31.8.12

Cabai atau cili lagi sedap?

Dua minggu dapat cuti raya tapi dok rumah saja je, besarkan perut kembangkan pipi. Kalo boleh dah dapat cuti panjang ni nak je pegi honeymoon kat mana-mana tapi suami kerja. Jadi, dok je dalam rumah buat kerja rumah. 

Boring.

Dalam dok boring-boring ni rasa tak sabar pulak nak masuk kerja. Tak sabar jugak nak kerja kat ofis baru. Tak sabar pulak nak keluar lunch kat food court baru kat Bukit Gedung tu. Terliur nasi campur akak montel tu. Rindu nak gether-gether dengan my friends Anna, Syidah, Ida, Tikah, Endgie, Jewelyn dan eh ramai lagi lah, jenuh nak sebut semua. 3 bulan jugak kot tinggalkan diorang, mestilah rindu bila dah lama tak jumpa.

Dah habis pasal tu. Baca yang bawah pulak.

pokok cili saya.. membesarlah dengan cepat dan sihat ya!

Ehh tak syokk la nak sebut cili, biasa orang kedah sebut cabaiiii. Haa! sebut cabai baru la terasa kepedasan cabai tu. Hiks. 

2 hari lepas balik tidur kat rumah mak di kampung. Masa nak balik mak bagi 3 anak pokok cabai besar. Mak kata balik rumah tanam pokok ni drpd dok saja je.. huhu, terasa ceqqq!

Minggu lepas masa aku buat rumah terbuka mak ada tanya, kenapa aku tak tanam serai ke cabai ke kunyit ke letak dalam pasu.

Eh mak ni tak patut sangat tanya gitu. Macam mak tak kenal je dengan anak pompuan mak yang sorang ni kalau nak dibandingkan dengan kak fiza, dari dulu-dulu zaman gadis sunti tak pernah tanam pokok bunga walo sekuntum pun depan rumah mak apatah lagi rumah sendiri? 

Kuikuikui!

Disebabkan mak dah bagi, aku pun tanam jugak la. Pasu pun tak ada, tak beli. Jadinya letak tanah dalam tupperware yang dah tembuihh dan tanam pokok cabai tu. Pertama kali ni aku bercucuk tanam. Ewah, macam laa dah banyak tanam. 

Tapi bila dah tanam pokok cabai tu, rasa syok pulak dan aku pun dah jadi macam orang lain je, tak jadi macam aku sebelum ni. Contohnya, bila bangun pagi dengan muka sememeh tak basuh tu bukak pintu jenguk kepala sikit kat luar semata-mata nak tengok pokok cabai samada dia segar atau bugar ke tak. Tak bugar juga kaluu, kasi siram sama dia jugaa. Lepas tu tengahari pi jenguk, petang jenguk, maghrib pun jenguk tauu!

Perghh, sakan jugak penangan tanam pokok cabai ni kan. Seronok! Terus si bini cakap kat si laki, yg esok kita pi beli benih sayur sawi nak?  Dibalasnya: Boleh yg, nanti badin panggil kawan suh bawak bedozer tolak tanah depan rumah kita, macam2 sayur boleh tanam yg.

Tediaaa jawapan. Sakit hati punya. Sebab dia tahu aku ni jenis yang macam mana? Jenis hangat-hangat tahi ayam. 

Hurm, itu macam juga kaluu, kena letak taik kambing la buat baja. Hehehe!


ps: Cabai atau cili lagi sedap...sebut?? :D

30.8.12

Gula-gula Malaysia

Adik manja dengan bendera Malaysia dia.










Pernah makan tak gula-gula yang ada dalam batang tiang bendera kecik tu. Sekarang ni kat kampung masih ada jual lagi. Tapi taktaulah berapa harga dia sekarang ni. 

Tengok pada gambar tu betapa tingginya semangat patriotik yang ada pada adik bongsu aku dan kreatif jugak budaknya. Abih dicucuknya bendera tu kat pokok bunga mak. Aku ingatkan abang-abang dia yang buatkan tapi bila aku tanya dia cakap, adik buat sendiri!

