31.10.12

Percaya Diri

Sebenarnya kita tak perlu terlalu memikirkan tentang anggapan dan pandangan sinis orang lain terhadap kita.

Jika kita yakin, kita tidak ada salah dengannya.

Jadi, adalah lebih baik kita mengabaikan saja senyum sinis dan jelingan yang tidak berasas itu.

Voila! >3<

Published with Blogger-droid v2.0.9

30.10.12

Fakta Yang Amat Berguna Utk Semua!


1. Tahukah anda? Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu dan kesannya kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda? Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki yang ada dua mata air, jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Tahukah anda? Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!

Baca lagi untuk fakta-fakta yang boleh buat anda mereng.

4. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan walaupun mereka bukan dari spesies yang sama.

5. Tahukah anda? Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun, seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

6. Tahukah anda? Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

7. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

8. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

9. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

10. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

11. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

12. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

13. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

14. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan ‘pos laju’ menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

15. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

16. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

17. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

Source: Facebook.

Kikiki...macam-macam hal!

29.10.12

Sup Lesung Batu


Alhamdulillah, habis jugak seperiuk sup tulang yang aku masak sampai pukul 3 pagi semalam. Dengan niat nak buat jamuan makan-makan kat ofis. Walaupun, dah pukul 11malam baru start masak. Itupun sebab suami aku bawak balik tulang lembu banyak sangat, sampai tak muat nak letak dalam peti sejuk. Terus cik abam cadangkan aku masak bihun sup, suruh bawak pi ofis. Mujur sangat la masa tu awal lagi, sempat la beli bahan-bahan.

Dan pagi tadi, dengan semangatnya aku angkut sup ni:





Nampak? Hehe. Siap tekup dengan lesung batu, kononnya takmo bagi sup tu tumpah sebab penutup tu tak kejap sangat. Lupa nak tutup dengan kain. Sampai tergelak2 orang kiri kanan aku masa berenti kat traffic light. Cis!

28.10.12

The Lembu

Untuk tahun kedua, lepas solat raya aku drive balik kampung sorang-sorang, tanpa suami. Terpaksa tinggalkan suami sorang-sorang dan terpaksa balik beraya kat kampung sorang-sorang dengan family. 

Setiap kali raya haji, bukan lembu je kena qurban, aku, mentua, mak ayah aku pun berkorban jugak beraya tanpa anak/menantu depa yang sorang tu. Nak buat cemana, time raya haji memang dia sibuk  dengan tempahan lembu yang nak kena sembelih. Dan raya haji jugak la mendatangkan rezeki yang banyak kepada kami. Alhamdulillah, syukur.

Alang-alang dah kan? Nak promosi sekali nih. Kepada sesapa yang berdekatan area Lunas/Kulim/Penang/Sungai Petani nak beli atau nak jual lembu, boleh la emel. InsyaAllah, kalau nak jual ada rezeki kami beli. Buat sementara ni boleh emel ke kplniza@gmail.com atau emel suami badintokey@gmail.com. Blog lembu dia tak siap lagi. Dah siap nanti boleh la pilih-pilih lembu mana yang berkenan untuk buat kenduri/qurban atau kambing untuk aqiqah ke kan.


Sekian. Hehe

25.10.12

Cium montot e_e"

Kalau ikutkan, esok baru mula cuti tapi disebabkan insiden tercium montot kereta orang pagi kemarin aku ambik cuti harini. Cadangnya nak settle pasal insiden cium montot tu tapi pihak sana senyapppp je, jadi aku pun buat senyap jugak la.

Dah 2, 3 hari aku tak sihat sebenarnya demam, batuk, sakit tekak dan selsema teruk. Pagi kemarin aku pergi keja lambat dari biasa, pukul 7.30 pagi baru keluar dari rumah. Sebelum keluar rumah aku telan dulu sebijik ubat selsema sebagai bekalan untuk mengurangkan selsema yang teruk tu. Suara pun hampir hilang, serak-serak gharau dah bunyi.

