26.11.13

Perghhhh!

Apa la nk tulis ni.
Macam kekokkkkkk jer, 
Macam tak retiiiiii jer.

Haih.

Bahana betul bila dah lama tak update blog.
Sampai dah tak reti nak tulis apa.

Hurmmm..

Hai, ingat saya lagi dak?
Ingat dak? Ingat dak? Ingat dak?

Kalau dah ingat tlg tinggal komen ye.
Kalau takdak org komen tu, tak ingat la tu.

Hehhehheh..ugut sikit.

12.8.13

Salam Aidilfitri

Tahun ni segala-galanya berubah dalam hidup saya. Luaran dan dalaman. Di rumah, di tempat kerja semua berubah. Pelik jugak rasa, mungkin faktor umur jugak barangkali. 32, buat saya rasa matang. Sebelum ni 30 dok rasa muda remaja lagi. Tiba-tiba masuk tahun 2013 ni saya rasa diri saya ni lain sangat. Saya sendiri pun pelik tau.

Kalau ada yang perasan, dari saya mula berbelog cara penulisan saya lain. Dulu entri banyak unsur-unsur jenaka. Suka melawak. Suka nak bagi orang gelak. Tapi sekarang, entri straight kayu! Nak kona sikit pun dah tak reti. Huu..payah. Tak tahu la, nak kata sindrom monopose pun tak lagi! Hehe.

Tak pa lah, yang penting saya suka dengan perubahan diri saya sekarang. Bahasa senang nak paham - sedar pun diri tu! Yelah, dah masuk 30an ni jiwa lebih ke arah mak-mak dah, walaupun takdak anak lagi. Hiburan, nak seronok tu semua dah tak berapa nak menarik dah. Senang cerita, duniawi makin kurang dah. Lebih kepada ukhrawi. Semoga istiqomah lah ye. 

Biarpun lambat sedar, tapi bersyukur Allah sayang saya. Dia gerakkan hati saya ke arah tu. Alhamdulillah. Tapi, jangan la salah paham pulak ye.. bila dah saya kata macam tu, nanti anggap saya ni suka bersosial pulak dulu-dulu. Tidak. Cuma dulu suka sangat dengan sikap `sambil lewa' je. Sekarang ni dah serius la kiranya. Faktor umur dan atas kesedaran masing-masing. Dunia makin parah, takut saya dibuatnya.

Eh, orang lain masih dalam mood raya, up entri raya tapi saya lain pulak ceritanya. Raya saya sama je tiap tahun masih berkesempatan beraya dengan Mak Ayah dan Mertua. Cuma tahun ni saya rela hati ambik cuti awal sebelum raya sebab yang lain-lain ambil cuti selepas raya. Saya sorang-sorang je kerja hari ni. 

Takda mood lah pulak nak buat kerja bila sensorang. Mati kutu! Hehe.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin :)

24.7.13

Memasak ni seronok

Ingat nak buat wordless je dulu tayang gambar makanan tapi takut orang marah pulak post gambar makanan tetengah puasa ni. Lagipun dok pikir, dah lama tak berwordless. 

Puasa tahun ni saya rasa paling puas dan seronok. Sebab tiap-tiap hari saya dan suami berbuka kat rumah makan hasil air tangan saya. Terima kasih juga kepada pemerintah kat tempat kerja saya sebab bagi pelepasan balik kerja pukul 2.30 sepanjang bulan puasa. Kiranya tak tergopoh gapah sangat la kalau balik awal kan. Takda la masak asal boleh je, masak sambil menyanyi pun bolehh. Hehe.

Cuti hujung minggu lepas rajin betul saya (acewahhh). Sabtu saya berbuka dengan Patato Gratin, malamnya pulak saya buat Oreo Cheese Cake. Ahad saya buat 2 keping pizza. keping??? Asal bolehh. 

Seronoknyaa lahai bila suami asyik puji pizza saya..sedap sedap sedap katanya. Saya sendiri pun rasa puas bila roti pizza yang saya buat tu menjadi, molek benar je tepung tu naik selain lembutnya. Hiks. Cewi la sekejap dengan suami, siap offer lagi..lepas ni kalau yyg nak makan pizza, order dgn syg ja, takyah pi pizza hut dah, mahal!

Acewahhh baru sekali buat menjadi, terus rasa macam masterchef. Huhu. Tapi seronok hoi. Haha. Itupun sebenarnya kali kedua saya buat adunan tepung tu. Sebekas tepung yang pertama saya campak masuk bakul, tak jadi, terlebih air, lembek. Kali kedua tu baru jadi lepas saya ikut resepi Che Mat. Nak try etek? Boleh klik sini, sini pun boleh. Eh, haaa SINI.


Ada nak komen apa-apa tak? Hehe. Cau! nak balik dah tukar baju cantik-cantik, hari ni beriftar bersama dato panglima. :)

23.7.13

Menarik untuk saya kongsikan

Alhamdulillah, terus bersemangat saya pagi ni bila nampak sesuatu yang menarik di facebook. Perkara yang membuatkan hati saya berbunga-bunga suka. Seperti mendapat sinar baru dalam hidup. Sedikit perkongsian kata-kata semangat untuk kawan-kawan yang sama seperti saya-belum ada anak. Bacalah, semoga bermanfaat untuk kita.

Bismillah, untuk mereka yang telah berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat.

1) Alhamdulillah, saya ingin katakan...bersangka baiklah pada Allah, bersangka baiklah pada Allah, bersangka baiklah pada Allah.

2) Allah Maha Baik.

3) Buatlah sujud syukur(google cara buat sujud syukur)& syukurlah kerana masih belum diberikan anak. Nabi pesan formula untuk ditambahkan nikmat adalah "Bilamana kamu diberikan nikmat yang sedikit, kamu bersyukur, maka Allah akan tambahkan nikmat itu" 

4) Mengapa Dia masih belum beri anak? Jangan membuat jawapan-jawapan sendiri. Tapi jawapannya hanya satu-KERANA DIA MAHA BAIK!

5) Jangan fokus kenapa masih tak diberikan anak, tetapi fokuslah untuk hidup dalam sentiasa memuji Allah tanpa henti 24jam/7 hari/siang malam

6) Buang semua perasaan sedih

7) Berlapang dada & senyum selalu

Jadilah insan paling bahagia tanpa anak kerana itu kehendak Allah yang menciptakan kita. Siapa kita untuk melawan kehendak Allah?

9) Atas segala usaha & doa,DIA masih memilih kita untuk tidak dikurniakan anak. Sungguh DIA MAHA TAHU apa yang terbaik buat kita pada saat & ketika ini

10) Usah kita bimbang dan risau hidup tanpa zuriat, atau putus keturunan

11) Usah merungut mengapa sampai sekarang belum dapat anak kerana itu bermakna kita komplen Allah

12) Teruskan usaha bersungguh-sungguh & jangan jemu selagi kita mampu & mahu

13) Tiap kali 'bersama', 'bersama' dengan penuh rasa ghairah & cinta, bersungguh-sungguh dari hati untuk cari redho Allah & doa & yakin Allah akan beri zuriat dari 'hubungan' ini.TIAP-TIAP KALI BUKAN PADA WAKTU SUBUR SAHAJA. Sungguh kita tidak tahu, bila Allah mengatakan 'kun faya kun..'