Apapun, Selamat Menyambut 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati katanya! 

Hangit!

Jap, jap nak lap air mata. T__T

Malam ni camna entah boleh terlayan cerita hindustan my name is khan (camtu kot tajuk dia, lupa!) Jalan cerita yang.. sebenarnya aku tak reti sangat nak review cerita/drama/filem ni. Memang tak reti, aku reti tengok je. Hehe. Tapi cerita dia asyik bagi air mata aku berjejeh je keluar. Aku ni jenis kalo tengok orang menangis, aku pun akan menangis sama. Haa, memang camtu. Asal tengok orang menangis, aku pun beriya-iya gak menangis. Entah apa-apa. Suka tiru orang. Haha.

Aku rasa korang dah tengok cerita tu kan. Aku je pertama kali tengok, duduk depan tv sampai takmo bangun-bangun dah! Sampai hangit laa!! Apa yang hangit? Haa, ada la cerita lain di sebalik cerita Khan tadi.

Petang tadi suami aku tetiba je mintak buatkan Bingka Roti. Pelik eh ada tetiba ni kan sebab dah lama kot dia tak mintak suruh buat itu buat ini. Tapi untuk somi tercenta aku buatkan. Perut suami kena jaga, dia nak makan apa kita kena bagi. Meh nak suapkan pon boleh. Suami kita hak kita! iTudiaaa! Haha. Buleh melalut takpa dahh haa!

Senang je lagipun nak buat dia. Bagi 5 minit je untuk preparation dah boleh bakar terus. Eceh! ayat bongkak bongkak belaka, berlagak! Takpa, tunggu la tengok kesan dari sikap takburr tu.

Cakap banyak takmo, bukti-bukti sahih haruss ada. Ayat ni sapa punya entah. Sorii, TERtiruuu!kah3.

Kukuh ke tak bukti-bukti yang ada ni? :P

Haa! tengok. Tu yang penting nak tunjuk, Pemanggang Ajaib yang semakin terkenal di seantero kampung. Sampai dah masuk iklan dalam telebisen dah. Dan aku rasa semua dah tau kehebatan dan kekebalan Pemanggang AjaibAku bakar bingka roti tu dalam pemanggang tu je. Sekarang ni tengah femes kot orang buat kek chocholate moist dalam pemanggang ni tau. Aku pun teringin gak nak try nanti.

Tapi disebabkan keralitan aku tengok Khan tadi, aku sampai terlupa yang aku tengah bakar bingka roti tu atas dapor gas! Sepatutnya masak dalam 30min camtu je dengan api yang sangat perlahan tapi taktau la tadi, kuasa apa khan tu pakai sampai aku lupa terus pasal roti tu. Lepas sejam baru aku ingat, tu pun sebab haus nak pi teguk air dalam peti ais.

Kemain terloncat aku kat dapur, terketar-ketar buka pemanggang tapi.. bingka dah jadi? takkan bubur kot! jadi hitam legam la kat bawah tapi atas tu cute miut je, bolehlah makan lagi. Kalo tak, jenuh aku nak menjawab dengan laki aku. Haha. Sekarang dia takda kat rumah, dia kerja.

Sekarang ni semua benda nak kena ada bukti ke? Heh3


Atas: sebelum masak
Bawah: Terlebih masakkkk

Hangit dia tu memang hangit betul sampai melekat hitanghitang kat tangan tau. Tapi, mujurlah lapisan bawah je hangus, yang atas tu boleh makan lagi. Enak tu takyah cakap la. Kih3

29.8.12

Jom belajaq loghat kedah yang piauuu!


Sumber: Facebook

ps: ada yang faham tak?

28.8.12

Aku memang!

