28.1.13

Cilok resepi dari blog terkenal

Kat rumah, ubi kentang memang kena sentiasa ada. Kalu tak ada, makanya ke pasar malam cari, takpun Tesco, takpun Giant. Jauhnya pi cari. Padahal kedai depan rumah pun hado. Saja, nak panjangkan intro..bhahaha! Rindu nak gelak sengsorang dalam blog ni. Lama hoii menyepi, seminggu ada kot. Biasalah, sekarang busy kalah panglima kita. Weekend pun redah jambatan Penang pi keja. Pulun sungguh tau.

Eh, tadi cerita pasal ubi kentang kan. Oke. Selalunya kentang tu kupas-kupas kulit, potong dadu pastu campak dalam sup ayam ja. Tapi hari ni, tekak mengada nak makan cheezy wedges. Berjejeh-jejeh air liur mengenangkan wedges. Mujur ada google. Eh, mujur ada internet. Itu yang betulnya, kan? Bersungguh google resepi cheezy wedges. Oke, jumpa.

Kemudian, berlari lah kita tadinya pegi kedai top up bahan yang tak ada untuk buat wedges. Haha. Siap berlari bagai, macam dah nak mati sangat nak makan wedges. Gaya penceritaan yang sangat melampau. Hehe.

Oke. Copy paste resepi wedges dari blog RYU KENASHIRO.

WEDGES
4 biji kentang (jenis kulit merah lebih gebu) -guna 1/2 kg kentang Russet
air untuk merebus - letak 1 cawan
4-5 camb tepung berperisa -pakai 1/2 cawan serbuk goreng ayam tu
1 camt serbuk cili atau serbuk lada sulah (jika suka) -letak 1 sudu besar
minyak utk menggoreng

Cara-cara
Potong berbaji (wedges) kentang (tak perlu kupas kulitnya). Untuk 1 biji boleh dapat 6-8 keping. Jerang air hingga mendidih. Masukkan garam dan kentang. Rebus hingga empuk. Angkat dan toskan. Letak di dalam mangkuk besar. Gaul dengan tepung berperisa dan serbuk cili. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan. Sebelum keemasan seluruhnya, angkat sebentar dan biar 1 minit (supaya minyak panas semula) kemudian baru masukkan wedges ke dalam minyak, balik-balikkan selalu kemudian baru diangkat dan disejatkan. Ini akan membuat wedges lebih rangup dan isinya cair di dalam mulut....!

Cara nak buat cheezy sauce pulak begini ye. Inilah yang dimaksudkan dengan perkara tajuk kat atas tu, copy paste dari blog HONEYKOYUKI.

CHEEZY SAUCE
500ml susu UHT 
Setengah buku butter
12 keping cheddar cheese
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil serbuk pati ayam
lada sulah, lada hitam, perasa & pewarna kuning secukupnya

Cara-cara
Cairkan butter di atas api kecil menggunakan non stick pan. Masukkan susu dan tepung gandum. Kacau sampai tidak berketul. Masukkan cheese, pati ayam, lada sulah, lada hitam dan pewarna. Kacau sampai likat. Kalau agak-agak pekat sangat, tambahlah air sikit. Apabila mendidih, tutup api.

percubaan pertama: menjadi gitewww.

Memang saya ikut betul bahan-bahan dan cara-cara dari 2 resepi kat atas tu. Cumanya, sukatan, kuantiti, isipadu je saya tak ikut. Sebab saya memang jenis ikut suka hati je.. hehe. Agak-agak je. Alhamdulillah, walaupun rupanya agak buruk tapi rasa boleh tahan sedap jugak. Ada rasa la orang kata. Tapi takda la sama sebijik rasa macam KFC punya tu.

Cuma satu je kalau pasal masak-memasak ni, tak semua jenis makanan kita tahu masak/buat. Tapi kalau teringin, apa salahnya kita mencuba. Kali pertama tak jadi, boleh cuba lagi kali kedua. Kali ketiga dan seterusnya mestilah dah tahap chef masak. kan? *pengsan. Muahaha.

Selamat mencuba :)

15 comments:

  1. Rajinnnnnnn nya...haha...kalau saya..saya terus gi kfc...haha...tapi yg homemade sure lebih best kan..makan pun puas

    ReplyDelete
  2. menusuk perut ler tgk wedges...hehehe...neway..thnx sbb still singgah n komen kt blog arepnakbebel tuh yer..hihi.

    ReplyDelete
  3. akak beli cheezy wedges yg dah siap hehe..tak pernahnya buat sendiri..(dasar pemalas)

    ReplyDelete
  4. waaa nampak cam sedap.

    skang ada serbuk cheesey tu kak..
    bancuh ngan air panas.buat yang suka segera cam eka.. hahahaha

    ReplyDelete
  5. sedappppnyeeee...



    cheezy tu, bole try..mcm nice je..

    ReplyDelete
  6. nampak sedap..
    boleh suruh mak try...
    (dasar pemalas..hahaha)

    ReplyDelete
  7. kalau hanta post tak basi nih...ce try..nak alamat? hoho

    ReplyDelete
  8. boleh la buka kedai depan umah.jual wedges je..heheh

    ReplyDelete
  9. terus bleh masok master chef gitu..
    chef niza romli, wah seswaii kan.. :)

    ReplyDelete
  10. alahai menyesal oo masuk sini..dah menjejeh-jejes ayak lioq ni nengok wejes panas tu..kenapa? kenapa nampak swedap sangat aa niza..ekekeke!

    ReplyDelete
  11. haaaaaaaaa! nak juga buat nanti! :D

    ReplyDelete
  12. Wow.. sungguh menyelerakan.. Sedapnya..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D