak buka gate. Tiba-tiba....eh, mana kunci??? Menggagau aku dalam beg.. takdak!! semua celah-celah dalam keta pun cari tapi takdak jugak!! Kemudian.....

Laki: " Mana beg hitam yg??" 
Bini: "Entah..mana tau yyg letak kat mana..." 
Laki: " Kunci rumah ada dalam beg hitam tu tau dak syg.." 
Bini: Haa??? adoi..punggahhhhh!! 
Selepas mengesyaki sesuatu...dan sesuatu yang disyaki itu memang tepat sangat! Beg tu tertinggal kat umah MIL di Merbokk nun! Dahlah sejam nak sampai rumah, sejam pulak nak patah balik pi merbok, kendian sejam nak patah balik mai Kulim. Pukoi berapa nak masuk keja nih woi???

Gelabah kami laki bini. Nak saling menyalahkan pun dah tak guna... dah selamat sampai pun. Akhirnya, duduk dalam kereta..pikirpikirpikirpikir pun tak sudah jugak. Last, si laki start enjin keta terus jalan. Pelik tapi malas nak tanya [marah lah jugak]. Rupanya pi rumah kawan dia, mujur la si laki ni ada bagi kunci spare kat kawan dia. Aku taktau pulak pasal tu. Yang dia pun  dah gelabah bewak sampai tak ingat ada tinggal kunci kat member.. buang masa betoi. Hahahahaha. Dah boleh gelak la sebab masalah dah selesai dah. Haha. Aku sampai opis lewat sikit je 8setengah. Tapi sian kat cik abam aku, ada barang-barang penting keja dia tinggal dalam beg tu. Ha, tulah..cuai lagi. Hujung minggu ni baru balik ambik beg tu. Huhu

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger



KLIK SINI !!

Nampak banner besar gedabak tu? dan nampak jumlah RM yang terpampang tu? LIMA RIBU!! Banyak tu... macam takleh caya je..ehehe! Korang nak tak?? Moh, cepat sebab hanya untuk 100 blogger terawal yang berdaftar saja. Terbuka kepada semua warga blogger di Malaysia tak kira lelaki atau perempuan... semua boleh join. Kepada sapa-sapa yang berminat boleh KLIK SINI untuk tau terma dan syarat selanjutnya.

Sebelum ni aku tak penah join mana-mana segmen ke apa ke. Tapi yang ni aku nakkkkk jugak cuba nasib. Nampak sangat mata duitan kan? Ahh..lantak la. Haha

20.3.12

Sambungan dari....



entri ini ye! Kalau dah memang namanya bukan rezeki kita ke arah tu... makanya, buat macam mana pun tetap takkan dapat. Yedak? Minggu yang sepatutnya aku kena pi temuduga tu telah dihalang oleh dua insiden yang memang tak sangkalah akan terjadi. Tapi, aku tak pulak rasa menyesal ke, rugi ke, sayangnyaaaa ke...bila tak dapat pi temuduga tu. Sikit pun tak! 

Padahal, sebelumnya beriya aku nak pi. Entahlahhh... Mungkin juga selepas berlaku dua insiden tu aku fikir masak-masak secara positif. Mungkin bukan rezeki aku dan aku yakin Allah Taala dah tetapkan keja lain yang lebih sesuai dengan diri aku, sebab seminggu sebelum aku nak ke temuduga tu.. Aku demam, takleh bangun! Demam teruk. Padahal aku susah betol nak dapat demam nih. Tapi biasalah... bagi kita atau bagi sapa-sapa yang susah nak demam ni yang setahun sekali pun belum tentu tu.. tapi bila sekali demam memang teruk lah kan. Semua tu jugak Allah yang tentukan.... ujian.

3, 4 hari lah jugak aku terbaring je. Hari ke 5, 6 camtu aku rasa macam dah nak sihat sikit. Aku pikir mungkin aku boleh pi kot temuduga tu. Tapi... dalam masa yang sama, kakak aku dan satu-satunya kakak aku tu dah sampai due nak bersalin anak sulung. Aku pun macam serba salah jugak.. kalau kakak aku bersalin, patut ke aku pi? Dah la nak sambut anak sedara yang pertama tu dan cucu pertama mak ayah. Dah timbul rasa serba salah kat situ. Takpalah, tengok dulu keadaan cemana nanti.

Esok malamnya, kakak aku dah ada tanda-tanda nak bersalin. Diorang pi hospital tapi aku tak ikut.. tunggu kat umah je, jaga adik-adik. Petangnya mak balik dan bawak berita buruk.... balik nak siapkan tempat untuk sambut jenazah....cucu pertama! Sebab apa... ada dalam entri [ni].

