9.1.13

SMS bersayang-sayang sama bapak mertua

Kejadian berlaku 2 tahun lepas, maknanya masa tu baru setahun kahwin dengan anak lelaki beliau. Sejak bertunang lagi dah diasuh untuk sama-sama menghormati, menghargai satu sama lain dengan penuh kasih sayang agar cinta dan rindu takkan pernah surut dihati memasing. Perghhhh! menjiwang.

SMS masa tu sebagai penghubung kasih sayang tatkala berjauhan sebab kerja lebih kurang macam sorang selatan, sorang utara. Bila keadaan dah macam tu, untuk sama-sama tau aktiviti sepanjang hari tu maka SMS paling senang nak hantar SITREP (Situation Report). Sampai ofis- sms. Singgah beli nasi lemak - sms. Nasi lemak habih, beli bihun goreng je - sms. Baru je lepas makan, dah lapar pulak - sms. Nak keluar makan tengahari - sms. Dah balik ofis - sms. Dah solat - sms. Nak balik rumah - sms. Dah sampai rumah - sms.

Faham tak? Pendek kata, nak buat apa-apa mesti hantar sms. Macam mengada je kan? Tapi tak rasa perkara macam tu menyusahkan tapi rasa seronok, bahagia je. Alhamdulillah, sistem pesanan ringkas tu berkekalan sampai sekarang. 

Sampailah ke satu masa tu, nak keluar lunch dengan kawan. Macam biasa, sms dulu nak bagitau kat suami.

Syg nak pi makan kat Giant dengan Ina.

Tiba- tiba yang balas....

Dari: ABAH (mertua)
Sayang beli apa di Giant?

Berkerut-kerut dahi baca sms yang baru terima tu, confuse...betul betul confuse, terpikir-pikir, dalam hati: Macam mana abah tau aku kat Giant? Eh, pelik ni. Pasai apa abah panggil aku sayang? 

Eh, eh..jap. Call suami tanya dia terima ke tidak sms tadi. Dia jawab..takdak!! 

Alamak?

Check balik outbox..laaa! macam mana boleh pi hantar sms tu kat abah pulak???? 

Terus rasa cemas, gelabah, takut. Tak senang duduk dah ni. Tapi bila pikir balik, takkan abah taktau nombor phone menantu dia ni? Pasai apa abah boleh balas selamba macam tu je? Hoh, pelik pelik.

Terus call abah. Tapiii.... mama yang jawab. Takdak dah ayat pendahuluan tanya sihat ke apa terus cakap kat mama pasal tersalah hantar sms kat no suami dia. 

Tahu apa mama jawab? 

"Laaa... ni nombor niza kaaa? abah terlupa nak simpan nombor niza niiiii. mama ingatkan pompuan mana lah hantaq mesej kat abah.  mama pun balas la mesej tu tadi. Abah kat sekolah, henpon abah tertinggai kat ghumah..." 

Lepas tu, apalagi kami berdua gelak sakan laa. Kemain cuak dah rasa masa tu, takut mertua tersalah faham. 

Hamboiii....kemain mak mertua pun, cemburu!! Haha.

20 comments:

  1. HAHA..CEMBURU TANDA SAYANG TU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti la kak, dah suami dia. tu kira dah berumur, dapat sms syg terus reply..kalo kita, mau dah mengamuk tu. haha

      Delete
  2. wow!
    macam tulah kan.
    kekalkan cara sms tu selepas kahwin.

    kehkehkeh.

    nasib kau call kak oi.
    kalo tak call, buat buat tak tahu.
    macam mana agaknya lepas bapak mentua balik rumah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...mesti ingat menantu dia ada hati kat bapak mentua pulak..haha

      Delete
  3. nasib baik mak mentua reply , kalau tak........hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak...bapak mentua mesti dah terketaq2..hehe

      Delete
  4. hahaha.. aduiii.lawak. boleh tahan mak mertua. sayang~sayang~ jugak reply.kehkeh

    ReplyDelete
  5. lucu la Niza...pandai mak mertua berlakon...

    ReplyDelete
  6. hahahaha
    Niza sorry....memang funny tau...iskk gelabah gak naa...
    anyway akak pun guna sms..nak tdo sms...bangun tdo sms...sakit kepala sms, nak drive sms...kekwat la bunyinya kan..but then it really nice..


    pstttt...tak cukup dengan sms, kami added value dengan skype dan email...hahaha gitewww la 'relationship' zaman galaxy, samsung, apple segala bagai ni kan..

    ReplyDelete
  7. hehe. lawak2.. bhaya2...

    ReplyDelete
  8. weyhh mesti lah jelos...kenangan lucu ni :)

    ReplyDelete
  9. Hahahahahahaha! Ketawa sorang sy kat dpn pc ni. Aduhai. Bukan alwak je. Ms tgh cuak tu, saspen pun terase gak ni. Adehhh~

    ReplyDelete
  10. hahahaha...sapa x sayang laki oiiiiii...

    ReplyDelete
  11. gelabah gak kalau dlm situasi niza tu kan. nasib sume ok.

    ReplyDelete
  12. harharhar. nasib baik call dia blk utk explain. kalu x, mau berperang mak pak mertua tu..

    ReplyDelete
  13. kahkahkah mak mentua yang balas hahaha

    adoi pening2

    ReplyDelete
  14. hahahahaha.... nasib baiklah hp tu tertglkan kat rumah, mak mertua yg bls.. tp sapa x cemburu kan.. kalau tibe² sms panggil sayang..

    ReplyDelete
  15. bhahahaha.. cemburu tapi cool lagi tu. hahaha

    ReplyDelete
  16. sejak kawen ni saya dah kurang dapat sms....

    ReplyDelete
  17. haha.. mak mentua ada agensa tersembunyi tu.. ingatkan nak daapt kawan baru huhuhu

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D