29.4.12

Cuainya aku!


Dua tiga hari ni macam takda mood jelah nak tengok blog. Bila buka je, boring. Bila tak buka pun boring jugak. Dah tak tau nak buat apa dah. Cuti pun terperap kat rumah je. Kalau nak keluar jalan-jalan pun kena tunggu malam...sebab malam je suami aku takda kerja dah nak buat. Cari rezeki kan...gitulah kekdahnya dari dulu sampai sekarang. 

Lepas seharian dok terperap kat rumah, semalam suami aku ajak makan kat luar dan tengok wayang. Ralatnya aku rasa sampai sekarang sebab kecuaian aku sendiri. Pukul 11 beli tiket Battleship walopun tayangan lambat lagi.. jam 1245am. Dah itu je masa yang ada untuk Battleship. Memandangkan semua kedai dah tutup masa tu, suami aku nak main game dulu sementara dok menunggu tu kan..lambat lagi. Masa dok tunggu dia main game tulah tangan aku gatal sangat keluarkan tiket wayang tu dari poket tepi/luar handbag aku. Tiket parking dengan henpon pun ada sekali dalam tu. 


Dah boring taktau nak buat apa, aku tangkap-tangkap lah gambar tiket tu...biasalah blogger kan, nak aje tepek dalam blog kononnya. Dan memang pun hanya tiket je aku dapat tepek kat sini. Nak review pasal battleship memang tak dapatlah sebab aku tak tengok pun cerita tu. Sebabnya? Tiket tu terjatuh tanpa aku sedar kemudian lesap terus! 

Yang aku ingat, lepas aku keluarkan tiket tu aku tak masukkan balik dalam beg. Kemungkinan masa suami ajak pi toilet tu aku terus bangun, tak ingat langsung pasal tiket yang aku letak atas riba tu. Aku perasan pun masa kat dalam kereta, masa tu suami nak ambik eye mo kat kereta. Aku ajak dia lepak dalam kereta dulu sebab ada sejam lagi. Dah jemu aku dok kat atas tu. Sambil2 tu aku buka zip nak ambik henpon, baru perasan tiket wayang tu takdak..yang ada tiket parking je.

Bila naik atas, cari kat tempat suami aku main game tadi..memang takda dah la. Terus balik rumah dan tidoqqq!

#Sian kat suami aku..Huuuu


Makan apa hari ni?


Bila hari minggu je, mesti ada masalah nak buat pilihan pasal 'masak dan makan' ni. Masalahnya yang taktau nak masak apa, taktau nak makan apa. Macam la hari-hari dok masak sangat kan? Sampai dah taktau nak masak apa. Hehe. Kalau suami aku, ayam masak kicap hari-hari pun dia boleh hadap tapi aku kalau lauk tu je memang kurus la aku... nak makan pun tak lalu. Suami aku kalau masak kari, masak lemak, asam pedas tu dia kureng sikit nak makan, kadang kalau aku masak kari ke masak lemak ke aku sorang jelah makan sampai ke malam kadang bawak ke esoknya baru habis. Itu yang buat aku malas nak berkari, berlemak sangat walaupun aku suka. 

Hari ni teringin nak makan lauk ala-ala makan nasi minyak kat rumah kenduri. Pulak! Tapi menu yang aku pilih simple je...ayam masak merah dengan acar timun. Cukup dah 2 jenis tu. Nak makan pun sekali je, malam tak makan dah menu yang sama. Dah tabiat sejak mula.

Acar Timun
Ayam Masak Merah

#Menu apa korang lunch tadi?



28.4.12

Untuk



Awal mula pertama mula untuk hujung minggu ni, nak ucapkan terima kasih kepada Nuffnang yang sangat murah hati dan murah jugak rezeki aku sebab hanya dalam masa tak sampai pun 2 bulan, aku dapat 6 Buffered Earnings. Terima kasih  bebanyak. Tapi takmo cash out lagi, nak himpun banyak-banyak. Sekarang ni 2 BE baru tengah running Cadbury CDM Share the Happiness Phase 1 dengan DiGi Broadband Internet. Honda Hybrid Launch paling lama melekat kat blog, sebulan cukup. Dah pun bertukar jadi Metered Earning dengan jumlah yang WoW! kira terbaik la selama aku dengan Nuffnang ni. :)

Kadang tak faham jugak aku dengan Nuffnang nih. Sejujurnya, traffic yang aku dapat setiap hari bawah 100 unique visitors je. Kadang ada jugak la lebih sikit dari tu. Pageview sehari pun tak pernah lebih dari 200. Tapi takapalah, ini namanya kot rezeki. Walopun traffic yang aku dapat tak beriban tapi syukurlah dengan apa yang dapat setakat ni. Lebih baik dapat sikit dari tak dapat langsung kan?


27.4.12

Aku ada masalah!


Sejak aku ada blog ni aku perasan yang aku ada satu masalah. Masalah yang sama. Masalah yang satu dan masalahnya ialah...cepat CEMUIH dengan rupa blog aku. Tengah dok pikir-pikir ni nak tukar template lagilah. Entah yang ke berapa puluh kali pon aku tak ingat dah. Heeeee..