Lepas setengah jam drive aku sampai kat jambatan Penang, mujur tak jem. Masa tu aku dah rasa nak 'layan' je kepala. Lali semacam ja. Rasa mengantuk sangat. Mungkin kesan ubat selsema. Sampai kat jalan atas Sungai Nibong, jalan jem pulak. Panjang benor pulak tu. Tapi sebab kepala aku dah semacam jadi aku tak heran sangat dengan jem tu semua. Aku ikut je slow2. Tiba-tiba aku rasa macam terlanggar sesuatu. Tak kuat, slow je langgar. Rupanya dah terlanggar belakang kereta orang. Nissan sentra gold dah tercium nissan sentra grey. Kereta sama jenis pulak tu. 

Aku nampak sorang lelaki keluar dari sentra tu, cina. Aku pun keluar slow2 sambil buat muka kerut2. Ya Allah, mujur la tak teruk mana. Takda kemek, keluar cat ke apa. Memang takdak apa2 kesan langsung kat bumper kereta dia. Yelah, sebab aku cuma langgar dia slow2 je pun. Yang aku ingat masa tu, aku jalan sambil tekan break sebab tengah jem kan, jadi jalan slow2 pastu aku rasa macam aku terlelap masa aku terlanggar tu. Huii..bahayanya! 

Aku tanya dia macam mana? Takda apa yang rosak pun, kira settle la kan. Tapi dia tunjuk kat atas bumper dia macam ada tercalar sikit. Padahal aku langgar bawah, apasal plak ada calar kat atas bumper tu. Aku agak itu calar lama punya. Takdak kena mengena langsung dengan yang aku langgar tu. Mula2 aku nak je bagi dia RM50 kira tu malas nak panjang cerita la, lagipun jenis ca ya nun alif ni jenis payah nak berkira. Lepas tu dia nak claim kat aku sampai RM250 pulak. Ambik kesempatan lah pulak. Terus aku cakap, pi bengkel sama2 la senang cerita. Aku bagi no phone aku kat dia, dia bagi no phone dia. Aku cakap hari ni nak jumpa dia. Sebab aku nak bawa suami aku sekali pi tengok kereta dia tu. 

Memang la salah aku sebab terlanggar dia. Tapi kesan aku langgar dia tu langsung takda. Kalau orang tengok pun, macam tak kena langgar pun kereta dia tapi kereta aku yang terkeluar cat sikit kat atas no plat tu. Tapi aku tak kisah  pasal kereta aku, asal kan kereta dia takada apa2. Aku tunggu je dia call, tapi sampai sekarang aku tak terima call dari dia. Mungkin dia pun rasa, kereta dia takdak apa2 jadi buat apa nak jumpa kan. Tapi kalau esok ke lusa dia call, aku akan pi jumpa dia jugak kat Penang sebab aku dah janji nak jumpa tapi aku rasa aku tak mungkin bayar dia sebab...nak bayar buat apa, memang tak rosak langsung.

Kawan-kawan ofis (lelaki), boss, suami pun cakap yang sama..dah tak rosak buat apa nak bayar pulak? Kan?

23.10.12

Anak angkat

Baru-baru ni, ada sorang kawan tanya aku pasal anak angkat. Memula dia tanya nak ke tidak je. Lepas tu dia cadangkan pulak supaya aku ambik je baby yang bakal lahir 29hb nanti. Bila aku tanya anak sapa? Dia cakap kawan kakak dia. Orang susah, anak dah 2 dan tak mampu. Dan macam-macam lagi yang dia plan kan untuk aku pasal pengambilan anak angkat tu.

Senang-senang je kan dia bagi cadangan?

Masalahnya bagi aku, bukannya senang nak buat keputusan tergesa-gesa macam tu. Perkara macam ni, walaupun ya, kita yang nak bela tapi tak boleh la nak membelakangkan kedua-dua belah family kita. Kena berbincang dan persetujuan family pun penting. Lagipun aku rasa, masih awal untuk aku fikirkan pasal anak angkat. Bulan 12 nanti baru cukup 3 tahun kawen. Bagi aku, macam BARU lagi kawen. Ditambah dengan belum ada anak ni, rasa macam pasangan baru kawen je. Masih dalam mood honeymoon kot! 

Dia suruh aku bincang dengan suami tapi sampai ke hari ni aku tak buka mulut pasal hal tu depan suami sebab aku tahu suami aku memang taknak anak angkat. Lagipun, aku sendiri rasa berat nak ambil apatah lagi nak fikirkan hal-hal macam tu. Belum tiba masa yang sesuai untuk aku. Lagipun masih awal, boleh ikhtiar lagi cara lain.