14) Usah 'bersama' dalam keadaan tidak ada semangat atau bersama dalam keadaan putus asa dan anggap kita takkan dapat anak pun sebab dah banyak kali cuba..Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya..begitu kita sangka, begitulah hasilnya. Teruskan mencipta sangkaan-sangkaan yang baik

15) Untuk seorang isteri, berbahagialah kerana isteri-isteri Nabi juga tidak memberikan Rasulullah ank kecuali Saidatina Khadijah & Mariah. 

16) Jangan salah menyalahkan pasangan. Jika kita mahu hidup dengannya, teruskan dengan redho, hormati & sayangi dia. Jika tidak mahu lagi bersama, kita berbincang & cari jalan yang disepakati.

17) Banyakkan istighfar dan melakukan solat taubat kerana dengan taubat, Allah ampunkan dosa kita , angkat darjat kita dan luaskan rezeki kita

18) Banyakkan sedekah kerana dengan sedekah menyucikan jasad dan hati dan membuka luas ruang-ruang rezeki yang tidak disangka-disangka

19) Puji Allah sentiasa & syukur banyak-banyak kerana tidak diberikan anak pada waktu ini
Syukur bererti kita menerima dengan lapang dada, kita senyum dan rasa bahagia kerana kita tahu Allah memperlakukan kita dengan sangat baik

20) Suami & isteri kena satu fikir. Tiap kali bangun pagi, sama-sama ucapkan, "kita akan dapat anak kandung tahun depan 2014" .Ucap tiap-tiap hari dengan tarik nafas, senyum dan yakin

21) Tuliskan di atas kertas besar dan lekat pada dinding atau mana-mana kawasan yang senang untuk kita lihat -tulis "kami akan dapat anak kandung pada tahun 2014". "saya akan hamil pada 2014" atau apa sahaja ayat pendek yang TIAP-TIAP HARI mata kita boleh melihat, mulut kita boleh menyebut, telinga kita boleh mendengar, masuk dalam otak kita, sampai pada hati kita dan semua kenyataan-kenyataan itu akan diproses dalam sistem badan kita

22) Konsisten makan makananan sunnah, madu, kurma, susu, kismis, buah tin,minyak zaitun, dan tiap kali makan, niatkan "kami(suami isteri) makan ikut apa yang nabi makan, tolonglah ya allah berkati makanan ini dan hasilkanlah darinya pada tubuh kami zuriat yang soleh dan solehah"

23) Jumpa doktor dan ikut nasihat doktor sungguh-sungguh bukan separuh jalan atau ala kadar

24) Jangan kedekut keluarkan duit untuk perbelanjaan rawatan

25) Mohon mak ayah dan adik-beradik konsisten buatkan solat hajat untuk kita. Seluruh ahli keluarga kena sepakat & rajin

26) Suami isteri buat solat taubat & solat hajat tiap-tiap hari jangan tinggal termasuk membaca yassin

27) Suami Isteri baca tiap hari surah Ibrahim ayat 40, surah furqan ayat 74 dan surah al-anbiyak 89 (rujuk tafsirnya sekali)

28) Tinggalkan semua kemaksiatan dan siap sedia sentiasa kerana bila-bila masa kita akan jadi ibu & ayah! :))

SELAMAT MENJADI IBU & AYAH BILA TIBA MASANYA~ SENYUM SELALU HIDUP INI INDAH!!!

****Orang sekeliling sibuk bertanya, dan telinga kita panas dan hati tersinggung. Untuk semua yang bernama masyarakat, pernah atau tidak kita mendoakan golongan ini untuk Allah kurniakan mereka zuriat atau kita hanya tahu mendesak dengan soalan. Sungguh kita melukakan hati mereka, Allah lebih-lebih lagi akan melukakan hati kita.

TAMBAHAN: Pernah seorang makcik ni, ketika anak sulungnya hampir berkahwin beberapa tahun yang lalu, dia mengadu, 'makcik tak sedia lagi nak timang cucu, makcik tak sedia lagi nak jadi tok, makcik muda lagi"- selepas anak sulungnya kahwin bertahun-tahun, tidak dapat anak walaupun adik-adiknya kahwin dan semua dikurniakan ank...ibu-ibu dan ayah2 tolong check perkataan jgn smpai jadi satu doa tanpa sedar & anak-anak tolong jumpa mak ayah risik-risik bertanya kalau-kalau pernah menyebut perkataan seumpama ini. Jika mungkin mak ayah kita dah terlupa atau menafikan, maka minta sahaja mereka sebut, " ya allah aku redho ankku ini diberikan zuriat dan aku mahu menjadi nenek/tok/opah kepada anak yg dikandungnya nanti...tolong ya Allah..."

Facebook: Noor  Laila Aniza binti Zakaria

Macam mana rasa lepas baca? Rasa apa? Saya baca, saya rasa lega, rasa gembira yang sungguh-sungguh. Ish, rasa pelik pulak dgn rasa-rasa tu. Perasaan tu bercampur mungkin sebab kejap lagi saya nak sambut mak, kakak, abg ipar dan anak-anak sedara saya yang akan tiba dari Mekah. Tak sabar nak jadi orang pertama peluk mak, kakak, anak-anak buah saya. ;)

15.7.13

Ramadhan ku

Salam Ramadhan.

Alhamdulillah, ramadhan kali ni lebih baik dari tahun lepas. Tahun lepas, berat sangat dugaan puasa saya. Maklumlah, berkursus di bulan puasa ni. Jadual untuk ujian kawad pulak betul-betul kena bulan puasa. Tak berhati perut betul orang yang buat pentadbiran kursus tu. Sikit pun tak dianjak tarikh tu atau rombak semula jadual. Makanya, banyak hari saya terbabas. Dah cuba tahan sehabis-habisnya tapii...tewas! 

Pernah satu hari, sekumpulan kawan-kawan saya (lelaki dan perempuan) lewat masuk baris. Maklum saja la dengan kerja kami ni.. masa mesti tepat. Didenda lari pusing padang kawad sebanyak 5 round oleh jurulatih non-muslim. Bukan waktu pagi tau, waktu matahari betul-betul terik, jam 3 petang. Betapa sakit hatinya kawan-kawan saya hanya Allah je yang tau. Mujur la masa tu, ada seorang pegawai Ustaz KAGAT berdiri kat sebelah padang kawad. Ustaz tu bagi arahan berhenti dan kemudian marah kawan-kawan saya sebab lari tengah panas. Katanya, saya yang tak buat apa-apa ni pun tak tahan dengan panas terik macam ni..korang tak puasa ke?? Padahal ustaz tahu jurulatih non muslim tu bagi denda. Kemudian ustaz tu suruh kawan-kawan saya masuk kelas terus. 

Jadinya, ramadhan kali ni saya berusaha buat yang terbaik dari tahun-tahun lepas. Rasa sayangnya bazirkan ramadhan yang penuh barakah ni. 

Selamat berpuasa.

