29.5.12

Gambar Terlampau Selekeh beserta keterangannya

Keterangan gambar 1: Ini barang-barang yang saya (tetiba sayalah pulak) nak bawak pi kursus nanti. Dah siap packing tapi tak siap lagi ni, ada sebuah beg lagi. Oke, itu semangat! Semangatlah sangat mula2 nih, dah sampai sana mulalah hati ni kendur bila ingat laki kat rumah. Oke, didalamnya ada megi, ada nestum, ada 3 in 1,  ada biskut (sebut benda makan je) dan ada macam2 lagi, segala maknenek aku angkut bawak pi. Stok untuk 2 bulan setengah.  Dah desas desus aku dengar kem kat Bentong tu jauh dari bandar. Jadi aku sumbat la apa yg patut aku bawak, kira-kira takyah dah la sebok2 mintak izin keluar kat JL pegi bandar nak beli barang lagi kan. Eh, nampak tak kayu@batang tu? Oke itu tongkat sakti aku...bakal beraksi bersama, yang akan aku kepitkan dia kat celah ketiak di Padang Kawad yang sudah tentunya dibawah matahari yang panas lik2 itu. Oh, tidakkkk! kulit muka bakal terbakar tak lama lagi. Bila buka tudung maka nampaklah muka belang. Sabaq jelah. Alamak! lupalah...Ramadhan pulak time tu. Bertabahlah kita wahai skot2 sekalian.
Keterangan gambar 2: Yang ni kapsyen tak panjang sangat kot macam kat atas. Ini beg untuk ke Singapore malam esok. Satu untuk aku, satu untuk cik abam. Beg kecik2 sudahlah, padanlah dengan 3 hari je kan. Perasaan ni lebih teruja lebih seronok nak pi kursus dari nak pi bercuti sebenarnya tau. Jujur. Awat tak tau jadi lagu tu! Jangan2 dah sampai singapore, takmau balik dah. Haru!
Keterangan gambar 3:  'Perempuan dan kasut'. Agak-agaklah, kalo boots tuu rasa tak patut ngat nak pakai pi jalan-jalan. kan. Kasut2 ni untuk kursus. Yang siap bungkus macam hantu bungkus tu, spike boot yang dah siap dikilatkan. Jadi kenalah bungkus dia sebab satgi bila kena angin kipas, habuk dia jadi kelabu plak. Tak larat ahh aku nak tonyoh banyak kali. Yang kat luar dua tu belum dikilatkan lagi, baru lepas jemur tengah panas siang tadi. Nak kilatkan kasut pun ada caranya tau. -Apapun,biarlahrahsia- aHaa! yang dalam beg hitam tu memang penuh dengan kasut kasut kasut kasut jalan2, kasut kerja 2 pasang, kasut sukan 2 pasang dan selipar jepang pun 2 pasang untuk pi jamban satu pi bilik mandi satu. Itu jenis aku dahhh. eheh!
Keterangan gambar 4: Ini habuan lepas letih buat kerja. Pagi2 buta camni -pukul3-dah-weh- tetiba tekak ni mengada2 nak minuman panas.  Layankan jelah, asalkan siap entri ni. Heee. Macam dah takda siang kan? Ingat... Esok belum tentu ada!

28.5.12

Cuti Cuti Malaysiaaaaaaaaaaaa


Eh, silap plak... cuti cuti singapoooraaaa! Hurm, berangan jelah dulu. Masih kat rumah lagi. Malam esok baru bertolak. Haih, tak sabaq dah ni nak pi berjalan. Hehe. Alah, nak pi Singapore je pun dah macam nak pi Korea je gediknya tu kan.

Tengah dok recce kawasan ni dengan Encik Google, dok cari mana tempat-tempat menarik. Universal Studios orang kata best kan. Asyik tengok orang je pi. Insyaallah kalau panjang umur, takda aral sampai la kot.

27.5.12

Dream Day First Home

Awat yang boring sangat ntah malam ni. Mentang-mentanglah esok tak kerja kan... eh, taklah. Masuk malam ni dah 3 malam aku boring tapi malam ni paling boring sekali. Ada laki pun tapi takleh sembang. Bukan apa, laki pi kerja jadi dok jelah sorang-sorang kat rumah. Mesti ingat gaduh kan tadi..kan kan? Alahai. Hehe

Nak baca buku rasa takdak mood pulak nak baca. Ada satu lagi buku belum baca. Tapi 2 malam berturut-turut aku tido pukul 3 pagi baca buku Terpelanting Dari Siratulmustakim tu, best. Best-best jugak tapi takut sangat, cemas memanjang, meremang bulu roma tau nak habiskan buku tu. Alah, nantilah aku review, tunggu.