Jangan tukar jadual tidur


Ramai orang yang mengeluh kerana tidak cukup mendapat masa tidur yang cukup. Padahal mereka tidak mengamalkan waktu tidur dan bangun pagi yang tetap (pada masa yang sama akan melatih diri).

Jika mampu mengekalkan jadual tidur yang tetap untuk beberapa minggu, diri kita akan dilatih untuk tidur dengan cepat dan rasa segar bila bangun tidur.

Jangan tidur dan bangun lambat pada hujung minggu. Tubuh kita terpaksa mengubah jadual tidur pada perbezaan satu atau dua jam sehari.

Sebagai contoh, jika kita biasa bangun 6.00 pagi setiap hari, tetapi hujung minggu kita bangun 8.30 pagi. Tubuh kita akan memerlukan beberapa hari untuk menukar semula 'waktu bangun dan tidur'.

Maka kita akan merasakan kekurangan tidur sehingga hari Rabu dan Khamis. 
- Dr Zubaidi Hj Ahmad-


# Owh, patutlah...hari isnin je liat kemain nak bangun!

26.4.12

Tong Sampah Encik Fakur


Jom berkenalan dengan Tong Sampah kepunyaan Encik Fakur. Terbaikk punya. Konpem tak menyesal kalau follow blog ni. Entry-entry beliau semuanya segar dari ladang. Tak caya? 
Ce masuk dulu baru tau kot... :)

#Blogger otai jugak nih. 


25.4.12

Wordless Wednesday: Penghujung Mei!



InsyaALLAH ;)


24.4.12

Kepada kawan-kawan yang sudi, silalah....

Add saya dalam kalangan g+ korang. Tapi janganlah tekan kat gambar atas ni, takkan ada punya linklink yang akan keluar sebab aku memang jenis yang tak reti nak melink'kan gambar tau. Nuuuu cuba jeling tengok kat sidebar belah kanan tu...yang atas tu haa, itu tempatnya untuk korang menekan untuk add aku. Bulih? Ala...free la. Tak rugi pun, boleh tambah kawan jugak. Hehe... Bolehlah kita bercitcat nanti. Pagi-pagi tadi dah bersembang riuh dengan Yana kat gugelplas tu. Seronokk rupanya..kan yana. 

#Facebook? dah cemuih...buka sekali sekala je. Tu pun sebab nak baca mesej dari peminat semata. *perasan tak? sukatilah kan.. Haha. Eh, twitter pun ada.. tuudiaa kat bawah sekali nuuu, tekan tau! :P


23.4.12

Segelas Susu



Kalau cik abam ada kat rumah, confirm tiap-tiap malam kena minum susu. Susu tepung. Paling aku tak suka pulak tu. Atas sebab-sebab tertentu dia suruh jugak aku minum dan selalunya dia sendiri akan bancuh susu tu. Kalau harap aku bancuh sendiri memang taklahhh. 

Tapi malam ni laju je aku habiskan segelas susu tu. Hairan dia. Memanglah cepat habis...sebab aku tengah selsema teruk, makan pun tak rasa apa, hidung tak dapat bau dan MULUT PAYAU. Huhu.

#Kan bagus kalau time nak kena minum susu je mulut tetiba jadi payau. Otometik. Keh3



Cuma nak ingatkan..


Lima pantang dalam hidup, jangan lakukan:
  • Perkara yang sia-sia
  • Mengeluh
  • Menjadi beban
  • Khianat
  • Kotor hati

#Ketika ini aku sedang bertarung dengan selsema yang sangat teruk sehingga sukar untuk bernafas. Sangat tersiksa rasanya...makan pun sampai tercungap-cungap, letih. Suara pun dah kedengaran sengau. Oleh itu, jaga kesihatan yaww. Musim demam kot la ni~peace!!


22.4.12

Funny Quotes #3





21.4.12

Ais Krim Vanilla...apa kaitannya?

Serasa aku macam baru sangat je lepas demam kan? Korang ingat tak? Awal bulan baru ni kan?? Kemarin aku demam lagi tau...demam cara mengejut!! Gara-gara semburan virus yang di sengajakan oleh cik abam.. edisi dengki sakit! Dia kalo nak batuk jenis suka tala muka kat aku. Itulah namanya dengki sakit. Virus tu apalagi..cepat je merebak ke dalam badan aku ni. Dah 2, 3 hari dia demam...tiap-tiap hari dia buat camtu kat aku. Bila aku marah dia cakap..biarlah, nanti sama-sama sakit. Pulak! Kalo aku demam buat camtu kat dia..kemain marah lagi. 

Tapi aku rasa, demam hasil jangkitan ni lagi teruk tau. Itu yang aku rasa la...entah fakta ke auta aku tak pastilah. Badan panas, garing gila semalam...kalo pecahkan teloq kat atas tapak tangan aku boleh jadi telor mato kobau aku rasa. Pukul 9, aku bangun mandi sebab badan panas sangat kan...lepas mandi aku rasa macam bahang panas tu keluar ikut telinga. Sebab aku rasa panas sangat kat telinga belah kiri. Macam nak tarik telinga pi rendam dalam ayaq je. Ini kisah benar weh. Tak tipu munyerrr.

