24.7.13

Memasak ni seronok

Ingat nak buat wordless je dulu tayang gambar makanan tapi takut orang marah pulak post gambar makanan tetengah puasa ni. Lagipun dok pikir, dah lama tak berwordless. 

Puasa tahun ni saya rasa paling puas dan seronok. Sebab tiap-tiap hari saya dan suami berbuka kat rumah makan hasil air tangan saya. Terima kasih juga kepada pemerintah kat tempat kerja saya sebab bagi pelepasan balik kerja pukul 2.30 sepanjang bulan puasa. Kiranya tak tergopoh gapah sangat la kalau balik awal kan. Takda la masak asal boleh je, masak sambil menyanyi pun bolehh. Hehe.

Cuti hujung minggu lepas rajin betul saya (acewahhh). Sabtu saya berbuka dengan Patato Gratin, malamnya pulak saya buat Oreo Cheese Cake. Ahad saya buat 2 keping pizza. keping??? Asal bolehh. 

Seronoknyaa lahai bila suami asyik puji pizza saya..sedap sedap sedap katanya. Saya sendiri pun rasa puas bila roti pizza yang saya buat tu menjadi, molek benar je tepung tu naik selain lembutnya. Hiks. Cewi la sekejap dengan suami, siap offer lagi..lepas ni kalau yyg nak makan pizza, order dgn syg ja, takyah pi pizza hut dah, mahal!

Acewahhh baru sekali buat menjadi, terus rasa macam masterchef. Huhu. Tapi seronok hoi. Haha. Itupun sebenarnya kali kedua saya buat adunan tepung tu. Sebekas tepung yang pertama saya campak masuk bakul, tak jadi, terlebih air, lembek. Kali kedua tu baru jadi lepas saya ikut resepi Che Mat. Nak try etek? Boleh klik sini, sini pun boleh. Eh, haaa SINI.


Ada nak komen apa-apa tak? Hehe. Cau! nak balik dah tukar baju cantik-cantik, hari ni beriftar bersama dato panglima. :)

8 comments:

  1. wow bestnya balik pukul 2.30. hehehehehe

    kak pizza akak nampak sedap gilsss. meleleh ayolio ceq tauuuu...

    eka nak try la pasni. tapi rajin ke tidokkkk. ontah. hahahaha

    ReplyDelete
  2. 2.30pm? awalnyeee..kalau tak masak mmg tak patut. heheee

    roti piza niza tu mmg naik cantik lah, akak buat tak gebus gitu. nak ikut resepi yg niza link tulah.
    rugi sbnrnya mkn piza beli tu, roti je..pun mahal. buat sendiri lagi jimat.

    ReplyDelete
  3. sedap nampak pizza tu..terlioq

    ReplyDelete
  4. makan lagi seronok ...hehe

    ReplyDelete
  5. pizza diaaaaaaaaaaaa buat leleh ayaq liuq dan lupakan pizahut seketika :)
    nak raya umah kak !

    ReplyDelete
  6. sedap betulll nampak pizza tu kan

    ReplyDelete
  7. sedap betulll nampak pizza tu kan

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D