Aku kalau dah habis boring..blog taknak, facebook taknak, twitter pun taknak maka main games la sampai mengantuk. Tajuk kat atas tu nama game tau. Sapa pernah main game tu? Alah. senang je game tu.. cari-cari barang yang tersembunyi je pun. Pc kat ofis pun aku donlod game ni. Time boring takda kerja tu aku layan la jap. Oke dahlah, nak pi main game.

Burokk betoi gambaq ni tangkap guna henpon kat screen laptop..pon bolehhh.
# Eh, ada banyak jenis tau games dream day ni... dream day wedding, dream day honeymoon. Aku dah semua tu.. la dok idam rumah lawa2 ja. Hat bujang trangtangtang tu boleh la main game wedding dengan honeymoon tu..ambik feel dulu. Kih3

Kerabu Kaki Ayam | Kerabu Sotong

Tengok tak Jalan Jalan Cari Makan tadi? Macam-macam jenis kerabu diorang makan. Cukup menyelerakan. Tapi ada dua jenis kerabu yang buat aku betul-betul terlioq dah nih. Kerabu kaki ayam dengan kerabu sotong. Kaki ayam tu memang feberetlah. Perghhh mesti sedap gila. Kerabu kaki ayam tu aku pernah makan dah sekali kat Wangsa Maju, memang mabeles lah rasa dia sebab ada hirisan bunga kantan. Cuma kerabu sotong je belum pernah cuba. Lepas tengok tu, aku terus google resepi. Nak try la nanti..tapi bukan hari ni lah, hari ni cuti masak.


Bahan-bahan:
½ kg isi kaki ayam - direbus
3 batang serai
5 biji cili padi
2 batang bunga kantan
5 ulas bawang merah
2 biji buah tomato
1 biji bawang besar
125ml cuka
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air limau nipis secukupnya

Cara memasak:
1. Masukkan isi kaki ayam, serai, cili padi, bunga kantan, bawang merah, tomato dan bawang besar ke dalam sebuah bekas.
2. Selepas itu masukkan cuka, air limau nipis secukupnya, gula dan garam secukup rasa. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
3. Masukkan ke dalam bekas hidangan dan sedia dihidangkan.



Bahan-bahan:
10 ekor sotong sederhana besar, dipotong dan rebus sekejap.
5 biji cili padi* 
sedikit belacan goreng*
1 btg serai*
(*semua ni dikisar halus)
1biji bawang besar dipotong dadu
1 biji tomato sederhana besar dipotong dadu
beberapa helai daun kesum dipotong halus
1 batang bunga kantan dipotong halus
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan 
2 biji limau nipis 
Cara-caranya, campur dan gaul jer semua bahan diatas.

# Cuba jangan tak cuba. Dok lap ayaq lioq je ni. :P

26.5.12

Besaq gedabak bakoi buah ni!


Uhhhh.. terlioq tengok buah laici dengan pelam tu dengan asam jawa tu. Bahagian belakang tu ada buah nona. Kenai dak buah Nona? Taktau! Pi google laaa.

Perghhhh..boleh tengok saja la. Big boss angkut sebakoi tu bawak balik rumah dia tak tinggai sebijik pon. Ceh!

#Buah tangan dari Royal Thai Army (RTA) sempena lawatan.

23.5.12

Semak kepala

Harap sangat minggu ni berlalu dengan cepat. Tapi makin harap makin lambat. Memang tak boleh harap! Semak betul la kepala ni. Lagi tak sampai hari jumaat, lagi tu lah kepala ni dok semak semace jah. Selagi tak lepas hari jumaat, selagi tulah tak boleh nak packing kain baju samada packing untuk pi bercuti mahupun kursus! 

Oh ya, maafkan aku sebab asyik ulang benda yang sama je untuk seminggu dua ni. Cuti, kursus. Kursus, Cuti. Cuti cuti-kursus kursus. Muak kan? Takpalah, itu je modal yang aku ada nak buat entry. Kalau sudi, bacalah.

Tapi yang betulnya, untuk minggu ni tenaga aku banyak berhabis untuk 'majlis' hari jumaat nanti. Majlis lah sangat! Majlis yang tak pernah nak jadi, asyik bertangguh je dari awal tahun lagi. Fedap dah mak! Menyusahkan! Perkara nilah yang sebenarnya buat semak kepala aku. Haiiiih, sabaq jelah.