Aku memang stai cepat jemu. Aku memang suka ubah-ubah benda yang aku suka nak ubah. Aku memang takleh tengok asyik benda tu je, benda sama je dok kat tempat yang sama. Aku memanggg! Kalau boleh header tu seminggu sekali aku nak tukaq. Template blog pun sama. Hehe.

Mungkin ada kot yang hairan dengan aku. Aku kata mungkin ja. Maknanya tak perasan la tu kan. ;) Kalau kat rumah ni, suami aku memang dah sedia makjahhh sangat dengan tabiat aku ni yang suka mengubah kedudukan perabot kat ruang tamu, bilik tidur sampai ke pinggan mangkuk dalam kabinet dapor tu pun aku ubah jugak tau. Tapi takla kerap sangat ubahnya paling kurang 3, 4 bulan sekali je. Kalau tiap-tiap bulan mau mengamuk laki aku, sebab dia yang tukang angkatnya. muahaha!

Baru..lebih simple. Like.

Jadi tak hairan la, kalau blog ni pun kejap-kejap aku tukar header, template, layout dan sebagainya kan. Sebab aku memang rajin orangnyaaaaa. Haha. Lagi senang, cuit dengan jari je terus jadi, takyah susah-susah mintak tolong laki. Huhu.

ps: Buang yang lama, ambik yang baru. Eh, bukan! Simpan yang lama, letak yang baru. :)

27.8.12

Serius! Rasa nak makan lemang, ketupat, kuih raya lagiiiii..


Kes petang tadi! Biasa la, kalau dok rumah bila petang je perut mula rasa nak makan macam-macam. Macam-macam yang memang jenis takdak punya kat rumah sendiri, jenis yang nak kena pi cari kat kedai, jenis yang nak kena buat muka tak malu pi makan kat rumah orang. Haa! tu jenis-jenis aku bila teringin nak makan macam-macam. Korang ada ke camtu? Hehe.

Padahal petang tadi tu aku baru je pekena sepinggan nasi tapi perut ni dia nak jugak makan benda lain. Yang memang takdak dah kot time camni KETUPAT, LEMANG, KUIH RAYA. Mana nak cari? Kalau lemang tu pi ronda-ronda mungkin jumpa kot, rasanya ada lagi kot orang bakar lemang kat tepi jalan kan. Tapi ketupat tu mana nak cari? takkan nak hello mak suruh balut daun palas lagi kot! Uih, kesian mak.

Jadi, terpaksa la lupakan kehendak perut aku yang mengada-ngada sangat tu.

Kebetulan petang tadi aku masuk bilik belakang nak simpan baju-baju lama yang tak berapa nak pakai dah tu kt dalam almari. Ternampak satu beg ATM atas katil. Ting! (idea sudah marii) Baru aku teringat pasal beg Raya ATM yang bos bagi aku sehari sebelum cuti raya minggu lepas. Dalam beg raya tu ada 2, 3 jenis kuih raya dan biskut, ada nasi impit, kuah sate, sambal bilis, rendang daging, nasi beriani, tuala dan kain pelikat.

Beg tu sebenarnya di khaskan kepada anggota-anggota ATM yang kena bekerja time raya. Contoh yang kat kawasan operasi, kerani bertugas, pegawai bertugas, operator bertugas, pengawal bertugas dan macam-macam tugas lain lah yang kena pada hari raya pertama. Kesian kan diorang? Nasib badan. Nasib laaaa dah 10 tahun perkhidmatan aku tak pernah kena lagi duty time raya. Hehe! Dah kena nanti baru tahu kot cemana rasa sambut malam raya kat tempat kerja. :|

Tapi aku tiap-tiap tahun dapat, bos bagi! Untung kan dapat kerja sepejabat dengan second bos besar. Hehe! Tapi, tahun ni last aku dapat beg tu sebab bulan depan dah kena tukar ke cawangan lain. ;( Tapi aku jugak yang mintak tukar. Saja, untuk cari pengalaman kerja lain pulak. Hampir 9 tahun aku keja dekat pejabat bos tu. Cukup-cukup lah buat kerja senang tu kan. ekeke!

