1.2.13

Nasib kurang baik

Rasa nak nangis...

Kereta rosak masa datang kerja pagi tadi. Mujur sempat lepas jambatan. Dan mujur jugak ada kawan-kawan lelaki yang lalu jalan yang sama nak ke tempat kerja. 4 orang. Diorang tolong tolak kereta letak tepi jalan, kemudian tumpang kereta salah sorangnya terus pegi ofis. Sebab kalau nak tunggu situ pun, entah pukul berapa suami nak sampai.

Sampai sekarang, masih tunggu suami dan mekanik datang ambik saya kat opis dan kemudian terus pi kat tempat kereta rosak tadi. Parkir betul-betul tepi jalan lepas susur keluar jambatan. Risau takut kena saman sebab parking situ dari 7.30 pagi tadi. Risau takut orang curi kereta. Risau takut orang pecah cermin kereta.

Lagi sedih...

Petang ni kena duty pulak. Pukul 6.30 dah masuk duty. Susahnya hati kalau kereta tak sempat siap. Pukul berapa nak balik Kulim dan pukul berapa pulak nak datang Penang balik masuk duty. Takut terlewat nanti kena marah. Dah la baru sangat masuk fasa 'PTT Kanan' ni. Nanti senior rank kata, baru-baru lagi dah buat hal. Tapi nak buat cemana, tak duga benda nak jadi. 

Terfikir..

Nak tukar/ganti orang duty petang ni tapi puas telefon merata dah. Ramai yang pergi tugas luar kawasan dan ada yang tak boleh tukar/ganti sebab masing-masing ada hal. 

Esok sabtu, cuti sepatutnya tapi diisytiharkan sebagai hari bekerja sebab minggu depan ada Audit Pengurusan. Tak kisah pun pasal kena kerja hari minggu sebab 2minggu lepas pun ofis saya volunteer datang kerja masa sendiri, sebab fikirkan banyak perkara yang belum siap. Itu juga tanggungjawab. Tapi hari ni saja, satu kerja pun tak jadi. Kepala pusing, dengan risau pasal kereta pasal duty semua ada. Dugaannyaaaa.

Hampir jam 3 dahhhh....masih di ofis. Arghhhhhhh! 

10 comments:

  1. sabar ye kak...

    sian akak..eka dengar pulak sedih...

    ReplyDelete
  2. Ujian tu..ujian..Moga dipermudahkan jalan keluar..moga kereta tu selamat sementara masih berada di jalan susur keluar jambatan tu...

    ReplyDelete
  3. hopefully takde perkara yg lebih buruk terjadi pada kereta tu... harap bersabar dgn dugaan ini. kadangkala terfikir nasib baik kereta buat hal pagi2 dan ada sahabat dtg bantu, klu kereta problem malam masa balik keje lagi tensen kot.

    ReplyDelete
  4. Niza..suami akak selalu sgt pancit tayar motor atas jambatan...

    ReplyDelete
  5. tabahkan hati niza moga masa akak komen ni, problem niza dah setel, insha Allah

    ReplyDelete
  6. ala siannye...bersusah dahulu..bersenang kemudian...

    ReplyDelete
  7. SO,SEKARANG CEMANA?/DAH OK KETA??

    ReplyDelete
  8. akak nak dengar cadangan saya tak?okey..

    memula untuk ilangkan rasa stress kete buat perangai, apa kata akak tukar kereta.kalau tak berhasil gak.. akak tukar keje.haa selesaikan?

    la tadi akak yang nak dgr cadangan saya

    ReplyDelete
  9. hahah afzal sengal...meh meh sandaq kat bahu ceq ;p

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D