Hari ni alhamdulillah dah kebah lepas telan 5 jenis ubat malam dan pagi tadi. Tapi selsema dengan sakit tekak belum pulih. Suara aku dah ala-ala Ramli Sarip bila menyanyi. Eh!, aku rasa nak berkarok lagu Ramli Sarip la japgi..untung2 keluar sebijik suara cam Ramli Sarip kan?? Heh3...overrr. Kat tekak aku ni sakitnyaaalah sampai tertelan air liur pun boleh tersedak tahu? Lepas tu rasa macam ada ulser la kat celah gigi geraham ni. Anak tekak pun ada gatai2 jugak. Hai macam2 lah. Dulu aku pernah baca kat blog fara, Pok Amai Amai katanya... ais krim vanilla boleh sembuhkan ulser. Pastu google pasal ais krim vanilla....katanya selsema pun boleh lega dengan hanya memakan eskrem vanilla? Huiii, dasat nih. Jadinya, petang tadi keluar pi kedai beli vanilla eksrem. Selesai 2 mangkuk aku balun eskrem tu. Kita tunggu esok apa hasilnya ye. Hehe.

#Ke...eskrem vanilla tu hanya sesuai untuk ubat kanak-kanak je?? XD


20.4.12

Kemestian itu hanyalah...hihihi


Semalam entry kemain lagi berjiwang karat. Nak buat ayat konon ala-ala misteri tapi tak sedar yang diri tu bukanlah hebakk sangat pun menulis. Ayat pun berterabur..main taram je. Heh3

Ekceli, hari ni mood dah kembali stabil... dah boleh berhuha huhi dah. Tapi itulah kan, bila hati dah mula resah, banyak berfikir dan kebetulan plak cik abam keja malam kena dok sorang-sorang kat rumah maka hasilnya adalah seperti entry semalam lah. Terlebih emo..hikhik.

Sebenarnya bukanlah serius sangat pun hal ni, cumanya awal bulan Jun nanti aku kena hadir kursus kat Bentong selama 2 bulan je pun. Tapi bila dok pikir pasal cik abam cayang tu yang buat aku shayuuuu sangat.... sedih nak tinggalkan dia sorang-sorang kat rumah. Mana dengan makan minum dia sapa nak uruskan, bini takdak. Yelah, sejak kawen dulu mana aku pernah berpisah dengan dia. Tokleh nok berengge... dah tu guano nyo nak tinggal laki? Memanglah dia dah besar panjang boleh jaga diri boleh uruskan diri semua tapi diri kita ni yang dekat dengan dia sokmo, kita tahulah dia cemana kan pahtu tetiba nak kena berjauhan pulak sekejapppp. Susah woo nak lepasss.

Tapi lain pulak bagi cik abam, dia tak kesah pong. ceh!! Awal lagi kot tapi siap pesan2 dah..study betol2, bawak balik result gempaq, best student kalo mampu. Huyoh!! Sebab aku banyakkk ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan skot2 aku yang lain sebab aliran kerja aku sekarang tak sama dengan tred kerja asal aku. Cool punya laki, support kerja bini. Tu aku sayam nak tinggal dia. Huhu. Itu baru nak kena tinggal laki, yang nak kena tinggal anak-anak tu lagilah kan....dok rindu memanje ke anok. Study pun tak masuk otak. Ce pikir ce pikir... mestilah sedih kan? Huhu

Dan sebab tu jugaklah aku kena hold dulu usaha nak hamil tu...bila aku pikir punya pikir punya pikir masa nak tido semalam, rasanya lebih baik aku habiskan dulu kursus kerjaya ni kan. Bukan lama pun 2 bulan je. Dahlah nak lekat nama untuk kursus ni punyalah susah tetiba dah tercalon takkan nak tolak pulak kan. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong bercicirangggg pulak! Betoi dak? Sapa setuju tolong angkatkan tangan saya!

Biasalah awal-awal ni, itu belum jumpa lagi dengan skot2 aku yang dah bertahun-tahun tak jumpa, time kursus jelah boleh satukan balik skuad siri 11/2002, boleh buat reunion kot! muahaha..best jugak!

#Belum pegi, belum tahu suasananya...haha!


19.4.12

Sayu sayang


Dari asar bawa ke maghrib tadi, hati ni rasa sayuuu sangat. Bertambah-tambah sayu bila tangan ni ditadahkan memohon doa kepada Allah Yang Esa. Sedar-sedar air mata pun jatuh. Tak tahulah kenapa aku mesti ada rasa macam tu. ;(

Dilema.

Aku tak suka ditinggalkan dan aku juga tak suka nak meninggalkan sesuatu yang aku sayang. Walaupun dijarakkan dengan tempoh masa yang singkat. 2 bulan bukan lama. Itu baru satu.

Yang kedua. Terpaksa buat pilihan antara keinginan dan kemestian. Kalau kehendak dan keperluan lagi mudah nak buat pilihan dari terpaksa memilih antara keinginan dan kemestian.

Keinginan yang dah lama aku nantikan bersama suami, dengan segala usaha dan ikhtiar dan sekarang terpaksa tarik hand break untuk bagi laluan kepada kemestian.


#Nantilah aku cerita apa sebenarnya, rasa tak boleh pulak nak teruskan dengan mood yang macam ni... aku lebih suka dengan mood ceria ketika bercerita. Sorry kawans ;(


Sapa punya kerja ni? baik mengaku cepat!!