Tapi dalam kekalutan tu aku sebenarnya rindu sangat nak update blog selalu dan blogwalking macam dulu. Siyes wa cakap lu! Cuma masa memang tak mengizinkan. Kalau update pun tengoklah wedles je mampu, ayat pendek-pendek je keluar. 

Ini pun curi masa sat, lepas ni aku akan kembali menenyeh kasut sampai berkilat macam ayaq sungai yang mengalir dan gosok unipom sampai keras melentik macam bulu mata rozita che wan tu. Harap-harap hari jumaat nanti semuanya oke!

#Bai :)

Wordless Wednesday - Terapi Jiwa & Minda

22.5.12

Apa dah jadi nih?

Aku dah taktau apa nak tulis kat blog ni. Taip, padam, taip, padam, taip, padam, taip, padam, taip, padam. Arghhh... veriveri tensi!

20.5.12

Kari Laksa / Asal tekak kata nak je, mesti jadi!

Tak kira waktu. Pagi ke malam ke petang ke kalau tekak ni dah terlioq, mesti kena dapatkan jugak. Kalau takdak kat kedai, buat sendiri pun takpa. Resepi ada kat mana-mana dan google sentiasa ada untuk menawarkan khidmat carian yang dikehendaki. Hasilnya? Seperti di bawah:


Kenyang untuk malam ni. Tapi sebenarnya silap resepi, tekak ni asalnya nak makan Asam Laksa tapi terjumpa resepi Kari Laksa. Gelojoh punya pasal tak tengok betul-betul bahan-bahan untuk Kari Laksa tu sebenarnya tak sama dengan Asam Laksa. Tapi alang-alang dah terbeli paste kari laksa tu, carry on jelah. Hrmmm, boleh tahan tak berapa sedap dia. KahKahKah. First time masak mestilah kurang sedapnya tu kan. Apapun, syukurlah dapat jugak makan :)

#Nak cuba resepi Kari Laksa? Boleh tengok kat blog Resepi Nannie. Tapi aku masak guna paste je, nak mudah dan nak cepat makan...Heeee


Bersebab

Kesian nya tengok blog ni, ada tuan macam takda tuan. Terbiar je tak dipedulikan. Bukan malas tapi sibuk buat persediaan untuk pergi kursus awal bulan depan. Banyak benda yang nak kena cari, nak kena beli, nak kena bawak sendiri. Kemarin satu hari keluar shopping, lepas Giant pi Tesco. Penat pun gagah jugak la. Dah la cik abam kerja, nak tak nak kena jugak pi shopping sorang-sorang. Itu pun ada lagi barang yang tak cukup, tak jumpa cari. Minggu ni minggu last buat persediaan, minggu depan dah nak pi bercuti. Balik dari bercuti 1 jun, 2 Jun balik kampung kejap jumpa mak ayah. 3 Jun dah kena bertolak ke Bentong sebab 4 Jun semua penuntut dah kena lapor tanpa gagal. Padat. Nak cancel pasal bercuti tu sayang pulak, sebab dah lama plan. Apapun sebelum kena lanyak... kita enjoice duluuuu! Heeee XD

17.5.12

Ujian Pap Smear



Apakah itu ujian Pap Smear? 
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks? 
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap Smear? 
Setiap wanita yang pernah mengadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap Smear terutamanya:
  • Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
  • Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
  • Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
  • Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  • Perokok
  • Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan? 
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti. Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya. [sumber]

#Hari ni ada pemeriksaan kesihatan, ujian pap smear dan mammogram (pemeriksaan payudara) oleh LPPKN tapi sedihnya aku sebab tak dapat nak meloloskan diri walau sekejap pun dari pejabat ni :| Sebenarnya, dah lama dah teringin nak buat ujian pap smear ni. Korang dah pernah?

15.5.12

Aku petik ayat: Dr Zubaidi Hj Ahmad


Kenapa seorang lelaki sukar menerima nasihat dari seorang isteri? Jawapannya kerana ia datang dari seorang perempuan asing yang dikahwini.

Kenapa seorang lelaki boleh mendengar kata-kata ibunya? Kerana ia datang dari seorang perempuan yang dihormati dan mempunyai kemuliaan dan bercakap dgn penuh kasih sayang. 

Jadilah isteri yang menasihati suami seperti seorang ibu menasihati anaknya dengan kasih sayang, tidak pernah jemu dan sentiasa mengharap yang terbaik.

Batu yg keras akan lekuk bila selalu dititikkan titisan air hujan.