Itulah sebabnya aku tak pi temuduga tu dan lepas tu aku jaga kakak aku dengan mak siang malam, makan minum dia dan apa yang dia perlukan dan yang lebih penting emosi dia yang kehilangan anak yang dikandung selama 9 bulan.

Aku lupakan terus pasal temuduga tu dan macam yang aku cakap tadi... aku tak pulak rasa menyesal ke, rugi ke apa... sebab semuanya dah di tentukan Allah. Dan sekarang aku ada kerja tetap dan lebih baik lagi... dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Yeahhhhh!

#Terima kasih kepada semua yang teka. :D

19.3.12

Cita - Cita

Masa zaman sekolah rendah dulu, cikgu selalu tanya kan.. apa cita-cita kita. Masa kecik dulu, aku belum boleh pikir panjang dan matang.. jadi aku ada banyak cita-cita. Kejap nak jadi cikgu, kejap nak jadi polis. Bila tanya plak minggu depannya, nak jadi doktot pulak dah!

Sejujurnya masa tu.. aku taktau natam apa tu cita-cita yang sebenarnya. Jadi, hentam ikut sedap mulut jelah. Tapi, lepas habis sekolah dulu.. aku terminat dengan satu kerja ni. Walaupun aku tau, minat aku tu takkan terlaksana atau tercapai sebab bertentangan dengan kehendak mak ayah aku dan juga penampilan aku ketika itu.

Nak jadikan cerita, pada mulanya aku senyap-senyap ambik kursus ni. Tapi lepas seminggu, aku rasa macam tak betul je apa aku buat tu..jadi, aku cerita kat mak. Aku janji dengan mak yang aku takkan ambik kerja yang kena 'terbang' tu, setakat keja kat kaunter tiket je. Walaupun minat aku yang sebenarnya yang terbang itu lah! Akhirnya, mak pun ok. Aku pun teruskan kursus tu selama 3 bulan dengan senang hati.

Dan akhirnya aku lulus dengan cemerlang dalam satu ujian yang telah diadakan di salah sebuah hotel kat Aloq Setaq. Dan dapatlah sekeping sijil tu yang salah taip nama aku dan ayah. Romli la bukan Ramli! Nama aku takdak 'e' depa bubuh e pulak.


Seterusnya, aku dapat surat untuk hadir temuduga kat Pertama Kompleks, KL. Oke, kita main teka-teka nak? Hehe. Agak-agak korang aku pi tak temuduga tu??



#Nanti aku sambung k. B-)

Published with Blogger-droid v2.0.2

18.3.12

Jemput makan semua!

Menu malam ni, nasi kandar gulai ayam kampung nashmir. Bila teringin je baru makan. Kalau hari-hari makan pun tak boleh, muak.


Jemputtt... Korang dah makan? B-)


Published with Blogger-droid v2.0.2

Aduhh! bikin gugur jantung gue




Pening tengok keywords tu. Niza mana gamaknya dia cari tu. Yang pasti bukan aku sorang je bernama Niza. Huhu. Pasal cerita lucah cikgu niza tu mungkin dapat dari entri Suatu Masa Dulu. Tapi mana ada cerita lucah dalam entry tu. Gila apa... gaya dah solehah, mati aku kena kecam kalau ada cerita lucah selit kat dalam entri tu. 

Keh3. Apa2 jelah nak oiii.

Denyutan



Dah beberapa hari tekak ni macam teringin je nak makan nasi minyak kat rumah orang kawen. Aku selalu camtu. Selalu rasa teringin sangat nak makan nasi minyak rumah orang kawen. Yelah, lauk2 kat rumah orang kawen tu tak sama macam makan kat kedai-kedai walaupun cara masak dia sama. Takkan sama lah. Caya tak? Mungkin sebab suasana jugak kan, makan ramai2. 

Alhamdulillah. Hari ni tercapai jugak hasrat tekak aku ni. Mak call semalam bagitau ada kenduri kat rumah tokwan sedara... tak jauh dari rumah aku duduk ni. Jadinya, aku cuma tunggu mak datang dari kampung jelah. Lepas tu, pi sama-sama. Tapi sebelum nak pi rumah kenduri tengahari tadi, aku dah dapat rasa sesuatu yang kurang enak... rasa panas kat kepalasebab seronok sangat mak nak datang, aku abaikan jelah rasa tu. 

Lepas habis makan dan jumpa sedara mara kat rumah kenduri tu aku terus cakap kat mak nak balik rumah terus sebab rasa dah tak boleh nak tahan dah... makin berdenyut! Berpisah dengan mak kat situ.. sedih lah jugaknya!

Dan....