Sebenarnya nak cari bilik tidur sapa ni? Aku ke? Kalau retis rasa takda lagi nama Niza kot. Macam-macam aihh depa ni noh? Sampai ke bilik tidur pun nak cari.. Hehe. Agak-agak ada ke yang nak mengaku nih? 

18.4.12

Hamba apakah aku?


Azan sedang berkumandang. 

"Ah...jap lagilah solat. Nak abeskan baca facebook dulu". 

Bebola mataku yang sebelum ini berwarna tahi cicak, hitam putih beransur-ansur bertukar menjadi bebola api. Merahnya begitu menyengat. 

"Aduhhhhh...Sakitnya mata. Lenguhnya tengkuk. Lah...patutlah dah kul 4 petang. Tak sedar plak dah lama main facebook".

Dan aku pun menunaikan solat Zohor tanpa nafsu sebagai hamba. Sekadar tonggang tonggek dan memberi salam kiri kanan. Bagai kilat menyambar begitulah kepantasan aku solat dengan doa yang paling pendek. Kadang-kadang tak doa pun.

Aku minta apa dalam doa pun aku tak tahu. Cuma mulut aku terkumat kamit membaca karangan Bahasa Arab. Jasadku di atas sejadah. Roh, jiwa dan fikiranku terbang menggapai langit-langit yang indah. "Oh! Ada awek cun add aku tadi. Jap lagi nak usha facebook dialah". 

Semangatnya aku.

Aku ulangi tabiat yang sangat baik ini setiap hari. Berjam-jam lamanya aku di dunia internet. Macam-macam yang aku layari. Orang kata nak jelajah dunia kena belayar di laut. Aku jelajah dunia dengan belayar di internet.

Aku puas.                                                                                                                            




17.4.12

Tunai tanggungjawab..kah?

Alhamdulillahhh, rasa legalah sangat bila dapat balas komeng-komeng kat entri sebelum ni, jalan-jalan kat blog kawan-kawan semua  dan dapat komen sekaliguih. Rasa tertunai dah tanggungjawab tu. Kalau tak balas jejak tu rasa macam bersalah je. ye dop? Yelah, 2, 3 hari ni rasa macam sebok sangat sampai takdan nak pi jengok blog kawan semua kan. Apa yang sebok sangat pun taktaulah aku... so peliks. :B

Hari ni dah kebetulan pulak aku cuti, barulah ada masa untuk blog ni. Kat opis sekarang, dah tak boleh nak ber'online sangat dah time kerja... bukan kena komplen ke apa tapi sekarang kan aku dah ada pembantu jadi taknaklah tunjuk contoh tak baik tu..nanti dia terikut2 pulak cara aku. Susah nak ngajor bebudak sekarang ni..tambah-tambah budak baru, keras kepala susah nak tegur, bila suruh photostate surat pun tarik muka. Dah orang baru kan, servis pun setahun jagung orang kata dah pandai melawan cakap dah. Kena lah sopan sikit, dengar cakap. Ini takk, nak ikut cara orang lama...mana bolehhhh. Haihhhh.

Jadi masa mananya nak online time keja? Haaa..kenalah tunggu time rehat, masa dia keluar pi makan. Aku biasalahhh, malas nak keluar tengahari...panas, kirim jelah. Haha. Gigih tak aku? Nak tunjuk contoh yang baiklah kononnya tu.. padahal diri sendiri pun tak betul. Haha! Eh, dah melalut kelain plak dah.

Lupalah nak cakap terima kasih kata Yana sebab post hadiah untuk harijadi bulan lepas. Ada jugak blogger baik hati macam prettywriter ni...Terima kasih sekali lagi Yana, hari tu pun dah sms kat yana ucap terima kasih. Banyak-banyak kali ucap terima kasih pun takpa kan....jauh tu dari Kelatam sana mari. :D

Terima kasih jugak kat cik abam sebab bagi hadiah yang ke2 ni. Weeeeehuu! seronok. Love it!



Powder Datse Lollen vs Telur Ayam Kampung

Hari ni aku ambik cuti satu hari, ada hal yang nak diuruskan di pejabat Imigresen Seberang Jaya. Tapi aku bukan nak bercerita pasal apa dan kenapa aku nak kesana. Moh, baca terus perenggan di bawah ni.

Mentua aku ada belikan satu jenis serbuk yang bertajuk(?) 'powder datse lollen' tapi aku tak faham maksudnya sebab yang lain semuanya di tulis dalam bahasa arab. Mentua aku beli masa kat Mekah bulan lepas. Menurut kata mama, serbuk tu perlu di makan bersama telur ayam kampung (mentah) dan juga madu! Fungsi dia? untuk mudah hamil kot.

Mendengarkan telur ayam kampung je aku terus 'eeyekkk' tapi bukan depan mentua akulah. Biadap kot. Dah lama aku simpan je powder datse lollen tu. Takda nafsu nak makan pun. Tapi pagi tadi, aku terasa nak cuba memandangkan aku baru turunkan bendera merah. Hehe. Mama kata elok makan waktu-waktu gini.