Tonton: Kisah Ibu dan anak, sedih dan gembira

14.5.12

Koay Teow Th'ng


Ini namanya Koay Teow Th'ng. Sedap. Rasanya tak sama macam Koay Teaw Sup. Kalau kat Penang belah Bayan Lepas ni aku selalu makan/tapau dekat Sungai Ara. Gerai yang dekat Sg Ara ni, dia suka letak bawang putih goreng banyak-banyak. Bawang putih goreng tu yang menaikkan aroma dan memang sedap sangat. Dalam tu ada fish ball, fish cake, isi ayam dan daun bawang. Lagi satu, kalau nak tulang-tulang ayam boleh mintak. Aku selalu mintak kaki ayam. Memang gemar makan kaki ayam dari kecik. Sampai sekarang pun kalau balik kampung, masih berebut kaki ayam dengan adik. Huhu.

#Koay Teow Thng kat Taman Tun Saadon, Gelugur pun sedap gop! Tapi dah lama tak pi makan kat situ. Jauh dengan tempat kerja sekarang. Jemput makan semua. Ini sarapan oblik lunch!

13.5.12

Hutang. Kes ni jenis takdak duit nak bayaq ka atau memang jenis liat bayaq hutang?

Selesai pun aku langsaikan hutang komen untuk hari ni. Rasa tak sedap hati je kalau tak balas kunjungan orang ke blog kita. Aku rasa macam orang marah aku je. Haha. Perasaan sendiri je yang perasan kot. Tapi bukan kah tu juga melambangkan adat kita orang melayu? Saling kunjung mengunjung, balas berbalas...balas yang baik jelah. 

Bercakap pasal hutang, teringat aku dengan gelagat orang yang berhutang dengan aku. Mula-mula aku redha je dia takmau bayar pun, tapi bila dah gitu pulak kelakuan dia aku jadi nak marah dan geram pulak. 

Ceritanya gini, ada auntie cleaner (non-muslim) kat pejabat aku tu pinjam duit. First time dia pinjam. Mungkin dah terdesak sangat, masa tu belum gaji. Katanya suami dia masuk hospital. Aku ni kira payah jugak nak bagi orang pinjam duit tapi dia ni dah biasa dengan aku dan dah lama kerja kat situ. Kesian punya pasal  aku bagilah dia pinjam. Tak banyak mana pun. 

Dia janji dengan aku nak bayar masa dapat gaji. Tapi sekarang ni dah nak masuk 3 bulan gaji pun dia tak bayar lagi. Bayar ansur-ansur pun takda. Buat senyap gitu. Aku pulak jenis segan nak mintak hutang ni. Kira jenis  kalau hang hutang, hang pandai la bayar balik. Takkan nak kena mintak baru nak bayar. Memang sampai sekarang ni aku tak 'buka mulut' lansung pun kat dia.

Bukan takmau mintak tapi sebab lepas sebulan dia pinjam tu aku bagitau kat suami pasal tu. Pastu suami aku kata, kalau dia tak bayar tak payah lah mintak..anggap sedekah jelah. Jadi, aku pun senyap gitu jelah. 

Tapi aku cukup pantang dengan orang yang pinjam duit pastu 'berat mulut' pulak nak tegur aku. Nampak je kelibat aku terus buat-buat tak nampak, pusing tempat lain lah. Itu aku cukup pantang. Apa salahnya dan nak malu apanya, kalau dah memang takda jugak duit nak bayar..datang jelah kat aku bagitahu memang takda duit nak bayar ke, lambat lagi baru bulih bayar ke atau memang takmau bayar ke.. aku ni jenis boleh bertimbangrasa punya, baik hati pun aku ada la. Ce try dulu baru tau,ini tak nampak aku lari. Tu aku tak suka! Tapi aku boleh sabar lagi.

Aku tak cakap apa pun kat dia sebab ingat pesan suami. Tapi yang buat aku takleh sabar bila sekarang ni dia dah berani buka sendiri pintu pejabat aku sebelum aku datang! dan bila aku sampai je pintu pejabat tak berkunci, lampu semua dah terpasang, bilik bos dah buka, bilik CC pun dah buka, bilik officer aku pun dah buka. Dan seluruh pejabat tu dah siap bersih, habuk atas meja takdak, satu sampah pun takdak!

Mula-mula aku rasa pelik jugak, ingat CC yang datang awal tapi tak. Padahal aku bukannya datang pejabat lambat ke apa. Walaupun masuk kerja pukul 8 tapi pukul 7 kereta aku dah terpacak tau kat parking Markas 2 Divisyen Infantri tu!