Nasi impit dengan nasi beriani tu je nak kena masak. Yang makanan rangsum macam kuah sate, sambal bilis,
 rendang nak kena panaskan je..baru sedap makan. Nyum3.

Kain pelikat suami aku tak pernah beli, memang pakai yang dapat free tiap-tiap tahun je. Huhu. Betul. Tuala pun sama, melambak yang tak guna lagi pun ada towel ATM ni. :D

Tak dapat makan lemang ketupat pun takpalah. Asal dapat nasi impit dengan rendang daging ni pun dah cukup. Alhamdulillah.

Rumah Terbuka siri mengejut

Betul la orang kata, masa hari raya biskut raya tak laku sangat. Semua orang asyik sambar ketupat, lemang, nasi impit, laksa, bihun sup, soto dan apa lagi? Banyak la kecuali kuih raya. 

Tapi cuba tunggu tengok lepas raya, tercari-cari kuih raya. Terliur sangat nak makan. Korang mungkin tak la tapi itu yang selalu jadi kat aku. Kalau hari raya memang langsung tak sentuh kuih raya lagipun aku ni bukan penggemar segala jenis biskut ni. Makan tu makan jugak la tapi sikit-sikit sebab aku mudah muak dengan biskut ni..kek pun sama, agak kurang gemar.

Ini kuih Che Mat Gebu punya..pinjam gambaq sat naa!
Paling aku suka makan Kuih Kelapa ni. Memang sedap!!
Tapi tahun ni sebijik pun tak masuk mulut lagi, teringin sangat ni!
Sapa kat rumah dia..ada kuih ni??
Pos mai buleh?? agaga

Tahun ni lagilah, langsung tak sempat nak order kuih raya. Selalunya order kuih dengan kawan kat ofis. Bulan puasa sebok dengan kursus sampai tak ingat nak buat tempahan. 

Jumaat baru ni, aku ada buat Rumah Terbuka siri mengejut punya. Tak rancang pun nak buat sebenarnya. Asalnya Khamis malam tu kawan-kawan suami nak datang, jadi aku buatkan laksa. Tiba malam tu diorang tak jadi plak nak datang. Itu yang terus jadi Rumah Terbuka hari Jumaat tu. Hehe. 

Malam tu jugak aku SMS kawan-kawan kat Penang dengan semua family kat kampung paksa diorang datang rumah aku esoknya. Sebab kalau diorang tak datang sapa nak habiskan semua makanan tu kan. 

Lepas tu punya la buat kerja kelam kabut, malam tu jugak aku keluar pegi Giant dengan Tesco cari biskut raya. Yelah, dah nak buat rumah terbuka sempena raya kan mestilah kena ada kuih raya. Kat rumah aku memang tak standby langsung kuih raya. 

Menu haritu simple je. Aku cuma masak Laksa (5 bungkus dengan ikan 4kg), Spageti dan Salad Buah Campur. Salad buah paling laris la, kejap-kejap habis. Mujur aku beli anggur dengan apple banyak. Lagipun senang je nak buat.

Pintu rumah aku buka dari pukul 4 petang sampai 9 malam je. Dari petang sampai maghrib semua family dan kawan-kawan aku, memang khas time tu untuk diorang. Lepas maghrib sampai pukul 9 untuk kawan-kawan suami aku pulak. 

Tapi mata dengan badan aku boleh tahan sampai pukul 11 je, terus masuk bilik. Suami aku la yang layan kawan-kawan dia. Lagipun, kawan-kawan dia yang datang semua lelaki. Makanan semua aku dah siap hidang atas meja, cuma diorang perlu layan diri je ambik makanan tu. 

Sedar-sedar suami aku masuk bilik tengok jam dah pukul 3 pagi. Tudiaa! punya sakan kawan-kawan dia melepak kat rumah aku sampai ke pagi. Memang terbuka sungguh rumah terbuka aku kali ni!! Haha!

ps: Punya syok layan kengkawan dengan family sampai boleh lupa perkara wajib...bergamboss! Rugi betoi sekeping gambor pun takde raya kali ni. Huh!

