6.1.13

Mayfair 28th Anniversary

Hari jumaat lepas, kat ofis terima satu panggilan katanya minta semua pranita (anggota wanita) yang ada kat kem berkumpul kat library. Katanya lagi, ada 'taklimat kecantikan'.

Pelik. Tak pernah lagi sepanjang 9 tahun saya kerja kat 2Div ni ada taklimat kecantikan, kira first time la. Ihh, officer mana la gamaknya nak bagi taklimat ni. Kalau Mejar Hanis baik tak payah!

Erk! Harap dia tak tau pasal blog ni.  Huhu

Rupanya orang orang Mayfair yang datang. Sempena ulangtahun ke 28 diorang ada buat Anniversary Bonus. Sapa yang pernah register dengan Mayfair tak boleh ambik pakej bonus yang hanya kena bayar RM 29.90 SAHAJA! Dengan bayaran RM 29.90 tu, kita boleh ambik mana mana treatment yang kita nak buat. Tapii hanya boleh pilih satu treatment sahaja.

Dan treatment yg ada paling mahal RM 475 - Body Slimming Treatment + 2x rawatan susulan Detox & Firming treatment yang berjumlah RM 280.

RM 250 - Spa Treatment + 2x rawatan susulan Face Mask & Eye Mask yang berjumlah RM 60.

RM 160 - Facial Treatment + 2x rawatan susulan Lifting & Whitening treatment berjumlah RM 320.

Saya dah pernah ambik pakej bonus ni masa tahun 2008, masa tu kerja kat Kementerian Pertahanan.
Tapi saya tak pernah pegi ke Mayfair sampai ke hari ni. Tu maknanya, saya belum register jadi saya layak ambik pakej ni sekali lagi sebab kata dia, pakej bonus Rm29.90 ni hanya boleh ambik sekali sahaja dalam seumur hidup.
Terus saya ambik DUA pakej. Satu lagi untuk kakak kecintaan saya. Sebagai hadiah sempena harijadi dia pada 19 Jan nanti.  Boleh dia buat Body Slimming Treatment, lagipun dah banyak sangat lemak dia tu. Huhu.

Sekian saja taklimat kecantikan saya pada hari ini. Hehe

7 comments:

  1. Bagusnya adik ni..ingat kat kakak dia.

    Baik2 niza, esok mejar hanis nk jumpa! ^__^

    ReplyDelete
  2. best ni kak...bleh slim melim...

    ReplyDelete
  3. eh ujie jangan sebut nama dia, nanti dia gugel jumpa blog niza plok..
    hikhik
    bestnya jadi akak niza..ehee :)

    ReplyDelete
  4. yg buang lemak mahal ye..

    ReplyDelete
  5. nak komen macam mana ek benda perempuan macam ni?
    hehehe.

    ReplyDelete
  6. lepas ni bertambah cantikla...heheh

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D