Separuh dari hari ni aku habiskan masa dengan tidur je sampai maghrib, langsung tak sedar! Bukan mengantuk mana sangat pun tapi terpaksa tidur sebab kepala ni dah sakit tahap 4 kot. Bila dah sakit kepala macam tu, ubat paling mujarab tidur je. Tapi sebelum tidur, aku kena lumur dulu minyak angin kat dahi, belakang tengkuk dan belakang telinga...dah berangin gitu baru boleh tidur sebab denyutan kat kepala tu tak terasa sangat. Rasanya dah lama sangat aku tak telan panadol dan apa2 jenis ubat sakit kepala pun sebab kepala ni macam tak makan saman je dengan ubat. Sebab apa? mungkin  sebab ni jugak kot...!



#entri semalam#

16.3.12

Misteri bertopeng!




Kenapa agaknya aku pakai topeng dok dalam rumah? sapa bulih teka??
Esoklah baru aku cerita.. .malam ni aku kecapetan ya bangat! (ya bangat??)
Orang indon pun tak reti cakap macam aku tau..Huks!

Sedap di tekak, jijik di mata



Sedapnyaaalahhaii dapat hirup semangkuk cendol petang-petang gini, dan jugak semangkuk bihun sup daging ditambah lagi dengan goreng pisang. Pehhh! kembong perot aku. Tapi tak apa, bulih makan slow-slow tak perlu gelojoh sebab sekarang ni aku sorang je kat opis, bos takdak pi lepas gian kat Cinta Sayang Sungai Petani pukoi bola gof, CC pulak pi padang main bola tampar. Yang dua orang lagi tu, aku taktau sebab tak nampak langsung batang hidung depa.. lantak pi kat depa la nak pi tang mana pun, aku tak kisah dahh..hehehe



Erk' takdak rupa cendol pun kan. Sori, cendol2 tu dah masuk dalam perut, selebihnya ada dalam mangkuk tu...tenggelam! Bihun sup? sedap sangat.... cepat je habis. Tak tergamak nak tayang mangkuk yang hanya tinggal sisa bihun kat tepi2. Uhuks!

Tapi kan, tengah2 sedap dok makan cendol mata ni sebok je dok perhati tajam tepat ke isi cendol tu..tiba2 tubit satu suara halus maha jahat lagi kejam!! Suara tu berbisik...Eeeuww, dah macam hingus plak rupa dia!! Jilaka betoi la suara tu...sora sapa tu?? mujur dah nak habis makan.


Ahaks!!...lariiiiiiii walaupun bukan aku yang cakap! hahaha

Ada apa dengan Jumaat?



Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 
Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 
Siapa yang membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, `Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ sebanyak tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: 
Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 
Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.

Nabi Muhammad bersabda: 
Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajabnya. Tiada seorang yang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.



15.3.12

Terima Pangkat Di Bumi Lubnan



Kawkaba, Lubnan: MALCOY 7 yang kini telah beroperasi selama 7 bulan lebih bersama Pasukan Sementara PBB di Lubnan (UNIFIL) sentiasa mementingkan pencapaian prestasi dan kredibiliti anggota sebilang masa. Pada 12 Mac 2012 jam 0900 pagi waktu Lubnan, seramai 5 orang anggota telah menerima kenaikan pangkat di Kem MALCON, Kawkaba. Upacara pemakaian disempurnakan oleh Komander MALCOY 7, Lt Kol Hassim Mat. 

Kelima – lima mereka iaitu Sjn ke pemangku SSjn Hj. Shahrani Hj. Shahdan (Anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei), Laskar udara ke Laskar Udara Satu Mohd Zawawi Awang (TUDM), Laskar Udara Satu Ahmad Shukri Abdul Rahman (TUDM), Laskar Udara Satu Muhamad Firdaus Mohd Isa (TUDM) dan Laskar Udara Satu Mohd Hapize Harun (TUDM) telah dipakaikan pangkat semasa perbarisan komander. 


Dalam ucapan ringkas komander, beliau turut menuntut kerjasama yang jitu dari semua peringkat anggota serta mengkehendakkan supaya keseluruhan MALCOY 7 sentiasa mengekalkan tahap disiplin yang tinggi serta prestasi yang terbaik bagi menjaga imej perkhidmatan khasnya dan negara amnya. 

Hadir sama semasa berlangsung, Timbalan Komander MALCOY 7, Lt Kol Zainal Shukri Mohamed Zain, Pegawai - pegawai Staf MALCOY 7 serta para peserta perbarisan. 


#Diterima melalui email yang dikirimkan oleh:
PW 1 Badri Mustapa
MALCOY 7, UNIFIL
Kem MALCON, Kawkaba, Lubnan

Petua hilangkan kuping rambut? Ohh..jangan risau. Ini penyelesaiannya!