26.8.12

Ingat nak kawen je boleh? Dah kawen pun boleh pakai la!

Dah takdak keja aku kat rumah ni. Dari pagi ke tengahari ke petang ni dok mengadap laptop je. Mula buka blog, tetiba je jari-jari jadi kaku! Tak reti nak taip satu apa pun...itu biasa! Nak mulakan ayat tu bukannya senang.Kan? Agak cemuih mata dok kelikpok kelikpok tengok blog, online facebook pulak. Yang tu lagilah cepat cemuih, takda apa yang menarik pun.

Akhir sekali, ini yang jadi!


Tak siap lagi ni...!

Huhu! Jumpa inai mekah yang Tok bagi bulan lepas. Teringin pulak nak pakai. Last pakai inai masa kawen dulu je pastu dah takleh nak pakai. Suami tak bagi. Tadi pun puas pujuk, terbuka jugak hati dia. Haha! Tu macam pun ada ke?


Haa! siap dah!!

Dah macam pontianak dah buat tangan camtu kan. Mujur kuku tak panjang je. Huhu. Alamak! punya la comot pakai inai. Tu pun nak tunjuk orang. Takpa takpa.. Malam ni nak projek tangan kanan pulak. Kan dah kata, takdak keja aku ni. Hehe!

24.8.12

Raya belum habis bro!

Alhamdulillah, syukur. Berjalan lancar Rumah Terbuka yang aku buka sejak petang tadi hingga sekarang. Tuuu! ada lagi kawan-kawan suami tengah makan. Bagi dia jelah layan kawan-kawan dia. Aku? dah tak larat sangat dah ni......

Ermmm...

sambung esoklah eh? :)




#Dah tau tak larat, dok gatai gakk nak update :P

17.8.12

Salam Aidilfitri - Maaf Zahir Batin


Sempena menjelangnya 1 Syawal tidak lama lagi, saya Niza Romli ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf jika terdapat salah dan silap dalam setiap perbuatan lagi-lagi perkataan selama menulis di blog ini. Segala yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang baik adalah dari kelemahan diri saya sendiri. 

Hidangan ketupat menjadi tradisi
Penyeri sajian di Aidilfitri
Kemeriahan dikongsi sudahlah pasti
Semoga kemesraan di blog ini kekal abadi :)

Akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI kepada semua rakan-rakan blogger yang beragama Islam. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatanNYA pada bulan dan hari yang mulia ini. Berhati-hati memandu ke kampung halaman masing-masing... :)

15.8.12

Mak, ceq nak makan sambai petai!


nama saya PETAI...enak dan rangup gitu.
Cer gigit kalo tak caya!

Mak aihh, sedapnya tengok petai ni. Petai ni kan, kalau makan dengan nasi panas-panas pastu goreng ikan gelama masin pastu cicah petai tu dengan cabai penyek...mmmmm memang sedap lah. Biasalah kan, aku anak orang kampung. Bagi yang memang tak makan petai tu, memang takleh nak giiii la orang kata kan. 

Petang ni nak balik kampung, berbuka dengan mak ayah. Sepanjang bulan puasa ni, baru sekali je aku berbuka dengan mak ayah itupun masa minggu kedua berpuasa. Dengan mentua dah dua kali, jadi petang ni nak balik berbuka dengan mak ayah pulak. Adil la kan, sorang 2x dapat. Takyah gaduh2 dah depa. Huhu.

Tadi call mak bagitau nak balik, mak tanya nak makan apa? Aku pun cakap la teringin sangat nak makan sambal petai bilis...dah lama tak makan. Mujur petai tu ada. Takdak kaluuu meleleh la ayaq lioq nih! 