Mama kata lagi, kalau dah lalu jugak nak telan telur ayam kampung mentah-mentah tu...rendam sekejap telur tu dalam air panas. Biar dia masak separuh. Jadi, aku pun buatlah..sebijik untuk aku, sebijik untuk abam. Aku pecahkan telur tu dalam mangkuk kecil, pastu masukkan sedikit serbuk powder datse lollen dan satu sudu teh madu! 

Suami aku kalau telur rebus separuh masak tu memang santapan dia lah pagi-pagi tapi bila kena kat telur ayam kampung ni aku tengok muka dia macam geli-geli je bila nak telan telur tu. Aku suruh jugak dia telan dulu...sebab nak tau apa rasa dia. Lepas telan tu aku tanya dia..'sedap dak?' Tapi dia tak jawab, menonong je jalan pi kat ruang tamu. Tiba giliran aku nak minum, dia pesan jangan hidu2 jangan bau2 telur tu telan terus je. Alamak! kalau dah cakap camtu memang tak sedap la.

Tapi serius cakap, masa aku nak telan telur tu rasa geli, takut, ketaq2 pun ada. Macam la kena paksa telan racun, kan. Sampai macam tu sekali takutnya kat telur ayam kampung. Hehe.

Aku picit hidung kejap2, bismillah dan niat dalam hati kemudian terus tuang dalam mulut. Ya Allah, rasa hanyirnya kat tekak ni, terus telan air oren yang memang dah stand by kat sebelah. Lepas tu mula dah uwekk.. uwekk. Suami aku berlari ke dapur tanya aku muntah ke? Tapi aku tahan tak muntah pun, cuma geli rasa hanyir kat tekak tu je. Seminggu 2x tau kena makan telur tu. Harap-harap berbaloi lah ye. Doakan ;)


Okelah, nak bersiap-siap pulak nak keluar pi kedai gambar. Jumpa lagi :D


14.4.12

Kerana AMNI


Sebulan lebih tak balik jenguk budak Amni... buat aku rasa rindu sangat-sangat kat dia sampai termimpi-mimpilah. Dari minggu lepas nak balik kampung tapi tak sempat. Jadi, pagi tadi bergegas balik kampung lepas suami pi kerja. Sejam lepas tu sampai kat Jeniang singgah rumah kakak aku dulu, dah tak sabar nak tengok Amni walopun kakak bagitahu dia pun nak balik kampung jugak tapi lewat sikit, tengahari. Terkejut tengok Amni sebab muka dia dah berubah, grrrr...geram! Dah lain muka dia, makin comels lorh! Mata tu.. mata dia, macam nak cungkil je kalo boleh. Haha. Rambut pun dah panjang...saja mak dia tak gunting, nak simpan sampai panjang. 

#Nak anak camni jugak. Heeeeee :P


12.4.12

Aku pun cemas jugop walopun tak rasa gegaran tu kemarin

Petang kemarin masa orang tengah heboh pasal ayaq akuarium berkocak, komputer bergerak, dapoq gas berjalan... aku tengah tidoq time tu. Pukul 5 kawan aku yang tengah dok bersoping kat Queensbay Mall sms tanya aku `kat Kulim ada gegaran tak?' Sebelum tidoq aku dah tengok berita kat TV3 pasal gempa bumi kat Acheh tu. Eh, ini kalau tanya pasal gegaran mesti kat Penang kena punya nih. Cepat-cepat on facebook, tudiaaa melambak2 orang post pasal gempa bumi. 

Dalam kepala otak aku, masa tu hanya pikir....'esok cemana nakpi keja ni? ke takyah pi keja eh? Kalau jadi pi keja, nak lalu ikut jambatan ke nak naik feri?' Yelah, sapa tak bimbang oii...kat blog pun orang dok pakat post pasal 'tsunami dijangka akan melanda Georgtown pukul 9.11pm'. Ingat tak gerun ke bila baca macam tu, tambah2 nakpi keja nak kena menyeberang laut plok. Fuh, ajegila ahh kome... kalau tetiba ombak besar datang rempuh jambatan p.pinang tu, cemana? Jangan ingat aku melawak dengan benda-benda gini pulak tapi itulah yang aku pikir selalu. Lagi-lagi masa tersangkut jem kat atas jambatan tu. Kadang-kadang aku tengok laut tu dan mulalah aku pikir bukan-bukan...'kalaulah tiba-tiba jambatan ni runtuh...' dan 'kalaulah tiba-tiba ombak besar....' Huiiiii..takut! Istighfar terus sepanjang atas jambatan tu tahu?

Mujur lepas tu diorang umum pasal amaran tsunami ditarik balik. Lena aku tidoq tapi yang kalutnya pagi tadi, terjaga je dari tidoq aku terus gagau bawah bantal cari remote tv. Buka tv, nak tengok kot2 ada berita pasal gempa bumi lagi ke tak... kalau 'ada apa-apa' aku ingat nak sambung je tidoq kejap 5 minit ;P. Sebelum pi keja tadi aku siap mintak maaf, mintak ampun dari rambut sampai ujung kaki, mintak halal makan minum siappp kat suami aku. Naik risau laki aku, yelah sebelum ni cium pipi cium tangan je. Hehe. Sebagai persiapan, takut apa-apa jadi kat aku tengah jalan. kan.