Kemudian, baru aku terpikir mungkin dia buat macam tu sebab takmau bertembung dengan aku. Mungkin dia segan ke malu ke dengan aku sebab hutang tak bayar lagi. Memang dah lama aku tak jumpa dengan dia, dok ingat nak bagitau pasal duit tu tak payah bayar. Tapi dia asyik dok mengelak je dari aku. Tak pasal-pasal, dari aku ikhlas terus jadi tak ikhlas dah.

Mana dia dapat kunci pejabat? Kunci pejabat tu memang ada spare kat belakang board dekat dengan pintu pejabat tu. Hanya orang-orang dalam pejabat je tau kunci tu letak kat situ untuk kes-kes kecemasan. Pernah sekali aku terlupa bawak kunci, masa tu pulak aku sampai lewat auntie tu dah tercegat depan pintu pulak..nak taknak aku terpaksa la selok tangan kat celah board tu ambik kunci. Dah tentu-tentunya dia nampak lah tempat letak kunci rahsia kat situ. Hampesss betoi.

Aku nak tunggu sampai esok je. Kalau keadaan dia sama je macam minggu lepas..pejabat dah siap bersih sebelum aku sampai! Aku kena bersua muka dengan dia. Aku kena bagitau yang cara dia tu SALAH! Aku belum bagitau kat officer dengan cc aku lagi pasal tu sebab aku nak siasat sendiri la kononnya. Kalau diorang tau, teruk la auntie tu. Dah dikira ceroboh tu.

Pasal hutang tu memang aku takkan mintak dah. Tapi aku nak dia jujur je. Takyah la lari sampai camtu sebab takda duit nak bayar hutang atau pun memang jenis suka hutang tapi suka nak bayar.

Dari segi berhutang, berterus terang tu kadang-kadang memudahkan urusan daripada lari atau mengelak. Sampai kesudah hidup tak tenang dok pikir hutang yang tak berbayar. 


12.5.12

RM 0.00

Buat pertama kalinya, aku baru je cash out. Dah setahun lebih blogging, ni baru nak merasa duit Nuffnang bagi. Tahun lepas memang merangkak la duit tu nak masuk, nak dapat dua kupang pun payah. Tapi untuk tahun ni Alhamdulillah...masyukkk. Rasanya tahun ni paling kerap dapat BE, sejak bulan Mac sampai sekarang tak henti-henti. Silih berganti. Sampai la boleh cash out kali ni. Alhamdulillah, moga berterusan la Nuffnang ye. Wa sayang lu beb!

Itupun, sebab jeles dengan si Phat. Tengok dia cash out aku pun sebok tergedik-gedik pi tekan. Padahal dah pikir sebelum tu, nak simpan biar 2x ganda baru nak cash out. Tapi Phat kata kalau jumlah tu dah cukup, elok cash out je. Nanti lagi lebat dapat BE. Yeke dak..tak tahulah. Hehe.


#Iklan Digi Digi tu kan memang menarik la...ce tekan tengok! agaga

11.5.12

Aku petik ayat: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Ketika diberikan nikmat masa dan kesihatan, kita sering menganggap remeh untuk membuat pilihan menjadi manusia terbaik.

Kita biasa menangguhkan masa untuk bersenam. "Esok sajalah.."
Kita biasa menangguhkan masa untuk menjaga pemakanan "Esok sajalah.."
Kita biasa menangguhkan masa untuk membuat pemeriksaan kesihatan kita "Esok sajalah.."

Bila kita sakit, kita tidak lagi diberikan pilihan. bahkan kita dipaksa untuk membuat perubahan.

Ketika itu, barulah kita terfikir, "kalaulah saya bersenam, menjaga makan dan membuat pemeriksaan kesihatan dulu..."

Tetapi sudah terlambat ketika berlantar di kerusi menjalani haemodialysis. Sudah terlambat ketika menunggu masa untuk dibedah jantung...

Jangan salahkan takdir. Kita yang memilih untuk bertangguh.




#Salam jumaat dan selamat beramal =D

Sahabat

Horace Mann, dalam salah satu tulisannya ada menyebut, 
"Tidak berbuat apa-apa sesama manusia sama dengan meniadakan diri sendiri. 
Kita perlu bersikap baik dan murah hati, sekiranya tidak, kita mengabaikan bahagian 
terbaik dari kewujudan kita. Hati yang melampaui dirinya sendiri menjadi lebih besar dan penuh dengan kegembiraan. Inilah rahsia besar kehidupan batin. Apabila kita membuat sesuatu yang baik sesama manusia, kita sudah menguntungkan diri kita sendiri."

