13.1.13

Habis modal dah ni nak cerita!


Ohh lupa nak bagitahu, yang sebenarnya jiran sebelah rumah saya dah pindah 3 ke 4 bulan lepas lagi. Hmm, camtulah lebih kurang. Jiran lama tu pindah sebab diorang dah beli rumah baru yang lebih dekat dengan rumah mak bapak dan tempat kerja diorang.

Dan sekarang saya dah ada jiran baru yang akan menetap secara tetap macam kami sebab jiran baru ni dah beli rumah sebelah ni, bukannya menyewa ye.

Haih, kenapalah jiran lama tak bagitau nak jual rumah dia? Kalau tau, nak je suruh suami beli. Bikin besar lagi rumah ni. Sayang sungguh. Sunguh sungguh.

Tapi saya kurang selesa dengan jiran baru ni. Bukan apa, kurang selesa dengan keramahan suami beliau sedangkan isterinya kurang ramah dengan saya. Nak bagi contoh sikit, katakan saya baru balik dari kerja, baru sampai rumah. Isteri beliau pulak tengah sidai baju kat ampai tapi boleh pulak isteri beliau menyorok kat celah baju tu lelama sampai saya masuk rumah baru dia keluar. Nampak sangatlah makcik..eh, kak..eh, makcik lahh. Sebabnya, tak nak tegur saya ke atau taknak saya tegur dia kot! Malu ke? Tak suka ke? Entahhhh...tak diketahui perkara sebenar.

Itu agak menyegankan saya. Nanti dikatanya saya suka melayan suami dia pulok! Sebab itu, bila saya nak keluar rumah sidai kain ke apa, kalau nampak suami beliau ada kat luar rumah, saya dengan segera menangguhkan niat nak sidai kain tu. Biarlah kering kat dalam bakul tu pun takpa. Oh ya, jiran saya ni bukan orang muda tapi orang tua. Sikit lagi boleh jadi warga emas dah.

Dah sebulan berjiran. Makin lama makin tak selesa. Makin rasa pelik. Suami kata...biaq jalah, buat taktau sudah. Sekarang suami saya tengah ubahsuai porch depan rumah dan ganti awning lama. Nak je suruh suami ikat bata tinggi sikit kat sebelah rumah jiran ni supaya boleh nampak ujung-ujung kepala je, takyah nampak mata. Lagi senang, nak keluar sidai baju takyah pakai tudung dah. Boleh gitu? Boleh? Baik tak? Ke tak baik?

Huuuuu...rindu jiran lama. Takdapat dah mee kuah, kuih talam, buah staqq. Dah bersalin agaknya kot sekarang ni.


#Apa entri ayat skema sangat nih?? buang tebiat ka paa ni.

8 comments:

  1. hahaha... lawak sokmo kak niza. Tapi biasa lah,sesetengah orang tu memang tak pandai bergaul. Itu yang jiran sebelah depan mata pun buat derkkk je tu.

    ReplyDelete
  2. Selalunya org macam ni kita kena tegur dulu br ramah :) hehe..kalau org tak hulur dulu, kita lah hulurkan...mgkin ada lah yg dia malu tu..

    ReplyDelete
  3. sebab dia lebih tua kut so dia nak suh niza tegur dia dulu..
    kalo takde respon buat derk je la.. :)

    ReplyDelete
  4. Awal2 mcm tu la...lama lama nnt maybe selesa

    ReplyDelete
  5. rajin2 la tegur dik kak tu.. kalau dia sembunyi celah kain, laung je.. kak oooo kak jemur kain ke?

    ReplyDelete
  6. err nak bagi cadangan la.bila suami jiran keluar, apa kata akak bertukar jadi beca, tak pun tombol pintu. Mesti dia tak perasan dan berlalu sambil lalala begitu sahaja

    ReplyDelete
  7. dia malu kot..terlampau malu..

    ReplyDelete
  8. patut dia yg baru duduk situ menyapa kita dlu kan...dia malu kut...salam kenal sis...

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D