Tadi ada lagi kan gempa bumi kat Acheh, kali ni ada yang terkorban. ;( Jangan kita putus doa, teruskan.. mohon dijauhkan dari malapetaka, bencana dan seumpamanya. Sebelum tu, meh baca "Tidak Semua Musibah Beerti Kemurkaan". Wallahua'lam...sekadar berkongsi.


11.4.12

Apa nak buat dengan orang yang bencikan kita?


Rakan saya bertanya, " Bagaimana nak buat bila ada org benci dengan kita. Memaki hamun dan menunjukkan perangai yang buruk. Apa yang perlu kita buat?"

Jawapan saya begini, "Rasulullah SAW yang berakhlak mulia dan membawa wahyu juga dibenci oleh Abu Jahal dan Abu Lahab. Pelbagai caci maki, penyiksaan dan cercaan yang diterima oleh baginda."

"Jadi kita lihatlah siapa yg membenci kita. Spesis Abu Lahab ke atau spesis Abu Jahal. Kalau spesis mcm ini, biarkan saja. Ambil saja kebaikan dari kritikannya. Dan maafkan atas kebodoham dia. Jangan ada rasa geram dan dengki di hati kita. Semoga dia diberikan hidayah"

"Rasulullah SAW pun tidak melawan caci maki orang2 mcm ini. Baginda memaafkan saja" 

"Dalam hidup kita mesti ada org yg suka dan benci, mesti ada orang yang dengki, iri hati dan ada yang ikhlas membantu kita. Perlukah kita risau semua itu?"

"Sedangkan Rasulullah SAW yang sempurna juga dibenci dan dimaki, jadi apa yang hendak dirisau caci maki org seperti itu."

"Kebencian dan dengki adalah penyakit hati yang akan merosakkan fizikal. Jadi kalau kita simpan rasa dengki dan benci diri kita yang rosak"

Wallahu a'lam. -Dr Zubaidi Hj Ahmad-



Funny Quotes #2



Funny Quotes #1

Anggota Wanita MALCOY 7 Pemain Terbaik Keseluruhan Perlawanan Ping Pong UNIFIL



TAHNIAH..... Komander MALCOY 7 UNIFIL, Lt Kol Hassim Mat menyampaikan sumbangan hadiah dan sijil kepada Juara Perseorangan Ping Pong yang juga Pemain Terbaik Keseluruhan, Koperal (U) Norlia Rasali setelah mengalahkan pemain dari Negara China dan Naib Johan Bergu Lelaki, Lans Koperal John Asok dan Laskar Kelas 1 Clarence Wee setelah dikalahkan oleh pemain dari Ghana semasa Pertandingan Ping Pong UNIFIL di MALBATT 4, Kem Tibnin. Pertandingan diadakan dari 4 hingga 6 April 2012 turut melibatkan pemain – pemain UNIFIL dari Negara China, Indonesia, India, Nepal, Ireland, dan staf awam UNIFIL. 


Bahan


Boleh kata hampir 2 tahun aku tak join PT (Physical Training) kat kem. Sebab dulu aku sorang je yang kena jaga boss, mana sempat nak turun PT dengan diorang semua. Tapi sekarang ni aku dah ada junior yang sama-sama membantu tugasan di pejabat. Boleh gilir-gilir. Jadi, aku ambik peluang tu untuk join semua aktiviti yang ada.

Pagi tadi, semangat bangun awal sebab nak PT. Jadi, hari ni kena keluar awal sikit sebab jam 0715 dah kena baris. Lepas solat subuh aku pun keluar. Sampai kem dekat2 pukul 7 dah. Tapi cuaca agak mendung, macam nak hujan. Elok-elok je nak masuk baris, hujan turun rintik-rintik dan tak lama lepas tu bederummmmm air hujan mencurah-curah. Semua pakat lari masuk kat garaj nak berteduh. Lepas tu, aku dengar ada satu suara lelaki sebut nama aku, dia kata..."ooh, patutlah hujan... Niza masuk PT laa hari ni". Lepas tu semua orang gelak. Dari seorang cakap hingga ke senior rank dan sampai ke officer dok perli-perli aku. 

Yelah, dah lama tak masuk PT tetiba pagi ni aku muncul kat celah-celah diorang, apalagi kena bahan la tadi. Kononnya, disebabkan aku masuk PT hari ni terus hujan tak jadi PT. Hujan rahmat tuh! Hehe

#Padahal diorang suka tu aku masuk, saja je nak melawak. Haha.


10.4.12

Pagi-pagi telinga dah panas oiii.. apa cer?


Ada orang cuba komen pasal 'blog', padahal dia sendiri 'tak ada' blog dan tak reti pun nak buat blog. Dan apa yang menyakitkan hati... kata-kata tu seolah-olah dilemparkan kepada aku. Sebab dia tahu aku ada blog dan aku pernah promot blog aku kat dia. Dah katanya 'kawan' kan mestilah aku akan cerita apa je dengan 'kawan' tersebut, termasuklah blog aku yang sebelum ni memang aku rahsiakan dari pengetahuan kawan-kawan. Bila agak lama dan aku rasa ada sedikit keyakinan untuk mengexposekan blog aku, maka aku cuba menghebahkan blog aku secara perlahan-lahan kepada kawan-kawan terdekat. 

