17.3.13

Chicken grill & Pavlova

Gambaq periok kuah soto kita hat comey lotey tu terpaksa di tubitkan dari entri tersebut dan telah di simpan dalam folder 'my picca' sebab nampak dop molek sangat. Hudoh benar rupanya. Sampai ada yang kata macam 'pengat pisang'! Ish3 memalukan dapur je. Uhuks! 

Amboi, kemain sekarang kann selang minggu baru nak update. Bajet stok retis minggu-minggu baru nak update ke? Ohoo TAKDAK IDEA sebenarnya tahu? Masalah terbesar setakat ni yang saya alami tahun 2013 ni. Parakkkk.

Okelah, haritu dalam entri saya yang berjudul bukan blog masakan, the malay male telah memperangat saya tentang dua makanan terhebat, Chicken Grill dan Pavlova. Chicken grill tu langsung saya tak pernah makan tapi sumpah saya tak teringin. Setakat hari ni la. Esok-esok tak tahu la pulak ye. Mana tahu sumpah makan diri, malam karang dah meleleh air liur nak makan Chicken Grill. Sudah! Kena cepuk dengan laki tak pasal je. Muhehe.

Pavlova. Hmm, kacang je kot nak buat. Cuma bahan je takdak stok dalam peti ais. Kiwi dengan strawberi tu agak mahal ye kalo kat Giant. Nak ajak laki pi Cameron Highland beli stoberi mau kena beletiaq dengan dia satgi. Teringin nak buat Pavlova tu dah lama sangat dah sebelum the malay male dok perangat2 lagi. Tapi hat ni lain sikit. Bukan teringin nak makan sangat pun tapi teringin nak buat ja lebih. Saja nak tahu kemampuan diri dalam bidang mengekek. Maklumlah 30 tahun hidup sebijik kek pun tak pernah buat lagi. *Pitam! 

Jadinya, sebelum umor cecah 32 tak berapa hari je lagi ni, dah pasang niat la nak terer buat kek, biskut. Koman-koman boleh offer kat kengkawan raya tahun ni boleh la order kek dengan biskut kat kita. Muahaha. Rajin sangat la kita tu.

Haa, dah la banyak pulak idea pepetang gini kan lepas pekena pavlova 2 piring. 


Pertama kali cuba buat, rupa pun sememeh je. Tak tahulah sedap ke tidak sebab tak pernah makan pun. Tapi memang sedap pun, hehe. Tak manis sangat sebab dah kurangkan gula dari sukatan asal dari resepi tu. Kalau manis sangat suami tak makan. Saya sendiri nak telan pun rasa was-was kalau manis sangat.

Gambar tu ambik dari instagram. Ada yang mintak resepi. Kalau boleh takyah la mintak resepi sebab kita sendiri pun google je resepi tu, keluar berjenis-jenis resepi. Pilih je yang mana mudah. Kan? Bak kata mentua, sekarang ni nak belajar masak mudah ja niza..boleh cari dalam internet. Macam mama dulu, beli buku2 resepi, buku kek, buku kuih. Laa ni tak payah dah buku2 resepi.

Tapi saya lagi mudah maa, nampak apa resepi ja terus salin guna henpon, tangkap gambo terus. Takyah nak buka laptop, on broadband dah, tu semua lambat. Ambik gambar terus kan senang, nak masak buka galeri je terus buat, tak jelas boleh zoom..ahaha.


#Korang kata Meatball Ikea sedap eh? Dah guanonyo kat Kulim/Penang takdak Ikea nih?

Takpa. Dah jumpa resepi Meatballs ala Ikea..nanti sat hang!

14 comments:

  1. ada balance lagi tak pavlova tu hehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya palvova tu.......geram nengok....

    ReplyDelete
  3. perghhh kak niza oii,pavlova sepesel bentuk hati betul a..da la meriah sakan buahnya.alahai~

    ReplyDelete
  4. fewwit...fewwit...


    tu dia tunjuk bakat dah..

    ada org kata tekstur dia mcm mashmallow..bila tau gitu, kite tak try buat pun..
    sebab try telan mashmallow x pernah berjayaaaaa..hahaha..

    ReplyDelete
  5. meleleh ayaq liuq aku wei..

    *aku pun x tau kenapa ngan kotak komen aku tu ada yg boleh ada yg x boleh komen.satu cara terbaik ang kena right click then open with new tab kompom leh komen..aku siap buat entry pasal ni ang tau 2 3 entry sebelum ni kot

    ReplyDelete
  6. akkk,amboi.lep lep ag pavlova tu eh.hehehe

    ReplyDelete
  7. pernah beli pavlova, tapi tak gemar sbb mcm mkn krim yg manis je.
    tapi apa pun niza mmg rajin dok try..

    ReplyDelete
  8. tak pernah lagi pekena pavlova ni... tapi dlm gmbr mmg nampak menyelerakan.. hehe

    ReplyDelete
  9. la benda alah ni ke namanya pavlova?selama ni angah saya buat.. saya main makan je.hohoho

    nama kelas kemain, ingatkan namanya puding buah :)

    ReplyDelete
  10. nanti akak buka IKEA kat penang.mai tau..heheh

    ReplyDelete
  11. chocolate pavlova sedap jugak tau..
    janji tak manis sgt tapi kamey makan hat beli jer..
    tak sabo nak tgk meatball hang..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D