1.4.13

Jiwa Patriotik: Part 1


11 tahun yang lepas berada di tempat ini selama hampir 6 bulan, tapi tak pernah sekali pun keluar merayau-rayau di bandar. Samada hari biasa mahupun hari minggu. Tidak dibenarkan. Hanya berada dalam kawasan sepanjang masa. Tempat dimana baru nak mengenal apa dan bagaimanakah menjadi seorang askar? 

Hati berbunga-bunga gembira, bersemangat bagai bila terpilih untuk ke sini. Bangga, sangat bangga. Jiwa patriotik rupanya! Alhamdulillah, inilah rezeki sampai pencen mungkin. Rungut dalam hati. Biarpun pada orang lain, menjadi askar adalah pilihan terakhir dalam memilih kerja? Tidak bagi saya, walhal secara tak sengaja sebelum melangkah untuk pergi temuduga terbuka di Sungai Petani, saya sudah pun ada kerja. Cikgu kat nursery (je!) Kerja yang mulia juga, mendidik kanak-kanak mengenal huruf dan nombor. Tapi dalam hati tak ada taman, tak syok, tak mendapat kepuasan yang sepenuhnya. Namun tetap mencurahkannya dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Hanya sementara sehinggalah secara tak sengaja juga kaki saya melangkah ke tempat temuduga tersebut bersama dua orang kawan yang sangat beriya nak menjadi Ustazah KAGAT (Kor Agama Angkatan Tentera). Saya hanya di ajak! dan saya patuh mengikut kawan yang seangkatan menjadi cikgu di Baitul Mukmin, Wangsa Melawati.

Ralat rasanya bila hasrat kawan-kawan yang beriya untuk menjadi Ustazah Kagat tak kesampaian. Risau, gementar dan takut bila saya perlu melapor diri seorang diri ke pemilihan akhir di Ipoh tanpa kawan-kawan saya. Namun saya redah dengan sokongan dan harapan emak dan ayah. Alhamdulillah, memang ini rezeki saya sampai pencen! Bangga, sangat bangga dengan kemampuan diri sendiri. Layak.

Perkenalan dengan beberapa kawan baru semasa pemilihan akhir di Ipoh mengurangkan rasa risau, gementar dan takut untuk saya terus melangkah ke PUSASDA (Pusat Latihan Asas Tentera Darat). Di sana kami telah berjanji akan berjumpa semula di Stesen Keretapi Seremban pada tarikh yang ditetapkan untuk melaporkan diri. Melangkah penuh semangat.

Ketika itu langsung tak terbayang apa yang akan berlaku seterusnya. Bagaimanakah kehidupan menjadi rekrut, apakah aktiviti rekrut? apakah undang-undang dan peraturan yang perlu rekrut patuhi? Langsung tak terbayang dan terlintas dalam kotak fikiran. Langsung tak study! Hanya nampak betapa ramainya kawan-kawan baru yang bakal dan sama-sama menginap di Kompeni J(Juliet). Hanya nampak banyaknya Kompeni, bangunan penginapan yang tersergam indah dan selesa. Kompeni (A)Alpha hingga (I)India untuk penginapan rekrut lelaki. Berakhir dengan kompeni J untuk wanita. Setiap kompeni diperuntukkan untuk 300++ orang rekrut. Bayangkan berapa ribu orang yang bakal direkrut menjadi seorang askar yang terlatih dalam masa setengah tahun. Sangat meriah...ketika itu, dalam fikiran saya tanpa memikirkan cabaran dan rintangan selepasnya. Selepas mengangkat sumpah!



#Kekoknya tulis macam ni, entri patriotik kot mestilah serius..sambung nanti ya!

8 comments:

  1. owh rsnya askar bkn plhn terakhir dlm kerjaya:) abg ipar saya tudm bhgn air force...

    #selalu mak sy kata kalau org yg sggh2 gi iview tu,ajak kwn.kbykannya mesti kwn yg teman tu dpt :)

    ReplyDelete
  2. niza tak mintak jd ustazah kagat pulak..^_^

    suka baca catatan niza ni, sbb dulu akak minat nak join tentera. Tapi baru nak masuk Palapes kat U pun family tak bagi.

    ReplyDelete
  3. tak pernah sampai tempat nie lagi..

    ReplyDelete
  4. kak.tak sabo nak baca seterusnya.. cerita pasal rekrut tu kak.. hehehehe

    ReplyDelete
  5. best la baca..tulis lagi..heheh

    sangt nak tahu sebab biasanya
    yasng kita selalu dengar tentang lelaki yang
    jadi tentera.perempuan,jarang2..

    ReplyDelete
  6. sangat menarik ni biografi seorang tentera wanita...sambung cepat :)

    ReplyDelete
  7. Menarik...
    Sambung ya..

    Especially part training tu...saya nak tahu...macam mana wanita di latih dalam kem tu

    ReplyDelete
  8. Mse pmilihan akhir tu, ujian ape yg di jalankan? Pastu, pmilihan tu mmgstrict sgt2 ke?

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D