Tapi akhirnya malang bagi aku bila ayat ni keluar dari mulut dia.... "ada blog tu, cerita ntah apa-apa..mengarut je lebih" telinga aku tiba-tiba panas! Sebab aku tahu dia bukan jenis mengadap internet 24jam macam aku. Hanya s e k a l i s e k a l a, tu pun harapkan internet kat opis. Jadi manalah ada masa sangat nak meneroka blog-blog yang beratus ribu kot ada sekarang ni. 

Bila dah kedengarannya seperti menyindir, maka aku dengan lantang menjawab... "blog ni macam jenis ada, blog personal, travel, photoghrapy, masakan, resepi. Kalau blog personal, memanglah macam-macam penulis ni akan tulis. Terpulanglah kat penulis tu nak tulis tentang apa pun, personal kan?" Cuba melembutkan nada tapi sebenarnya aku tegas untuk membuatkan dia paham dengan kata-kata aku. 

Ye, aku tahu...blog aku ni cacamarba, macam-macam aku tulis memang yang mengarut je banyak. Tapi, ini personal blog kan? Terpulang kat aku lah. Aku nak tulis pasal aku sarapan dengan megi ke, masak laksa ke, pi pasar malam beli teloq ke... dah aku suka nak tulis macam tu. Kalau hang tak suka, takyah baca lah. (Ambikkkk)

Semuanya gara-gara, dia tanya aku.. pernah baca tak blog honeykoyuki? Aku pun jawab lah...apa tak pernah plak.. kalau dah terlibat dengan dunia blog ni dah tentulah akan kenal dengan blogger femes macam tu, siap masuk paper, majalah. Jadi, dia pun komenlah pasal blog Fatin Liyana tu...entri bagus, cerita tak mengarut, cerita pasal travel, orang berpelajaran, bakal doktor, siap menang anugerah lagi...bla3 dan last keluarlah ayat yang buat aku panas telinga tadi. Itupun dia tahu kewujudan blog Fatin Liyana sebab terbaca dalam surat khabar minggu lepas... kalau tak masuk surat kobar tu gamaknya memang dia taktau pun yang Fatin Liyana tu selebriti alam maya yang sangat femes. Memang aku pun tahu yang Fatin Liyana tu penulis yang bagus, idea mantap, tak mengarut sangat apa semua tapi kalau hang sendiri tak ada blog takyah la komen-komen blog aku macam tu. Cuba support kawan sama. Tak patut la dia nih.

Itu belum keluar lagi pasal Hanis Zalikha, Ben Ashaari, Lyssa Faizureen, Maria Elena dan lain-lain blogger yang femes kat sotkabar, kalau tidak mahu berbakul blog Niza Romli kena sindir dengan dia. Maaf ya kalau tak tersebut nama korang..ramai lagi blog kawan-kawan yang pemes nih. 

Disebabkan telinga aku panas dan tak hilang lagi panas ni... maka terhasillah entri ni dengan serta merta. Kalau koranglah kan... apa reaksi korang? Berdesing tak telinga? ke korang biasa-biasa je layan cakap dia?


Ingatlah kawan!



Keindahan hidup dapat kita rasakan apabila kita lebih banyak memberi daripada menerima. Dalam usaha mengasihi sesama manusia, ketulusan dan keikhlasan dalam memberi nampaknya mempunyai makna yang lebih besar. Kadang-kadang tindakan memberi yang terbaik kepada orang lain merugikan diri sendiri, namun kebahagiaan yang diperoleh daripada pemberian inilah yang tidak ternilai harganya ;)



8.4.12

Funny Quotes #1



#Semorang tengok ABPBH kot? Post entry kang takdak plak yang nak layan kan. Jadi, layan quotes jelah.  (alasan) Hehe.

Akibat terpengaruh dengan iklan ni...



Kulit muka dah timbul bijik2 merah terutama kat dahi dan tulang pipi. Arghhh, sensitif betul kulit dengan produk2 gini. Rasanya baru seminggu pakai, itupun pakai masa kat tempat kerja je....pakai lepas solat, sehari sekali. Dah tahu tak sesuai tapi gatai jugak nak try sebab murah... sudahnya? #Tanggung sendiri

#Itulah, curang sangat dengan Maxi-Peel! (pon murah jugak :P)

7.4.12

Mee Rebushhh




Ini mee rebus edisi lapaq@teringin secara tiba-tiba saja. Maka, tanpa berlengah dipaksanya cik abam pi kedai beli bahan-bahan. Mujoq kedai tak tutup lagi. Kalau tidak, meleleh lah ayaq lioq anak kat dalam...anak tekakkk. Hehe. Nak cuba? Ini resepi mee rebus haji wahid nih...jangan taktau! Tapi haji wahid mana aku pun tak kenai. Tapi namanya macam femes je pun. Aku dapat resepi tu dari Ceria Resipi. Apalagi..bolehlah mencobanya!

6.4.12

Maafkan hamba!



google

Bagus. Ada gak masa nak update blog. Biasa la time orang solat jumaat kan... masa rehatnya panjang gitu.  Tapiii....puaih dah dok mikir dari tadinyo. Idea takmo kuar la plok!!  



Deng!!

4.4.12

Alamak kecohhnyaaa!