Tadi takdak keja, aku belek2 akaun Nuffnang kecintaan aku tu...Huhu. Klik kat keyword, saja nak tengok apa yang orang cari kat blog aku ni..kot2 ada yang dapat membantu. Terkedu sekejap, rasa kasihan bila ada orang cari 'petua hilangkan kuping rambut'. Pasti serius masalah yang tengah dia hadapi sekarang ni. Jadi, tergerak hati aku nak membantu dan aku agak 'kuping' yang dimaksudkan tu adalah kelumumur kan? Aku pasti!

Atas rasa tanggungjawab yang telah tubit dari sudut hati...aku pun menggugel la petua yang dimaksudkan tu. Aku jumpa pun petua tu kat satu ruang forum. Eh, sat sat! Aku cari jugak kat stor aku tu tapi takdak pun, cemana dia tersesat cari kat blog aku pulak nih? Tapi tak apalah.

Dan aku tertarik dengan petua yang diberikan oleh salah sorang dari forumer tersebut. Bahan-bahannya pun sangat mudah didapati, mungkin sekeliling rumah saja kot...terutama rumah kampunglah. Dan juga boleh didapati di bilik air, dapur mahupun di sinki rumah sendiri (main longgok, tak basuh :P) Ayuh, kita lihat cara-caranya pulak!

penyelesaian yang terbaik adalah botakkan je! :P

Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian, masukkan ke dalam mangkuk atau gayung. Masukkan air dan ramas daun-daun tersebut. Gunakan air ramasan sebagai syampu. So, cemana? Mudah, senang dan tak memerlukan duit pun kan? Amalkan selalu. InsyaAllah. 


#Weh, tu betul2 petua yang gugel bagi kat aku tau, bukan tipu-tipu punya. Hehe

14.3.12

Dah besar cucu aku



kecik2 dah mintak pakai tudung. tapi cara pemakaian tu tak kena la... 

Dengan mak dia, Faizah

Suka tau dia buat lidah camtu bila dia malu2..

Lama dulu aku pernah post pasal 'cucu' aku ni. Masa tu dia baru berusia 5,6 bulan lebih kurang kot. (lupa) Dan ni gambar terbaru dia... dah besar dah. Nama dia Faqihah. Dia cucu pertama aku... bunyi macam serius je kan.. 'Cucu menakan' je, itu kalau orang kedah sebut la. Masa Faqihah ni lahir, aku kemain seronok lagi dengan kehadiran dia.. yelah, sebab dia akan panggil aku dengan panggilan 'tok ngah'. Sesuatu yang baru bagi aku.  

Tadi dok belek2 folder gambar, ternampak gambar Faqihah ni...tetiba je terus rindu kat dia. Lama dah mak dia tak bawak balik kampung. Depa dok kat Melaka. Mak Faqihah ni sebaya dengan aku dan kerja pun sama macam aku. Dari kecik sampai bersekolah kemana-mana kami berdua je...kamceng! Sampai la masing2 dah bekerja baru berpisah.

Cadangnya, nak bagi Faqihah ni ada 'kawan' macam mana aku dengan mak dia berkawan rapat dulu. Tapi apakan daya... kita hanya merancang, tuhan yang menentukan, kan? sabar jelah :)


Bila sudah slim....



#Sebelum dan selepas..



#apakata anda?

13.3.12

Aku bercerita...



Sekarang ni mata aku hampir kelayuan, rasa lemah dan yang pasti rasa nak tidur tu yang amat ketara sekali sekarang ni. Tapi, apakan daya... hanya boleh membayangkan betapa empuknya tilam dan bantal kat rumah nun. Ish, kalau la waktu2 sekarang ni ada kat rumah...perghh..best gila layan mata.

Ini susulan daripada kes pi fitting uniform kat Batu Feringghi. Dah la aku ende'geng ja paling lewat pi. Orang tetapkan masa pukul 8 dah ada kat sana tapi kami pukul 11 baru bergerak pi sana. Jauh la jugak kalau dari Bayan Lepas nak ke Batu Feringghi tu... mau sejam jugak sebab struktur jalan yang sempit dan banyak kereta. Apa nak buat, kena setel hal kat opis dulu. Orang lain berderet-deret balik, kami baru terhegeh-hegeh nak pi.

Biasalah, sepanjang aku berkhidmat yang datang untuk ambik ukuran baju tu semuanya lelaki. Perempuan tak pernah ada. Seronok lah eh diorang, 2, 3 kali asyik ukur tang dada je. Kebetulan plak, 2 orang kawan tumpangkan badan aku untuk ukuran badan diorang. Paham tak? maksudnya 2 orang kawan tu tak datang sebab bersalin. Jadinya, badan aku ni...ehhhhh, nak cakap pun susah la, tak reti nak terangkan. Pendek kata, satu badan ukur untuk 3 orang lah. Haa, kan senang? Huhu

Laksa dia sedap tapi kurang sangat garam tu. 