Ayat ni ada kena mengena dengan seseorang yang sudah lama bergelar sahabat atau lebih tepat rakan seperjuangan aku sejak tahun 2002 hingga kini. Memikirkan sisi hidupnya kini yang agak suram, sedikit sebanyak turut mempengaruhi hati dan perasaan aku sejak 2, 3 hari lepas. 

Walaupun dia tak 'buka mulut' tapi aku dapat menyelami segenap ruang perasaan dia. Nama pun sahabat kan? Apatah lagi kami pernah hidup membujang bersama-sama di dalam satu bilik selama 7 tahun! Sebelum masing-masing membawa diri ke gerbang perkahwinan sejak 3 tahun lepas. 

Segala suka duka dikongsi bersama. Tak cukup lengkap dan tak cukup rasa pahit manis dalam persahabatan sekiranya tak ada 'masam muka, bergaduh, kecil hati, marah, meluat, geram, iri hati, cemburu, dengki dan paling teruk, putus kawan tapi kemudian berbaik semula dan saling memaafkan!' Itu kenangan terindah bagi aku. Ajaibnya pengalaman itu membuatkan kami saling menghormati sehingga kini. Kami sentiasa kekal sopan bila bercakap. Panggilan Kak Niza untuk aku dan Nor untuk dia. Beza umur hanya setahun.

Semua tu pernah terjadi antara kami berdua. Masakan tidak? 7 tahun bersama. Ia cukup mematangkan kami. Ia juga cukup untuk aku memahami gelodak perasaannya ketika ini. Dari riak muka, bahasa badan dan yang paling ketara personaliti dia. Sangat berbeza. Dia bukan yang aku kenal dulu. Seorang yang ceria, suka ketawa, suka bergaul berubah menjadi pendiam! 

Aku tahu dia sekarang dalam dilema dan ada masalah kewangan.....................................................


10.5.12

Kepada Penggila Handbag Berjenama | Meh sopim sini meh~


http://catchthatcoach.blogspot.com/


Singgahlah sekejap. Beli kalau berkenan. Kalau takmau beli, tengok-tengok pun takpa. Tapi kalau dah tengok, pasti meleleh air liur. Pasti terbeliak bijik mata tengok harga dia, amat berpatutan. 

Aku ni dok 'ott' (tahan) je. Sebab banyak duit nak guna bulan ni, dengan nak pi bercuti lagi pastu balik dari cuti nak terus pi kursus pulak. Kursus pulak banyak pakai duit. Uihhh! Sabaq! sabaq! sabaq! dulu nah. Lepas habis kursus, Insyaallah pasti aku CATCH THAT COACH!

#Saja je nak pomot blogshop Puan Zarina ni. Sebab beliau ni wife kepada bos lama aku. Jemputlah ye. Hehe.. (buat macam blogshop sendiri pulak)


9.5.12

Kisah Asal Usul Nafsu

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan akal, maka Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah SWT, kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud: "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah SWT menciptakan nafsu dan berfirman kepadanya yang bermaksud: "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah SWT menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah SWT menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah SWT mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

7.5.12

Jagung tu kuning!

Pagi sabtu baru ni, elok je aku sampai kat tempat letak kereta kat blok perumahan pegawai dengan tujuan untuk ber-aerobik bersama seluruh penghuni blok tersebut tiba-tiba mak call. 

Mak tanya nak balik ke tak? Sebabnya mak kata kalau nak balik, mak nak ambik jagung kat kebun. Kalau tak balik, mak takmau la petik lagi jagung tu. Petik ke untuk jagung? 

Tapi sebagai anak, semestinya aku tahu 'ada rindu disebalik call' tu kan? Padahal aku selalu je balik. Itulah mak kita kan. Sayang sama yu mak.

Lepas habis aerobik kat Penang aku pederaihhh balik Kulim. Sesekali dapat jemputan untuk buat senamrobik kat blog pegawai tempat kerja, rasa macam best jugak. Boleh bermesra-mesra dengan bini-bini depa jugak. Alah, sebulan sekali apalah sangat nak berkira dengan tol jambatan untuk hari minggu yang takleh pulak nak claim kan? Uhuhu. "Tiada Alasan Untuk Tidak Cergas" Ingat sokmo cogankata KBS.