31.5.13

Masalah

Bukan masalah negara tapi nak cerita sikit pasal masalah saya. Masalah saya yang jenis cepat atau mudah merasa 'loya' dengan perangai atau sikap seseorang. Seseorang tu boleh jadi kawan saya, sedara mara saya atau boleh juga orang-orang di sekeliling saya.

Saya bagi contoh satu je la ye. Saya dan kawan-kawan keluar makan tengahari kat tempat public. Mesti la time hari bekerja kan. Kalau hari bekerja mestilah pakai uniform. Bila pakai uniform, semua orang akan tahu kita dari jabatan mana. Kalau uniform macam saya ni terang-terang orang memang tau kerja apa. 

Tapi saya bukan nak cakap pasal uniform yang saya pakai, tapi pasal 'sikap dan etika' semasa di tempat awam apabila kita berpakaian uniform. Kawan-kawan kita ni sedia maklum la kan..ada berbagai jenis fe'el dia. Ada yang jenis.. ahhh, lantak aku la. orang nak pandang2 apahal? ada masalah?

Kalau pada saya..Ya, memang hang bermasalah! Sebab kalau kita pakai pakaian awam, takpa.. tunjuklah perangai tak elok macam mana pun orang tak heran sangatttt. Tapi kalau dah pakai uniform bila kita berada di tempat awam, orang akan nampak 'buruknya' sikap kita terus ke uniform kita pun kena tempiasnya jugak. Orang pun akan fikir yang bukan-bukan pasal jabatan kita kerjaya kita. Jadi lebih elok lebih bagus kalau kita tunjukkan sikap yang baik. Perangai yang baik.  Ibarat macam.. uniform kita tu melambangkan visi, misi dan prinsip organisasi sesebuah jabatan. 

Kalau boleh, kita bila berpakaian uniform biarlah sampai orang yang pandang kita berasa tertarik dengan kerja kita. Jadi kita kenalah jaga sikap dan etika kita baru orang hormat. Ini kalau cakap pun melulu tak pandang orang sekeliling dengan suara yang kuat, ketawa pun kuat. Ingat orang nak respect kita ke? Orang meluat lagi ada kot. Kalau muka kita memang dah jenis tak reti nak malu takpa, sekurang-kurangnya jagalah nama baik jabatan/majikan kita. 

Saya kalau berhadapan dengan orang yang macam ni, memang jadi masalah buat saya. Tegur tetap tegur. Sekali je kot tegur. Nak tegur banyak kali tu tak perlu kot sebab taraf dah mak bapak orang. Nak dengar ke taknak, terpulanglah. Masing-masing dah gedobok lonjong. Kalau budak-budak senang la sikit nak tarbiah kan. Pulas telinga ke cubit perut ke. Reti la dia takut tapi kalau dah tua-tua pun tak sedar?? Macam mana?

Pening pikir!

27.5.13

Kembali



Assalamualaikum. Hai semua. 


Terasa lama sungguh tak update. Walopun tak update, saya rajin jugak tau jenguk blog ni bila ada masa lapang sikit. Tapi sekadar jenguk je la. 

Sekarang baru la boleh tarik nafas panjang-panjang sikit. Saat-saat genting tu makin lama makin kurang. Alhamdulillah. Setiap pemberian rezeki yang Allah berikan kadang-kadang perlukan pengorbanan masa, tenaga dan jiwa kita. Terfikir...ada betulnya. Macam orang kata, bersusah-susah dulu, senang tu ada kemudian hari. In syaa Allah.

Bila kita makin menapak ke atas, makin bertambah jugak tanggungjawab yang perlu kita pikul seiring. Kadang kala kita perlu dan terpaksa berikan lebih lagi dari sepatutnya. Tapi tak apa, yang lebih itu kita ambik sebagai pelajaran baru dan bekalan hari mendatang. Supaya kita tak kekok bila menempuh hari tersebut. 

Tak gitu :)

P/s: Cerita pasal jiwa patriotik tu nanti lapang betul-betul saya sambung ok. Terima kasih, sudi membaca :)

2.4.13

Jiwa Patriotik: Part 2

Acara mengangkat sumpah bermula keesokkan harinya selepas melapor diri. Wanita muslim dan non muslim berbaju kurung, lelaki berpakaian casual smart. Berbaris dalam berpuluh-puluh barisan pada pagi itu. Wanita disebelah kanan, lelaki disebelah kiri. Adab antara lelaki dan wanita dijaga, pergaulan dikawal. Itu juga ditekankan. Respek.

Sebelum acara angkat sumpah dimulakan, peringatan diberi dengan arahan-arahan yang perlu dipatuhi setelah mengangkat sumpah untuk menjadi seorang rekrut dan seterusnya anggota tentera. Keizinan untuk mengundur diri diberi sekiranya tidak mahu meneruskan latihan. Wanita tetap dengan semangat kental, tak ada seorang pun yang beralah. Hanya seorang saja lelaki yang merasakan dirinya tidak mampu ataupun tidak mahu meneruskan niatnya untuk menjadi anggota tentera. Sayang peluang dilepaskan. Tapi mungkin ada masalah lain yang menghambat beliau untuk menarik diri. Mungkin, positif.

Usai acara angkat sumpah beramai-ramai. Maka bermulalah sesi pertukaran No IC awam kepada No Tentera. IC awam dilupuskan.   Seronok, serius seronok bila masing-masing dapat 'nombor badan'. Uniform diagihkan dengan percuma.  Pakaian No 5 (Celoreng), Pakaian No 3(Kerja), Pakaian No 4(Kawad) - kini, sudah dimansuhkan serta dilupuskan. Pakaian No 10(Trek suit). Kami dikenalkan dengan 'nombor' untuk jenis pakaian dan harus menyebut nombor untuk nama pakaian tersebut. Dalam tentera ada 10 jenis pakaian. Begitu juga dengan jenis kasut/boots. Pening mulanya!

Bermula dari situ, hampir seluruh kehidupan harian berubah. Berbeza semasa menjadi awam jika dibandingkan. Rambut di potong,  gaya seperti rambut lelaki. Tak kira samada bertudung atau tidak semasa menjalani latihan, rambut harus dipotong. Menangis tak berlagu bagi rakan-rakan yang rambutnya panjang berjurai ke pinggang, ke punggung ke lantai. Sayang tak sayang, itu harus. 3 minggu sekali tukang-tukang gunting tak pernah lupa datang selenggara kepala kami. Hampeh.


#Ayuh, buat kerja yang menimbun dulu..senggang nanti sambung semula ya.

1.4.13

Jiwa Patriotik: Part 1


11 tahun yang lepas berada di tempat ini selama hampir 6 bulan, tapi tak pernah sekali pun keluar merayau-rayau di bandar. Samada hari biasa mahupun hari minggu. Tidak dibenarkan. Hanya berada dalam kawasan sepanjang masa. Tempat dimana baru nak mengenal apa dan bagaimanakah menjadi seorang askar? 