Tadi kan, tengah gugel2 gambar petai, sekali keluar macam2 gambar yang di masak dengan petai. Nasi goreng petai ada, sambal petai sotong ada, goreng petai campur kacang panjang ada, telor goreng petai pun ada dan yang tak pernah aku terpikir langsung pun nak masak guna petai ni...Sup Petai! Aduhhh, cemana rasa entah. Aku ni memang suka makan petai tapi kalau sampai nak buat sup tu, memang tak lalu nak telan. Tapi lain orang lain cara dia, lain jugak selera dia kan. Apa nak dikesahkan sangat, kita yang buat dia kan. Ikut tekak kita la nak makan cara macam mana pun. Ye dak?

ps: Dah pukoi 3, boleh balik umah dahhh...ayuh, tutup kedai! (opis)

14.8.12

Selingan 1: Perbarisan Tamat Kursus Penyelia Pejabat


Keterangan gambar:
Gambar atas: Geng Tambor 25Ramd, penyedap langkah dalam perbarisan. Memang terbaik laa, main lagu raya lagi dengan seruling kot nama dia.
Gambar bawah: Kontinjen Kuliah Thazali (Kiri) dan Kontinjen Kuliah Ahmad (Kanan).
Aku penuntut dari Kuliah Ahmad. Alhamdulillah sangat berbangga dengan pencapaian Kuliah Ahmad. Sebab ketiga-tiga kategori penuntut terbaik semuanya dari Kuliah Ahmad. 

Kuliah Thazali harap glemer je lebih. Boooo! Hehehe


Keterangan Gambar:
Gambar 1: Penuntut Mengajar Kawad Terbaik - Kpl Rantai Sim
Gambar 2: Penuntut Akademik Terbaik - Kpl Hazley 
Gambar 3: Penuntut Keseluruhan Terbaik - Kpl Maswati

Aku? hanya mampu berada di kedudukan no 6 je dari bilangan 82. Boleh dah tu..kan?

13.8.12

Baru nak mula dah macam-macam

Assalamualaikum. Hari ni adalah hari pertama aku masuk kerja selepas 2 bulan dok ulang alik ke Bentong. Mula-mula rasa malas nak masuk kerja sebab kepala ni dok pikir nak cuti dulu sampai lepas raya baru nak masuk kerja. Tuptup budak pejabat habaq, aku kena cuti raya peringkat kedua. Cuti peringkat kedua mula 20 - 26hb. Hancuss projek cuti raya aku. Sebabnya aku dah bincang dengan cik abam nak ikut cuti dia, sebab cik abam aku cuti dia tak tentu. Tapi bila depa kat opis dah pandai-pandai buat keputusan sendiri tanpa bertanya kepada aku yang senior ni terlebih dahulu, aku nak kata apa lagi dah. Urut dada, tahan nafas, hembus slow slow jelah.  Sabaq, bulan posa ni kan :| Itu dah satu hal.

Hal keduanya pulak. Aku dah plan nak masuk kerja pukul 9 hari ni. Maklumlah, senior kan dari budak-budak kat opis tu, tak lama lagi nak naik pangkat Sarjan dah. Huhu. InsyaAllah kalau ada rezeki. Nak buat besaq kepala la kononnya. Eh, taklah. Aku kan baru habis kursus, bagi la can masuk lewat sikit hari ni je pun. Siap bawak sijil kursus ni nak tunjuk kat CC yang anak buah dia ni tersenarai dalam top10 dari 82 orang penuntut kursus. Mesti la CC aku bangga kan, tak sia-sia dia didik dan bagi tunjuk ajar kat aku selama aku dibawah seliaan dia. :)

Tak abih lagi cerita kat atas tu. Pukul 8 tepat, tengah-tengah syok dok mekap sapu eye shadow sikit, tonyoh lekcu (gincu) sikit walopun aku sedaq muka aku masih ada lagi iras-iras Dayang Senandung tapi aku pedulik apa kan? Muka aku lagipun :P  tetiba ada SMS masuk.

Hang keja tak hari ni? 