Sampai rumah aku bagi ayat pelali sedasss kat cik abam. Hehe. Lagipun dia suka jagung, lagi-lagi ketupat jagung. Aku mintak nak balik esoknya je hari ahad. Sekaaaali dia bagi aku balik tidoq kat umah mak. Itulah aku dah kata, mintak betis dapat lutut sekali. Apalagi? pantang dapat lampu hijau dari cik abam, cepat-cepat aku bungkus kain baju balik kampung petang tu jugak. Suami aku kerja, jadi sorang-sorang pun aku redah balik ikut jalan lama.

Kulim-Padang Meha-Merbau Pulas-Kuala Ketil-Bukit Selambau-Jeniang-Jeneri dan last sekali kampungku Kg Betong! Pehhh hilang penat bila tengok mak ayah tapi bila malam sebok dok bergayut dengan cik abam. Rindu pulak dahhhh! Haha.

Bukan taknak ikut highway Sg Dua - Gurun tapi rasa macam jauh je nak pusing ke Sg Dua tu ikut highway BKE. Buangduitt nak bayar tol lagi kan. Tapi kalo aku balik malam sorang-sorang memang naik highway la. Seramlah malam-malam nak ikut jalan lama. Gelap gelemat.

Santapan untuk cik abam malam ni. Bubur jagung campur kacang hijo. Malam esok cucoq jagung, malam lusa puding jagung, tulat bengkang jagung, tungging nasi jagung. Eh? 

#Memang time menyahtinja ni keluar jagung jelah. Haha. 

Tudung Syria | Awning Lembut


Kalau korang perasan lah kan dalam setiap gambar yang aku pernah post kat sini semuanya aku pakai tudung jenis Syria. Dan aku bukan peminat tudung Awning keras ataupun awning yang melengkung cantik gitu bila pakai. Aku rasa macam tak sessuwai je dengan muka aku. Cuma time kerja aku terpaksa pakai jugaklah sebab tudung tu dah diperuntukkan untuk setiap anggotanya, free lagipun. Lagi mau bantah?

Awal-awal kemunculan tudung indon ni dulu kan, orang pakat gila beli, tukar fesyen tudung tapi aku jenis tak berapa nak suka ikut trend. Masa tu aku masih setia dengan tudung bawal. Habis tu aku ni jenis apa? 

Aku jenis ikut suka akulah! Heeeeee. Pendek kata aku jenis ikut rasa berkenan di hati baru aku beli dan pakai. Kalau dah tak berkenan buatpa nak pulun beli kan?? Buangduitt.

Selain tudung syria, tudung awning lembut jugak menjadi pilihan aku untuk disarungkan ke kepala. Kenapa? Kerana aku rasa selesa dan sesuwai gitu. Sesuai la kot dengan muka aku ni yang sekejap bulat (time gemok) dan sekejap runcing (time kurus). Badan jenis tak berapa nak betul-betul stabil. Fleksibel orang kata. Mudah naik dan mudah turun. Bergantung kepada keadaan cuaca..pulak! Bergantung kepada emosi, susah hati - kurus, senang hati - gemok. 

Oke, kepada fans club awning lembut bolehlah cuba pakai Tudung Maisara dari Butik Colourful Collections. Lawa belaka corak dia. Meh pakat-pakat borong. Kena berebut sebab tak banyak, ada 10lai saja. :)

Colourful Collections


5.5.12

Siaran Lewat: 4 Mei 2012

Ya Allah cemana lah aku boleh lupa nih, padahal dah set alarm kat henpon dah. Set pulak bukan hari tu jadi, hari tu baru bunyi. 5 hari sebelum hari kejadian lagi dia dah bunyi. Tiap kali ada panggilam masuk dari `myYayang' mesti reminder tu pun dok dundundang sama menyanyi dengan ringtone tapi kalau dah nak lupa, terlupa, pelupa dan memang jenis pelupa, tampal kelender kat dahi pun tetap lupa jugak yang ada kelender kat dahi! Punggahhhhh!

Tepuk tepuk dahi. Aih, terlupa. Tak baiklah tepuk dahi. Tepuk tepuk pipi bila dapat mesej dari suami pagi tadi, sms ayat merajuk kemain lagi aku tak ingat birthday dia kannn. Dia sendiri pun tak ingat birthday dia itupun sebab adik dia, satu-satunya adik dia sms ucap selamat hari lahir kat dia. Haha. 