Kabare kawan-kawan? Rasa agak lama tak hapdet. Demam, alhamdulillah dah oke. Tekanan darah kemarin dah turun, hari ni dia naik balik pulak dahhh. Tapi takpa, itu semua bisa di atur. Terkejut baca komen, hal kecik je pong.. kecoh je kan?   Wuuuuuu...

Tapi, sekarang tengah sebok uruskan hal rumahtangga dan kerja. Itu lebih pentingkan? Sampai takda masa dah nak hapdet tetiap hari macam dulu. Minggu ni sangat kelam kabut dengan persiapan untuk acara penting. Eceh, padahal baru je masuk keja hari ni. Apapun, haruslah utamakan yang lebih utama dulu kan? Blog kemudianlah.. Insyaallah, minggu depan kembali stabil seperti sedia kaluu.

Eh, rancak pulak bercerita hal sendiri. Ada ke yang kesahkannyaaaaa??? Takda pong kan? Sekali lagi...kecohh je lebih!! Ahaksss. 


#Yana, Shila akak oke la...takda apapun. Mekacihhhh :D

2.4.12

Demam dan Tekanan Darah


Seharian aku dok kat RSAT (baca; Rumah Sakit AT) je hari ni. Ingat nak pi buat TATADEMMOT je sebab dah nak mammp...mati! 2 minggu lepas dah pi buat blood test. Tinggal nak jumpa doctor jelah. Sampai je kat sana, tengok orang punyalah ramai, sampai penuh tempat duduk. Tunggu jugaklah, dari jam 0930 sampai 1100. Elok sampai turn aku nak jumpa doc, tetiba staf tu panggil aku dia mintak maaf sebab tak perasan dekat buku laporan aku yang X-ray pun dah expired jugak. Adoi, cuai betul. Kenapa tak check bebetul. Kan dah buang masa aku dok berejam kat situ. Tapi aku tak marah lah dia sebab harini orang ramai betol, pening gamaknya. Dia suruh aku pi buat x-ray dulu, 1430H nanti baru datang balik. Aku pun teruslah pegi kat Klinik Kesihatan Bayan Lepas. Sekejap je pun x-ray nya. Servis mantap punya. 

Sebab awal lagi, aku balik solat kat surau opis dulu. Siap dengan terlena sekali lepas solat... Setengah jam ada kot, kira pakej la tu. Kebetulan plak, demam aku pun kejap ok kejap tak. Tak larat sangat, tu yang tertido tu. Pukul 1500H, baru aku pegi plak ke RSAT. Tapi kali ni aku siap bawak borang report sick... nak check demam aku ni sekali. Untung2 dapat cuti sakit kan. Huuuu. Elok sampai sana, dah kena marah plak dengan staf tu sebab dia suruh datang jam 1430H. Hehe..ketegaq sangat. 

Masuk jumpa doc yang sangat cute, Dr Norra namanya. Tengah mengandung plak tu... bertambah ke'swee'tan dia tu. Memang sempoi, aku nampak dia duduk bersila atas kerusi tu mungkin penat kot handle patient kemain ramai harini. Dia settle aku punya Tatademmot dulu. Pastu baru check aku punya sakit. Kemudian, check tekanan darah...sekali result dia..nah! nak pengsan! BP aku 140/90!! Sebelum ni BP normal je 110/80.  Cemana boleh tinggi camni? Padahal muda lagi...baru je minggu lepas cukup 31. Bergetah lagi tu. Wekk! Mula dia soal siasat aku...pasal keja apa semua. Lepas selesai semua sesi soal jawab...doc cakap dia bagi aku cuti rehat/sakit selama 2 hari sebab demam berlarutan/tak baik2. Lepas tu dia bagi aku kertas untuk check  BP setiap hari. Maknanya, aku kena pi check BP kat mana2 klinik setiap hari bermula esok selama seminggu! Sebab dia nak tau samada aku kena Darah Tinggi atau pun tak. Kalau betul aku ada darah tinggi dia akan mula bagi ubatlah.



Hah. sudah! tak pasal2 bos plak kena. Lepas ni kena jaga makan minum, kesihatan jugak...kena bersenam! Owh, patutlah...dah 2 bulan tak pi kelas aerobik, sibuk punya pasal, balik lambat tak sempat nak singgah kompleks sukan. Oke, esok boleh rehat dan jangan lupa pi klinik sekali check perut. Eh? check BP.

1.4.12

Bila petang..




Selalu je 'terliur' nak makan itu, nak makan ini bila petang-petang gini kan. Tadi tengok JJCM tunjuk sate, dah dok pikir-pikir dah malam nanti nak ajak suami kuar pi makan sate. Lepastu pi blog Kak Tihara cakap pasal tomyam cendawan enoki pulak. Terlioq ceq! Tak pernah try lagi cendawan tu, nanti nak try la. Tapi bila sebut cendawan tetiba macam teringin pulak nak makan cendawan goreng tepung. Pernah tengok kat pasar malam, tapi tak pernah beli dan tak pernah makan. Tak teringin pun masa tu tapi sekarang rasa nak makan sangat. Tunggulah petang-petang nanti, dah teduh sikit nak pi kedai beli cendawan, nak buat sendiri je lagi sedap kan?