Hati berbunga-bunga gembira, bersemangat bagai bila terpilih untuk ke sini. Bangga, sangat bangga. Jiwa patriotik rupanya! Alhamdulillah, inilah rezeki sampai pencen mungkin. Rungut dalam hati. Biarpun pada orang lain, menjadi askar adalah pilihan terakhir dalam memilih kerja? Tidak bagi saya, walhal secara tak sengaja sebelum melangkah untuk pergi temuduga terbuka di Sungai Petani, saya sudah pun ada kerja. Cikgu kat nursery (je!) Kerja yang mulia juga, mendidik kanak-kanak mengenal huruf dan nombor. Tapi dalam hati tak ada taman, tak syok, tak mendapat kepuasan yang sepenuhnya. Namun tetap mencurahkannya dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Hanya sementara sehinggalah secara tak sengaja juga kaki saya melangkah ke tempat temuduga tersebut bersama dua orang kawan yang sangat beriya nak menjadi Ustazah KAGAT (Kor Agama Angkatan Tentera). Saya hanya di ajak! dan saya patuh mengikut kawan yang seangkatan menjadi cikgu di Baitul Mukmin, Wangsa Melawati.

Ralat rasanya bila hasrat kawan-kawan yang beriya untuk menjadi Ustazah Kagat tak kesampaian. Risau, gementar dan takut bila saya perlu melapor diri seorang diri ke pemilihan akhir di Ipoh tanpa kawan-kawan saya. Namun saya redah dengan sokongan dan harapan emak dan ayah. Alhamdulillah, memang ini rezeki saya sampai pencen! Bangga, sangat bangga dengan kemampuan diri sendiri. Layak.

Perkenalan dengan beberapa kawan baru semasa pemilihan akhir di Ipoh mengurangkan rasa risau, gementar dan takut untuk saya terus melangkah ke PUSASDA (Pusat Latihan Asas Tentera Darat). Di sana kami telah berjanji akan berjumpa semula di Stesen Keretapi Seremban pada tarikh yang ditetapkan untuk melaporkan diri. Melangkah penuh semangat.

Ketika itu langsung tak terbayang apa yang akan berlaku seterusnya. Bagaimanakah kehidupan menjadi rekrut, apakah aktiviti rekrut? apakah undang-undang dan peraturan yang perlu rekrut patuhi? Langsung tak terbayang dan terlintas dalam kotak fikiran. Langsung tak study! Hanya nampak betapa ramainya kawan-kawan baru yang bakal dan sama-sama menginap di Kompeni J(Juliet). Hanya nampak banyaknya Kompeni, bangunan penginapan yang tersergam indah dan selesa. Kompeni (A)Alpha hingga (I)India untuk penginapan rekrut lelaki. Berakhir dengan kompeni J untuk wanita. Setiap kompeni diperuntukkan untuk 300++ orang rekrut. Bayangkan berapa ribu orang yang bakal direkrut menjadi seorang askar yang terlatih dalam masa setengah tahun. Sangat meriah...ketika itu, dalam fikiran saya tanpa memikirkan cabaran dan rintangan selepasnya. Selepas mengangkat sumpah!



#Kekoknya tulis macam ni, entri patriotik kot mestilah serius..sambung nanti ya!

26.3.13

32. Suam dah!


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi masih bernafas. Semoga terus ditambahkan rezeki oleh-Nya dan dipanjangkan usia dalam rahmat-Nya. Amin.


 google


#Jangan lupa doakan saya supaya lebih rajin lagi sebab penyakit 'malas' sangat berkuasa sekarang.

17.3.13

Chicken grill & Pavlova

Gambaq periok kuah soto kita hat comey lotey tu terpaksa di tubitkan dari entri tersebut dan telah di simpan dalam folder 'my picca' sebab nampak dop molek sangat. Hudoh benar rupanya. Sampai ada yang kata macam 'pengat pisang'! Ish3 memalukan dapur je. Uhuks! 

Amboi, kemain sekarang kann selang minggu baru nak update. Bajet stok retis minggu-minggu baru nak update ke? Ohoo TAKDAK IDEA sebenarnya tahu? Masalah terbesar setakat ni yang saya alami tahun 2013 ni. Parakkkk.

Okelah, haritu dalam entri saya yang berjudul bukan blog masakan, the malay male telah memperangat saya tentang dua makanan terhebat, Chicken Grill dan Pavlova. Chicken grill tu langsung saya tak pernah makan tapi sumpah saya tak teringin. Setakat hari ni la. Esok-esok tak tahu la pulak ye. Mana tahu sumpah makan diri, malam karang dah meleleh air liur nak makan Chicken Grill. Sudah! Kena cepuk dengan laki tak pasal je. Muhehe.

Pavlova. Hmm, kacang je kot nak buat. Cuma bahan je takdak stok dalam peti ais. Kiwi dengan strawberi tu agak mahal ye kalo kat Giant. Nak ajak laki pi Cameron Highland beli stoberi mau kena beletiaq dengan dia satgi. Teringin nak buat Pavlova tu dah lama sangat dah sebelum the malay male dok perangat2 lagi. Tapi hat ni lain sikit. Bukan teringin nak makan sangat pun tapi teringin nak buat ja lebih. Saja nak tahu kemampuan diri dalam bidang mengekek. Maklumlah 30 tahun hidup sebijik kek pun tak pernah buat lagi. *Pitam! 

Jadinya, sebelum umor cecah 32 tak berapa hari je lagi ni, dah pasang niat la nak terer buat kek, biskut. Koman-koman boleh offer kat kengkawan raya tahun ni boleh la order kek dengan biskut kat kita. Muahaha. Rajin sangat la kita tu.

Haa, dah la banyak pulak idea pepetang gini kan lepas pekena pavlova 2 piring. 


Pertama kali cuba buat, rupa pun sememeh je. Tak tahulah sedap ke tidak sebab tak pernah makan pun. Tapi memang sedap pun, hehe. Tak manis sangat sebab dah kurangkan gula dari sukatan asal dari resepi tu. Kalau manis sangat suami tak makan. Saya sendiri nak telan pun rasa was-was kalau manis sangat.

Gambar tu ambik dari instagram. Ada yang mintak resepi. Kalau boleh takyah la mintak resepi sebab kita sendiri pun google je resepi tu, keluar berjenis-jenis resepi. Pilih je yang mana mudah. Kan? Bak kata mentua, sekarang ni nak belajar masak mudah ja niza..boleh cari dalam internet. Macam mama dulu, beli buku2 resepi, buku kek, buku kuih. Laa ni tak payah dah buku2 resepi.

Tapi saya lagi mudah maa, nampak apa resepi ja terus salin guna henpon, tangkap gambo terus. Takyah nak buka laptop, on broadband dah, tu semua lambat. Ambik gambar terus kan senang, nak masak buka galeri je terus buat, tak jelas boleh zoom..ahaha.


#Korang kata Meatball Ikea sedap eh? Dah guanonyo kat Kulim/Penang takdak Ikea nih?

Takpa. Dah jumpa resepi Meatballs ala Ikea..nanti sat hang!

10.3.13

Bukan blog masakan

Oh ya, baru je siap menyoto kat dapoq dua jam lepas. Untuk esok punya makan. Cuma tinggal nak gentel bergedil je. Yang tu buat esok, makan panas-panas dengan soto. Sedap.

