10.3.13

Bukan blog masakan

Oh ya, baru je siap menyoto kat dapoq dua jam lepas. Untuk esok punya makan. Cuma tinggal nak gentel bergedil je. Yang tu buat esok, makan panas-panas dengan soto. Sedap.

Tu baru satu cerita. Kalau hari-hari punya cerita nak post kat blog ni, memang penuh pasal makanan ja. Tak semena-mena Afzal kata, dah jadi blog masakan pulak. Tu pasal jugak berat badan 54 dah jadi 59 sekarang. Sebabnya sekarang memang rajinnnn sangat dok terperap kat dapur. 

Memang pantang dah nampak dapur sekarang, ada je nak masak itu masak ini. Minggu ni saja dah macam-macam jenis. Tak termasuk dengan masak nasik lagi. Yang tu hari-hari dah masak. Yang makanan sampingan tu, macam dah wajib ada je sekarang. 

Lagi satu pantangnya, nampak makanan kat fesbuk. Dan-dan nak makan. Nak la-la tu jugak. Huii, sekarang ni janganlah post benda makan kat fesbuk. Pantang nampak je terus nak masuk dapur selongkar bahan. Macam Kak Kam, suka sangat masak sedap-sedap pastu tepek kat wall. Terlioq ceq! Walaupun rumah kita dekat, takkan nak pi sua muka kat pintu rumah? Segan laa. Haha.

Tu. Soto tu menjadi tetengah malam ni pun sebab nampak kat fesbuk la. Tak gila?

16 comments:

  1. cubang bayangkan chicken grill n pavlova sekarang..... hurmmmm sedapnyeee.

    ok, p try buat kat dapur...ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pavlova?
      Lohhh, baru je list kan bahan2 dia smlm..nt nak pi beli.
      Haha.. serius.

      Delete
  2. sedap nya mee kari..tiba2 jer..satgi niza pi selongkaq dapoq la tu..tehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, setakat sebut ja tak terlioq lagi. hehe Tapi pernah tau 3, 4 hari lepas..kwn sy bagitau dia teringin nak minum coke float. Alih2 balik rumah malam tu sy plak teringin nak minum coke float tu..terus suruh cik abe pi coca cola.. lepas tu sy letak ais krim vanilla..haha..gila tak?

      Delete
  3. pasne nak upload gmbr makanan terus tag akak..

    k,bye..nak upload gmbr lobsters....hehehehehe :P

    ReplyDelete
  4. Rajin gila...nampak terus nk buat. Hahaa..
    Akak mmg tak serajin niza.

    ReplyDelete
  5. akk sedapnya! teringin nk mkn soto.sy dh lah puasa rini.

    ReplyDelete
  6. Salam.. bru 1st singgah sini :)

    Sedapnya..boleh la akak kongsi resepi2 ye

    ReplyDelete
  7. tiba teringat soto emak.. huaaaarghhhh

    ReplyDelete
  8. soto adalah antara makanan feberet aku kak, goreng kacang tanah, soon, racik2 ayam, nasi impit, tak dilupakan sambal kicap..perghh terasa ke awesome-mannya :D

    ReplyDelete
  9. haisshhh..mcm org ngidam pulak niza skrg..pantang nampak makanan hehe

    ReplyDelete
  10. huhu sedapnya kuah soto tu..niza dok mana yer..ngeeee:)

    ReplyDelete
  11. makan berdua je, confirm la periuk comel

    ReplyDelete
  12. mujur la aktif..kalau idak gemuk dah niza nih..heheh

    ReplyDelete
  13. apa tu sebenarnya? macam pengat pisang

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D