Keja la..

Pasai apa tak masuk opis lagi? Kat opis takdak orang ni, Tikah dah cuti hari ni.

Haa..bagus lah. Lenkali tunggu pukoi semilan satgi baru mesej habaq kat aku.
Aku masuk pukoi 9, awat tak habaq awai-awai?

Mana aku tau, ingat Tikah dah sms hang.

Sapa pun takda call/sms aku bagitau apa2. 

Mana aku tau, ni keja hangpa dua..

Itu perang SMS antara aku dengan Fauzi, budak meja sebelah tapi job dia lain. Tapi bila aku takdak, dia la jadi mangsa ganti job aku. Mesej last sekali tu malas nak layan/reply dah. Hati sudah sakit. 

Kalo rumah aku macam rumah dia (dalam kem) takpa gak, sekejap je aku rempit sampai la kat opis. Ini bukan cerita main-main, takkan aku nak merempit dari Kulim ke Penang kot.

Antara rela dan redha terpaksa la si fauzi tu duduk kat meja aku jaga bos sementara tunggu aku sampai. Pukul 8.20 keluar rumah, jem pulak dari Seberang Jaya sampai ke jambatan akhirnya 9.30 aku selamat pun sampai ke Markas 2 Divisyen.

Yang aku hanginnya, budak-budak sekarang ni kan.. dah tak reti dah nak hormat orang lama/senior. Buat kepala sendiri je, macam dia pulak orang lama kat situ. Tapi bila pompuan dengan pompuan ni takleh tegur lebih satgi dia takmo cakap dengan kita, pastu pi bawak mulut bercerita kat orang lain yang kita ni macam tu la macam ni lah. Hai budak2!! Tapi takpalah lepas raya Insyaallah aku tak duduk dah kat pejabat tu. Sebelum pi kursus hari tu aku dah sampaikan niat aku nak bertukar cawangan kat Bos dengan CC. Bos takdak masalah sebab bulan depan dia dah nak kena transfer ke Mindef KL dah. Yang jadi masalahnya sekarang ni, CC aku susah sangat dia nak lepaskan aku dari opis tu. Terbaik sangat kot aku ni?? ekeke

ps: Yeay!! CC bagi aku cuti dari 19 - 31 Ogos. Merdeka!! 

12.8.12

Pertama kali masak untuk Ramadhan tahun ni

Alhamdulillah, seronok rasa bila dapat masak untuk berbuka puasa. Pertama kali aku masuk dapur untuk Ramadhan tahun ni. Almaklumlah sebelum ni takda kat rumah, tiap kali balik weekend pun tak masak jugak sebabnya kesuntukan masa dan barang dapur kering/basah memang cik abam aku tak beli pun. Berbuka kat kedai je, sahur pun kat kedai. Suami aku pulak tiap kali nak berbuka dia beli kat bazar je sepanjang aku takda kat rumah. Sian suami aku...kurus sudahhh. Hehe.

Jadi, semalam cik abam ajak pi Tesco borong barang dapur yang dah habis. Penuh dah peti ais aku. Kalau dah penuh tu maknanya kenalah masak. Untuk hari ni aku masak menu simple je yang memang aku dah lama terlioq nak masak sendiri...tomyam campur dengan paprik. Makan kat kedai tak sama dengan yang aku masak sendiri. Rasa yang masak sendiri ni lagi sedap kot...? ehehe. Lidah/perut masing-masing kan, mana sama. :D

Tomyam Campur tapi takdak udang, sotong pun. Ayam je tapi sayur ada la campur2..hehe
Ayam paprik...cik abam yang nak makan sangat ni.
Telur pun nak masuk jugak? boleh la... kira telur pertama yang digoreng di bulan ramadhan..
Perasan tak gambar ni terbalik? lantak la malas nak adjust dah.. :P

Apa juadah berbuka korang hari ni? Mesti masak yang hebat-hebat kan... Setengah jam je lagi nak berbuka ni..tak sabar nak makan tomyam tu. Nampak macam sedap kan? ekeke

Selamat berbuka semua :)

8.8.12

Info: Untuk ibu hamil yang berpuasa

APAKAH SAYA PERLU MAKAN SAHUR JIKA SAYA BERPUASA SEMASA HAMIL? 