Biasalah kalau hari jumaat, petang je WAJIB busy berduyun-duyun faks masuk. Kalau faks masuk petang-petang gitu time orang nak balik pulak maknanya mestilah perkara tu SEGERA kan, untuk tindakan serta merta. Pehhh sabar jelah. Dah la kepala dok pikir nak masak apalah yang special untuk birthday abamboboi malam ni lagi kan. Sampai umah pukul 8 lebih. Lepas bersihkan diri dan tunaikan apa yang wajib terus aku tarik bantal bawak ke depan tv terus baring. Letih. Sangat letih. Tak larat la yang..malam esok je kita celebrate boleyyy??? Pejam mata tak ingat apa dah. Pukul 11 baru bangun, pi dapur. Kesian pulak kat cik abam kita. Tengah-tengah malam pun masak jugak lah Mee Basah ke Mee Kuah ke mee apa pun aku taktau nak bagi nama sebab ni resepi aku sendiri. Mee pun mee lah yang noh..janji kenyang. 


Walaupun terlewat, tetap nak ucapkan Selamat hari Lahir yang ke 30 buat suami ku Bazruddin Zakaria. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan, semoga hidup bahagia aman sentosa hingga akhir hayat bersama dengan isteri mu ini. Aminnn :))

Sekian, itu saja. XD


3.5.12

Untuk suami isteri saja :)



Cara untuk tetap dengar luahan hati suami/isteri kita ialah beritahu dalam hati "ini perkara yg menarik" atau "ïni perkara yang penting" walaupun sudah diulang-ulang beberapa kali. Jangan katakan "sudah dengar banyak kali" kerana akan menyebabkan suami/isteri yang bercerita akan hilang mood bercerita. Bila kita rajin mendengar keluhan isteri yang berulang, dia akan gembira dan lauk tengah hari InsyaAllah rasa lebih sedap.
-Dr Zubaidi Hj Ahmad-



2.5.12

Wordless Wednesday - Genius!





#kah3


[sumber: google+]

Terima kasih Eszyamin!



Tak sangka ada jugak orang nak buatkan header ni untuk aku. Aku tak mintak pun untuk buatkan header ni. Semuanya ikhlas dari seorang blogger ni yang baru lagi la aku kenal. Tapi aku suka sangatlah sebab nampak sepadan gitu. Terima kasih Esyzamin! :)

Esyamin ambik gambar ni dari album g+ aku. Suka-suka katanya lagipun tengah cuti sem lagi kan..mestilah ada banyak masa. Diam-diam je dia buat, dah siap baru dia bagitahu aku.. itupun dia tagged kat google+ je. Sekali lagi terima kasih ya. :)


1.5.12

Apakah hari pekerja hari untuk makan tidoq?

Ya, itulah yang aku buat hari ni. Rasa macam dah kena cucuk dengan ubat pelali. Laloq je memanjang dari mula bangun tidoq pagi tadi. Lepas siap masak dan makan spaghetti untuk sarapan pagi, aku kembali `pengsan'. Sarapan ala-ala omputih oke. Omputih pun tak makan spaghetti masa sarapan tau. Kemaihhhh. Itu mungkin jugak tanda-tanda nak angkat bendera merah kot sebab pagi-pagi dah terliur nak makan yang masam-masam. Baru 1hb? Hrmm...

sarapan pagi saya :)

Tak lama tu dekat tengahari bangun masak nasi pulak. Tapi ada sebab lain yang bersangkut dengan punca kelaloqkan aku hari ni. Sebab malam tadi keluaq pi celebrated sempena cuti pekerja. Wah, kemain nak celebrate bagai. Hehe. Tak. Sebenarnya malam tadi pi tengok wayang lagi lepas insiden 'cuainya aku' tu. Lepas berjaya memujuk, menggeletek dan merenyih dekat cik abam, dia pun akhirnya lembik tengkuk lalu bersetujulah nak pi tengok wayang lagi. Hehe. 

Tapi kali ni bukan battleship lagi dah.. kami berAvengers pulak. Review pasal Avengers? Best, sangat best semua superhero hado. Tapi superhero tu kelihatannya dah tua-tua belaka. Captain America tu kalo rambut dia tak sikat belah tepi mesti lagi encem kan? Kui3.  Oke, selebihnya bulih baca kat blog makbeds! 

Habis cerita tu sambung pulak tengok bola kat kedai makan sampai pukul 4pagi. Tapi aku tak tengok pun, cik abam je yang tengok. Aku masuk dok merengkok kat dalam kereta...dah tak larat nak angkat mata dah. Pastu pagi tadi kena bangun awal pulak, itu lah pasal dok laloq ja harini. Tapi puaihhh jugak la tidoq hari ni. kah3

Ini pulak makan petang saya. Baru siap masak. ngehngeh:D



#tido cukup, isi perut pun cukup. konpem aku jadi musang malam satgi :P