Dah siap semua, dalam perjalanan balik tu singgah dulu makan laksa kat gerai tepi jalan dekat dengan Miami Beach. Tapi aku macam tak kenyang je makan laksa. Sampai kat jalan Masjid Negeri tu singgah plak kat mc D, drive thru jelah. Sambil2 drive sambil makan... bajet teror bawak keta gitu. Lagipun aku masa tu tengah lapar pelik. Tak kenyang makan laksa sumbat plak macam2 dalam perut. Lagipun pagi tak sempat nak sarapan, alih2 terus sumbat laksa. Tapi Alhamdulillah, selamat jugak sampai balik ke opis.

Secara tak sengaja, aku nak tangkap gambar laut tapi si ida ni
jenis kalau bercakap tangan tak reti nak dok diam. Hasilnya, tertangkap!
Tapi aku suka la gambar ni.

Tak lama lepas tu, badan dah tak bermaya..penat gila campur dengan mengantuk gila plak. Apa jadi? biol la aku. Orang datang opis pun aku malas nak layan, lemau, nak bercakap dengan orang pun malas. Nak tidur tak boleh jadi layan jelah blog ni.

Hrmm..itu jelah cerita aku untuk hari ni. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.
#Kihkihkih. Maaflah buang banyak masa korang. :D

Salam Takziah


Aku percaya, ada antara kita yang turut menangis, sebak, sedih, marah, geram apabila mengetahui perkara sebenar yang telah terjadi kepada adik Nurul Nadira., 5 tahun. Kekejaman yang tak sepatutnya berlaku terhadap kanak-kanak yang tak berdosa apa-apa. Tak terlintas langsung kat kepala aku ni, apa yang telah Dirang lakukan sehingga dia di bunuh dan di bakar!


Walau apapun, perkara telah berlaku. Hanya tangan saja yang boleh kita tadahkan dan berdoa, semoga pembunuh kanak-kanak ini takkan terlepas dari menerima hukuman yang lebih berat!! Dan sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah, semoga dia tenang di sana. Amin


12.3.12

Buffered Earning 2012



Kebetulan hari takda apa nak post. Jadi, nak cerita pasal BE la untuk 2012 ni. Dah masuk bulan Mac baru nak dapat. Apapun, Alhamdulillah, macam tahu-tahu je Nuffnang ni yang bulan ni adalah bulan peningkatan bagi aku. Peningkatan? Ohyam! peningkatan umur yang akan menjangkau lebih dari 30! Hah? Alamakkk... 

Tapi takpa lah, bersempena dengan BE yang Nuffnang bagi ni makanya aku anggap ini sebagai rejeki. Tapi bukan dapat satu BE, bukan tiga BE tau? Tapi dua BE sekaliguihh. HeHe. Aku pun tak perasan bila masanya BE ni muncul tapi semalam aku berdebar-debar sekali bila buka Nuffnang. Ternyata... Alhamdulillah, murah rezeki. Huhu




Oke, harus bekerja keras lagi. Jom blogwalking..Hihihi


Mari Memasak Laksa Sarawak


Aku ingat nak tayang je gambar kat sini tapi untuk tidak menghampakan Yana yang mintak resepi dari aku sendiri jadi aku tepek la sekali resepi yang serba ringkas ni. Biasalah aku kan... nak mudah je.


Bahan: Yang penting sekali mesti ada 1 peket perencah laksa sarawak tau! 20 ekor udang, 2 ketul dada ayam , 1 peket bihun, Tauge, 1 cawan pati santan, Garam, Daun ketumbar, 3 biji telur ayam dan 2 batang serai.

Cara buat kuah: Didihkan 2 liter air, kemudian masukkan udang dengan 2 batang serai selama 15minit lebih kurang. Toskan air udang, kupas kulit dan ambil isi udang sahaja. Ketepikan isi udang. Masukkan perencah laksa dan biarkan sehingga mendidih kemudian baru masukkan pati santan dan garam. Masukkan bahan perasa jika mau. Aku masak tak bubuh bahan perasa, cik abam tak suka.Tutup api bila dah mendidih.

Sambil2 buat kuah tu, korang bolehlah celur bihun, tauge (aku lebih suka makan tauge mentah), rebus isi ayam dan koyakkan, buat telur dadar kemudian hiris nipis.

Cara hidangan: Macam ni.... HeHeHe


Dalam gambar tu, daun ketumbar takdak, timun pun takdak... cik abam lupa beli. Kalau orang sarawak, depa bubuh sambal belacan dalam laksa ni tapi aku tak boleh nak piiiiiiiiiiiiiiii la makan dengan sambal belacan tu. Aku suka makan dengan cili potong ja...baru pedas asli gitu kan? Aummm!