Tu baru satu cerita. Kalau hari-hari punya cerita nak post kat blog ni, memang penuh pasal makanan ja. Tak semena-mena Afzal kata, dah jadi blog masakan pulak. Tu pasal jugak berat badan 54 dah jadi 59 sekarang. Sebabnya sekarang memang rajinnnn sangat dok terperap kat dapur. 

Memang pantang dah nampak dapur sekarang, ada je nak masak itu masak ini. Minggu ni saja dah macam-macam jenis. Tak termasuk dengan masak nasik lagi. Yang tu hari-hari dah masak. Yang makanan sampingan tu, macam dah wajib ada je sekarang. 

Lagi satu pantangnya, nampak makanan kat fesbuk. Dan-dan nak makan. Nak la-la tu jugak. Huii, sekarang ni janganlah post benda makan kat fesbuk. Pantang nampak je terus nak masuk dapur selongkar bahan. Macam Kak Kam, suka sangat masak sedap-sedap pastu tepek kat wall. Terlioq ceq! Walaupun rumah kita dekat, takkan nak pi sua muka kat pintu rumah? Segan laa. Haha.

Tu. Soto tu menjadi tetengah malam ni pun sebab nampak kat fesbuk la. Tak gila?

5.3.13

Kabare?

Assalamualaikum. Macam biasa ayat cover lepas lama melenyapkan diri dari blog..sebokk! Hehe. Semua orang sebok, semua orang tau tapi saja nak bagitau jugak. Hehe. Bila lama tak muncul ni kan, rindu sebenarnya. Setiap hari rindu blog. Setiap hari sempat jugak jenguk blog tapi tengok saja jelah. Nak ketok-ketok keyboard je tak menyempat. Kadang ada je masa, tapi idea takmau mari pulak. Haih, dilema betoi.

Jadi, untuk malam ni rasanya cukup la setakat ni. Saja nak lepaskan rindu..Apa khabar semua? :)

16.2.13

Puding Roti Bakar | Sos Kastad

Ini cerita yang dua hari lepas punya ni. Cerita pasal makan, pasal resepi. Suami punya selera. Suka benor dia dengan puding-puding dan kek ni. Mak mentua saya, masa sebelum pencen dulu memang aktif menge'kek. Sampai ambik tempahan masa raya dengan orang kawen. Sebab tu suami saya suka sebab dari kecik dah disajikan dengan makanan sebegitu. Tapi sekarang kalau nak makan kek, beli je. Lagipun bini dia ni kalau bab menge'kek memang kureng mahir tapi kalau nak bagi makan benda lain macam puding roti ke boleh la buatkan. Dah itu je reti pun. Hehe. 

Selalunya, kalau buat puding roti saya suka buat yang kukus tapi kali ni saya cuba buat puding roti bakar dan dimakan dengan sos kastad. Ternyata! Perghh..ternyata tu tak menahan. Sedap giler!

Rupa yang tak seberapa

Ni dia resepi Puding Roti Bakar yang di copy paste bulat-bulat dari blog Kak Hana's Family.

Bahan-bahan
7-8 keping roti
500 ml susu segar @ 2 cawan*
4 sudu besar gula halus*
2 biji telur*
1 sudu teh esen vanilla*
1 sudu kecil serbuk cinnamon*
2 sudu besar butter - cairkan
3 sudu besar kismis

Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara-cara
  • Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda (*). Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan terendam dan meresap seketika. 
  • Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan. 
  • Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak. 
  • Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2) 
  • Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.
Jom intai Snow Cheese cake Kak Hana ni pulak, menggodalah sangat. Terliur.

12.2.13

Muhasabah

"Setiap kali kita mengkritik orang lain kita telah menjatuhkan martabat kita. Orang berjaya hanya fokus pada apa yang dia suka dan positif. Mereka ignore manusia dan peristiwa negatif dan menggunakan tenaga kearah tujuan hidup mereka. Kita jangan mengharap pada orang lain untuk atasi masalah kita. Ambil tanggungjawab dan banyak berdoa. Hati manusia dalam genggaman Allah. Siapa yang Allah sayang, manusia akan sayang. Kalau isteri atau suami tak sayang beerti kemungkinan Allah tak sayang. Ubah dunia dalaman untuk ubah dunia luaran kita. Hormati privacy orang lain. Kalau kita tak suka diganggu, manusia lain juga tak suka diganggu."  -Prof Dr Muhaya

10.2.13

Semangat tahun baru cina?



Ruby Red & Beige Grey
Gambar dari instagram
Hewhewhew. Semangat laki bini cat rumah satu hari kemarin, dari pagi sampai ke malam. Dah lama si bini idam warna melah menyala ni. Ruby Red jadi pilihan untuk background ruang tamu dan ruang makan. Selebihnya disimbah dengan Beige Grey untuk warna keseluruhan ruang tamu dan ruang makan. Nak simbah semua merah kalau boleh, tapi memang tak boleh. Seronoknya guna Nippon Paint ni, baru cat sekejap je dah kering, takdak kesan tampung-tampung tompok-tompok dan yang penting takdak bau-bauan yang boleh mencocok-cocok hingga ke rongga lobang hidung dan lepas tu terus boleh pulak sangkut semula segala frame yang ada. Mak aihhhh, bestnya mengecat! Huhu. Tapi penat sikit la cik kak. Sebab lepas tu nak kena mengemas sakan pulak. 

Ada tiga lagi tempat nak kena cat. Bilik tidur utama, dapur dengan porch depan tu. Sendiri cat saja, takdak upah-upah. Lagipun senang saja maa. Buat apa nak buang duit upah orang? Asal ada masa terluang boleh la buat sendiri. Inipun, dah 3 minggu tertangguh sebab weekend asyik kena keja je. Kebetulan cuti raya cina kali ni lama sikit. Jadi bolehlah pulun.

Oke, jom pi rumah kenduri dulu. Nanti malam kalau sempat nak cat dapur pulak. Sampai ke pagi pun takpa, kan cuti ni. Happy chinese new yearrrrr! untuk blogger cina. Erk! ada? 

1.2.13

Nasib kurang baik

Rasa nak nangis...

Kereta rosak masa datang kerja pagi tadi. Mujur sempat lepas jambatan. Dan mujur jugak ada kawan-kawan lelaki yang lalu jalan yang sama nak ke tempat kerja. 4 orang. Diorang tolong tolak kereta letak tepi jalan, kemudian tumpang kereta salah sorangnya terus pegi ofis. Sebab kalau nak tunggu situ pun, entah pukul berapa suami nak sampai.

Sampai sekarang, masih tunggu suami dan mekanik datang ambik saya kat opis dan kemudian terus pi kat tempat kereta rosak tadi. Parkir betul-betul tepi jalan lepas susur keluar jambatan. Risau takut kena saman sebab parking situ dari 7.30 pagi tadi. Risau takut orang curi kereta. Risau takut orang pecah cermin kereta.

Lagi sedih...

Petang ni kena duty pulak. Pukul 6.30 dah masuk duty. Susahnya hati kalau kereta tak sempat siap. Pukul berapa nak balik Kulim dan pukul berapa pulak nak datang Penang balik masuk duty. Takut terlewat nanti kena marah. Dah la baru sangat masuk fasa 'PTT Kanan' ni. Nanti senior rank kata, baru-baru lagi dah buat hal. Tapi nak buat cemana, tak duga benda nak jadi. 