Apapun, aku berterima kasih la dengan dia sebab agak prihatin dengan aku walaupun sebenarnya aku dengan dia bukanlah kenal rapat pun. Kenal pun gitu-gitu je tu pun sebab suami dia dulu pernah satu tempat kerja dengan aku. Berjumpa pun baru 2x dan bersembang pun hanya melalui facebook. 

Kalau korang, setuju atau tak? Apa pendapat semua pasal anak angkat ni??  

19.10.12

Menjelang Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012


Semua sudah maklum ATM bakal berentap dengan Kelantan bagi menentukan siapa yang akan menjuarai Piala Malaysia 2012.  Dan semua pihak juga tahu, ini merupakan kali pertama buat ATM berjaya ke peringkat akhir selepas lebih 4 dekad. Tahniah ATM.

Sebagai anggota tetap dalam ATM, semestinya sokongan aku pada malam perlawanan nanti 1 00 peratus kepada ATM. Tidak berbelah bagi.

Dan korang semua juga perlu tahu, ini adalah kali pertama aku menulis tentang Piala Malaysia yang melibatkan bola sepak. Kerana apa aku menulis? Tentulah kerana sokongan yang tak berbelah bagi dan kecintaan aku yang mendalam kepada ATM yang juga merupakan periuk nasi aku selama sedekad ini.

Hari ini, seluruh kem tentera dalam Malaysia sibuk mengatur setiap anggotanya untuk dibawa menonton ke Stadium Shah Alam untuk memberi sokongan kepada team bola sepak ATM.

Eh, kenapa bunyi macam serious sangat entri aku ni? Skema semacam ja ayat. Buang tebiat dah ke? Kikikikih. Kata ATM, orang luar pun anggap ATM ni macam garang jadi entri pun kenalah serious. Haha.

Nak tergelak jugak aku dengan anak2 jati Kelantan yang berkhidmat dengan ATM ni, masing2 dalam dilema sekarang taktau nak sokong yang mana. Dua-dua penting katanya. Sapa menang pun tak kisah la kan. Janji bermain dengan baik. Pulun, pulun dah tapi kalau kalah..redha ajelah. Adat pertandingan gitu lah.

Apapun kepada Kelantan, Gomo Kelantan Gomo! Jangan tak gomo deh. Hehe.

Kepada ATM, Gempur ATM Gempur!!  Semoga juara milik kita! Amin.


To abam Marlo Alex James dan abam Bruno Martelotto, korang menjadi harapan warga ATM . Jadi, pastikan!


Ceeewah! Hehe
Published with Blogger-droid v2.0.9

16.10.12

Saye ade copy paste tip nak dapatkan baby kembar. Haaa...Suke tak?


Tajuk mengada-ngada betul kan. Heh3. 

Serius! sekarang ni taktau nak update apa, kering terus idea. Tapi kalau nak update cerita-cerita biasa kat tempat kerja atau aktiviti hari-hari tu memang banyak la tapi sekarang ni rasa macam tak best je nak keluarkan entri yang macam tu. Rasa macam orang nak baca pun takdak selera je kan? 

Agaknyalahh. hehe. Oleh itu, daripada korang baca entri aku dok mengarut je lebih baik selit sikit tips ke fakta ke auta ke kan. Dapat la jugak ilmu sikit-sikit kan, orang kata..ada pekdah la jugak. Hehe

Bahan untuk entri aku kali ni pun sebenarnya dah lama ada dalam 'draf'. Setahun ada kot. Bila tengok-tengok tadi rupanya melambak draf yang aku tak keluarkan lagi tapi semuanya kena tapis dulu la. 

Faktor-faktor dan kebarangkalian mendapat anak kembar:

GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga kita terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar kita  juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat kita. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.

UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan ke atas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.

DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

#Aku ada gak dok berangan nak kembar. Tak salah kot berangan, manatau ada rezeki kan. Korang amacam?

13.10.12

#Art. Everyone is artist

Minat melukis tu dah lama wujud sejak sekolah rendah. Ingat lagi masa darjah 5, top5 dalam senarai untuk saringan akhir pertandingan melukis antara sekolah. Terkejut jugak masa tu, cemana cikgu boleh nampak keunikan lukisan comot aku sebagai salah satu yang terbaik. Hehe. 

