21.7.12

Dayang Senandung

Assalamualaikum. Selamat berpuasa! 

Alhamdulillah, bersyukur sangat dapat balik rumah minggu ni sambut puasa pertama dengan suami dan family tercinta. Rasa bahagia sangat. (Padahal tiap2 minggu pun balik rumah wehhh..hehe)

Takda apa yang nak di khabarkan sangat pun cuma.. kali ni balik rumah langsung tak keluar rumah dek kerana aku dah jadi dayang senandung. Tahu dayang senandung? Dayang senandung mestilah hitam kan? Ya... sebab tulah tak keluar rumah. Malu!!

Tengoklah sendiri...gambar fokus kat muka je.

Hasil berkawad pagi petang...hari pertama dengan kedua rasa muka macam terbakar..panas dan pedih. Dah lupa nak bawa bedak sejuk. Kalau tak..malam2 boleh tepek kat muka bagi cool gitu.

Proses pengelupasan masa sendiri...memang aku dah tak cuci muka dengan  apa2 facial sejak hari pertama  berkawad sampai ke hari ni...basah dengan air je. Kawasan hidung dah sopak sebab kulit dah mengelupas dengan mata yang sembab teruk.  Hudohhh!

Ada 8 hari lagi untuk habiskan sesi kawad. Cemana entah nak berkawad di bulan puasa ni... :|

14.7.12

Cerita pasal 3minggu tak update blog!

Kekoknya rasa nak tulis kat sini. 3 minggu tak update kan? Tapi takda pun rasa bersalah bila tak update...ekeke. Bukan sengaja takmo update tapi keadaan sangat tak mengizinkan. Tapi seminggu sekali ada jugak curi2 masa buka blog tengok kejap. Tapi maaflah sebab tak sempat nak mengomen kat entri korang semua. Sekali lagi nak cakap....keadaan sangat tak mengizinkan, baru tahu masa tu emas. 

Jadual padat sangat dengan aktiviti... dari mula bangun pukul 5 pagi sampai la kadang2 berlarutan sampai pukul 1, 2 pagi esoknya pulak baru boleh balik tidur. Tapi kalau dah boleh balik ke bilik tu, memang takkan boleh tidur terus punya. Pukul 2 tulah, nak gosok baju untuk esok, nak basuh baju2 yang dah pakai siangnya, nak lipat baju, nak kilatkan kasut lagi paling koman siapkan keja tu sejam jugak. Pukul 3pagi tidur, pukul 5 dah bangun. Dan begitulah hari-hari seterusnya. 

Eh, tapi sekarang dah ada tukang kilat kasut dah, permanent staf kat sini..hehe, jimat masa tapi kena upah la. sekali hantar 3, 4 pasang terus. Baru la boleh nak tidur nyenyak sikit kan. Inisiatif tu kena ada gak. Bila keja pun nak senang je, duit kena keluar sikit la. Tapi takpa, yang penting..asal berehhhhh sudah.

Terus terang cakap...baru seminggu lebih berkursus, badan terus kerempeng. Uniform lama yang memang dah tak muat kat badan, dah boleh pakai mcam biasa..tak ketat dan tak longgar sangat. Ajaib kan..dalam masa seminggu je. Ajaib ajaib jugak tapi tiap2 pagi lari macam nak tercabut dah kaki ni. Huhu.

Setakat 6 minggu kursus, dah habis dah 6 ujian (teori/amali), 3 ujian pendorong, 3 ujian mutlak. Yang penting ujian2 mutlak. Tapi untuk ujian mutlak yang ke2...keputusan agak mengecewakan :|  Sekarang tengah tunggu keputusan untuk ujian mutlak yang ke3 belum keluar lagi..harap2 ranking tu naik balik. Bagai nak gila study, habis seminggu belajar terus ujian. Mana sempat nak catch up, nak hafal 5, 6 subjek dalam masa seminggu tu. Masa SPM pun tak study camni tau! Pengorbanan jugak ni..bukan senang nak naik pangkat.

Minggu depan masuk minggu ke 7, minggu yang sangat menyiksakan...kawad! Hari khamis lepas, baru 2 jam kena 'kawad pengenalan'. Memang meremang bulu roma, bukan takut dan bukan sejuk! Tapi panas gila. Cuaca panas pukul 4 petang tahukan cemana pedihnya? Haa...camtulah, kalau JL suruh terjun kolam time tu pun sanggup tau. Tak kesah dah basah lenjun ke tak..tu tolak tepi. Asal badan mesti mau sejuk punya.. Hehe.

Sudahnya, masa tahlil tu semua pakat kuak lentang dalam surau. Aku pulak lepas kawad tu terus sakit kepala berdenyut2 sebab panas sangat kan, time orang baca yasin pun aku tak sedar langsung...sedar2 azan isya' dah. Memang tak sengaja, tapi semua orang terlalu penat. Dah pukul 6 baru habis kawad, masuk bilik, mandi solat asar pastu pukul 7 dah baris semula untuk pegi tahlil. Lepas balik dari surau, terus masuk dewan kuliah pulak...berkumpul dalam sindiket masing-masing untuk siapkan kertas kerja yang nak kena bentangkan pada hujung bulan ni. Pukul 12 lebih baru JL bagi kebenaran balik bilik. Nampak kan? masa untuk rehat tak ada! Cemana la badan tak susut.

Tapi tak lama pun kawad ni seminggu lebih je...sebab minggu akan datang puasa dah. Cuma kena banyak tahan la...mental dan fizikal sebab Ujian Kawad mungkin kena curi 2, 3 hari dalam bulan puasa tu, awal puasa. Harap semuanya sukses... ini pun rezeki jugak. Dah memang cari makan dari kerja yang macam ni. Redah jelah. Lepas kawad tu, rasanya barulah boleh rileks sikit kot sebab dah habis semua ujian dan lepas tu boleh buat pentadbiran untuk penutup kursus je pada 10 Ogos nanti. 

Suasana sebelum ujian... masing2 sebok dok belek2 nota. Last minit, tak masuk palotak dah. 
Sebahagian dari skot siri 11/2002..masing2 dah nampak tua! aku je belum..hihihi

Oke lah...sambung sok lusa pulak, mengantuk dahh :) daaa.
ps: Terima kasih kepada kawan2 yang selalu datang sini :)