Terfikir..

Nak tukar/ganti orang duty petang ni tapi puas telefon merata dah. Ramai yang pergi tugas luar kawasan dan ada yang tak boleh tukar/ganti sebab masing-masing ada hal. 

Esok sabtu, cuti sepatutnya tapi diisytiharkan sebagai hari bekerja sebab minggu depan ada Audit Pengurusan. Tak kisah pun pasal kena kerja hari minggu sebab 2minggu lepas pun ofis saya volunteer datang kerja masa sendiri, sebab fikirkan banyak perkara yang belum siap. Itu juga tanggungjawab. Tapi hari ni saja, satu kerja pun tak jadi. Kepala pusing, dengan risau pasal kereta pasal duty semua ada. Dugaannyaaaa.

Hampir jam 3 dahhhh....masih di ofis. Arghhhhhhh! 

28.1.13

Cilok resepi dari blog terkenal

Kat rumah, ubi kentang memang kena sentiasa ada. Kalu tak ada, makanya ke pasar malam cari, takpun Tesco, takpun Giant. Jauhnya pi cari. Padahal kedai depan rumah pun hado. Saja, nak panjangkan intro..bhahaha! Rindu nak gelak sengsorang dalam blog ni. Lama hoii menyepi, seminggu ada kot. Biasalah, sekarang busy kalah panglima kita. Weekend pun redah jambatan Penang pi keja. Pulun sungguh tau.

Eh, tadi cerita pasal ubi kentang kan. Oke. Selalunya kentang tu kupas-kupas kulit, potong dadu pastu campak dalam sup ayam ja. Tapi hari ni, tekak mengada nak makan cheezy wedges. Berjejeh-jejeh air liur mengenangkan wedges. Mujur ada google. Eh, mujur ada internet. Itu yang betulnya, kan? Bersungguh google resepi cheezy wedges. Oke, jumpa.

Kemudian, berlari lah kita tadinya pegi kedai top up bahan yang tak ada untuk buat wedges. Haha. Siap berlari bagai, macam dah nak mati sangat nak makan wedges. Gaya penceritaan yang sangat melampau. Hehe.

Oke. Copy paste resepi wedges dari blog RYU KENASHIRO.

WEDGES
4 biji kentang (jenis kulit merah lebih gebu) -guna 1/2 kg kentang Russet
air untuk merebus - letak 1 cawan
4-5 camb tepung berperisa -pakai 1/2 cawan serbuk goreng ayam tu
1 camt serbuk cili atau serbuk lada sulah (jika suka) -letak 1 sudu besar
minyak utk menggoreng

Cara-cara
Potong berbaji (wedges) kentang (tak perlu kupas kulitnya). Untuk 1 biji boleh dapat 6-8 keping. Jerang air hingga mendidih. Masukkan garam dan kentang. Rebus hingga empuk. Angkat dan toskan. Letak di dalam mangkuk besar. Gaul dengan tepung berperisa dan serbuk cili. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan. Sebelum keemasan seluruhnya, angkat sebentar dan biar 1 minit (supaya minyak panas semula) kemudian baru masukkan wedges ke dalam minyak, balik-balikkan selalu kemudian baru diangkat dan disejatkan. Ini akan membuat wedges lebih rangup dan isinya cair di dalam mulut....!

Cara nak buat cheezy sauce pulak begini ye. Inilah yang dimaksudkan dengan perkara tajuk kat atas tu, copy paste dari blog HONEYKOYUKI.

CHEEZY SAUCE
500ml susu UHT 
Setengah buku butter
12 keping cheddar cheese
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil serbuk pati ayam
lada sulah, lada hitam, perasa & pewarna kuning secukupnya

Cara-cara
Cairkan butter di atas api kecil menggunakan non stick pan. Masukkan susu dan tepung gandum. Kacau sampai tidak berketul. Masukkan cheese, pati ayam, lada sulah, lada hitam dan pewarna. Kacau sampai likat. Kalau agak-agak pekat sangat, tambahlah air sikit. Apabila mendidih, tutup api.

percubaan pertama: menjadi gitewww.

Memang saya ikut betul bahan-bahan dan cara-cara dari 2 resepi kat atas tu. Cumanya, sukatan, kuantiti, isipadu je saya tak ikut. Sebab saya memang jenis ikut suka hati je.. hehe. Agak-agak je. Alhamdulillah, walaupun rupanya agak buruk tapi rasa boleh tahan sedap jugak. Ada rasa la orang kata. Tapi takda la sama sebijik rasa macam KFC punya tu.

Cuma satu je kalau pasal masak-memasak ni, tak semua jenis makanan kita tahu masak/buat. Tapi kalau teringin, apa salahnya kita mencuba. Kali pertama tak jadi, boleh cuba lagi kali kedua. Kali ketiga dan seterusnya mestilah dah tahap chef masak. kan? *pengsan. Muahaha.

Selamat mencuba :)

21.1.13

:)

Dah 5 hari rupanya tak berapdet? Bawak diri sungguh-sungguh nohhhh. Hehe.

Alhamdulillah, hari-hari saya selepas hari itewww nampaknya semakin baik, muncung pun dah tarik balik dan sekarang ni asyik merenyihhh ja. Sekejap ja pun kena uji, dah menggelupur. Lumrah. Manusia bila senang sikit, lupa diri. Bila susah menimpa, baru ketahuan. Haha.

Apa-apapun sekarang, rasa cukup bersyukur. Susah hati, sedih pasal haritu dah diganti dengan perkara dan hal-hal yang menyenangkan hati ni. Alhamdulillah.


15.1.13

Ada baik, ada buruk

Siapa kita untuk menyangka?

Dalam tengah meraikan kegembiraan untuk hari esok untuk naik dengan lebih maju lagi ke tahap yang seterusnya, dengan tiba-tiba.....................

datang perkara yang tak diduga sama sekali. Yang mampu menjunamkan segala semangat yang telah dihimpun untuk hari esok. Yang cukup untuk meresahkan jiwa raga ini. Yang mampu menghilangkan senyuman dan gelaktawa juga perasaan yang sangat gembira, tadinya.

Betullah....

Yang buruk tak perlu dinafikan lagi kerana ia datang dari kesilapan dan kelemahan sendiri sedangkan yang baik itu, hanya dari Allah yang Maha Esa.

Bersabarlah wahai hati! Itu ujian. Allah sedang menguji. 

Dalam gembira terselit duka. Redha.

13.1.13

Habis modal dah ni nak cerita!


Ohh lupa nak bagitahu, yang sebenarnya jiran sebelah rumah saya dah pindah 3 ke 4 bulan lepas lagi. Hmm, camtulah lebih kurang. Jiran lama tu pindah sebab diorang dah beli rumah baru yang lebih dekat dengan rumah mak bapak dan tempat kerja diorang.

Dan sekarang saya dah ada jiran baru yang akan menetap secara tetap macam kami sebab jiran baru ni dah beli rumah sebelah ni, bukannya menyewa ye.

Haih, kenapalah jiran lama tak bagitau nak jual rumah dia? Kalau tau, nak je suruh suami beli. Bikin besar lagi rumah ni. Sayang sungguh. Sunguh sungguh.

