20.6.12

Wordless jelah senang..hehe

Futsal bersama jurulatih

Bola tampar dengan jurulatih jugak

dan makanan tambahan tiap2 petang bila malas nak pi makan kat dewan makan..hehe

Sekian, laporan hari ini..hehe (kejar masa)

11.6.12

Universal Studio Singapore


Ada benda nak cerita dan ada banyak gambar nak upload tapi takda masa laaa....huuu. Satu ni je mampu. Hee

9.6.12

Weekend #1: Bersiaran dari rumahku syurgaku

Bangun pagi dari tilam yang empuk dengan sakit-sakit badan yang amat. Kesan daripada ujian UKA pagi semalam. Tekan tubi, mendagu, lari ulang alik, lompat jauh dan lari sejauh 2.4km dalam masa 12 ke 18 minit mengikut peringkat umur memasing. Kussssemangat! Kalau kat pasukan jangan harap nak buat dan lari sungguh-sungguh, berjalan je banyak. Tapi kat tempat kursus, kena bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri  meneruskan kursus yang dihadiri. Kalau gagal, silalah kemas kain baju dan angkut beg ala-ala peserta AF yang tersingkir di minggu pertama. Dah habis banyak duit untuk persiapan kursus, tetiba kena hantar balik unit. Arghhh.. Rugi kan??

Habis minggu pertama, ada lagi 9 minggu. Silalah bertahan ya skot termasuklah aku yang dok paksa je diri ni untuk terus bertahan. Minggu pertama yang sangat menyeksakan jiwa raga hanya dapat tidur selama 2jam sahaja setiap hari. Dalam masa seminggu je berat badan aku dah turun 2kg. Muka dah hitam terbakar dek matahari oke. Wahhh, dasyattt betoi la kursus ni. Mantap!!

Itu baru seminggu, macam mana agaknya rupa aku selepas habis 9 minggu berikutnya. Yang pasti raya nanti memang takdalah gambar kenang-kenangan dengan badan yang kerempeng dan muka yang hitam tu. Huu.


Kali ni baru jadi selepas gagal percubaan pertama nak ambil gambar ni masa mula-mula sampai Bentong ahad lepas. Alahhhh, baru je sampai rumah semalam esok pagi dah kena gerak balik Bentong semula. Apapun, terima kasih kepada semua jurulatih sebab minggu pertama kursus dah bagi balik rumah jumpa suami/isteri/anak tapi untuk minggu berikutnya belum tentu lagilah kot.

#Tak boleh nak pi mana-mana hari ni sebab demam, batuk dan sakit tekak. Harap esok dah sihat sepenuhnya.

5.6.12

Ehem! Ehem! Testing je.

Assalamualaikum. Pahabaq semua? Hehe. Dah macam hantar surat pulak. Sementara kelas pagi dan malam dan hari-hari yang bakal kelam kabut, sebok dan sebagainya belum bermula, jadi kesempatan ni kita gunakanlah sebaiknya untuk update blog sekejap kan.


Boleh ka tera tu? ehehe.


Dah 3 hari dah melapor diri kat 25 RAMD Bentong ni. Suasana pagi dia kat sini sangat nyaman dan sejuk.

Kabus tebal kemain tau macam kat genting je. Memang dekat pun dengan genting.


Alhamdulillah, setakat 3hari kat sini boleh lagilah bertahan walaupun mulax sampai kat sini ahad lepas rasa macam nak patah balik ke Penang je sebab awalx lapor diri dah kena touch mental dengan jurulatih (JL). Rasa macam tak sanggup je nak serah diri kat Prade Square kat sini, luas macam laut. Nampak macam berasap je tar tu. Cuaca panas gila, atas bukit lagi ha. Sabojelah.


Apapun, terpaksalah keraskan hati redah je sampai ke garisan terakhir. Bak kata JL 'RELA DAN REDHA' jelah skot!


bye. :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4