8.1.13

Jangan Biarkan Aku Menunggu Mu Terlalu Lama. Gitu!

Saya, kalau janji nak keluar dengan seseorang atau kengkawan, masa dan tempat mesti tepat. Kalau masa sampai tak tepat pun, lari seminit dua je. Itu biasa kot. 

Sebab apa? 

Sebab saya memang jenis yang menepati masa dan tempat. Acece.. nak kata baik diri sendiri ke terrr? Boleh jugak! Tapi tang part tu jelah. Nak kata semua perkara tak boleh la sebab saya pun hanya manusia biasa, ada kelemahan dan ketidaksempurnaan yang lelain itu. 

Tapi! Kalau pasal janji. Masa dan tempat yang tepat..itu saya! Hamboinyaaaaaa konfiden. Memang tak suka, bila dah janji dengan orang lepas tu buat orang dok tertunggu-tunggu kelibat kita. Woh, rimas. Selagi tak sampai, lagi tu la rasa cemas, kelam kelibut bawak kereta. Sebab fikirkan orang tengah tunggu kita. Kalau boleh kita sampai, dia pun sampai.

Tapi! Ada tapi lagi.... saya jugak bukan jenis suka menunggu orang. Memang tak suka! Cepat je darah nak naik kepala. 

#akukankepalaangin* Haha. 

5minit? boleh lagi. 10minit pon boleh lagi. 15minit? mula la nak tekan-tekan henset hantar mesej yang berbunyi...buat gapo diooolah wehh, lamo doh ambe tunggu kat bawah niii! Memang limit sampai 15minit ja. Lebih pada tu meme tokleh nok gi dahh. Haha! lorat dak ambe kalu pasal menunggu ni? lorat kan???? jadi..awas. :P

Sebab apa? #banyaknyasebabakunih*

Sebab saya fikir, saya jenis tak suka orang tunggu saya lelama, jadi orang tu pun tak boleh biar saya tunggu dia lama-lama. Itu tak adil bagi saya dan itu buat saya darah tinggi. Tak menepati janji atau janji dicapati lebih tepat.

Tapi tak salahkan diorang sangat pun. Mungkin itu kelemahan diorang, kan? Manusia mana ada yang sempurna pun. Setuju?

10 comments:

  1. Setuju..kita tak buat kat orang,orang pulak jgn la buat kat kita.klu x memang boleh datang angin lintang ooo...

    ReplyDelete
  2. betui2..memang hangin
    tapi kalau ada sebab kukuh insha Allah
    boleh consider kuts :)

    ReplyDelete
  3. sy pun tak suka menunggu , tp kalau buat kita buat orang menunggu pulak stress gak.. so sabar je lah :)

    ReplyDelete
  4. hai...singgah sini membaca...saya pon tak suka menunggu gak..:)

    ReplyDelete
  5. akak pun tak leh tahan tunggu lelama ni. kecuali dia inform apa problem, okeylah tu.

    ReplyDelete
  6. Jangan sampai pengsan ye kak sebab darah naik tinggi sangt.. hypertension tu. ahak..

    saya pun x suka menunggu! >.<

    wah..emosi pulekkkk

    ReplyDelete
  7. akak lagi la..x suka langsung menunggu...boleh hilang mood kalau menunggu lelama ni...

    ReplyDelete
  8. Kita biasa disajikan dgn "janji Melayu"

    Bila lambat, kita call tanya bila sampai..dia kata " on the way "...Padahal sebenarnya tengah pakai towel lagi kat rumah! hahaha

    ReplyDelete
  9. akak boleh sabar sampai setengah jam jer...lepas tu lantak le ko..babai! tak koser nak membazir masa sebab depa pun langsung tak appreciate kan..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D