Tapi saya kurang selesa dengan jiran baru ni. Bukan apa, kurang selesa dengan keramahan suami beliau sedangkan isterinya kurang ramah dengan saya. Nak bagi contoh sikit, katakan saya baru balik dari kerja, baru sampai rumah. Isteri beliau pulak tengah sidai baju kat ampai tapi boleh pulak isteri beliau menyorok kat celah baju tu lelama sampai saya masuk rumah baru dia keluar. Nampak sangatlah makcik..eh, kak..eh, makcik lahh. Sebabnya, tak nak tegur saya ke atau taknak saya tegur dia kot! Malu ke? Tak suka ke? Entahhhh...tak diketahui perkara sebenar.

Itu agak menyegankan saya. Nanti dikatanya saya suka melayan suami dia pulok! Sebab itu, bila saya nak keluar rumah sidai kain ke apa, kalau nampak suami beliau ada kat luar rumah, saya dengan segera menangguhkan niat nak sidai kain tu. Biarlah kering kat dalam bakul tu pun takpa. Oh ya, jiran saya ni bukan orang muda tapi orang tua. Sikit lagi boleh jadi warga emas dah.

Dah sebulan berjiran. Makin lama makin tak selesa. Makin rasa pelik. Suami kata...biaq jalah, buat taktau sudah. Sekarang suami saya tengah ubahsuai porch depan rumah dan ganti awning lama. Nak je suruh suami ikat bata tinggi sikit kat sebelah rumah jiran ni supaya boleh nampak ujung-ujung kepala je, takyah nampak mata. Lagi senang, nak keluar sidai baju takyah pakai tudung dah. Boleh gitu? Boleh? Baik tak? Ke tak baik?

Huuuuu...rindu jiran lama. Takdapat dah mee kuah, kuih talam, buah staqq. Dah bersalin agaknya kot sekarang ni.


#Apa entri ayat skema sangat nih?? buang tebiat ka paa ni.

10.1.13

Parents, do not try this at home.

Ada yang pernah tengok video ni? Saya terjumpa kat facebook tadi. Malam ni saja, entah berapa kali ulang tengok video ni. Seronok je tengok cara dokter tu mandikan baby ni. Wuuuuu, sebak tetiba.

9.1.13

SMS bersayang-sayang sama bapak mertua

Kejadian berlaku 2 tahun lepas, maknanya masa tu baru setahun kahwin dengan anak lelaki beliau. Sejak bertunang lagi dah diasuh untuk sama-sama menghormati, menghargai satu sama lain dengan penuh kasih sayang agar cinta dan rindu takkan pernah surut dihati memasing. Perghhhh! menjiwang.

SMS masa tu sebagai penghubung kasih sayang tatkala berjauhan sebab kerja lebih kurang macam sorang selatan, sorang utara. Bila keadaan dah macam tu, untuk sama-sama tau aktiviti sepanjang hari tu maka SMS paling senang nak hantar SITREP (Situation Report). Sampai ofis- sms. Singgah beli nasi lemak - sms. Nasi lemak habih, beli bihun goreng je - sms. Baru je lepas makan, dah lapar pulak - sms. Nak keluar makan tengahari - sms. Dah balik ofis - sms. Dah solat - sms. Nak balik rumah - sms. Dah sampai rumah - sms.

Faham tak? Pendek kata, nak buat apa-apa mesti hantar sms. Macam mengada je kan? Tapi tak rasa perkara macam tu menyusahkan tapi rasa seronok, bahagia je. Alhamdulillah, sistem pesanan ringkas tu berkekalan sampai sekarang. 

Sampailah ke satu masa tu, nak keluar lunch dengan kawan. Macam biasa, sms dulu nak bagitau kat suami.

Syg nak pi makan kat Giant dengan Ina.

Tiba- tiba yang balas....

Dari: ABAH (mertua)
Sayang beli apa di Giant?

Berkerut-kerut dahi baca sms yang baru terima tu, confuse...betul betul confuse, terpikir-pikir, dalam hati: Macam mana abah tau aku kat Giant? Eh, pelik ni. Pasai apa abah panggil aku sayang? 

Eh, eh..jap. Call suami tanya dia terima ke tidak sms tadi. Dia jawab..takdak!! 

Alamak?

Check balik outbox..laaa! macam mana boleh pi hantar sms tu kat abah pulak???? 

Terus rasa cemas, gelabah, takut. Tak senang duduk dah ni. Tapi bila pikir balik, takkan abah taktau nombor phone menantu dia ni? Pasai apa abah boleh balas selamba macam tu je? Hoh, pelik pelik.

Terus call abah. Tapiii.... mama yang jawab. Takdak dah ayat pendahuluan tanya sihat ke apa terus cakap kat mama pasal tersalah hantar sms kat no suami dia. 

Tahu apa mama jawab? 

"Laaa... ni nombor niza kaaa? abah terlupa nak simpan nombor niza niiiii. mama ingatkan pompuan mana lah hantaq mesej kat abah.  mama pun balas la mesej tu tadi. Abah kat sekolah, henpon abah tertinggai kat ghumah..." 

Lepas tu, apalagi kami berdua gelak sakan laa. Kemain cuak dah rasa masa tu, takut mertua tersalah faham. 

Hamboiii....kemain mak mertua pun, cemburu!! Haha.

8.1.13

Jangan Biarkan Aku Menunggu Mu Terlalu Lama. Gitu!

Saya, kalau janji nak keluar dengan seseorang atau kengkawan, masa dan tempat mesti tepat. Kalau masa sampai tak tepat pun, lari seminit dua je. Itu biasa kot. 

Sebab apa? 

Sebab saya memang jenis yang menepati masa dan tempat. Acece.. nak kata baik diri sendiri ke terrr? Boleh jugak! Tapi tang part tu jelah. Nak kata semua perkara tak boleh la sebab saya pun hanya manusia biasa, ada kelemahan dan ketidaksempurnaan yang lelain itu. 

Tapi! Kalau pasal janji. Masa dan tempat yang tepat..itu saya! Hamboinyaaaaaa konfiden. Memang tak suka, bila dah janji dengan orang lepas tu buat orang dok tertunggu-tunggu kelibat kita. Woh, rimas. Selagi tak sampai, lagi tu la rasa cemas, kelam kelibut bawak kereta. Sebab fikirkan orang tengah tunggu kita. Kalau boleh kita sampai, dia pun sampai.

Tapi! Ada tapi lagi.... saya jugak bukan jenis suka menunggu orang. Memang tak suka! Cepat je darah nak naik kepala. 

#akukankepalaangin* Haha. 

5minit? boleh lagi. 10minit pon boleh lagi. 15minit? mula la nak tekan-tekan henset hantar mesej yang berbunyi...buat gapo diooolah wehh, lamo doh ambe tunggu kat bawah niii! Memang limit sampai 15minit ja. Lebih pada tu meme tokleh nok gi dahh. Haha! lorat dak ambe kalu pasal menunggu ni? lorat kan???? jadi..awas. :P

Sebab apa? #banyaknyasebabakunih*

Sebab saya fikir, saya jenis tak suka orang tunggu saya lelama, jadi orang tu pun tak boleh biar saya tunggu dia lama-lama. Itu tak adil bagi saya dan itu buat saya darah tinggi. Tak menepati janji atau janji dicapati lebih tepat.