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
• nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
• bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
• dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang

Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.

APAKAH YANG PERLU SAYA MASUKKAN DAN ELAKKAN DALAM DIET SAYA SEMASA RAMADAN? 

Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
• Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
• Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
• Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.

Kredit: Senang Hamil Page


Semoga info ni berguna untuk ibu-ibu mengandung :)

6.8.12

Cerita Datuk Lee Chong Wei & aku...pun boleh ke?

Aik, macam pelik je pagi isnin masih ada kat rumah. Selalunya pagi-pagi isnin camni aku dah terpacak kat square untuk Perbarisan Rejimental. Heee... syoknya cuti. Cuti lagi sempena Nuzul Quran. Tapi pukul 9 nanti aku dah kena bertolak ke Bentong dah. Cayok cayok...4 hari je lagi. Lepas tu takyah ulang alik pi Bentong lagi dah. Weeee..suka! :D

Kita sedih dengan kekalahan DLCW tapi DLCW lagi sedih tau...
hangpa bukan tau pun!

Aik, tetiba plak kuar gambar DLCW. Takpelah, bukan pernah pun sebelum ni aku letak gambar Chong Wei kesukaan ramai ni dalam blog aku. Semalam masa tengok game ni, berdebar kemain. Sebenarnya bukan nak tengok sangat tapi sebab cik abam aku yang suruh tengok dan text dia apa keputusan set 1, set 2 dan set 3 sebab semalam dia kena kerja. Jadi, sebagai seorang isteri yang tak suka membantah...aku tengok jelah walaupun sebenarnya kalau tang sukan ni..kurang tengok tv bukan kurang minat ye.

Aku tak heran sangat tang kalah tu. Sebab dah tau, malaun Lin Dan tu mesti menang (menang ego/sombong/bongkak..ye kan?) Ish, tak suka dia. Tapi lepas tamat perlawanan tu terus rasa sebak bila tengok keadaan DLCW. Nampak sangat dia kecewa. Kita semua kecewa tak dapat emas tapi dia lagi lagi kecewa tak dapat bagi kita emas. Rasa macam aku plak nak nangis tengok muka dia... 

Ini adalah salah satu komen dari pengulas sukan ESPN mengenai perlawanan antara Dato Lee Chong Wei & Lin Dan.

"DLCW is sucha great guy while Lin Dan is a bit arrogant..."

Jadi anda rasa siapakah juara sebenarnya? Mungkin skill hebat akan memenangi medal emas, tetapi sikap akan memenangi hati orang ramai. - PESONA MEDIA




Anda yang baca, anda jawablah sendiri.... XD

5.8.12

Tukaq Lagi!


Tetiba je kan. Dah lah lama tak update tetiba je terus tukar layout, rupa blog semua. Cuti hujung minggu dok rumah je..takda apa nak buat. Edit blog jelah. Kursus belum habis cuma tinggal seminggu lagi. 10 Ogos merdeka!!! Orang lain sambut merdeka 31hb tapi aku sambut dulu..sempena habis kursus. Bunyi macam teruk sangat kursus tu kan? Haa..memang teruk. Disebabkan semua ujian dah habis sejak minggu lepas.. tu pasai la balik weekend kali ni asyik mengadap facebook dengan edit blog je. Legaa seghaaa...Huhu.

Insyaallah, 2 minggu dari sekarang dah boleh la up entri setiap hari macam dulu. Eh, lupa nak habaq. Walaupun, blog tak aktif sangat selama hampir 2 bulan... Nuffnang tetap bermurah hati bagi 3 BE dari bulan Jun sampai sekarang. Terima kasih banyak kat Nuffnang. Wa sayang lu beb!