9.3.12

Cirit' birit's



Moi sup, sedap tapi masam2 sikit rasanya. Adakah moi sup kak wan ni yang buat aku ciriiiits je hari ni? Ciss!


#Mood broadband kelaut sejak 2,3 malam ni. Nak berlenggang kangkung ke blog kawan2 pun tak boleh. Lembab macam shifud vavi tau..pedap ceq!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sambutan Hari Wanita Sedunia Di Cultural Centre Tyre


Tyre (Lubnan): Seramai 10 orang anggota termasuk 2 orang pegawai wanita daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  yang  ditugaskan dibawah Misi UNIFIL bersama - sama menyambut Hari  Wanita Sedunia peringkat UNIFIL di Cultural Centre dekat sini pada 8 Mac 2012. Majlis yang dikoordinasikan oleh Unit Gender UNIFIL turut mendapat perhatian Force Commander, Mejar Jeneral Paolo Serra bersama isteri serta pegawai-pegawai Markas UNIFIL yang turut hadir sama.

Kelihatan anggota wanita ATM bergambar bersama anggota tentera wanita dari pelbagai negara serta staff UNIFIL selepas majlis diadakan.


#Diterima melalui email yang dikirimkan oleh Pegawai Waren 1 Badri Mustapa (PIO MALCOY 7, Lubnan)

8.3.12

Laksa Sarawak


Hari ni kita bercerita pasal Laksa Sarawak. Aku ni asal nama dia laksa je, semua aku sedap. Rupa-rupanya ada kawan-kawan yang belum pernah cuba laksa sarawak ni kan. Aku pun sebelum makan laksa sarawak ni dulu pun, jakun jugak. Makin terserlah kejakunan aku, bila tengok laksa tu tak serupa langsung pun macam laksa kedah, laksa penang. Yang aku nampak macam 'bihun kari' je pun sebab guna bihun.

Aku mula makan laksa sarawak ni tahun 2003, masa tu aku dok sebilik dengan 2 orang kawan yang berasal dari sarawak, Syuhaida dan Rosmah. Depa berdua ni la yang ajar aku masak laksa sarawak. 

Kalau ikutkan lepas balik dari hantar mentua kat airport kemarin, nak masak lah laksa tu. Tapi taktau cemana, sepanjang perjalanan balik tu kepala entah melayang ke mana2 dah... sampai terlupa nak singgah kat kedai beli bahan-bahan nak buat laksa tu. Dah masuk dalam rumah lalu kat dapur nak ke bilik belakang, baru teringat lupa nak singgah kedai. Lepas tu suruh cik abam pi kedai, dia kata tak larat dah nak keluar, penat sangat. Aku  lagilah malas nak ke kedai tu. Hrmm..alang2 dah terlupa, baik takyah buat lah...'malas' pun apalagi, cepat2-cepat la dia ambik tempat. Huhu

gambar google

#Dah terlioq nih.

Eh, Hari ni hari istimewa laa..


Assalamualaikum, selamat pagi kawan-kawan wanita ku. Wanita sahaja oke.. sebab hari ni hari istimewa kitorang.



Selamat Hari Wanita!!
Kepada semua kawan-kawan wanita ku..



Oke, itu je nak cakap :) Jom sambung buat kerja, sebab takda cuti khas untuk Hari Wanita. Kan bagus kalau setiap 8 Mac adakan cuti untuk hari wanita ni. Kedekut betoi. :P



#Aku ni asyik nak cuti je, apa kenaaaalahh!

7.3.12

Kirim Doa




Alhamdulillah, selesai semuanya selepas hampir satu hari bersesak dekat LTAB Bayan Lepas. Masih terbayang wajah mama dengan matanya yang merah selepas kami bersalam dan berpeluk, sambil aku berbisik di telinga mama..."Doakan Niza dengan Udin dapat anak ye ma". Kemudian, mama jawab... "InsyaAllah, yang tu mama dah doa dah setiap hari, mungkin kat sana nanti Allah makbulkan, InsyaAllah. Jangan sedihh niza" Sebak! dengar mama cakap camtu....aku rasa, aku dah cukup berlagak cool dah masa tu tapi aku hanya mampu mengangguk. Dan aku nampak mata mama pun berair. ;( Sampai sekarang aku masih terbayangkan mama dan abah. Sedih... entah kenapa!

Semoga doa yang dikirim akan dimakbulkan oleh Allah dan semoga mama dan abah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan ibadah umrah nanti. Amin.

Wordless Wednesday - Slurrrp!







#Lama dah ni tak makan. Ter'hingin plak tiba2...jauh tu order, naik belon lagi. Sabaq3..weekend ni aku nak 'bancuh' dia.