Namun ternyata aku bukanlah yang terbaik. Langsung tidak. Tak terpilih pon untuk ke peringkat final. Ceh, dah macam apa ayat tu. Dah bunyi gaya-gaya final Piala Malaysia ATM vs Kelantan dah kan. Go!go!go! ATM meme dah juara! 

ehhh?
Hehehe. terover pulakdahh!

Aku memang minat melukis, bercita-cita sangat nak melukis cantik-cantik boleh gantung kat dinding dapur. Dapur jelah mampu, letak kat ruang depan kang buat malu je orang tengok. Yelah, lukisan pun comot. Tapi sampai sekarang tak pandai-pandai pun melukisnya, minat je lebih. Tapi minat tu tak selari dengan usaha. Kalau usaha lebih, pasti dah terer sangat sekarang. Minat tu kalau campur malas makanya memang tak reti sampai ke sudah lahh. Muekeke.

Oleh itu, masa aku tengah ushar-ushar keperluan alat tulis untuk pejabat, aku ternampak sekotak digital painting. Ada kotak kecik, kotak besar dan kotak lebih besar. Eh, ini tak boleh jadi nih. Aku pantang sikit jumpa benda-benda gini. Ini dah jadi kes wajib beli, wajib try this at home! Ingat nak beli yang besar terus harga lebih kurang RM30. Yang kotak sederhana besar tu RM18 je. Untuk permulaan baik beli yang kotak kecik je dulu, kata pun wajib try. RM6.80 je yang tu. Kalau best esok boleh pi beli lagi. 

Tapi yang tu kita tak kena lukis, cuma kena main paint je. Ternyata ianya sangat best walaupun aku hanya paint hello kitty je. Ceh, bebudak sangat. 

Nah tengok ni.


SEBELUM - comel kan botol cat dia.

SELEPAS - Tengok! Dah siap ada guide pun masih comot.
Tak pandai guna paint tu.

Paint comot-comot pun makan masa sejam setengah jugak ni. Punya susah mungkin sebab lukisan dia kecik kan. Tapi best. Nak beli lagi, beli yang lebih besar. Yang besar tu lukisan dia ada macam-macam jenis sesuai la dengan orang dewasa macam aku ni. Ni tak, hello kitty? 

Tadi dah jet2 laki, nampaknya dia setuju. Hah, apalagi main cat jelah minggu ni sementara tengah gian. Minggu depan kalau dah jemu, tengok la..lempaq ghata ceghok. Huhu. 

11.10.12

9 bulan


Masih terngiang-ngiang di telinga apabila semalam Dr Fauzi berkata eh, awak ni dah mengandung 9 BULAN! Sejurus selepas beliau membuat pemeriksaan ke atas aku. Walaupun dalam pada itu aku masih dalam separa sedar dan susasana keliling pun macam samar-samar suram je tapi aku terus bersorak gembira. Gembira kerana apa yang aku harapkan akhirnya! Ya akhirnya menjadi kenyataan! 

Namun, tetiba aku rasa macam hairan pulak. Yelah, Dr Fauzi kata aku dah mengandung 9 bulan tapi kenapa perut aku tak muncit pun? Masih leper macam sedia ada je. Sekali lagi hairan itu datang menujah kotak fikiranku, Macam mana tiba-tiba boleh terus mengandung 9 bulan pulak! Eh takleh jadi ni, Dr Fauzi tu mesti tipu je. 

Tiba-tiba!

Alarm henpon bunyi pukul 4.30pagi! Terus potong mimpi indah aku tu. Tak dapat nak tau apa kesudahan mimpi tu tapi yang pastinya... aku tak mengandung pun. Arghhh. Stress. Dah banyak kali mimpi macam tu. Tapi nampaknya belum menjadi kenyataan lagi. Mungkin ada hikmahNYA disebalik mimpi-mimpi tu. Mudah-mudahan. Amin.



#Dr.Fauzi dalam mimpi tu, kawan opis lama aku. Konpius! Cemana dia boleh timboi jadi doktor pulak dalam mimpi tu. Keluar muka dia sebijik pulak tu. Huhu.

