16.2.13

Puding Roti Bakar | Sos Kastad

Ini cerita yang dua hari lepas punya ni. Cerita pasal makan, pasal resepi. Suami punya selera. Suka benor dia dengan puding-puding dan kek ni. Mak mentua saya, masa sebelum pencen dulu memang aktif menge'kek. Sampai ambik tempahan masa raya dengan orang kawen. Sebab tu suami saya suka sebab dari kecik dah disajikan dengan makanan sebegitu. Tapi sekarang kalau nak makan kek, beli je. Lagipun bini dia ni kalau bab menge'kek memang kureng mahir tapi kalau nak bagi makan benda lain macam puding roti ke boleh la buatkan. Dah itu je reti pun. Hehe. 

Selalunya, kalau buat puding roti saya suka buat yang kukus tapi kali ni saya cuba buat puding roti bakar dan dimakan dengan sos kastad. Ternyata! Perghh..ternyata tu tak menahan. Sedap giler!

Rupa yang tak seberapa

Ni dia resepi Puding Roti Bakar yang di copy paste bulat-bulat dari blog Kak Hana's Family.

Bahan-bahan
7-8 keping roti
500 ml susu segar @ 2 cawan*
4 sudu besar gula halus*
2 biji telur*
1 sudu teh esen vanilla*
1 sudu kecil serbuk cinnamon*
2 sudu besar butter - cairkan
3 sudu besar kismis

Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara-cara
  • Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda (*). Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan terendam dan meresap seketika. 
  • Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan. 
  • Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak. 
  • Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2) 
  • Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.
Jom intai Snow Cheese cake Kak Hana ni pulak, menggodalah sangat. Terliur.

15 comments:

  1. bila nak buat ni eh...
    mihmih

    ReplyDelete
  2. mohon pos ke sini sikit hehe, minat giler dgn puding roti ni.

    ReplyDelete
  3. akak buat yg tak bersos ja..
    lain kali buat la lbh sikit...:)
    kita ni dok dekat ja niza..

    ReplyDelete
  4. yum yum..
    eka suka buta kalo kat umah mak ayah..ayah suka.. hehehe

    ReplyDelete
  5. la apsal jadik blog masakan plak ni?
    saya pernah makan..ada blogger bagi
    sangat sedap, lagi2 saya memang suka susu manis tu :)

    ReplyDelete
  6. wah sedap nih..teruja nengok..

    ReplyDelete
  7. wahhh mcm komplikated je...runsing nk buat huhu crepe yg sng pon xjadi haaaaaaaaa

    ReplyDelete
  8. teringin nk buat.tpiiiii takut xde sape nk makan.tp nk buat gak lah nt.ehehe

    ReplyDelete
  9. Haiii sis ! Ehhh macam kenallah. Hihi. Tadi google resepi puding roti sekali tersangkut ke link blog sis. Tak sangka sis ni blogger jugak! Thank u share resepi tau. Mmg nk try !

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D