6.3.12

Apa Yang Kita Tak Tahu Tentang Seorang Ayah




Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yang lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!". Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar. Di saat kita memerlukan itu ini, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya. Saat kamu berjaya. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga.

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya. Dan akhirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan, ayah pun tersenyum bahagia.

Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia. Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik. Bahagiakanlah putera puteriku bersama pasangannya".

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.



#Aku, kalau pasal ayah...jangan cakap apa la, memang sayang sangat2 kat ayah. Takada orang yang boleh ganti tempat ayah aku. Walaupun duduk dekat, kalau seminggu dua tak balik kampung tengok dia pun aku dah rindu dan cepat sedih. Bukan ayah je, mak pun sama jugak [cerita tu aku cedok dari sini]

Waduh! Waduh! gimana nih??


Alhamdulillah, permulaannya bagus sekali pakk.... pagi yang menyeronokkan, menggembirakan dan teruja sekali apabila dapat ketemu kembali dengan kawan lama yang udah kembali ke kantor setelah sekian lamanya berkhidmat di perantauan sana.

Wahh, gumbiranya aku sehinggakan tetiba aja cara pertuturanku turut berubah sama sekali. Aduh, ngak boleh jadik nih. Ngak bisa rasanya walopun udah ku coba untuk menukar kembali pertuturanku. Namun ngak boleh pakk! Waduh..gimana ni? Gimana caranya bila telefon tiba2 aja mengeluarkan deringannya (apakah? huhu)... gimana harus ku menjawab kalo gayanya gini?? 

Ahh..tensiyon aku! Kok kalo gumbira, harus bertukar ya pertuturannya?? Kamu gitu ngak???


Errk? Ini je buah tangan bawak balik jauh2?
Hehehe... tak bersyukur namanya tu.


#Mood terlebih syok sebab esok cuti lagi satu hari...weehuuu! ada hal lohh. :P

5.3.12

Kata Kata Yang Membuat Kita Sebak




Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata "Mak memang tak pernah faham".
Bila hati kita terhiris, kita kata "Ayah memang tak ambil kisah".

Tetapi

Bila hati mak kita terguris, mak kata "Tak apa, dia masih muda".
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata "Tak apa, belum sampai akalnya".
Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Fikir-fikirlah

Bagai pusingan roda, sampai masanya kita pula akan menjadi ibu atau bapa dan anak2 kita akan melakukan apa yang pernah kita lakukan terhadap ibu dan bapa kita.... dan kita akan bersabar dengan kerenah mereka sebagaimana ibubapa kita pernah lakukan kepada kita dan begitulah seterusnya.... Sayangilah ibubapa kita, InsyaAllah kita akan disayangi oleh anak2 kita pulak. 


#Sentiasa sayang, rindu mak ayah di kampung.

Dia yang buat hal, bukan aku!


Assalamualaikummmmmm! Selamat pagi.... :) Wahhh, pagi kemain aku update hari ni kan. Biasanya kalau hari senin ni orang selalu kata 'monday blues' tapi aku rasa senin aku pagi ni...entah cemana nak cakap tapi aku sangat2 suka! sebab? hehehe

Macam biasa bangun 5.30 pagi siapkan sarapan dulu untuk cik abam telur separuh masak, nescafe sejuk dan roti bakar. Walaupun cik abam keja malam tapi kena siapkan jugak nanti pukul 9 dia balik keja terus sarapan je kan? Baru la isteri mithali, tak gitu? 

Dah siap semua pi mandi, solat dan bersiap2 nak pi keja pulak. 6.30 keluar nak start enjin keta. Fisrt start tak hidup! oke... start lagi, tak hidup! aik? start start start start start start pun takmo hidup jugak. Aihhh! dah mula  cuak. Cepat2 call cik abam bagitau dia... dia suruh check itu, check ini..semua oke je! Aihh, cemana ni? Aku nak pi kerja nih! Tiba-tiba suara jahat seton muncul di celah-celah taik telinga....."ahhh, kebetulan bos takda kan hari ni, apakata masuk opis lambat sikit" Haa...camtulah dia bisik kat aku tadi. Syaitonnn kan kerja dia menghasut je, ye dop?