8.10.12

Kerjanya berat


Baru 3 hari tak update blog tapi rasa macam berminggu tak berupdate. Rindu suasana macam dulu, boleh update selalu. Bila tengok orang lain kejap2 keluar entri baru, rasa jeles pun ada. Tapi takpalah, nak buat cemana. Kerja hal kerja. Kat rumah hal rumah. Weekend cara weekend pulak. Huhu.

Bila tak update, makin lama kawan-kawan pun makin lah menjauh dari blog iteww. Masuk pun hujung-hujung je pastu terus keluar. eh? Lawak ya pun. Hehe.

Dulu masa kat opis lama ada banyak masa terluang, lagi-lagi bila bos out station kemain aku berlama-lama layan blog. Tapi sekarang dah lain, sejak tukar ke opis baru ni memang takda masa nak buka blog. Nak menyempat kejap pun takdan. Betul-betul busy dengan kerja yang telah dipertanggungjawabkan. Skop kerja baru. Tapi serius aku suka dengan kerja-kerja yang aku kena buat sekarang ni. Rasa lebih mencabar. Mana taknya dah hampir 10 tahun kerja senang. Kerja bancuh kopi bos kendian jawab telepon kendian ingatkan bos pasal meeting itu jam itu jam. Muehehe.

Sekarang semua kerja kena cekup, kebetulan pulak tengah tak cukup kakitangan. Ada yang sambung belajar, tahun depan baru start kerja balik. Ada yang posting, pengganti belum sampai. Minggu pertama kat opis baru, teruk jugak aku hadapi kemurungan. Sebab tak tahu nak buat kerja. Tak tau nak mula yang mana. Naik pening kepala bila kena pegang dan update dokumen-dokumen penting perkhidmatan anggota. 

Tapi sekarang dah sebulan lebih ni, jangan la pandang aku sebelah mata lagi. Dah boleh handle semua. Alhamdulillah. Berkat sabar, tingkatkan usaha, ikhlaskan hati buat kerja tu, pupuk kan minat sikit dan tunjuk ajar staf2 lama..ada jugak la peningkatan tu. :)

5.10.12

Subuh

Alhamdulillah, pagi ni diberi kesempatan untuk berjemaah subuh bersama warga kem. Walaupun terpaksa keluar rumah seawal jam 5pagi namun hati berasa sangat bersemangat untuk turut serta dalam kuliah subuh.

Apa salahnya kita hadir sama untuk satu majlis ilmu yang hanya diadakan setiap 2minggu sekali saja pun.

Salam jumaat ツ

Published with Blogger-droid v2.0.9

3.10.12

Kawan yang kita suka

Sepanjang jalan balik ke rumah, kepala ni tak henti-henti memikirkan tentang 'kawan-kawan'. Dulu, aku pernah berjanji denagn diri aku sendiri yang aku takkan berkawan baik atau terlalu rapat dengan sesiapa pun di tempat kerja. 

Sebab? Pengalaman lalu banyak dah mengajar mana yang baik dan mana yang buruk. Tapi semua tu dah berlalu dan bagi aku kita harus ada sikap memaafkan dan juga memohon maaf kepada orang lain.

Namun sebagai manusia atau perempuan aku rasa kita sangat cenderung untuk memiliki seorang kawan atau lebih dan mungkin juga sebagai sahabat kalau boleh. Supaya kita tak berasa bersendirian sangat walaupun hanya berkawan semasa di tempat kerja sahaja.

Tadi aku disindir melalui sms hanya kerana aku melayan kerenah seorang kawan yang lain yang juga musuh (tak ngam) dia. Cara aku lain. Aku nak berkawan baik dengan semua orang, pompuan saja la. Tapi kalau kau ada masalah/hal dengan dia, jangan babitkan aku atau hasut aku supaya jangan berkawan/bercakap/layan dengan kawan yang sorang tu. Masalah korang, korang punya hal.

Itu aku sangat marah. Tapi aku tak balas sms tu, aku abaikan sms dia sebab kalau aku balas, aku akan balas dengan kata-kata yang mungkin akan buat dia terasa sebagaimana aku sangat terasa dengan sindiran dia. Aku anggap dia satu-satunya kawan baik aku yang aku rasa dia lebih tahu  atau faham sikap/perangai atau apa yang aku suka dengan yang aku tak suka. 

Aku rasa benci sangat dengan hal yang macam ni. Aku rasa tersepit. Aku kecewa lagi hanya kerana kawan.