Tapi tak salahkan diorang sangat pun. Mungkin itu kelemahan diorang, kan? Manusia mana ada yang sempurna pun. Setuju?

7.1.13

Cek Nuffnang

Harini, balik kerja ada sampul dalam peti surat.  Alhamdulillah, cek pertama dari Nuffnang akhirnya sampai jugak walaupun dah tekan butang cash out tu dah lama, 3 bulan lepas. Taktau pasal apa, salah teknik ke apa pun taktau. Dah tekan cash out, seminggu dua lepas tu bila check balik..aik! masuk ke akaun nuff semula? Last-last malas dah nak kesahkan dia. Biar je sampai 30 Nov 2012, baru tekan semula butang cash out tu. 

Entri pendek ja. Nak pi pasar malam ni beli bawang, cabai, sayoq, ayam, kaki ayam....hehe. 

6.1.13

Mayfair 28th Anniversary

Hari jumaat lepas, kat ofis terima satu panggilan katanya minta semua pranita (anggota wanita) yang ada kat kem berkumpul kat library. Katanya lagi, ada 'taklimat kecantikan'.

Pelik. Tak pernah lagi sepanjang 9 tahun saya kerja kat 2Div ni ada taklimat kecantikan, kira first time la. Ihh, officer mana la gamaknya nak bagi taklimat ni. Kalau Mejar Hanis baik tak payah!

Erk! Harap dia tak tau pasal blog ni.  Huhu

Rupanya orang orang Mayfair yang datang. Sempena ulangtahun ke 28 diorang ada buat Anniversary Bonus. Sapa yang pernah register dengan Mayfair tak boleh ambik pakej bonus yang hanya kena bayar RM 29.90 SAHAJA! Dengan bayaran RM 29.90 tu, kita boleh ambik mana mana treatment yang kita nak buat. Tapii hanya boleh pilih satu treatment sahaja.

Dan treatment yg ada paling mahal RM 475 - Body Slimming Treatment + 2x rawatan susulan Detox & Firming treatment yang berjumlah RM 280.

RM 250 - Spa Treatment + 2x rawatan susulan Face Mask & Eye Mask yang berjumlah RM 60.

RM 160 - Facial Treatment + 2x rawatan susulan Lifting & Whitening treatment berjumlah RM 320.

Saya dah pernah ambik pakej bonus ni masa tahun 2008, masa tu kerja kat Kementerian Pertahanan.
Tapi saya tak pernah pegi ke Mayfair sampai ke hari ni. Tu maknanya, saya belum register jadi saya layak ambik pakej ni sekali lagi sebab kata dia, pakej bonus Rm29.90 ni hanya boleh ambik sekali sahaja dalam seumur hidup.
Terus saya ambik DUA pakej. Satu lagi untuk kakak kecintaan saya. Sebagai hadiah sempena harijadi dia pada 19 Jan nanti.  Boleh dia buat Body Slimming Treatment, lagipun dah banyak sangat lemak dia tu. Huhu.

Sekian saja taklimat kecantikan saya pada hari ini. Hehe

5.1.13

Berjejeh air liur

Perempuan dengan asam, jeruk sangat berkaitan. Sangat sinonim. Kan? Lagi-lagi saya, walau tak mengandung pun tapi bila dah teringin...kalah orang mengandung.

Siap buat jeruk lagi..apahal?

4.1.13

Dari Facebook Sheikh Khalid Yasin


‎"After 21 years of marriage, my wife wanted me to take another woman out to dinner and a movie. She said, “I love you, but I know this other woman loves you and would love to spend some time with you.”

The other woman that my wife wanted me to visit was my MOTHER, who has been a widow for 19 years, but the demands of my work and my three children had made it possible to visit her only occasionally.

That night I called to invite her to go out for dinner and a movie. “What’s wrong, are you well?” she asked.

My mother is the type of woman who suspects that a late night call or a surprise invitation is a sign of bad news. “I thought that it would be pleasant to spend some time with you,” I responded. “Just the two of us.” She thought about it for a moment, and then said, “I would like that very much.”

That Friday after work, as I drove over to pick her up I was a bit nervous. When I arrived at her house, I noticed that she, too, seemed to be nervous about our date. She waited in the door with her coat on. She was wearing the dress that she had worn to celebrate her last wedding anniversary. She smiled from a face that was as radiant as an angel’s. “I told my friends that I was going to go out with my son, and they were impressed, “she said, as she got into the car. “They can’t wait to hear about our meeting.”

We went to a restaurant that, although not elegant, was very nice and cozy. My mother took my arm as if she were the First Lady. After we sat down, I had to read the menu. Her eyes could only read large print. Half way through the entries, I lifted my eyes and saw Mom sitting there staring at me. A nostalgic smile was on her lips. “It was I who used to have to read the menu when you were small,” she said. “Then it’s time that you relax and let me return the favor,” I responded. During the dinner, we had an agreeable conversation – nothing extraordinary but catching up on recent events of each other’s life. We talked so much that we missed the movie. As we arrived at her house later, she said, “I’ll go out with you again, but only if you let me invite you.” I agreed.

“How was your dinner date?” asked my wife when I got home. “Very nice. Much more so than I could have imagined,” I answered.

A few days later, my mother died of a massive heart attack. It happened so suddenly that I didn’t have a chance to do anything for her. Some time later, I received an envelope with a copy of a restaurant receipt from the same place mother and I had dined. An attached note said: “I paid this bill in advance. I wasn’t sure that I could be there; but nevertheless, I paid for two plates – one for you and the other for your wife. You will never know what that night meant for me. I love you, son.”

At that moment, I understood the importance of saying in time: “I LOVE YOU” and to give our loved ones the time that they deserve. Nothing in life is more important than your family. Give them the time they deserve, because these things cannot be put off till “some other time.”

May Allah (SWT) bless our mothers and fathers, Ameen!

2.1.13

Hai, 2013

Entri pertama. Sebenarnya takmo skip entri selang berhari-hari baru nak update pulak. Yes, itu azam baru. Tapiii tak janji aaaaa takut takdan la pulaknya. Aik, Azam guano gitunya? Hehe.

Saya dengan hubby tiap kali tahun baru, tak pernah pun sebenarnya kami pergi berhimpun kat satu tempat yang ramai orang hanya semata nak tengok percikan bunga api detik 12malam. Takbleh! takbleh! Sesak. Takleh nak bernapas. Kami dua sama, tak suka rimas-rimaskan diri.

Sama macam tahun lepas, pukul 11 malam baru keluar rumah cari port nak melepak dan honeymoon untuk satu malam. Sumbat dalam handbag sorang selai baju untuk buat salin esoknya. Dan destinasi yang sentiasa menjadi pilihan, Pulau Pinang. Tanpa jemu walaupun sokmo pi situ, dating situ, shopping situ dan kerja pun situ!

Serious. Suka Penang, nak kerja situ sampai pencen. Hehe. Ok lah, ni ada gambar seketul..layann.

Selamat tahun baru, 2013.