Bila dah fedup, start takmo hidup...aku pun terus masuk dalam rumah kemudian masuk bilik cabut tudung, buka uniform salin pakai baju tido semalam. Keluar bilik capai henpon dail nombor CC... " Encik, harini saya masuk lewat, kereta takleh start, takmo hidup" kata aku. "Ok" jawab CC, mudah dan tak banyak soal. Itu yang aku mahu. Hehehe. Lagipun, aku bukan sengaja pun, dah 'dia' yang takmo hidup aku nak buat cemana. Kena lah tunggu cik abam balik kerja pukul 9 nanti. Tu pun kalau cik abam berjaya hidupkan, kalau tak...ke bengkel lah hang sentra woi! Cuti lagi aku hari ni kot...Huhuhu :P



4.3.12

Kenali 9 Jenis Syaitan



Sebelum kita tidur, jom kita berkenalan dulu dengan seton2 yang sentiasa ada disekeliling kita. Yang sentiasa menghasut kita untuk melakukan sesuatu yang mungkar. Ambik tau sikit nama2 seton dan peranan depa ni. 


1. DAASIM
Duduk di pintu rumah kita.Jika tidak memberi salam ketika masuk rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga, suami isteri bercerai berai, anak-anak tidak mendengar kata.

2. WATHIIN
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. MURRAH
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam dunia glemer.

4. WALAHAAN
Menimbulkan rasa was was dalam diri manusia ketika hendak beribadat kepada Allah.

5. HAFFAF
Berkawan dgn kaki botol.

6. MASUUD
Duduk di bibir manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata.

7. LAKHUUS
Merupakan sahabat dan org majusi yg menyembah api dan matahari.

8. ZALITUUN
Duduk di pasar, kedai supaya menghasut manusia berbelanja berlebihan, tamak.

9. A'AWAN
Menghasut sultan, raja atau pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan, riak dan tidak mahu mendengar nasihat alim ulamak.

#sumber dari facebook 

Wordless Sunday: Makan sampai pening!






#Sambungan dari entri INI!!

Nak bubuh tajuk apa ni??


Lamanya tak bersua kat blog ni. Walaupun baru dua hari tapi rasa macam dah berhari-hari. Sebenarnya masih malas tapi cuba jugak rajinkan jari ni. 

Jumaat baru ni aku tak keja, ambik cuti sebab ada hal kat umah mertua tapi petang jumaat tu dah balik ke rumah. Mood makan2 masih belum habis, selepas puas makan2 kat umah mertua dengan nasi ayam paprik, laksa, rojak, kueh2 dan macam2 lah. Memang pesta makan betul hari jumaat tu.

Masa nak balik tapau laksa banyak2. Dah abih pun laksa tu tinggal kuah je sekarang, banyak lagi kuahnya. Paksa laki beli laksa. Nak sambung masak laksa kat rumah pulak. Dua, tiga hari ni perut sarat dengan laksa. Belum puas lagi ni makan. Sebab laksa bila makan sekejap je kenyang lepas tu lapar balik.

Bagi aku yang hantu laksa ni, memang tak jemu la makan laksa sehari 5,6 kali. Bangun pagi2 pun sarapan aku laksa. Memang hantu betoi la kalau macam tu kan. Huhu

Mungkin sebab tu jugak aku agak malas nak hapdet blog. Takda rasa tengok blog, baik hadap laksa je. Weekend kali ni pun lain sikit, banyak masa aku habiskan kat dapur. Buat pengat pisang la, cekodok la, puding karamel la. Hasilnya, perut membuncit dengan cepat. Tapi takpa, aku kan tiap2 minggu ada kelas aerobik. Nanti surut la tu. Hehe

Okelah, nak sambung keja kat dapur tengah rebus laksa. Dah siap nanti aku nak tayang laksa tu kat sini pulak. :P


#Korang rasa tajuk apa yang sesuai??

1.3.12

Sapa yang sudi nak tolong ni? tolong! tolong!


Aku tengah ada masalah ni... masalah besaq la jugak bagi aku tapi taktau cemana nak cerita bagi hampa paham supaya hampa boleh tulun aku selesaikan masalah ni. Dah seminggu masalah ni berlarutan. Aku pulak tak reti nak godek2 menatam ni. Tapi bila lama sangat tak oke, aku rasa perlu mintak bantuan la dengan hampa yang pakar dalam matematik ni kan! Matematik?? Ishh, konpius gak aku. Hrmm..takpalah.

Apadia la gamaknya tu noh!  Try tengok gambaq bawah ni yang aku printscreen ni. Pasai pa tiap kali aku nak ping entry kat facebook dia keluaq macam ni ha?? Keluaq link saja? 




Maksud aku dia takmau keluaq macam ni. Hat ni dia keluaq elok ja, gambaq pa semua ada, tajuk pun ada.  Nampak comey ja kan? Huhu



Bila aku nak gunakan khidmat Send Button ni, dia keluaq macam ni pulak?? Adoii penin kepala ceq ni. 




Ada ka sapa2 yang reti? yang pandai? yang tau? yang hang kata hang tera? tapi yang penting sekalinya..yang sudi la. Aku bertanya pada yang sudi.... :P

#Mekasih naa!